Mar 22, 2012

Tak tau pe nak cakap

Korang ade bace kan kes pasal budak 15 tahun yang kunun2 kene culik tuh.
Geraaaamm jek rase.
Boleh planning baekkk punya ngan boifren die.
Kau tau tak orang risau bagai nak rak skang nih.

Lepas kes penculikan & pembunuhan arwah Dirang sebelum ni, public dah takot nak kasi anak-anak berjalan kat luar rumah tanpa pengawasan mak bapak.
Nak main ngan kawan-kawan depan umah pon dah runsing.
Tak macam dulu, zaman-zaman aku main beskal dari depan umah sampai ujung jalan pon takdek masalah.

Tapi skang dah jadi fenomena plak.
Bile ade budak-budak kuar sorang-sorang ...terus kene culik.
Bukan takat culik...seksa..rogol..pastu bunuh.
Kejamnya!

Bagi aku, budak yang kunun-kunun kene culik tu jenis orang yang nak carik publisiti murah.
Kes culik tengah femes, kau pon same nak femes gak.

Dik, kot ye kau nak bermalam ngan boifren kau..tak payah la nak canang satu Malaysia.
Dok bazir paper nak cetak kes kau.
Alih-alih, tak betul.
Sebagai orang Kuantan, aku nak nasehat kat kau dik...janganla wat bende takde pekdah ni lagi.
Buang mase, buang duit nak print out kesah 'sadis' kau...buang tenaga kau jerit mintak tolong ari tu.
Cian adik kau yang nanges-nanges tgk kau kene 'culik'.
Sampai taknak gi skolah.

Kalau kau stress, kau stress la sorang-sorang.
Toksah la wat orang lain stress sama nak pikir sape culik kau.
Ke mane kau di bawak.
Cian jugak kat budak-budak sukarela yang edar poster kau merate tempat semate-mate nak tolong mak ayah kau.

Kau main culik-culik...sat gi kau kene culik betul-betul baru kau tau.
Mase tu, orang dah taktau nak percaya ke tak.
Elok-elok public boleh tolong kau, kau terjerit sensorang.
Mase tu, kau doa je lah banyak-banyak.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...