Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Mar 8, 2018

Wafa dah 4 tahun @ 03/03/2018




OMG!! It has been FOUR years?? Ececece ...buat-buat terkejut ya. 
Yes, tahun ni Wafa request nak kek PONY. Ok la, abah dan ibu tunaikan. Sebab tahun ni baru kenal PONY. Hihihi.

#throwback5daysago aku buat makan-makan sikit sempena birthday Wafa. Tak jemput ramai pun. Mostly family. Lepas tu wasap-wasap 3-4 orang jiran aje. Punyalah excited si Wafa, bangun tido je dah tanya bila nak pakai baju cantik. Jenuh nak cari alasan tak bagi dia pakai baju awai-awai. Dia cakap OK, tapi 5 minit lepas tu tanya lagi bila nak pakai. Pening dah ibu nak cari alasan, lastly ibu buat derk je. Haha. Sibukkan diri nak kemas rumah, deco-deco dan masak (ini tipu) bahahaha.

Macam biasa, i order kek kat #bijul. Sila usha ig dia @reedowen_bijul untuk tempahan :) Cantikk kan kek dia? Dan sedap! Every year, it is a MUST to order a cake with him. Never missed since Wafa 2 tahun. Same with Nuh since dia 2 tahun jugak. Adik i pun dah jadi peng'order' tegar dia. Heheh.

Tu diaaaa....sang pengacau dah tiba. Hahaha.
Kakak nak potong kek, dia sibuk nak cabut patung poney tu. Haih.
Kakak nak tiup lilin, dia pun sibuk ngesot ke tepi kek nak tiup sama.
Tu mulot tengah acah-acah nak tiup gayanya.

Ok tak deco tu? DIY aje.
Tapi i duduk kat tepi je tengok abah wafa pasang semua. LOL.
tepi sikit..
kanan sikit..
senget...eh senget laa...tengah sikit..
haa...jadi mandor kejap.
Beli je semua kat 1 kedai. Sonang citer kan.

Buah-buahan petik je dari laman sendiri. TIPU. Beli kat kedai.
Mihun order. Sedap! Tak tipu!!
Creampuff nutella nyummehhhh!! Order kat ig @moonsweetgarden. 
Sate beli kat Meru. 
Mak i bawak nasik lemak, originally from Temerloh. Heh. Thanks Ma. Sedap sangat sambal ma. Semua orang puji. Diorang kata Ja masak sambal sedap. Bahahaha. tapi lepas tu terus tersedar, ehh bukan i la yang masak.

Happy Birthday, Wafa sayang.
Rupanya lepas majlis habis, Wafa dah request tema kek untuk tahun depan. 

PJ MASKS.

Errkk laa, tahun depan ntah orang ingat lagi ke tak si PJ MASK semua tu.
Adeiii..

Jan 29, 2018

happy birthday to me *late post*

I am officially 37 on last 9 January 2018.

Alhamdulillah.
There is no word that i can express. Terima kasih Allah for this wonderful life. 37 with 2 beautiful kids and 1 husband. hehehhh ...

Lambat pulak update pasal ni. So, bila dah lambat malas la jadinya nak tulis panjang-panjang. Haha. 

Anyway guys, doakan yang baik-baik sahaja ya.


Thank u husband for the treat.
Lapa pulak tengok popiah tu. Sedap! Seriusssss.
So rasa-rasa korang, i celebrate kat mana? =)




*ehh ade pulak clue kat 2nd pic. lollll ...

Jun 9, 2017

His 38th birthday

Oh my, someone's turning 38 tomorowwwwww ...
So old la you abang. Hahaha.
Happy Birthday, abang!

Well, its hard to eat even a piece of cake in Ramadhan.
So, we have to postpone the celebration yea? How about this Sunday?
Yeay i am going back to kampung today. Hopefully sempat to break our fast at kampung or else kita beli dunkin' donut on the way back. Ok abang?

Anyway, why wait till Sunday to celebrate?
Ahaaa kami ada iftar beramai-ramai on Sunday. Can't wait!

Doakan perjalanan pulang kami ke kampung baik-baik sahaja ya.

May 29, 2017

After a loooong silence ...

... i am back!

SALAM RAMADHAN everyone!!

Haven’t blogged for almost 5 months and that’s the longest period ever! haha.
Apa yang terlepas ehh? Oh okay..

Wafa already big girl now. 3 years already on last March. Or to be exact 03/03/2017. Me started busy with my real job in office dalam bulan 12 aritu and dragged till now (ok tipuuu). Dah free dah hari tu tapi sindrom malas muncul. Biasalah, dah lama tak perah otak, tak spread ideas memang berat aje lah jejari ni nak menaip. Just today i can find a minute to blog. Curi-curi masa kejap. No big deal meh. Lets throwback. Hee.

Cantik kan kek tu?
Boleh tengok ig: reedowen_bijul with more designs.



Cousins.
Ignore the boring faces -____- 
Ignore rambut Wafa yang serabai -____-

Oct 25, 2016

Cake for him

...continuation from the previous post :)

Just a simple cake for birthday boy.
Love the macaroon's touch. Cute. Aren't they? 


orang lain punya birthday, orang lain yang excited potong.


Oct 21, 2016

Nuh turns 1

HOW FAST TIME FLIES.

Nuh is 1 year old today!
Exactly a year ago, i was giving birth to Nuh. Cesarean. Soooo nervous though i have been through this experience before. Yess, the first one pun cesarean. Well, some said lain anak, lain pengalamannya. 

So, a week before the delivery, aku dan hubby sibuk duk pilih tarikh yang sesuai untuk proses cesarean ni. We decided to go for 20/10/2015 which is yesterday's date - our anniversary's date. Doctor said ok. 5 minutes later, he said not ok. *sigh* He said he had a convention or whateva (i forgot). He suggested to us to proceed the cesarean on the same day he arrived KL.

Oh, thank you doc. I takmau you belah perut i dalam keadaan doc yang masih penat. Takot part lain pulak yang dibedah. hehhh. Proceed 21hb. 


Happy birthday, our little star.

Mar 9, 2016

Jan 13, 2016

Happy Birthday to me, Sista & Firas!

9 Januari 2016.
Genap umor aku 35 tahun. Alhamdulillah. Pantas benarrrr masa berlalu. 5 tahun lagi genap 40 tahun. Wakakaka..jauh ke depan minah ni memikir. 

5 Januari 2016, birthday adik aku si Imi. Genap umurnya 33 tahun. Dan 7 Januari 2016, genap umur Firas (anak Imi) 2 tahun. Maka, marilah celebrate bersama-sama. Asalnya plan nak sambut birthday Firas. Tapi alang-alang sama bulan kan, sekali jalan. Event dibuat kat umah Imi di Shah Alam.

Birthday boy, Firas bersama-sama bonda, ayah dan Nuha :)

aku la ni yang tudung hitam sambil pangku Nuh. Budak kecik ni kann..memang pantanggg diletak. Nangis terus. Maka ke mana-mana budak kecik ni diusung. Tengok tu, pegang pun nangis lagi. Haha. 

see...orang lain makan, aku still pangku Nuh. Heh. Jomlah layan gambar.




ada spageti, nasik lemak, tart2, pulut, nugget, mihun, ubi, sira keledek, teh tarik, air oren, koktel :)
semua sedap. mavelesss.

Ni semua baby-baby yang berpantang secara berjemaah kat umah mak aku aritu. hihi. cute. semua sebaya. Nuh sorang jee yang nangis. ni letak bawah pun sebab nak bergambo. ok..jom bagi dia senyap.  

sumbat puting. done!

Sep 17, 2015

Happy Birthday, Izz Shariff :)

Lepas reception cousin aku last Sunday, kitorang 1 family terus shoot ke rumah adik aku, Yuda untuk celebrate birthday anak buah aku si Shariff :)

Ni kira on da spot celebration sebab tak prepare sangat. Tapi kek tetap ado. 

simple je. SR cake, spagheti goreng & kek gulung kedai-made. hee.

jenuh nak pakaikan topi 3 segi tu kat Wafa. mengelat sokmo. dia mana suka ada benda-benda atas kepala dia ni. even nak sentuh kepala dia pun, di-hepppp nya kita.

yang bukan birthday boy pulak lebih-lebih. dia ingat kita celeb birthday dia jugak. perasan sangat Shahzad ni. 


HAPPY BIRTHDAY, IZZ SHARIFF yang ke-2 tahun!
We Loveeeee You!

Aug 26, 2015

Geng Wafa punya besday :)

Million thanks to kak nana atas jemputan. Bukan main meriah majlisnya dengan budak-budak. Kawasan kitorang tu kejiranan baru. So, mostly residentnya muda belia belaka dan anak-anak masih kecik. Masih dalam fasa riuh, kecoh, cengeng..hehheh.

Dalam orang sebuk duk makan dengan tenangnya, aku duk kejor Wafa sana sini. Takleh dibiar budak ni. Tau-tau die daki tangga umah orang tu. Tau-tau ke dapor peginyaaaa. Tau-tau dah kat luar dengan tak berselipar. Kasi can abah Wafa makan dulu. 


Meriah! =)
Tiap ceruk rumah penuh dengan guests.
Atas tangga je takde yang berani. Hehe.



geng mak-mak a.k.a geng gosip rukun tetangga :p

geng bapak-bapak lepak luar

ni jerr sempat snap. overall memang mabelesss. semua sedap. dari sekecik-kecik kuih raya sampai main menu die, nasik + lauk pauk. 

cobaan mencopet smarties.
belon-belon atas tangga tu, dia ni laaa yang cabut. dan banyak juga kepala-kepala dan pipi bebudak kat situ yang jadi mangsa tamparan wanita Wafa. Ahahahaha.

yeay!! besday girl with mommy :)

HAPPY BIRTHDAY, IRIS MARISSA.
Semoga menjadi anak kebanggaan ibu & ayah. Menjadi adik kebanggaan abam. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu. mmuahh ciked ~ untie ja, uncle apai & Wafa.

Apr 27, 2015

Happy Birthday Mom & Dad

Arini birthday my parents yang ke 61.
Tapi Sabtu malam Ahad aritu, kitorang buat sambutan pre-birthday.
Celeb dekat-dekat je sebab senang my parents nak balik Temerloh malam tu jugak. Diorang datang KL sebab ade wedding event. Alang-alang kan, kita sambut sekali. Coz next week tak tentu bole gather.

Aku suruh depa stay 1 malam. Takmo katenya. Risau kat pokok tin dalam kete tu haaa sebab baru beli petang tu. Pastu esoknya ade buyer pokok tin nak datang, so kene prepare awal.

Well, kitorang decide dinner kat Adam Lai (Chinese Muslim Food), Sri Gombak. 
Adik aku yang keje kat Kerteh nuu...drive straight to Gombak dan ikot balik Temerloh jugak malam tu.

Yang pandang kamera hanya saya! Grrr...

Menu kami malam tu:
Ketam telor asin
Daging black pepper
Kailan
Asparagus
Tofu Cina
Ayam Mango
Ikan Siakap
Burrrpppp! Alhamdulillah. Makan dalam keadaan terkocoh-kocoh sebab Wafa takmo duduk dalam baby chair. Pegi la mana-mana pun, letak dia dalam baby chair, memang TAKKAN DUDUK! 

Dah abih makan, potong kek!
Sedapppnyaaaa kek dia.
Nak balik tu, semua orang takmo bawak balik belen kek. Dengan rela hati, i bawak balik. Sampai arini ade lagi kek dalam peti. 

Happy Birthday Pa & Ma.
Semoga sentiasa berada di bawah lindunganNya dan diberkati olehNya selalu.
Juga, moga bisnes pokok tin bertambah kembang dan maju. Hihi. Aaminn.

Apr 15, 2015

Family Gathering

Sabtu baru ni ramai famili member, sanak sedare, pakcik makcik dan sepupu sepapat balik Temerloh. Family gathering kekdahnya. Ade doa selamat & sambutan birthday untuk yang lahir bulan 3 & 4. Yang lahir bulan 1 & 2, harap pasrah ye. Idea event ni timbul lepas bulan 3. Hikkks.

Mak aku as organizer gituuuu ....maka lokasinya juge di rumah parents aku. Meh lah layan gambar.

Of course event start dengan ucapan tuan rumah. Mak aku le tuu. Lepas tu ade doa selamat. Lepas tu Paklong aku berucap plak. Yang tengah berdiri tu la paklong aku. Blaa...bla...bla....lepas tu paklong aku announce nama yang lahir bulan 3 & 4. Dah macam cekgu panggil nama anak murid :)

Habis segala ucapan, makan!!
Bertaburanlah kamu mencari tempat makan yang sesuai ya. Tuan rumah hamparkan tikar saja. Kalau bentang karpet susah pula anak-anak tuan rumah nak bersihkan. Haha.

Antara juadah. Actually, makanan utamanya Nasi Arab. Tak sempat snap. Tetamu yang kejor nasik lebih laju dari tangan yang nak snap gambar. Aku pon sebuk duk kejor Wafa gak.


Buat hal sendiri. Goooodddd girl.

Yeay!!! Wafa dapat hadiah dari Mummy (my sis)
Tapi Wafa takot doll. Dia takkan sentuh pun. Kalau paksa sentuh, nangis jerit-jerit. Wafa rela main car & ball dari doll. Ikotmu lah anak. Mana yang kamu suka :)

Last!! Potong kek.
Suku je ni ada. Lagi 3/4 yang sambut birthday tah ke mana. Wafa pon ada. 

HAPPY BIRTHDAY ALL! :)

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...