Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

May 5, 2015

Cuti 4 hari

Asalnya aku ngan husben takde plan pun nak ke mana-mana.
Memang rasa nak duduk rumah jer. Jumaat tu memang fully kat rumah.
Huihhh...tengok apa budak kecik ni buattttt? Sepahkan pampers. Licin dah pampers dalam pack tu. Bila kita kemas, ngamuk. Haa...main lah puas-puas.


Esoknya Sabtu, husben ajak balik Temerloh. Ngidam nasi arab Temerloh katanyaaaa ^_^
Gerak balik dalam kul 5 lebih gitu. Otw tu, tayar plak bocor. Gigih carik kedai tayar kat Sri Gombak. Tampal dulu. Then jalan. Sampai Temerloh Maghrib. Alhamdulillah.


Aktiviti Wafa pagi Ahad. Main kejar-kejar dengan Kiki & Kaka. Ada sekor lagi tapi penakut. Sepanjang aku balik Temerloh ni, yang sekor tu memang tak keluar dari tempat persembunyian.

Ok, tengahari tu plan nak makan nasi Arab.
Aku pon dah terliur sebab teringat nasi Arab yang mak aku tempah mase event family gathering aritu.
Sekali adik aku si Imi watsap dia otw balik dan dah siap-siap tapau Nasik KakWok untuk kitorang. Alahhaiii...melepas. Kempunan pulak. Kesian hubby. Takpelah bang, next time lah ye.

Petang tu kitorang buat rombongan cik Bibah ke Waterpark Temerloh. Haa...jangankan Gambang, Temerloh pon dah ade waterpark okk.


cecah-cecah kaki dalam air dulu.
Wafa kata 'test duluu'

ok..dah berani cikit.
boleh masuk pool dah.

happy me! :)

fee masuk RM3 (untuk yang masuk kolam)
yang tak masuk kolam RM1 sajee.
jangan main tipu ya. sebab tag kat tangan tu kaler lain-lain. careful with peronda pool! hehh.
yang masuk pool kaler kuning. yang tak masuk pool kaler biru. budak-budak kaler merah.

Malam tu mak aku bawak gi dinner kat gerai Tomyam kelapa. 1st time merasa. Tomyam itu di dalam kelapa ya. Bole makan isi kelapa sekali dengan kuah tomyam. Wahhh..best best! Bole repeat kedai ni. Nama apa..aku tak ingat dah. 

Ok..tu je aktiviti aku cuti 4 hari ni.
Yang masih bercuti, selamat bercuti! :)
Yang dah bekerja, moh la keje kuat-kuat. Huhu.

Oct 21, 2014

Lost World & Konvo

Hi. Lame tak berblog.
Jom sambung. Huhu.

Semalam anniversary aku & incik husben!
Tahun ni punye anniversary sangat sangat bermakna sebab ada Wafa. Anniversary ke 7 dan Wafa 7 bulan ini bulan! :)
Love you both!
Tq Allah.

.................................................................................................................

Kelmarin adik bongsu aku konvo.
So, kami satu famili wat rombongan cik bibah (sempena nama mak aku) ke UTP Seri Iskandar. 
Dalam kul 10.30 pagi ari Jumaat, aku gerak dari Sg.Buloh. Dalam kol 12.30 gitu kot sampai Tambun. Check in dulu kat Hotel Lost World.
Sementara ayah aku dan Mr Apai pi solat Jumaat.. aku ngan mak aku duk rilek kat dalam bilik. Orang yang berkonvo dah gerak sehari sebelum sebab nak amik jubah.


hotel die ok.
servis pon ok. fridge je takde.
ape de hal..bukan nak guna sangat pon fridge tu.

Sementara nak tunggu adik-adik aku yang lain sampai, kitorang usha keliling dulu. Mujur Wafa tak buat hal sangat. Die rengek time nak tido je. 

hye lost world! here we are! :)
empty. orang tak ramai lagi. ari pon redup.
abih usha keliling, pi jenjalan kat ipoh sat. 
taktau arr ape yang best kat sini. last-last pekena teh tarik jer. 
jadi la...nak buang masa je. ahahaha. 

Nak dekat maghrib baru adik-adik bertuah ku sampai.
Program malam start kul 8.30. Ade fire show kat hot spring & spa.
Sampai je sana, show pon dah nak abih.
Tengok je la ape yang sempat. 

fire show.
ni je sempat snap sambil dukung Wafa. 
kat atas anjung nuuu ade orang main muzik sambil joget-joget.
time ni la Wafa tido sambil nanges nanges. fuuuuuu.

Esoknye lepas breakfast, dalam kul 11.30 gitu...acara utama bermula. Hehe. Mandi manda!
Mak aihhhhhh...ghamaiii sungguh manusia. Ok, aku dah expect. Panaihhh pulak tu. Masuk-masuk je, terus carik port. Adeyyyy. Full oiii. Dengan family day nya...rombongan skolah...rombongan tadika pon ado?? Advance btoi tadika sekarang.
Dah takdek port sangat kann, port dalam air pon jadi ler.


nice jugekk dalam air ni. sojukkk jer.
tu ghope Wafa baru bangun tido. 
sedor-sedor je gelabah tengok orang ramai sangat.
'aku kat mana ni?' hakhakkk. Kesian dak kecik.

dalam pic ni tak nampak full.
tapi realitinyeee...padat sangat oii oii.

Al-kisahhhhhhhh...tak lame lepas tu, hujannn pulokkkk.
Tak sempat nak tengok menatang yang ada kat situ. 
Tak sempat nak skodeng jauh-jauh.
Mencicit sume larik cari tempat berteduh. Heh.
Elok lahh...aku pon dah fenattt. Lapo plak tu. Baik pi makan.

Esoknya pagi-pagi lagi adik aku dah ke UTP. 
Mak ayah aku pon gerak pagi sebab nak kene masuk dewan.
Kami kami yang tak kene masuk dewan ni, kul 12 baru gerak. Hihi.

congrats si bongsu yang galah!! :)
op kos aku si sulung yang comey. Heh.
see..memasing duk hangkut 'handbag'

abih dah anak-anak ma & pa yang study.
taktau la kot ade yang nak sambung study plak lepas ni.
tu lain citer.
kbai. jom balik.
^_^

Jan 18, 2013

Cuti-cuti Gold Coast

Memandangkan 9hb ari tu birthday aku dan seperti yang telah dirancang, on that day aku sama husben bercuti-cuti Mesia. 
Actually, planning ni dah lame. Memang plan untuk celebrate birthday aku dan kitorang ambik pakej birthday. Ade diskaun. Yeay!
Paling penting, ni merupakan hadiah daripada husben for me. <*_*>

Actually, booked dari last year lagi. heuheu. So, cuti 2 hari rilexkan body, lapangkan minda, longgarkan urat bagai ~~~ 

Honeymoon berdua ntah kali ke berapa.
Lokasi cuti kali ni..memang jauhhh oiiii ... Gold Coast, Morib! ^_^



View from our room.
Very nice...betol-betol ngadap theme park. Lagi 'nice' ade free show boleh tengok amoi-amoi mandi pakai bra and white t-shirt jarang kat sini. Pehh.


The moment aku masok, check bilik air dulu.
Eh eh ade jakuzi. Boleh la kalau nak mandi berjemaah dalam tu.
Berjemaah sekadar 2 orang cukup la.
Ciap boleh cak-cak kat tingkap tuh haa..terus nampak katil.

Not bad huh? :)

Kitorang ni memang dah lama tak jumpa pool. So, lepas check-in sume..terus terjun pool. Mula-mula segan mati tak mahu. Pastu aku tengok husben yang lebih-lebih. Hehe.
Tak lama dalam pool. Sebab nak ready for dinner lak.
Walaupun dinner start kul 7, tapi we ols turun after maghrib. Senang kalau nak stay lama-lama. Tak perlu rushing.
Bila sampai kat pintu masuk cafe tu, husben tunjuk coupon dan bagitau lady yang jaga pintu tu yang we ols guna pakej birthday.

lady: 'oh..happy birthday' (....sambil selak-selak kertas yang ade kat tepi lady tu and gave me some gifts from GC)
me: 'thank youu!' (glowing-glowing muka i). 

Aku dapat ni dari Gold Coast management!

1) Appreciation cert :)
2) Cake (pink box)
3) Pink bear! :)

Oh my..ni la satu-satunya hadiah PINK yang pernah aku terima.
Terima Kasih Gold Coast! 

Sep 18, 2012

Menyusup ke Golok

Memandangkan husben ore kelate, maka ramai la yang tanye aku whether aku penah masok Golok ke tak.
Op kossssla penah. 
Tapi sekali je la. For me, harga dan barang-barang kat sane tak jauh beze pun ngan yang ade jual kat Rantau Panjang.
Maybe sebab Golok dan Kelantan side by side jee..
So, better korang memborong kat Rantau Panjang je. Tak yah susah-susah nak masok Golok. Tapi kalo nak jalan-jalan, bole la.
Dinasihatkan la untuk pakai capal atau selipar jepun atau seumpama dengannya bile masok Golok yek.
Coz korang akan berjalan kaki dari satu kedai ke kedai yang lain.
Takdek pengangkutan awam nak sorong korang.
Then, kalau ditakdirkan korang terserempak ngan segerombolan army pegang rifle bagai..korang jangan mandai nak larik-larik plak.
Kang ade yang tak balik Mesia kang.
Pengalaman aku? Cuak hokeyy.
Steady..steady..haha. Pada hal dalam ati Allah saje la yang tau.
Rase macam pelarian zaman komunis.


Well, before masok Golok..u oll kene dapatkan pas sempadan dulu kat imigresen. At that time, kene bayor RM10. Now aku taktau berapa. 


Jom masuk! Actually, tourist macam kami ni (hahah...geli gila nk sebut tourist) kene naik motor sensorang. Pastu mat golok tolong bawakkan ke destinasi yang we all nk tuju. Yang depan skali baju grey tu hubby la tu. Pastu yg kaler itam depan aku ni, member aku. Laki die aku tak nampak dah.  Aku yang tengah shoot gambo ni. Kalau laaaaa..mat Golok ni bawak aku larikkkk, memang meraunggg la husben i..haha.

Kitorang masok dah time lunch..so, zasssssssssssssss ke kedai makan dulu. 
Nampak tu...KANA GORENG MINYAK KERAM. Aku pon taktau pe bendo tu.
Tapi dari menu yang korang tengok tu, lebey kurang kat Mesia je kaann.
So, ni pilihan menu kami:

Rase macam makan kat Mesia.
Ciap ade ulam kacang panjang tuh haaa...^_^


JASPAL GOLOK. My view, price die mahal jugak.
Tak semurah yang aku sangka sebelum datang sini.

Kedai tepi jalan je...tapi baju die lawa-lawa dan kiut-kiut.

Kasut bundle.
Husben pegang-pegang je tapi tak beli.

Bags.


Overall, we enjoyed. 
Nak communicate pon tak susah sebab kebanyakan diorang bole cakap bahase kelantan walopun aku tak paham sangat. Heh.
Mebi the loghat tu tunggang terbalek ckit la, but still u can speak in english.

We end the journey dalam kol 6 petang gituu.
Lega dapat masok Malaysia dengan selamat. Fuhhh! Haha..macam jauh sangat kau merantau yekk.
Padahal jalan kaki je pun dari Kelantan.


Sep 3, 2012

The Marvelous Tioman

Penat dah la keja.
Rase nak gi jenjalan. 
Tu yang asik rase gatai tapak kaki tu kott ek?? ^_^

Kat bawah ni, some pics yang aku snap time holiday ngan family aku.
Beberapa bulan lepas punye.
We took package yang 3 days & 2 nights.
Korang layan je la ekk.


Cantek kann..kan...kan...[tolong la hangguk pale]
Ok..korang nampak umah yang kat atas bukit tu?
Haa..tu kann...umah mat saleh. Bukan Mohd Saleh, tapi mat saleh-omputih, living with his family for few years. Ngikut kate local people, die keje kat Mesia. So, i bet it must be company yang meletop-letop kot kan. Coz local cakap lagi...mat omputih tu sentiasa ade kat umah tu, tak kuar keje pon. Well, kalau idak bekerjaaa...cemana leh survive. Ye dak? Oh yess....mat omputih tu act rent that house.
Wonder how much the rental yea?? *winkk*

Jom gedebushhhhhh!!

 Orait...this was the 1st day and time neh aku tak join sebab tak bawak baju lebey. Huuuu.
Jom berkenalan. Haha. Semua dah macam kuak katak aku nengok.
Yang pegang kamera: My husben lorrrr....
Yang baju merah: My adik ipar.
Yang baju biru a.k.a swimming suit muslimah [konon]: Adik aku.
Sebelah die: My youngest bro. Si galah.
Betapa ikan-ikan itu sangat menggemari kalian sume.

 Haa..nampak model yang kat ujung skali tu?
Aku la tu. Huehue.
Selamat dah sampai ujung sane dari ujung sini dengan bantuan husben.
[gambo ni di snap dari atas bot]
Oh goshhhhh!!! This area was AWESOME guys!!!!
The corals so WOW!!
Rase takmau balik. (ape kau nak jadi orang pulau??)

Another part of the island.
White sand all the way. Gojes!
*Suke!!* ^_^

Nak pegi?
Jom!

Oct 28, 2011

Sabah

Sorang member tanye aku pasal trip ke Sabah.
Nak gi haneymoon barangkali.
Tetibe aku teringat kenangan terindah [cheewahhh] besama-sama husben satu tika dulu. hakkkss.

Aku sangat-sangat suke gi sane.
Cume food die mahai ckit..duit cam ayerrrrr.
Tapi tak kesah laa...janji enjoy.

                         Ni namenye Poring Treetop Canopy Walkway.

Nampak org depan tuhhh??
Haaa..tu tourist jepun.
Dalam tour pakej aku tuh, ade 4 puak tourist.
Jepun, Korea, Australia [kalau tak silap aku] & MALAYSIA...[hahaa...aku n Mr Apai la tuuuuu]
Dalam tour van, kitorg diperkenalkan each other by kakak tour guide tuh.

'...they are from Japan...two here are from Korea...back there are from Australia....and the couple there from Malaysia...'
haha...sengal. Dah la dok Malaysia, sekali introduce...dari Malaysia jugak. Tak bley blah. 

Abih ber-canopy walk, sesi merendam kakiiii
yehuuuuuuu!

Poring Hot Spring.




Nampak plaster yang bertepek di ibu jari kaki itu?
Ni semua gara-gara yang aku tak tau ade sesi jungle trekking dalam pakej tour ni.
Jadi, hamba pon belasah pakai sandal bertutop. 
Dah lerrrrrrrr sandallllll...bertutop puleeeee. 

Maka melecet! 

Tak syiokkk btoi la nak ber-trekking. 
Spoil.

Untuk mengelak ke'spoil'an ituuu...jom ke pantaiiiiiii...
yehuuuuu!
Pantai ini sangat cantekkkkk. 

Karambunai.




Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...