Showing posts with label gathering. Show all posts
Showing posts with label gathering. Show all posts

Jun 14, 2017

Iftar beramai-ramai



In previous post, aku ada mention nak celebrate birthday cik abe kan. Plan tak jadi plok. Maaf ye cik abe. Kita hanya merancang. heee. We celebrate later, okay?

Reason: LUPA NAK BELI KEK. Bahahaha.

So, last Sunday we had this event - Iftar secara besar-besaran for Haji Noh's clan at my parents' house. We did some doa selamat and solat Traweh berjemaah also. 

Alhamdulillah. It has run smoothly and lively. And we enjoyed eating, chatting, laughing as well. Dah macam raya! Yes, i will not miss those happy moments in my life. Selagi ada peluang untuk berjumpa dengan saudara mara, jumpalah. They are our families. They are among the first person we met in our life.  

Tu diaaa...(sebelum)
Konsepnya potluck. So, macam-macamlah lauk yang dapat dilihat.

seranggggggg!! (selepas)

seranggggggg!! ...lot of kuih muih.


Those yang datang dari KL and Kuantan, terus balik malam tu juga. Alhamdulillah, they have safely arrived to their destination. And thank you for coming to enliven this annual event. Much appreciated on behalf of the host ---> mom & dad.

Till next event, guys!

Sep 2, 2015

WW: Cousin's big day @ D'Saji Titiwangsa on 30/8/2015

Congrats, couz! :)




sekali lafaz :)

with pengantin

belanja sekeping.
from left: me & Wafa, cousin, sista, sista & Shahzad (my stylo nephew)

kbai.

Jun 15, 2015

4 in 1

Jumaat lepas balik Temerloh. Ada kenduri. Sonok oiii sonok! Boleh imagine dah even belom sampai kampung. Dah rase macam balik raya. 

Event #1
Start pepagi Jumaat dengan majlis akikah dulu. Aku tak sempat nak join sebab gerak lambat. Ade la beberapa ekor lembu dan kambing yang tumbang. Around 12.30 baru aku sampai. Terus tuju tempat makan. Haha. Uiii perot memang tengah lapaaaa...lauk-pauk kampung lak tu...aduyaiii...tak tahan. Melahap dulu lah. 

Abis lunch, semua famili get ready untuk majlis malamnya dan esoknye.



cucuk, jangan tak cucuk. Husben memang suka keje-keje gini. 

perap!


^_^

Event #2
Tahlil, bacaan Yassin, mesyuarat koperasi famili & bbq malam tu. Ada selingan untuk mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Mei & Jun.

as usual, paklong jadi mc malam tu. ni baru lepas solat Isyak berjemaah dan baca Yaasin.

yeayy..kek untuk mereka yang lahir bulan Mei, Jun & sambutan anniversary sekali. tertera nama husben di situ. walopun kek sangat simple, tapi rase diaa.....mak aiiii...memang sedap! ummpph!

dinner!

Event #3
Pepagi esoknya (Sabtu) ready untuk majlis pertunangan cousin aku. Ikot schedule, majlis harus start kul 10. Tapi pengantin tak siap lagi, rombongan laki dah sampai. Aii...tak sabar-sabar ke dik? hehehehe.....

majlis sedang berlangsung

tengok laaaaa...budak kecik tuuuu. memang nanges dan rengek jeeee aritu. takmau renggang langsung dari aku. nak ngendeng tiap masa. anyway, tahniah Aja! :) 1 step closer to became a wife.

Aku pakaikan Wafa baju putih. Haa memang masak laaaa nak sental kotoran degil. Bila masa tah dia pi spot cek henbeg aku, amik lipstik dan calit calit calit kat bibir dan baju dia. Lantakk...takde baju lawa lain dah aku nak pakaikan. Haha.

Event #4
Kul 1 pada hari yang sama, lepas majlis tunang Aja, ada majlis kahwin cousin aku yang lain plak berlangsung. Belah pempuan dah setel sebulan lepas. Ni belah kitorang plak.

Tahniah Ijat! ^_^
Hepi for you couz. Semoga berkekalan :)

Meriah sungguh 2 hari ni. Seronok sebab asik makan makan makan makan makan.

Apr 15, 2015

Family Gathering

Sabtu baru ni ramai famili member, sanak sedare, pakcik makcik dan sepupu sepapat balik Temerloh. Family gathering kekdahnya. Ade doa selamat & sambutan birthday untuk yang lahir bulan 3 & 4. Yang lahir bulan 1 & 2, harap pasrah ye. Idea event ni timbul lepas bulan 3. Hikkks.

Mak aku as organizer gituuuu ....maka lokasinya juge di rumah parents aku. Meh lah layan gambar.

Of course event start dengan ucapan tuan rumah. Mak aku le tuu. Lepas tu ade doa selamat. Lepas tu Paklong aku berucap plak. Yang tengah berdiri tu la paklong aku. Blaa...bla...bla....lepas tu paklong aku announce nama yang lahir bulan 3 & 4. Dah macam cekgu panggil nama anak murid :)

Habis segala ucapan, makan!!
Bertaburanlah kamu mencari tempat makan yang sesuai ya. Tuan rumah hamparkan tikar saja. Kalau bentang karpet susah pula anak-anak tuan rumah nak bersihkan. Haha.

Antara juadah. Actually, makanan utamanya Nasi Arab. Tak sempat snap. Tetamu yang kejor nasik lebih laju dari tangan yang nak snap gambar. Aku pon sebuk duk kejor Wafa gak.


Buat hal sendiri. Goooodddd girl.

Yeay!!! Wafa dapat hadiah dari Mummy (my sis)
Tapi Wafa takot doll. Dia takkan sentuh pun. Kalau paksa sentuh, nangis jerit-jerit. Wafa rela main car & ball dari doll. Ikotmu lah anak. Mana yang kamu suka :)

Last!! Potong kek.
Suku je ni ada. Lagi 3/4 yang sambut birthday tah ke mana. Wafa pon ada. 

HAPPY BIRTHDAY ALL! :)

Aug 15, 2014

Raya 2014 - Raya kedua

Hoihhh....disebabkan kebizian raya pertama, raya ke2 baru berkesempatan nak bersalaman sesama famili. 
Mak aku cakap, next raya sebelum pi solat...wajib bersalaman dulu. Kalau tak, jadi macam raya pertama. Apepun tak sempat.
Pengalaman mendewasakan kate orang. Hihi.


mom & dad. so sweet!
raya ke2, maka kami bersalaman takde baju raya. 
spoil sungguh. 

us....the siblings
tema baju: suka-suka hati.
ehh..raya pertama aku paling comei. raya ke2 pon sama.
Ahahaha. 

mom, dad & the menantusssss
^_^

Raya ke2 mak pak semua dah tema suka-suka hati.
Tapi anak-anak tetap sedondon.
Shahzad takmo pakai same. Katenya dah besor. Nak pilih baju sendiri. 
From left: Shahzad, Firas, Shariff & Wafa.

so comelsss!

Aug 14, 2014

Raya 2014 - Raya pertama

Syukurr Alhamdulillah, tahun ni dapat merayakan Aidilfitri pertama dengan Wafa walopun baju raya Wafa ntah ke mana peginya. Uhuk!!

Lepas jer solat raya, berduyun-duyun orang datang beraya kat umah. Ni 1st time beraya kat Temerloh, jadinye tak dapat bajet kuantiti orang yang beraya sebab beraya kat kampung ni lain cikit. Dulu kat Kuantan sedara mare sahabat handai terdekat je yang datang. Kali ni, plus orang kampung. Resident baru lah katekan. Hihi. Rase macam baru balik dari oversea lagaknya. Huahua.

Pagi raya, my mom buat nasi tomato dan laksa penang.
Tahun ni, sume anak pempuan my mom duk pegang henbeg (baby). So, tak bole nak hulur tangan sangat. Tolong mana yang mampu je. Cian my mom. Anak-anak plak asik nak menempek kat kite. Kekadang kalau pass ke dedi memasing, merengek. Camno? 

Lebih kurang dalam kul 10 gitu, kitorang lari jap pi studio photoshoot.
Cam lipas kudung gayanya sebab mak aku cakap, ade orang masjid nak datang umah tapi taktau kul bape. Ape lagiii...dah macam kartun sumenya sebab nak cepat. Ahahaha.


Hasil photoshoot.

Pic ni baru siap beberapa ari yang lepas.
Lambat gila. Ayah aku cakap, next raya pi kedai lain.


Shahzad tu dah macam anak aku. Hehe.
Bila tanya, nak duduk mana?
'nak duduk sebelah atuk'
ololololoololloo ....
oh ye...sapa paling comei lote? Ohh mestilah aku. kohkohh!!

Dah petang baru free nak amik gambo memasing. 
Punye la bizi sampai takde mase nak bergambo 1 famili. 
Dah peloh satu badan ni..tapi dalam gamba nampak fresh gitu. Hewhew.
Tak sempat langsung nak snap food dan tetamu yang datang. 

ready made peplum. menggantikan baju aku yang hilang tu.
mujur ala-ala sama kaler dengan Mr Apai.

keluarga besar kami belah my mom.
la ni kat umah pakngah. 
semua ada kecuali famili paklong dan pokcu.
ni pon tak semua ada..tah mana budak-budak kecik n bujang-bujang yang lain.


peace! 

Aug 16, 2013

Raya 2013

Tahun ni turn raya kat Kelate. 'White Sand' gitu. Sila terjemah sendiri.
Tema raya, dark grey. 
Haruslah bertema. Baru terasa bahang raya. 

Raya di Kelate:


Beli baju siap je. Takde mase nak tempah-tempah. Huhu.
Shawl dari Ruzaini Rozlan. Shawl dia sangat gojes! Kain lembut dan corak die pon sangat cantik.

Pagi-pagi lepas Subuh husben i dah terpacak nak berbbq.
Bab-bab bbq, kasi la kat dia. Kompemmm menjadik. 
Senang i.

Raya di Kuantan - Raya ke3:
Tahun ni tak sempat pon nak amik gmbo raya sesama famili.
Rasenye tahun ni raya paling bizi sekali. Tak kira belah Kelate or Kuantan.

Husben sedang berbbq.
Partner in crime: biras.

Ayam yang dah selamat diperap dengan resipi husben sendiri.
Nyammmm. Mudah keje i.


4 orang belah kanan...adek badek haku.
Aku sulung & paling comey ^_^

Sepupu sepapat..mak pak sedare datang beraya.

Silalah korang bergelimpangan di mana sahaja.


^_^

Nov 26, 2012

Kazen's wed @ Kuantan

Aloha!
Lame gila kott tak hapdet blog ni.


Dalam post sebelum ni, aku ade mention pasal wedding kazen aku kat Sabak kan. And last Sunday, majlis kat Kuantan pulak. Belah kitorang.

Tema ijau.
Dah cam pokok bergerak aku nengok. 
But nice.
Sangat happening!


Well guys, time majlis kahwen-kahwen gini la kite jumpe sume sedara sepupu sepapat kite.

Ada yang kite tak penah kenai pon, leh jadi kenai. Ye dak?
Ada yang kite kenai mase kecik..bile dah besar, dah tak cam tapi ingat-ingat lupa. 

Penat weyh duk ke ulur ilir kat kahwen si Ayem ni. Pakai dress plak tu.
Tah hape mimpi aku nak pakai dress. Heuheu.. 
Balik Sg Buloh in da same day gak sebab esoknye koje. Tak laratttt.
Felt like i'm the busiest person. Muahaha...
Kira ni amek pengalaman laaaaaaa.........mane tau 1 day, aku plak yg kene incharge famili event macam ni kan.



Haa..nampak ituu yg pakai dress ijau tu...ayu pulak aku tengok.
Wakaka...gambar bawah kiri...^_^
Time neh tengah sebok kat meje pengantin. Sebokkkkk oii.
Tapi sempat lagi tadah muke kat kamera.

Haha..si pemakai dress menyebok di dapor puleee.
Tengah nyusun puding raja tuk meje pengantin.
Belah pengantin pempuan kate puding raja sedap!!
Mestilaaa...made in Pahang...lalalala...

Okehh...yang pakai dress muncul pula di kaunter goodies.
Wakakaka.

Can u spot the lady in dress?
Tuuu...sebelah pengantin lakiii..
Tukang potong kek pulak. Wakaka...gila bizi orang tua ni.
Mane-mane ko ade yee.

My family & pengantin. (gamba bawah)
From left: youngest bro, bro in-law, dad, yg duk belakang pengantin tu...my sista, mom, DRESS LADY (ekeke), my sista.
Ade la beberapa members yang takdek dalam pic ni termasuk lerr my hubby.
Sapa suh tak ikotttt...
Yang atas tu famili Makteh (adik ma aku)
Dress lady masih setia di hujung lensa kamera..huehue..^_^

Lu orang lom tengok the whole pics.
Macam festival pengantin.
Apepun, u guys rockkk!
Luv ya'

*Pics kredit to Jat (abang pengantin)
Tq Jat for the luvvvvly pics! 

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...