Showing posts with label baby & mommy. Show all posts
Showing posts with label baby & mommy. Show all posts

Jul 18, 2018

end of journey. almost!

It's 37++ weeks now! 

Mannnn... feeling anxious to be honest! Although this is my third experience and my third cesarean! Oh yes. Semua anak-anak i keluar ikut tingkap. Bukan pintu tak terbuka tapi ada sebab-sebab yang i tak boleh bersalin normal and have to go through czer process. Bagi yang tak tahu, its called elective cesarean. Pembedahan yang dirancang. On 23/7/2018 ni, i kene check in on the day nak operate tu. Check in pagi, bedah petang. Disebabkan doctor i ada operation lain sebelum tu, so i have to q.

Masa anak pertama dulu, ada juga yang tanya i ehh kenapa operate?? Anak first dah operate? Sayang laaa....

Heh! Adalah sebabnya kenapa i czer. I sengih je la time tu. Tapi i sengih bukan sebab suka-suka ya nak czer. 

Nervous tetap nervous, takut dan gumbira. I’m at the point where I really want my baby out sebab i dah rasa sakit-sakit belakang dah ni. Sabar ya baby. 23/7/2018 nanti baru doctor keluarkan awak. Sikittt je lagi.  

So, sebelum i bersalin ni, i dah booking tadika Wafa for next year. Kasi setel semua dulu. Walaupun pengetua kata banner untuk pendaftaran baru akan naik on August, tapi i insist nak book awal takot nanti takda masa kelam kelibut dengan baby baru atau by the time i habis pantang, tempat dah full. Boleh je nak suruh hubby setel tapi i nak jugak dengar apa yang pengetua tu cakap depan-depan. Apa-apa hal book dulu lah. Masa pi jumpa pengetua tu, tanya-tanyalah apa yang patut like yuran, aktiviti, pakej and so on. Bila puas hati dan i tengok suasana tadika pun memberangsangkan, dan masa i sampai tu, bebudak tengah nyanyi-nyanyi. Eh kiut lah. Maka terus lah bayar deposit. Setel! Lega dah part tu. Wahhhhh dah besar dah anak dara tu. Nak sekolah dah.

Ok, sindrom mak-mak kembali.

Alrite guys, doakan semoga semuanya selamat ya. Bersua kembali lepas i dapat baby. Tak lama dah. 4-5 hari je lagi. Advantage bagi yang cesarean. Dah tau bila nak dapat baby. Heheheh..



Ok bye.

Jan 7, 2016

NW nama si baby boy

Minggu ni masih huru dan hara nak pegi keje sebab si kecik suka bangun pagi-pagi. Mujur bila nak bersiap, dia molek je tido. Kata orang, masih cuba menyesuaikan diri dengan pertambahan ahli baru :) Ngeee...

NUH WAJDI.
Tu nama baby. Wafa & Nuh. Pendek-pendek je bagi nama untuk dipanggil. Senang. Alhamdulillah, dah sepasang. Ni aku selit skit biodata baby. Hihi.
Tarikh lahir: 21/10/2015
Tempat lahir: HUKM, Cheras
Berat: 2.45kg. Kecik dari Wafa. Wafa dulu 2.7kg.
Iras sapa: Bapaknye kot. Heheh. Aku yang mengandungkan, bapak yang dapat nama. Wakakaka. Alhamdulillah, muka sesapa pun...semoga Nuh menjadi anak yang Soleh kelak. InsyaAllah.

Aug 19, 2015

Lebih aktif

Abih dah Syawal tahun ni.
Ok, dah boleh pikir tema baju untuk Syawal tahun depan. Muahaha.

Aku dah asingkan baju-baju kecik Wafa yang boleh dipakai dek adik dia. Tak banyak mana pun sebab mostly baju Wafa dulu kaler pink. So, aku ingat nak ambik je baju-baju anak sedara aku yang boy tu. Sambil-sambil tu beli la mana yang berkenan. 

La ni dah masuk 7 bulan.
Masa Wafa dulu, kandungan masuk 5 bulan aku dah ready kan barang-barang. Sebab 1st kan. Gelabah sikit. Cuak pun yer. Sekarang tidak lagi. Ahahaha. Sebab dah tau ape yang perlu dan tak perlu.

Pregnant kali ni lain sikit. Adik Wafa aktif terlebih-lebih. Kuat menendang dan bergerak dan berpusing dan berlari dan menumbuk. Huhu. Awak main bola eh dalam perut ibu? Penangan boy kot ehh...takpelah, asalkan baby sihat dan sempurna. InsyaAllah. Dan Wafa pulakkk makin banyak hal sekarang ni. Amboii..dah tau nak ade adik yerr..

mode: tak sabar nak tengok adik Wafa. Huhuhuu.

Aug 6, 2015

Dah nampak jantina baby

Yeay!!
Dah boleh beli baju, dah boleh pikir nama adik Wafa :)
Doc cakap 99% confirm! Confirm boy. Alhamdulillah. Alhamdulillah. InsyaAllah, doakan yer moga boy sehingga lahirnya ke dunia ini.

Last Monday, 1st time aku gi check up kat ukmsc. This time, decide nak deliver situ pulak. Mase Wafa aritu, deliver kat Tropicana Medical Centre (TMC). Kota Damansara nuu. Dekat sikit lah dengan rumah. Tapi ongkosnyaaaa boleh tepuk dahi. Takpe, kite try gomen pulak. 

Ok, tak sabar kott nak shoping barang baby boy. Now dah 26 minggu. Mana-mana baju Wafa yang unisex dulu, bolehlah dipakaikan kat adik baby pulak. Dulu, 1st baby memang kene beli semua. Kali ni barang-barang lama boleh guna lagi dan still elok.

Next month ade expo baby kat midvalley. Rase nak skodeng jugak lah. Heee.

Doakan saye yer moga selamat semuanya :)




Feb 18, 2014

Baby & mommy sihat. Alhamdulillah.

Ok, lately aku citer pasal baby jer.
Semalam gi check up untuk week 36. 
Berat baby meningkat ke 2.6kg. Alhamdulillah...berat aku jer yang naik..turun..tak naik..turun..maintain...whatevalah. Haha. Secara rasminya, berat aku 45.4kg di minggu 36 ini ^_^
Nurse cakap 'bolehlaah'. Kikikikii..

Doc kate pertumbuhan baby sangat sangat ok.
Syukur sangat-sangat! Alhamdulillah.
Pengalaman pertama memang sangat membahagiakan bila doc cakap macam tu. 
Doc tunjuk muka baby.
Wee! Nampak idung, mulut dan muka baby. What a precious moment!
Cuma tak nampak rupa sapa. Haha.
Baby ikot muka mami ok. Comel. Hewhew.

Hari ni aku usha cara penjagaan lepas bersalin whether yang bersalin thru vagina atau operation. 
Kene stenbai dengan ilmu-ilmu untuk dua-dua kekdah ni.
Nanti aku review bila aku dah deliver ok.

Pregnant kali ni (cewahh...macam kan dah 3 kali peknen)..aku banyak kali demam. 
Tak selesa betol lah. Sedangkan tak peknen pon tak selesa. Ni kan pulak tengah peknen. Adoii laa.
Mujur jugak mase awal peknen dulu aku takdek alah teruk. Kalau ditambah dengan demam, pitam dah rasanya.

Sedikit info dari blog Dr Zubaidi, kalau peknen ladies alami demam di awal kehamilan, better pi check kat doc. Sebab takot efek kat tumbesaran baby.
Kalau suhu dah melebihi 39.5, risiko kemudharatan pada baby memang tinggi yang akan menyebabkan pembentukan fizikal baby terbantut. Nauzubillah.
Jadi mommies out there, please be alert k.
Manakala bagi peknen ladies yang alami demam pada akhir-akhir kehamilan, tak perlu risau sebab perkembangan fizikal baby dah terbentuk.
InsyaAllah takde efek ape-ape, kecuali kalau demam tu disebabkan oleh jangkitan dalam rahim. 

Solution: Minom air kosong banyak-banyak-banyak-banyak-banyak. Sebab seperti yang korang tau, demam memang akan menyebabkan kite letih, haus dan dehydrate. Sebab tu agaknya tiap kali demam, aku akan menggigil. Kurang air barangkali.
(peringatan tuk diri sendiri)
^_^

Feb 12, 2014

Barang baby & alahan

95% semua keperluan baby dah ade.
5% tu kira item yang tergolong dalam item ''bila dah berkenan, terus beli"
Kehkehkeh. Bole?
Mostly aku sambar kat expo. Selain tu online je. Senang. Cuma kalau beli online tu kene compare harga jer la.
Jangan main tibai je. Tau-tau ade tempat lain yang lebih murah kan. Haa..time tu gigit bibir la.
Sebab persaingan barang baby secara online ni memang sengit. 
Biar la pon makan masa nak compare satu-satu, asalkan poket terjaga. Cewahh.
Well actually, asalkan hati manyak sinang...takde la terkilan sangat kaann kalau terbeli yang mahaiii tapi item sama.


All checked!

Rasenye la..hopefully sume dah cukup.
Sume aku dah kumpulkan dalam bilik bawah. Tinggal nak kemas bilik je. Tu op kossss koje husben i. 
Baju-baju baby semua aku dah basuh.
Suka laaaaaa sangat tengok baju-baju tergantung bersidaian. Heh.
Haaaa...sukaaaa la sangat sekarang kan. Kang baju dah comot-comot, baru ko tau nak sental cemana. Huuu.


Starting aku tau aku peknen, rasenya takde alahan yang serius sangat.

Aku takde morning sickness. Alhamdulillah.
Cuma yang ketara, tekak aku takleh terima ayam dan nasik.
Ayam kfc pon aku tengok nak muntah, apetah lagi yang mentah-mentah tu.
Masuk 7 bulan aritu, baru leh cuit-cuit ayam sikit.
Nasik tu, awal-awal je. Tapi dalam 2-3 bulan jugak laa.
Tu jer lah. Yang lain-lain takde ape. Mujur jugak takdek kejadian mengejut husben dari lamunan mimpi kul 3-4 pagi nak makan mi goreng mamak kat kedai. Hewhew.


Okeh next check up dah 35 weeks.

Mari kemas beg baby dan beg mommy!
............................................................................................................


Antara facts yang aku dapat tentang bayi yang baru lahir:

1) takde kepala lutut sehingga dia berusia 6 bulan
2) menangis tanpa air mata dan air mata hanya akan wujud bila dia berusia 5 minggu
3) mempunyai 300 tulang compared to adult yang mempunyai 206 tulang saje.


Subhanallah  ^_^

Tak sabar nak lihat si kecil.

Jan 22, 2014

32 minggu dahhhhh

Kelmarin i olss gi cekap.
Dah 32 weeks upenye. Cepatnyeeee masa. 
Rasenye baru je scan aritu..6 weeks. 
Minggu ke 32, berat aku 44.8..compared to 2 weeks before 44.7
Ape?? 100gm je naekk?? 
Orang lain naik berkilo-kilo kott. 
Ade yang naik sampai 20kg. Tengok orang la kan.
Ni aku berat asal pon 39kg.


Doc tanye i olss...tak makan ke? hukhuk.

Husben pi tambah garam gula bagai....amvoi..amvoi....'die makan ckit dah kenyang, doctor' amvoiii sangat-sangat.
Bukan taknak makan, tapi perot dah sendat.
Jadi, aku ambik pendekatan untuk makan sikit-sikit tapi kerap.
Hehh...dah nak meletup baru nak pendekatan-pendekatan yerr.


Last scan, berat baby 1.8kg. 

Ok la...doc cakap.
Kalau tengok pada fizikal aku...ok lah sangat.
Tapi kalau tengok pada jumlah bulan, memang orang takkan percaye.
Mase scan tu, kepala baby duk bawah.
Tangan kat muka, tak kasi tengok. Doc tekan-tekan kat bahagian tangan, tapi taknak kalih jugak.
Baby kate surprise. Sebab comel sangat ^_^


Apepun, harap-harap senanglah untuk aku deliver nanti. Amin.

Doakan aku yerr.
Jantina baby? jeng jeng jeng! 

La ni tengah usha-usha barang ape lagi yang takdek tuk baby.
Jumaat ni expo baby kat Midvalley. Aku rase last expo la kot aku pegi sebelum aku deliver ni. 
Alhamdulillah, so far aku masih gagah untuk berjalan. Rase macam nak berlari pon boley ni.
Wakaka.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...