Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Sep 22, 2015

Popia goreng inti daging burger. Hihii..

Teringin popia punye pasal, semalam aku beli bahan-bahan kat pasar malam. Timun, carrot & tauge. Kulit popia dah memang ada dalam peti ais. Pastu cari isi ayam. Tetibe hubby cakap, ade daging burger kat rumah. Why not guna je? Haah kannnn....why not?? Belasah je lah.

Alkisah, pagi tadi terbangun lambat pulakkkk. Kunci jam kul 5.30, bangunnya kul 6.15. Nasib baik carrot & timun dah disagat awal-awal malam tadi. Daging burger dan kulit popia pun dah siap-siap keluarkan dari peti ais. Gigih sangat nehh.

Bahan-bahan:
kulit popia
sebiji timun
sebiji carrot
tauge (agak-agak je banyak mana)
daging burger 3 ketul (hancurkan)

Cara-cara:
Masak daging burger terlebih dulu
Agak-agak dah masak, taruk carrot (yang disagat) dan tauge. Campak garam dan lada sulah sikit untuk perasa.
Sebatikan dan angkat. Jangan masak lama-lama sebab takot sayur-sayur tu lembik. Nanti dah tak rangup nak makan.

Angkat campuran daging, carrot dan tauge tadi dan letakkan dalam 1 bekas. Campurkan pulak dengan timun yang disagat. Sebatikan. Gaul-gaulkan macam yang aku buat kat atas tu.

Bolehlah ambik 1 kulit popia dan letakkan isi-isi popia tu dan gulung-gulungkan. Takde plak pic gulungan sebab nak kejar masa tadi. Goreng!

Tadaaa!! Siap!
Popia yang dah digoreng. Macam-macam bentuk aku tengok. Panjang ada. Pendek pun ada. 

6 ketul untuk aku.
5 ketul untuk hubby bawak gi ofis untuk breakfast. Kenapa hubby dapat 5 ketul je? Sebab dia makan sorang. Ahahah. 
Amacam bang makan popia daging burger?? Ok ka? :)

Jul 9, 2015

Aglio Olio untuk berbuka

Sejak hari pertama puasa, tak pernah tak makan nasik bila berbuka. Tup tup semalam husben request aglio olio. Kalau bahan-bahan ada, aku ok jer. Jangan time tu lah mintak, time tu lah baru nak beli bahan. Eee tak kose ye. Satu hal nak pegi beli barang pastu dah lambat nak masak, pastu masak dengan terkocoh-kocoh. Lastly aku  yang terbungkang.

Memandangkan dalam peti ada udang dan sotong, maka aku buat seafood aglio olio. Oh, ade hotdog juga. Jalannn sekali.

Bahan-bahan:
spageti (agak-agak untuk 2 orang sampai ke sahur)
5-6 bijik bawang putih
seafood (sotong/udang/crab/ape-ape je yang sesuai)
1 1/2 kiub ayam knorr
chilli flakes
sedikit oregano untuk perasakan
sedikit daun parsley (diblend) - optional
sedikit air, minyak untuk tumis.

Cara aku:
- tumis sotong dan udang dulu. bila udang dah merah-merah dan sotong pon dah masak, ketepikan.
- dalam kuali yang sama (air sotong dan udang biarkan dalam kuali) tumis bawang putih yang dicincang.
- masukkan air. bila dah mendidih, masukkan pula kiub ayam knorr. (kalau kiub ayam tu nak dibancuh dulu pun takde masalah) 
- sebaik bancuhan dah mendidih, boleh masukkan seafood dan hotdog yang dihiris. 
- masukkan pula spageti yang direbus. sebatikan. balik-balikkan. 
- lastly boleh tabur oregano, daun parsley dan chilli flakes. tutup api. SIAP! 

Kat bawah ni, step dia:

tumis seafood menggunakan sedikit minyak. ketepikan bila seafood dah masak.

tumis bawang putih, masukkan air, kiub ayam knorr dan seafood tadi. tak payah lama sangat rendam seafood sebab dah masak.

terus je masukkan spageti. part ni pun tak payah lama-lama sebab takot spageti kembang.

tabur oregano, chilli flakes dan parsley.

sebatikan. SIAP! :)

Ok, hari ni berbuka puasa kat ofis.
Nanti aku cerita apa yang best bukak puasa kat ofis yer. Surprise gak ni duk tunggu apa menu yang menarik hati. Hihi.

Selamat berpuasa hari ke22! :)


Jul 8, 2015

Simple tapi berselera sangat!

Alhamdulillah, parents aku sentiasa update perkembangan mereka dari tanah suci sana thru whatsapp. Keduanya sihat walafiat, walaupun sebelum datang ke sana diorang diberi peringatan bahawa cuaca sangat panas dan dinasihatkan untuk tidak membawa pakaian berwarna hitam. Semoga ma & pa dapat meneruskan ibadah dengan tenang. Amin.

Semalam aku berbuka puasa berdua je ngan Wafa walaupun sah-sah Wafa tak puasa.
Husben ade jemputan buka puasa oleh Bank Islam kat hotel KL mana tah. Amboiii sangat ye bang ^_^ Kemahennn suka. So, aku tumpang orang lah semalam balik ke rumah. Hihi. *usap dada sebab tak payah naik tren. Malas!

Ingatkan nak beli je juadah buka puasa semalam. Senang. Sebab kalau aku duk dapor tu, ntah ke mana-mana budak Wafa ni merayap. Risau dia buat mende tak elok jer. Jatuh tersembam ke hape aku bukan tau. 

Tapi, bila pikir-pikir balik masak jer lah. Kat bazar nuu, macam taktau pulak nak beli apa. Wafa tu, aku suh je dia ngendeng tepi aku time aku memasak.

Ni je lauk aku masak semalam. Simple sangat tapi aku makan bertambah-tambah ^_^


bendi + telor hancur

bahan-bahan:
bendi (cuci dan keringkan), telor 1-2 biji, bawang merah, 1-2 biji lada merah, garam, minyak untuk tumis.

cara-cara:
bawang merah & lada merah ditumbuk, kemudian ditumiskan.
agak-agak dah nak kering, masukkan bendi.
bila bendi dah empuk sikit, masukkan telor. telor tu aku tak kacau dulu. pecah je bulat-bulat masuk dalam kuali.
balik-balikkan bendi dengan telor.
masukkan garam. SIAP!

sambal bilis kering

bahan-bahan:
ikan bilis segenggam, 10 biji cili padi (sebab nak pedas!), beberapa ulas bawang putih, asam keping, garam, gula, minyak untuk tumis.

cara-cara:
ikan bilis digoreng dulu. dah agak garing, ketepikan.
tumis cili padi + bawang putih yang diblend.
biarkan agak kering. kalau rase kering sangat, boleh letak air sikit. 
masukkan asam keping seulas.
then boleh masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
balik-balikkan. lastly taburlah gula dan garam. SIAP!

Ade satu lagi lauk aku tambah. Last minit. Tadaaa!

telor mata, dihiasi bawang dan kicap.
marveles sangat! 

Dah 10 malam terakhir kita ni.
Cepat je.
Selamat menunaikan ibadah puasa yang ke21! :)

Jul 6, 2015

Moga Ma & Pa selamat pergi & pulang. Aamin.

Hari ni my parents pergi menunaikan umrah. Flight kul 3 petang kang. Now dah kat airport. InsyaAllah jika tiada aral, mereka akan pulang sehari sebelum raya. 

So, semalam iftar kat rumah adik aku di Shah Alam memandangkan parents aku ada kat situ since tengahari. Aku buat spagheti carbonara & brownies untuk berbuka.


Bahan-bahan:
spageti, creme of chicken (brand Campbell's or Kimball) Instead of chicken ni, actually aku lagi suka yang mushroom creme,
susu segar, bawang putih, canned mushroom, hotdog (hiris), cheese slice, daun parsley (blended) aku suka english parsley compared to italian,
butter untuk tumis.

Cara-cara (spageti):
rebus spageti dulu. dah kembang cantik, tos dan angkat.
nak cantik lagi, taruk minyak masak atau butter masa merebus tu. glowing-glowing nanti.

Cara-cara (kuah):
tumis bawang putih dengan butter.
bila bawang putih dan bertukar kaler ckit, taruk hirisan canned mushroom dan hotdog. 
tuang chicken creme. aku abihkan 1 tin. 
masukkan susu segar dalam 1-2 cawan. masuk plak cheese slice. aku masuk 2 slices. 
kacau bagi sebati. kalau rase creamyyy sangat, letak air sikit. tapi creamy-creamy lagi best ^_^
last skali tabur daun parsley yang dah diblend dan sedikit oregano untuk perasakan kuah dia. SIAP!

Ni overall juadah berbuka semalam.
Ada homemade nasik ayam, homemade fruit salad, sate, bubur lambuk, roti john, spageti dan brownies aku punya :)

budak-budak sila makan kat bawah yer.
mula-mula berdua jer.

haaaaa....lepas tu datang si shariff terus meniarap makan. sorang lagi khusyuk main. takmo makan. 

Buat ma & pa, semoga perjalanan kalian dirahmati. Moga dipermudahkan segala urusan dan sihat tubuh badan sepanjang menunaikan ibadah umrah. Jumpa raya nanti :)

Salam Ramadhan ke-19!



Jul 3, 2015

Orang shopping, aku cuci mata je

Tak mampu rasanya tahun ni nak menapak sokmo ke jalan TAR, jalan masjid india, sogo bagai ni. Selain preggy, rasanya mood nak shopping moping kat area crowded tu dah down.

Satu, maybe sebab dah bosan. Tiap-tiap tahun itemnya sama jer. Cuma tahun ni dah tak banyak stall yang jual kuih raya. Kedua, agaknya sebab harga barang dah naik. So, ambillah langkah berjimat cermat. Beli mana yang perlu dan betol-betol nak pakai jer. 

Waktu rest tadi, keluar jugak ke area tu. Semangat aku tengok orang shopping. Aku pandang-pandang tenung-tenung jer. Cepat-cepat cari jalan pintas. Gi sogo plak. Allah...lagi down rasa. Takde mood langsung. Punyalah ramai manusia. Tetibe blur taktau nak tengok apa dan nak pilih apa. Niat di hati nak beli baju Wafa, tapi batalkan saje hasrat tu. Naik tingkat atas lak, nak beli table cloth. Ok, dah ade yang berkenan tapi survey je dulu. Hehe. Next week kalau ada lagi, aku rembat jer lah. 

Ni lauk aku berbuka semalam. 2 lauk macam biasa.


sambal sotong
resipinya boleh refer SINI

daging masak halia + blackpepper

Bahan-bahan:
bawang besar, cili merah dan hijau, halia (potong la ikot suka camna. aku hiris nipis), daging, sos tiram, tepung jagung, sikit air dan blackpepper.

Cara:
Tumis bawang besar, lada hijau/merah dan halia. 
masukkan daging yang telah dihiris. aku tak rebus daging tu sebab memang dah lembut.
taruk sos tiram. letak bancuhan tepung jagung. kalau pekat, tambah air.
last skali tabur blackpepper. SIAP!

Salam Ramadhan ke-16!


Jun 26, 2015

Puasa kopi

Dulu aku peminat tegar nescafe dan kopi. Tapi lepas kene migrain dan sakit kepala yang teruk, aku stop terus.

Maksud dulu tu, mase aku kecik-kecik. Pagi petang siang malam aku request nescafe kat mak. Tapi start nak masuk sekolah menengah, aku dah stop sampai lah 2 tahun lepas. Kenapa 2 tahun lepas? Aku citer sat lagi. Haaaa..berapa tahun tuh aku tak sentuh. Lebih kurang 20 tahun. Tapi dalam masa 20 tahun tu, aku ade gak curi-curi minom few times. Terus flat!! omg. Terpaksa meneruskan pantang kopi dan nescafe.

Ok, kenapa aku cakap aku pantang kopi setakat 2 tahun lepas? 2013 masa tu kan.
Sebab masa mengandungkan Wafa, aku kepingin sangat nak minum kopi. So, dengan perasaan yang berat (sebab takot kene migrain kann...aku telan la jugak. Ahahaha). Ehh?? Ok jerrrrr. Minom lagi. Ehhh ok lagi laa.....lalu aku meneruskan misi meminom kopi. Sampai la ni dah jadi rutin tiap pagi. Hehe. Cuma masa preggy time Wafa aku tak amalkan minom kopi ni. Sekali sekali je. 

Tapi now aku preggy lagi. So, terpaksa juger puasakan diri dari minom kopi sebelum puasa aritu. Kali ni aku elakkan kopi sangat-sangat sebab hb aku rendah. Dah bawah level normal. Sebenarnya bukan sebab kopi sahaja ya, perlulah jugak makan makanan yang kaya zat besi. Untuk itu, korang boleh google k ^_^

Tetiba semalam kan, teringin kopi masa berbuka! Uwaa...teringat kopi susu yang sedap itu. Actually, boleh minom, tapi at least 2 jam sebelum atau selepas kita makan nasi. Tapi aku sedaya upaya untuk elak minom. Syabas betti!!

Macam biasa, aku masak 2 lauk je semalam. Hihi. 

bawal putih goreng saje.
hmmm...teringat bawal power kat Kota Damansara nuuu.

sambal sotong

Bahan-bahan:
sotong, bawang merah/putih/halia (kisar), bawang besar, blended cili, garam, gula, air asam jawa, air.

Cara-cara:
kisar segala bawang dan halia cikit. tumis.
bila dah naik bau, masukkan blended cili. biar sampai pecah minyak.
bubuh gula. 
masukkanlah sotong. kacau rata. biar kejap.
boleh la taruk garam, air asam jawa dan air ckit kalau nak banyak kuah.
last skali campak bawang besar. SIAP! Err..tak nampak kan bawang besar dalam sambal aku tu. heh..sebab aku tak letak. Tak perasan bawang besar dah kehabisan stok semalam.

Petang ni taktau nak masak apa. Sotong, ikan, daging ada dalam peti tu. Selamat berpuasa semua! :)

Jun 24, 2015

Baju raya? Belom ada

Tahun ni beli last minit.
Ntah la sebab apa. Tunggu bonus kot. Heheh. Beli jer la yang readymade. Senang.
Setakat arini, aku ade la jugak usha-usha online shop yang jual baju raya ni. Lawa-lawa semuanya. Dah mula rambang mata. Haih.

Bila dah ade anak ni, kene jadi seorang yang pemilih dan cerewet, especially bila tiba raya-raya gini. Tak boleh tuang duit jer macam dulu-dulu. Apa nak, semua beli. Amvoiii sangat.
Tengoklah, ujung minggu ni or next week baru aku shoping baju raya untuk diri sendiri, husben dan Wafa.

Semalam berbuka masak 2 lauk. Jadilah kan. 2 orang je pun nak makan.


Sayur campor
(brokoli, cendawan, fish cake, fish ball, lada merah, bebawang, sos tiram)
Tumis semuanya. 2 hari dah aku masak sayur gini. 

Sotong butter

Bahan-bahan untuk goreng sotong:
Sotong, tepung gandum, serbuk kari, telur

Cara-cara:
Celupkan sotong yang dihiris ke dalam tepung gandum, serbuk kari dan telur.
Gorengkan dalam minyak yang panas
Bila dah kekuningan gold, ketepikan dulu.

Bahan-bahan untuk kuah:
3-4 sudu butter, sikit cili padi, 4 batang daun kari, 1/2-1 tin susu cair, 1 cheese slice, 1-2 sudu tepung gandum, garam.

Cara-cara:
Bila kuali dah panas, letak butter dalam 3-4 sudu. Aku suka taruk banyak-banyak sebab suka rasa butter dalam sotong tu.
Lepas tu taruk cili padi dan daun kari. Kacau sebati.
Terus masukkan susu cair dan cheese slice. Kalau banyak sotongnya, letak la 1 tin susu cair tu.
Bila kuah dah agak mendidih, bubuh garam sikit.
Kalau nak kuah pekat, boleh la tambah tepung gandum dalam 1 sudu. Biar kuah cair masa dalam kuali takpe. Sebab bila menyejuk, kuah tu akan jadi likat.

Selamat berpuasa hari ke7! :)

Jun 23, 2015

Tomato rice. Eccehhh....

Memang mengadap makanan jer la dalam blog kalau bulan puasa ni.

Buat nasi tomato untuk berbuka puasa hari ke3 aritu. Bukan request sesapa, tapi tekak teringin nak makan. Maka mak buyung ni pun memasak lah dengan hati yang gumbira. Ngee...bolehlah amik resipi untuk buat berbuka nanti ya. Resipi ni untuk 2 orang.


NASI
Bahan-bahan:
1/2 cawan susu cair, 2 biji buah tomato, sos tomato, minyak untuk tumis, garam, air, bawang putih, bawang merah, halia, 3 beradik rempah.

Cara-cara:
Basuh beras (2 put besar) dan biarkan dalam rice cooker.
Tumis bawang, halia dan 3 beradik rempah.
Masukkan susu cair, sos tomato, buah tomato, garam dan air sikit.
Bila dah mendidih, curahkan ke dalam rice cooker yang ada beras tadi. Taruk daun pandan. Tunggulah sampai nasik masak.



AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
Ayam (of courseeeee)
Bawang besar, bawang putih, halia, cili - semua dikisar.
Sos tomato, buah tomato, minyak untuk tumis, garam, gula, serai, 

Cara-cara:
Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng jangan garing. Bila dah masak, ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cili dan halia).
Masukkan ayam yang digoreng, sos tomato, bawang besar yang dihiris, garam dan gula. Balik-balikkan. SIAP!



JELATAH/ACAR TIMUN
Bahan-bahan:
1 biji timun (potong 4), 1/2 lobak merah, 1 labu bawang besar, sikit bawang merah, cili padi, cili merah, cili hijau, cuka, garam, gula.

Cara-cara:
Satukan timun, lobak, bebawang, dan semua cecili :)
Taruk cuka masakan. Gaulkan. Bubuh gula dan garam. Gaulkan lagi sampai sebati. SIAP!

Alhamdulillah.. :)

Roti john tu pun aku buat.

Tipu jer!
Selamat Berpuasa hari ke6 ^_^

Jun 22, 2015

Resipi: Kerutuk Daging

Dalam last post dah cakap nak bagi resipi. Haa..ni resipi nya. Lepas ni boley laa masak untuk buka posa :) 

Bahan-bahan: (aku tak specific kan tau berapa banyak gram/sudu/ulas kene letak, sebab aku main campak-campak dan agak-agak jer...eheheh....)

Daging (sebab makan 2 orang je kan..so daging pun ciput jer...cukup lah untuk buka skali ngan sahur)
Bawang merah
Bawang putih
Halia sikit
3 beradik rempah (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga). Ari tu aku taruk bunga lawang dan kayu manis je sebab tu je yang ada)
Rempah kerutuk
Kerisik
Santan
Gula Melaka
Garam, Gula
Asam keping

Cara buat:
1/2 bawang dan halia dihiris, 1/2 lagi diblend. Yang diblend tu, campur dengan rempah kerutuk. Sebatikan.

Tumis bawang, halia (yang dihiris) dan 3 beradik rempah tadi. Bila dah ade aromaaaa, masukkan rempah kerutuk yang dicampur dengan blended bawang, halia tadi.

Then, masukkan daging dan sikit air. Kacau sampai nampak kering, keluar minyak dan daging empuk. Jangan ko kunyah plakkk daging tu sebab nak tau empuk ke idak...kang tertelan. Ahaha. Agak-agak lah yer.

Masuk santan. Kacau dengan api perlahan. Biar lama takpe. Baru ummphh!! Lepas tu, barulah masukkan kerisik, garam, gula, gula melaka dan asam keping. SIAP!! 
Bulan puasa ni, takleh rase. So, agak-agak nampak macam dah sedap tu, boleh lah angkat. hehe. 

Selamat Mencuba ya.
Memang sedap kerutuk ni.



Jun 1, 2015

Bukan sekadar nasi ayam...kokokokkokkkk..

Sabtu lepas patutnya ada member 1 famili nak singgah rumah.
Maka aku buatlah nasi ayam. Buat banyak-banyak.
Biar lebih kan orang kata. Tak cukup kang, orang mengate lak. Hee. 

Ingat nak tepek gambar kat sini beserta resipi skali, tapi gambarnya takde. Awal pagi (takde lah awal sangat, dalam kul 9 gitu kot) gi pasar beli ayam dan segala bahan-bahan yang berkaitan dengan nasi ayam. Beli skali breakfast. Senang. Sampai umah, makan dan terus berkampung kat dapor.

Tapi, last-last member tu tak jadi datang. Makanya aku dan husben mengadap nasi ayam sampai ke malam. Siang tu makan 2 kali. Malam sekali. Ngam-ngam abih 1 periuk.

Takde gambar, so aku bagi resipi jer lah eh. Nasi ayam simple je. Kalau ade gambar, komfem terliur habih nih! Haha. Perasan sangat oii.

Nasi:
- 3-4 sudu butter + sikit halia + daun pandan. Tumis. Ni sukatan beras untuk lunch dan dinner bagi 2 orang. Haha. Aku main campak-campak je. Sukat ikot hati.
- Curah dalam beras yang dah dibasuh
- Tambah air secukupnya + sikit garam

Ayam:
- Perap ayam dengan kicap + madu + bawang putih
- Goreng!

Sup:
- Rendam air dalam periuk sampai mendidih
- Masukkan ayam (kaki/tengkok dan bahagian-bahagian yang korang takmo goreng)
- Taruk sikit halia + bawang putih + kiub ayam sikittt + garam
- Last skali tabur daun sup

Cili:
- Blend cili merah + bawang putih
- Masak dalam kuali. Taruk garam & gula secukupnya
- Bila hidang, letak sikit sup ayam dalam cili tu

Kicap:
- Camporkan kicap + sup ayam sikit + bawang putih yang ditumbuk/blend
- Kalau takmo taruk bawang putih pon takpe. Optional je tu. Kot ade yang tak suka bau bawang putih kan. 

Wallahhhh... bolehlah ngap dengan rasa gumbira ^_^

May 6, 2015

Resepi mudah: Bread Lasagna a.k.a lasagna roti

Lately memang ngidam ala-ala western gini.
Buat lasagna tapi guna roti. 
Sesuai untuk dinner kot aku rasa.

Bahan-bahan:
- bawang putih untuk tumis
- daging cincang
- cendawan dalam tin (hiris)
- hotdog (hiris)
- cheese slice
- telor
- susu cair (1 tin)
- sos cili & tomato
- oregano/lada sulah/blackpepper
- roti gardenia
- option yang aku tak masukkan: tomato buah, lada benggala dan apa sahaja yang korang rase nak taruk.


1) tumis bawang putih. masukkan hirisan cendawan dan hotdog. 
2) sementara tunggu hirisan cendawan dan hotdog tadi masak, bancuh telor dan susu cair dalam 1 bekas untuk dicelupkan dengan roti.
3) bila kuah tadi dah masak, taruk sos cili, sos tomato, serbuk oregano, lada sulah dan blackpepper. if rasa dah sedap, tutup api.
4) celupkan roti dengan bancuhan telor dan susu cair. then susun dalam loyang. aku guna loyang 4 segi. sebab tu roti aku digulung-gulungkan. hehe.

letakkan kuah atas roti yang di celup tadi. penuhkan.

lapik dengan cheese slice.
sebenarnya kan, cheese slice aku tak cukup. tengok-tengok tinggal berapa keping je. so aku letak 3 slices je untuk lapisan pertama.
lepas tu letak lagi kuah. lapis lagi dengan cheese slice. lapisan kedua ni pon aku letak 3 slices jugak. huhu. cacat cikit presentation aritu. aku buat 2 lapisan je. atas sekali haruslah cheese ye. kalau takmo letak cheese slice, tabur mozarella pon sedap!

Ok, dah boleh bakar.
Aku bakar pada suhu 170'c selama 1/2 jam.

ting!!! siap!
lupa nak snap pic lepas keluar dari oven.
Sebab dah terliur sangat.

Selamat mencuba! :)

Apr 29, 2015

Resipi Mudah Sarapan: roti lapis :) hantam sajaa..

Mudah sangat aihh.
Tapi aku taktau tajuk apa resipi ni. Aku letak 'Roti lapis telor+ham+cheese' Makkk datokk...panjang kau punya nama resipi. Hakhak. Actually, dalam internet pon banyak ni. Tapi aku nak paparkan jugak kat sini. Papar?? Skema gila.

Bahan-bahan:
- roti gardenia
- telor
- chicken ham
- cheese slice
- minyak 

1) potong roti cenggitu. lobangkan kat tengah-tengah
2) pecahkan telor dalam roti yang dah dilobangkan
3) taruk chicken ham, ham tu masakkan dulu k
4) taruk plak cheese

tutupkan balance roti yang korang dah potong awal-awal tadi atas cheese slice. kira final step la ni.

haaa..gini rupa bahagian bawah telor yang kita pecahkan mula-mula tadi setelah dibalikkan.
telor sudah melekatttt kat roti.

tadaaa! dah siap.
simple banget. mak pak suka..ape lagi budok-budok.
makan-makan sambil terasa ham & cheese. phewww!


Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...