Showing posts with label tempat makan best. Show all posts
Showing posts with label tempat makan best. Show all posts

Oct 17, 2017

jjcm: little rara thai noodle house, jalan TAR

Recently, our BIG boss has taken us to enjoy our dinner at this cute noodle house. 

Although it's a small place, just like the way they named it 'little', but the food is quiet interesting. 
romantik kan?


pulut mangga & daging bakar. marvelessss!!

nasi ayam pad kra praw (hasil google how to spell)

tomyam talay noodle and they called it 'the most gangster dish'. Hello KL gangsters, brave enough to taste?


oh..oh there is 1 classic menu yang kami order. Yess, it was a deep fried fish and kangkung served with thai nampla chilli dipping sauce. Nyummmiehhhh...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
taraaa! so classic meh?
*pic from google*

Classic dish can never be change , Pha Thu Tod (makarel fish deep fried) with stir fried morning glory served with thai nampla chili dipping sauce. New menu start tommorow at Outlet Kiapeng and Outlet Chow kit . See you tommorow .

 taste yourself!

Apr 5, 2016

JJCM: Time Out Cafe, Saujana Utama

Alkisah Ahad baru ni aku ngadap tv tengok JJCM tv3. Dan-dan keluar jjcm area rumah aku. Hoh..ape lagi, petang tu terus serbu. Haha. Kebetulan parents aku ada kat rumah, kitorang tea time kat 'Time Out Cafe'. 

Sampai je destinasi, toksah cakap la kan. Memang ghamaiiii orang. Korang ni semua tengok jjcm ke ha? Ok, mujur dapat seat. Terus order apa yang si Naz makan dalam jjcm tu. Nampak yummy kottt. Nak jugaaaakkk order yang sama kan.

So, kami order tomyam boat noodle, pulut mangga, thai pancake & pad kapow rice (bantai je eja gitu). Sebijikkkk macam yang Naz order. Wakaka. Yang available hanya boat noodle & pad kapow rice. Adehh! Pulut mangga sold out!!! Thai pancake ada tapi lama lagi kene tunggu. Aku kata takpe lah tunggu pun sebab kempunan sangat tengok Naz makan. Sampai sudah pancake tak dapat! Terus cancel. Untuk tidak mengecewakan diri sendiri, amik la eclair cake. Mak aku lagi sempoi. Kitorang duk kelibut nak order apa yang Naz makan, mak aku order spagheti bolognese je. Wafa, aku orderkan 1 scoop aiskrim coklat. Heh.


tengah ramai ni tau sebenarnya...cashier & waiter pun duk kalut-kalut sebab tetiba kot kedai full. Hihihi.

spagheti bolognese mak aku. sedap.

1 scoop ice cream Wafa punya

eclair cake aku yang punya. sedappp. rm3 :)

Yang lain-lain tak sempat snap.
Lenkali la merasa pulut mangga & thai pancake.

Alamat:
A-G-13, Jalan Bidara 9
Saujana Utama 3
47000 Sg. Buloh, Selangor.
Tel: 013-9393205

Korang bole la pi usha IG dia ni: Time Out Cafe 

Oct 25, 2013

JJCM: Restoren Two One Grill, Kuang

Jjcm kali ni nak bawak korang sume tinjau restoren western kat Kuang. 
Tetibe TERjumpa pulak western kat sini. Hihi.
Apelagi...try! ^_^
Aku ngan husben kan memang suka mencoba-coba ni.
Tak coba, tak tau. Kalu tak tau, takleh nak war-warkan.
Ni kejadian malam tadi.


Kedai die ala-ala Ayob's cafe. Suram-suram romantik gituu.

Kalau lalu tepi restoren ni, memang tak cam sangat sebab die macam terlindung ckit. Kene jegilkan mata nak tengok mane lokasi die.
Tapi siyes, aku tertarik sungguh ngan deco restoren ni. 

Ni aku snap time duduk.
Sebab dah sedap duduk. Hihh!
Kami amik sudut meja ala-ala jopun tuh haa....yang bersila kat bawah.
Last-last husben mengeluh sebab kaki kebas.
Hohh...lenkali kite makan kat meja biasa jek. Toksah gatai-gatai nak duk meje ala-ala jopun lak.


Ni pun aku snap time duduk gak. Haha.
Punye la malasss nak bangun.

Name je kedai western/grill.
Tapi ade menu lain tau.
Oleh kerna aku puase semalam, maka aku amik set ikan bakar.
Set die ade nasi + ikan kembung/pari/sutung + sayur kailan + air sirap. RM8. Not bad huh.
Aku pilih kembung. Hoyehh..kailan die sodap.

Ye, ni hakmilik aku.
Sume sedap. Ikan sedap. Kailan sodap.

Mix grill hakmilik husben.
Macam biaseeeeeee....sebab ade khambenggg la die pilih menu ni.
Kalau takdek menu ni, komfem-komfem die pilih Nasi Lamb. Khambengggg jugakkk.
Aku kate sedap. Husben kate Ok. 


Kami jugak pilih mushroom soup + garlic bread & ciken wing.
Ciken wing goreng tepung hokey. 
Garlic bread die sedap. Aku tak sempat nak tanye ape isi dalam bread tu selain garlic.
Kalau aku tanye, agak-agak diorang nak bagitau ke? heh.

Kalau korang taknak menu-menu utama, korang leh pilih menu nih haa.
Pon boleyyy ^_^ Nyam-nyamm-nyamm.

Ade sudut bacaan sementara korang bosan tunggu food sampai.
Siap ade bangku ngadap akuarium.
Santai sangat.

Sampai kat kaunter nak bayar, kakak cashier cakap:
'kalau adik nak datang lagi, booking dulu pon takpe. Sebab sekarang ni ramai orang datang. Cepat je full'
'Kenapa ramai kak?'
'Sebab baru masuk jjcm tv3 dik. Tuh haa' (sambil tunjuk souvenir jjcm tv3)
JJCM dated 13.06.2013. Baru lagi.

Lorhhh...tidak ku perasan.
Memang tepat betol pilihan dinner semalam. Hihhhhh.

Mau coba?
Sila ke sini:


Tu ade alamat dan no fon sekali hokey.
Kalau nak datang dalam masa terdekat, better call dulu kot.
Sebab tengah 'hot' skang kan.

Chow ^_^

Oct 20, 2013

Entri anniversary dan official pengumuman tentang ............


Arini 20 Oktober 2013, genap 6 tahun usia perkahwinan aku ngan husben. 
Wahhhhh..kejap je dah 6 tahun.
Tak lama nanti 10 tahun..pastu 20 tahun...InsyaAllah. Semoga kekal hingga bebiler. 
Dannnnnnnnnnn...sempena anni tahun ni, kami dikurniakan satu berita yang sangatlah menggumbirakan which is i'm pregnant my 1st child! Yeay! Alhamdulillah. Now dah 4 bulan lebih. Hopefully selamat hingga ke akhir.
Well..tu jer official announce nak buat. Hihi. 

So, semalam gi selebret makan-makan kat luar. 
Takdela gi hotel ke...tepi pantai kee...atas bumbung ke..heh. Carik western jek kat Kota Damansara. KD is our feveret spot untuk carik tempat makan best. Ni first time nih kitorang gi sini. Ayob's Cafe.
1st trial, tak mengecewakan.


*maap....pic sangat kureng memuaskan. Grrrr!. Nak henpon baru kot. Lalalalalala.

Tempat die sangat unik.
Memang macam terase duduk dalam rumah sendiri. And yess.....memang rumah pon. Diubahsuai jadik kedai makan. Ciap bole bersila sambil tengok tv. 





Tell me sumthing unik pasal meja ni. Tengok betol-betol..hihi.
Korang nampak tak??
Haha. Mesin jahit tuh.

Another deco part dalam kedai tu.
Klasik sangat.
Lain-lain part tak sempat nak snap.
*same jugak....pic tak best*

Tapi menu die same macam kedai western lain.
Macam biasa, aku tak penah ubah selera aku selain fish n chips. Hihi.
Ntah, macam susah je nak makan mende lain.
Tekak ikan.

Starter.
Leh kuis-kuis roti dulu sebelum main dish sampai.
Tapi aku tak makan sebab takot kenyang nak abihkan fish chips nanti. Hihi. 

Aku yang punyaaa...

Lamb chop husben yang punyaaaa...
Yang sorang nih memang tekak khambengggg tak kira la kat mane pon.
Campak je die kat mana, kambeng jugak di cari. ^_^

Overall, bole try lagi next time.
That next time nak duk kat meja mesih jahit tadi tu.

For those yang nak mencuba...leh usha address ni.

AYOB'S Cafe
No. 52, Jalan Nuri 7/22
Seksyen 7, Kota Damansara

Selamat mencuba!
^_^

Jun 10, 2013

JJCM: Ramal Food Junction, Bangi

Aku bet ramai yang dah pegi sini.
Tapi buat yang tak penah pegi, i bring to youuuuuu....the Ramal Food Junction! Ni style stall-stall. So, banyak choice. Aku pun 1st time gi sini. Manusia?? MasyaAllah ramainyaaaa. Orang ciap tunggu turn nak duduk. 


Ni Sabtu lepas punye kejadian. Parents aku datang so kitorang decide nak gi sini for dinner. Ok tak ok, jom kite usha.




Nampak? See? 
Tu ade abang baju putih yang pegang anak kecik baju merah duk tunggu turn meja. 

Yang baju itam tangan duk masok poket tu, adik ipar aku.
Tengah bratuq sate Willy. Orang kate sedap! Dah masok jjcm tv3. Waaaaaajib rasa. 

Sate Willy.
Nampak menarik kan? Harussss..sebab rasanya pon menarik.

Mee udengggg.
Yang ni sedap! Slurrpp!

Char kuew teow kerang? Hmmm...
Hmmm...hmmm...hmmmm.
Agak kurang.
Ok, satu lagi menu tak sempat nak snap. Beger Abang Burn (laagiii??)
Tapi beger sini memang TAK BOLEH LAWAN yang jajahan Ampang punye.
So far aku penah rasa 3 beger jajahan Abang Burn -- Ampang, Seksyen 13 Shah Alam & Ramal Food Junction. Ampang still the best! Sory Abang Burn, yang Ramal punye jajahan agak kureng. Tatau la kenapa.

Ok, sekian jjcm kali ni. Bye Ramal.

May 30, 2013

JJCM: Aroma Ikan Bakar, Jeram

1-2 hari ni asik jjcm je kejenye.
Takpe..tu namenye explore.
Kelmarin duk melantak ikan bawal goreng, malam tadi lak gi menyantap ikan bakor kat Jeram, Kuala Selangor.


Balik je dari keje semalam, terus zassss ke Jeram. Kalau datang lepas Maghrib, alamatnya memang berebut tempat la jawabnye.

Dalam kul 7 gitu sampai lerr Jeram.



Cantik kan. Betol-betol tepi laut u ollls.
Ni sebenarnye niat husben nak bawak mok datang sini memandangkan pagi ni mok dah nak balik kelate. Tercapai gak hasrat kan.
Kitorang gi weekdays sebab kalau weekend memang full house! 

Ok, jom pilih seafood.
Segar-segar!




Aktiviti pilih-pilih lauk, kasi kat husben.
The expert one! ^_^

Gambo kat atas ni adelah hasil pancingan kami. 
1 Kerapu, 3 sutungss & 3 ketamss.
Agak-agaknye banyak tak untuk 3 orang? Hmmm.
Nahhh...sila lihat harga kalau nak berkira-kira dulu sebelum datang sini.


Belum sempat food sampai, Maghrib dah masok.
Makanya bersolatlah dulu. See, kan senang kalau macam ni. Sebelum maghrib dah order food ciap-ciap. Lepas solat boleh terus makan. Orang pon tak ramai lagi time ni. Tak perlu risau pasal surau. Komfem ade punyaa..:)

Abih-abih je solat, semua mende ni dah ade atas meja!
Kerapu bakor & ketam masak cili padi

Sutung masak pedas & sutung celup tepung

Nyam nyam nyam nyam nyammmmmm.
Semua sedap! Tapi malangnye untuk ketam, aku mampu kuis-kuis isi je la. Nak kopek tak reti. Makanya hirup kuah je lebey. Hawhaww.
Rugi bawak aku makan ketam ni. 
Kalau nak aku makan ketam, tolong kopekkan isi plizzzz.

Dalam kul 8.30 tu...kira dah setel makan.
Total semua RM131. Macam mahai jek sebab ketam tu rsenya takde la besor sangat. Sotong pon husben pilih yang sedang-sedang. Bukan yang size giant.
Agaknye sebab dah masok JJCM TV3 kot. Tu yang harga naik tu.
Tapi naseb baek sume sedap! Kalau u olls pegi sini, order ketam masak cili. Marveles!! ^_^

Ok babai Jeram.

Aroma Ikan Bakar
Jalan Jati, Pantai Jeram
45800 Jeram
Kuala Selangor


Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...