Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts
Showing posts with label buffet ramadhan. Show all posts

Jul 7, 2015

Iftar: Steak @ Sempang

Semalam, kitorang buka posa kat sini.
Tak jauh pun kitorang merayau. Area Sg. Buloh jugak. Kenapa nama dia Steak @ Sempang? Sebab kedai tu betul-betul located kat simpang masuk ke Kuang.

Lepas amik Wafa, terus zassss ke kedai tu. Booking lama dah, ari Rabu last week. Full sokmo kat situ, so book awal-awal. RM19.90 je sekepala. 

kat part tu ada western food like grilled chicken chop, fish n chips, fries, baked potato, mushroom soup, garlic bread, salad, mushroom sauce, blackpepper sauce,  buah-buahan dan nasi putih. tetibe plak ade nasi putih terselit. Hihi.

belakang Wafa tu pulak ada nasi goreng, mihun goreng dan kue teow goreng.
oh yer, drinks corner tak sempat snap. tapi teh tarik dia sangatlah sedap!! bandung, fresh oren dan iced lemon tea pon sedap!

ok, dah kul 7.10. Owner kedai suh amik makanan. husben pi bratuq 2 rounds. hihi. yerlah kan, 1st round, plate die. 2nd round aku punya plak. actually, aku dah bratur dah, tapi Wafa nangess nangesssss nak dukong aku. alahhhaiiii...wat prangai jugak budak kecik ni. melasakkkk! takmo duduk. takmo berdiri. tapi nak dukong. uwaaa...

sekejapan jer die nak duduk dalam baby chair tu. memang peel die tak suka baby chair! sepanjang makan, aku duk pegang die. kalau duk diam takpe gak. 

antara menu yang sempat disnap.
ciken chop, fish n chips & fries.
tak nampak blackpepper sauce nye. sedap sedap.

salad & garlic bread.
haihh..sedapnyaaa garlic bread cicah mushroom sup.

popiaaa! sedap jugak.

Sedang kitorang syiok makan tu, orang kedai bawak sepinggan kambeng. Yerlahkan, kang kalau diletaknya kat meja buffet, komfemmmm cepat je licin. Dan konfemmmm ade yang tak dapat. So, diorang bawak kambeng tu dari meja ke meja. Kambeng sedap! 

Untuk yang nak makan kali ke2 dan ke3 dan ke4, bolehlah solat dulu. Ade tempat solat disediakan kat tingkat atas. Tapi aku dan husben decide nak solat kat rumah jer. Tak sempat ibu dan abah nak makan for 2nd round nak oii. Wafa dah meragam-ragam. Maybe tempat tu agak panas sikit kot. Orang pun ramai. Walaupun seat kitorang dekat dengan meja buffet, tapi sokmo kerusi aku kene langgar orang. Grrr.



Ok, sesapa yang nak pegi dan merasa, bolehlah refer map ni. Selamat berpuasa dan selamat mencuba! :)

Jul 17, 2014

Wafa balik Pasir Putih

Last week kelik klate, kampong husben.
1st time Wafa balik sini. 
Aku suka buka posa kat klate sebabbbb kuih muih die. Hihi. Sedap.
Paling ku suka kuih akok.

Wafa tetibe leh niarap ari Ahad tu. Ahahaha...suka..suka..suka!!
Ohoooo...cari port klate yer nak niarap. Ibu dah save the date '13 Julai: 1st day Wafa niarap' Ngeee...
Cuma tangan tu je tersepit lagi. Marah-marah nak lepaskan tangan. Kiut..kiut...kiut!
Tapi kann..lepas-lepas tu Wafa dah macam malas nak niarap. Hamvoiiii...dah terer niarap sekali, dah takmo buat dah ye. Biaseeeeee niii .....biaseeeeee die ni ....

go go go Wafa! ... ^_^

Petang tu we ols berbuka posa kat luar.
Arabic cuisine. Adik ipar aku punye arrangement ni.
Sangat ok food die. Ape ke nama die... A.M Tarbush kott.
Nasik ok...lauk ok..dessert ok.
Yang tak ok tempat die. Sempit sangat. Nak sumbat punye pasal kot. Katenye banyak tempahan. Tu yang main rodok je kerusi meja bagai sampai nak lalu pon bersentuh montot segala. Aiyaa.

nasik warna warni ...heh.
lauk die hayam...kambeng...

kebab tu yang best!

ni ape tah nama dieee...macam roti pita ni.
dalam die ade isi ayam dan salad.
lagi ade pasta...cakes...salad buah....kuih muih.


Esoknye we ols pegi jenjalan rantau panjang.
Tapi tak turun pon sebab panas sangat. Aku malas nak usung Wafa tengah-tengah panas ni. Kang demam susah.
Rupanya Rantau Panjang terbakar yerrr. Aku taktau punnnn lahhaiiii.
Kedai yang tengah-tengah tu abih sume licin kene jilat dek api. Tinggal rangka kayu jek. 
Heran gak..kedai-kedai tu move ke mana. So..kitorang buat car tour nak cari kat mana derang pindah. 
Ohh...ade...ade. Terkebelakang ckit. Kalau shoping time gini memang best woooo. Orang tak ramai langsung sebab ari koje. Kompem tak berlaga siku dan plastik. Kitorang je yang cuti. 
Petang tu buka posa kat umah jer. Sebelum gi Rantau Panjang tu, kitorang dah tapau ayam percik dulu. Ayam percik Kak Jah ni memey femes. 
Hmm...sedap..sedap. Gud bai ayam percik Yati. Welcome ayam percik Kak Jah to the family. hahaha.

muka fenatttt baru balik dari kampong.
Wafa so goooood girl dalam kete. 
mmuuahhxx!

^_^

Jul 27, 2012

Buffet Ramadhan 2012

Buffet time posa ni memang best. Sebab:
1) bermacam jenis makanan ade.
2) berbuka ramai-ramai. Syiok.
3) pas berbuka, chit-chat plak ngan kengkawan [tapi jangan lupe solat ok]


Tak sah kalau tak ngabihkan duit kat buffet walopun posa korang sah.

Few times in a month aku rase ok lagi.
Tapi kalau dah 3-4 kali seminggu duk usha buffet, memang selayaknye orang itu adelah orang berduit a.k.a orang kaya.
Sebab setau aku, harge buffet ni mesti RM30 ke atas sorang. Tak tau la kalau tahun 2012 ni ade buffet yang harge die RM30 ke bawah. Jom skodeng jap:


1) Ni restoren gabungan idea 2 orang bff - Rubiah Suparman & Habsah Hassan 





Harga:

RM50 nett - dewasa
RM25 nett - kanak-kanak



Kepada yang berminat untuk membuat tempahan: 03-77284886


------------------------------------------------------------------------------------------------


2) 'Selera Desa' by UITM Shah Alam Hotel

Harga:

RM45 nett untuk dewasa
RM19 nett untuk kanak-kanak

Untuk tempahan: 03-55162069/75/76/78



 
----------------------------------------------------------------------------------------------

3)  Ni salah satu lokasi destinasi bajet Buffet Ramadhan dengan harga serendah RM35.90. 



Harga:
RM35.90 nett untuk dewasa
RM17.50 nett untuk kanak-kanak

Untuk tempahan: 
Yayasan Restu,
Komplek Taman Seni Islam Malaysia
No 2A Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam, Selangor
No Tel: 03-55109001/2/3
Atau : 016 355 8451 / 016 355 8457 


--------------------------------------------------------------------------------



4) Puri Pujangga, UKM. 






Harga:
RM45 nett untuk dewasa
off 50% untuk kanak-kanak

Sebarang pertanyaan atau tempahan:03-89213361/3362



---------------------------------------------------------------------



5) Restoren dejavu. Ok, dah macam citer dejavu di Kinabalu. Untuk member-member ofis aku yang giler citer dejavu tu, korang leh la gi sini ek. Ekekek.






Harga:


RMRM35++ setiap orang

Sebarang tempahan: 03-42532101

--------------------------------------------------------------------

6) Restoren Songket. Makanan ala-ala kampung. Wow! Cambest! =)



Harga:
RM68++ untuk dewasa
RM34++ untuk kanak-kanak (3-11 tahun)

Untuk tempahan:
Songket Restaurant
No. 29, Jalan Yap Kwan Seng

50450 Kuala Lumpur
No. tel: 03-21613331

----------------------------------------------------------------------

7) Kafe D'Manggis, Kuang. Yurppp....juge destinasi berbuka yang bajet murah sesuai untuk family.


--------------------------------------------------------------------------------

8) Dewan Perdana Felda. Tahun lepas aku gi sini. Whoahhhh...! banyaknye makanan. Rase nak stay lelame kasi abih sume. Time tu makan ringan-ringan dolu, solat...pastu sambunggggg. Heaven! 


---------------------------------------------------------------------------------------------

9) Istana Bambu! Memang terase macam duduk dalam taman puteri buloh betong gituuu..


---------------------------------------------------------------------------------

10) Lagi...dan lagiiii.....=)



Harga:
RM49 net untuk dewasa
RM35 nett untuk kanak-kanak
RM44 untuk OKU & warga emas


Sumber: busuk.org/apemenuhariini.blogspot.com/putri-roh.blogspot.com

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...