Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Jun 14, 2017

Iftar beramai-ramai



In previous post, aku ada mention nak celebrate birthday cik abe kan. Plan tak jadi plok. Maaf ye cik abe. Kita hanya merancang. heee. We celebrate later, okay?

Reason: LUPA NAK BELI KEK. Bahahaha.

So, last Sunday we had this event - Iftar secara besar-besaran for Haji Noh's clan at my parents' house. We did some doa selamat and solat Traweh berjemaah also. 

Alhamdulillah. It has run smoothly and lively. And we enjoyed eating, chatting, laughing as well. Dah macam raya! Yes, i will not miss those happy moments in my life. Selagi ada peluang untuk berjumpa dengan saudara mara, jumpalah. They are our families. They are among the first person we met in our life.  

Tu diaaa...(sebelum)
Konsepnya potluck. So, macam-macamlah lauk yang dapat dilihat.

seranggggggg!! (selepas)

seranggggggg!! ...lot of kuih muih.


Those yang datang dari KL and Kuantan, terus balik malam tu juga. Alhamdulillah, they have safely arrived to their destination. And thank you for coming to enliven this annual event. Much appreciated on behalf of the host ---> mom & dad.

Till next event, guys!

Jul 10, 2015

Event: Berbuka puasa di ofis

Acara ni memang tiap-tiap tahun buat. Tinggal nak datang or tak datang jer. Dah ada anak ni, lagi laaaa malas nak join. Hee. Tapi semalam terpaksa tinggalkan Wafa dekat babysitter sampai malam. Hukk. Abis je makan dalam kul 8.30, terus shoot balik. Takde tunggu-tunggu dah. 

Sementara tunggu waktu berbuka, ada tazkirah, selawat dan ucapan dari Dato'. Antara dengar dan tidak saja ucapan itu. Aku tengok meja aku tu, semua mata tertumpu ke henfon. Termasuklah aku. Hihi. Orang tepuk tangan, aku tepuk. Orang gelak, join je gelak sekali. Tapi butir apa pun taktau. 

starter.
buah-buahan & kuih muih. teh tarik & sirap selasih.
lepas makan ni, solat Maghrib dulu. diorang sume berjemaah. aku dan geng gi solat kat dept sendiri. Heh. Ape takk..surau tu bukan besor sangat. jemaahnya ramaiiiii. so, lagi selesa rasanya solat kat tempat masing-masing.

okeyyy...lepas solat terus serbuuuuu part ni.
kambeng bakar, salad, coleslaw, fries, baked potato dan sos-sosnya. But u know whattt....i tak sempatttt nak cekau fries, coleslaw & potato. Cisss. Actually, pic ni disnap sebelum solat. Ni mesti ada tangan-tangan panjang yang nak makan sorang tapi macam dah 10 orang punya. Ke aku yang lambat turun? Iskk. Redho jer lah.

ni jer sempat amik. kambeng dan salad. jadilah.

nasik & lauk pauk
ayam masak cili, ikan masin & nanas masak lemak cili padi, ikan masin, ulam-ulaman dan sambal belacan. Sayur aku tak amik sebab dah amik banyak ulam.

Overall, agak tak puas hati sebab tak dapat fries, potato dan coleslaw. Uhhh.

Oklah. Dah makan. Terus je balik.
Merajuk.

Jul 9, 2015

Aglio Olio untuk berbuka

Sejak hari pertama puasa, tak pernah tak makan nasik bila berbuka. Tup tup semalam husben request aglio olio. Kalau bahan-bahan ada, aku ok jer. Jangan time tu lah mintak, time tu lah baru nak beli bahan. Eee tak kose ye. Satu hal nak pegi beli barang pastu dah lambat nak masak, pastu masak dengan terkocoh-kocoh. Lastly aku  yang terbungkang.

Memandangkan dalam peti ada udang dan sotong, maka aku buat seafood aglio olio. Oh, ade hotdog juga. Jalannn sekali.

Bahan-bahan:
spageti (agak-agak untuk 2 orang sampai ke sahur)
5-6 bijik bawang putih
seafood (sotong/udang/crab/ape-ape je yang sesuai)
1 1/2 kiub ayam knorr
chilli flakes
sedikit oregano untuk perasakan
sedikit daun parsley (diblend) - optional
sedikit air, minyak untuk tumis.

Cara aku:
- tumis sotong dan udang dulu. bila udang dah merah-merah dan sotong pon dah masak, ketepikan.
- dalam kuali yang sama (air sotong dan udang biarkan dalam kuali) tumis bawang putih yang dicincang.
- masukkan air. bila dah mendidih, masukkan pula kiub ayam knorr. (kalau kiub ayam tu nak dibancuh dulu pun takde masalah) 
- sebaik bancuhan dah mendidih, boleh masukkan seafood dan hotdog yang dihiris. 
- masukkan pula spageti yang direbus. sebatikan. balik-balikkan. 
- lastly boleh tabur oregano, daun parsley dan chilli flakes. tutup api. SIAP! 

Kat bawah ni, step dia:

tumis seafood menggunakan sedikit minyak. ketepikan bila seafood dah masak.

tumis bawang putih, masukkan air, kiub ayam knorr dan seafood tadi. tak payah lama sangat rendam seafood sebab dah masak.

terus je masukkan spageti. part ni pun tak payah lama-lama sebab takot spageti kembang.

tabur oregano, chilli flakes dan parsley.

sebatikan. SIAP! :)

Ok, hari ni berbuka puasa kat ofis.
Nanti aku cerita apa yang best bukak puasa kat ofis yer. Surprise gak ni duk tunggu apa menu yang menarik hati. Hihi.

Selamat berpuasa hari ke22! :)


Jul 8, 2015

Simple tapi berselera sangat!

Alhamdulillah, parents aku sentiasa update perkembangan mereka dari tanah suci sana thru whatsapp. Keduanya sihat walafiat, walaupun sebelum datang ke sana diorang diberi peringatan bahawa cuaca sangat panas dan dinasihatkan untuk tidak membawa pakaian berwarna hitam. Semoga ma & pa dapat meneruskan ibadah dengan tenang. Amin.

Semalam aku berbuka puasa berdua je ngan Wafa walaupun sah-sah Wafa tak puasa.
Husben ade jemputan buka puasa oleh Bank Islam kat hotel KL mana tah. Amboiii sangat ye bang ^_^ Kemahennn suka. So, aku tumpang orang lah semalam balik ke rumah. Hihi. *usap dada sebab tak payah naik tren. Malas!

Ingatkan nak beli je juadah buka puasa semalam. Senang. Sebab kalau aku duk dapor tu, ntah ke mana-mana budak Wafa ni merayap. Risau dia buat mende tak elok jer. Jatuh tersembam ke hape aku bukan tau. 

Tapi, bila pikir-pikir balik masak jer lah. Kat bazar nuu, macam taktau pulak nak beli apa. Wafa tu, aku suh je dia ngendeng tepi aku time aku memasak.

Ni je lauk aku masak semalam. Simple sangat tapi aku makan bertambah-tambah ^_^


bendi + telor hancur

bahan-bahan:
bendi (cuci dan keringkan), telor 1-2 biji, bawang merah, 1-2 biji lada merah, garam, minyak untuk tumis.

cara-cara:
bawang merah & lada merah ditumbuk, kemudian ditumiskan.
agak-agak dah nak kering, masukkan bendi.
bila bendi dah empuk sikit, masukkan telor. telor tu aku tak kacau dulu. pecah je bulat-bulat masuk dalam kuali.
balik-balikkan bendi dengan telor.
masukkan garam. SIAP!

sambal bilis kering

bahan-bahan:
ikan bilis segenggam, 10 biji cili padi (sebab nak pedas!), beberapa ulas bawang putih, asam keping, garam, gula, minyak untuk tumis.

cara-cara:
ikan bilis digoreng dulu. dah agak garing, ketepikan.
tumis cili padi + bawang putih yang diblend.
biarkan agak kering. kalau rase kering sangat, boleh letak air sikit. 
masukkan asam keping seulas.
then boleh masukkan ikan bilis yang digoreng tadi.
balik-balikkan. lastly taburlah gula dan garam. SIAP!

Ade satu lagi lauk aku tambah. Last minit. Tadaaa!

telor mata, dihiasi bawang dan kicap.
marveles sangat! 

Dah 10 malam terakhir kita ni.
Cepat je.
Selamat menunaikan ibadah puasa yang ke21! :)

Jul 6, 2015

Moga Ma & Pa selamat pergi & pulang. Aamin.

Hari ni my parents pergi menunaikan umrah. Flight kul 3 petang kang. Now dah kat airport. InsyaAllah jika tiada aral, mereka akan pulang sehari sebelum raya. 

So, semalam iftar kat rumah adik aku di Shah Alam memandangkan parents aku ada kat situ since tengahari. Aku buat spagheti carbonara & brownies untuk berbuka.


Bahan-bahan:
spageti, creme of chicken (brand Campbell's or Kimball) Instead of chicken ni, actually aku lagi suka yang mushroom creme,
susu segar, bawang putih, canned mushroom, hotdog (hiris), cheese slice, daun parsley (blended) aku suka english parsley compared to italian,
butter untuk tumis.

Cara-cara (spageti):
rebus spageti dulu. dah kembang cantik, tos dan angkat.
nak cantik lagi, taruk minyak masak atau butter masa merebus tu. glowing-glowing nanti.

Cara-cara (kuah):
tumis bawang putih dengan butter.
bila bawang putih dan bertukar kaler ckit, taruk hirisan canned mushroom dan hotdog. 
tuang chicken creme. aku abihkan 1 tin. 
masukkan susu segar dalam 1-2 cawan. masuk plak cheese slice. aku masuk 2 slices. 
kacau bagi sebati. kalau rase creamyyy sangat, letak air sikit. tapi creamy-creamy lagi best ^_^
last skali tabur daun parsley yang dah diblend dan sedikit oregano untuk perasakan kuah dia. SIAP!

Ni overall juadah berbuka semalam.
Ada homemade nasik ayam, homemade fruit salad, sate, bubur lambuk, roti john, spageti dan brownies aku punya :)

budak-budak sila makan kat bawah yer.
mula-mula berdua jer.

haaaaa....lepas tu datang si shariff terus meniarap makan. sorang lagi khusyuk main. takmo makan. 

Buat ma & pa, semoga perjalanan kalian dirahmati. Moga dipermudahkan segala urusan dan sihat tubuh badan sepanjang menunaikan ibadah umrah. Jumpa raya nanti :)

Salam Ramadhan ke-19!



Jul 3, 2015

Orang shopping, aku cuci mata je

Tak mampu rasanya tahun ni nak menapak sokmo ke jalan TAR, jalan masjid india, sogo bagai ni. Selain preggy, rasanya mood nak shopping moping kat area crowded tu dah down.

Satu, maybe sebab dah bosan. Tiap-tiap tahun itemnya sama jer. Cuma tahun ni dah tak banyak stall yang jual kuih raya. Kedua, agaknya sebab harga barang dah naik. So, ambillah langkah berjimat cermat. Beli mana yang perlu dan betol-betol nak pakai jer. 

Waktu rest tadi, keluar jugak ke area tu. Semangat aku tengok orang shopping. Aku pandang-pandang tenung-tenung jer. Cepat-cepat cari jalan pintas. Gi sogo plak. Allah...lagi down rasa. Takde mood langsung. Punyalah ramai manusia. Tetibe blur taktau nak tengok apa dan nak pilih apa. Niat di hati nak beli baju Wafa, tapi batalkan saje hasrat tu. Naik tingkat atas lak, nak beli table cloth. Ok, dah ade yang berkenan tapi survey je dulu. Hehe. Next week kalau ada lagi, aku rembat jer lah. 

Ni lauk aku berbuka semalam. 2 lauk macam biasa.


sambal sotong
resipinya boleh refer SINI

daging masak halia + blackpepper

Bahan-bahan:
bawang besar, cili merah dan hijau, halia (potong la ikot suka camna. aku hiris nipis), daging, sos tiram, tepung jagung, sikit air dan blackpepper.

Cara:
Tumis bawang besar, lada hijau/merah dan halia. 
masukkan daging yang telah dihiris. aku tak rebus daging tu sebab memang dah lembut.
taruk sos tiram. letak bancuhan tepung jagung. kalau pekat, tambah air.
last skali tabur blackpepper. SIAP!

Salam Ramadhan ke-16!


Jun 29, 2015

Iftar: Potluck

Warghhhhh....bulan posa ni, post pasal makan dan makanan jer! Pfttttttt!

Minggu baru ni aku iftar kat Temerloh. Berjemaah gitu.
Event ni baru je plan. Alhamdulillah jadi jugak. Acara berlaku kat rumah Pakngah aku ^_^ So, pakcik makcik sepupu sepapat ramai la yang memeriahkan majlis walaupun tak semua balik. Tu pun dah crowded. Konsepnya, each family kene bawak lauk/dessert memasing. Aku wakilkan mak aku. Ehehe. Mak aku bawak labu masak lemak putih + kecur manis dan cucur jagung. 

Sampai je umah Pakngah, semua dah ready nak buka posa. Wafa pulakkk buat hal. Ngantok die ni. Siang tu tido sekali, sejam jer pulak tu. Menangis, takmo kat orang, nak dakap je kat aku. Takleh lepas dari pandangan langsung. Suh tido takmo plak. Maklumla, ramai kan. Sedara mara duk usik-usik pun ditepisnya. Garang! ^_^

pelbagai makanan. uiii...
ada labu masak lemak, ayam bakar, lala pedas, kerapu 3 rasa, sambal kuini, ikan masin, kerabu ape tah tu (tak ingat nama), ulam-ulaman.

pelbagai minuman. hmm..
cendol, teh tarik, mango self blended, sirap selasih.

pelbagai pencuci mulot.
rojak mee, kuih cara, cucur jagung, murtabak, popia, seri kaya. lazatttt! :)

suasana iftar.
yang hujung sana tu, grup lelaki.
abis iftar, solat fardhu dan tarawikh berjemaah.
setel solat, moreh pula. sesi ngabihkan pencuci mulot tadi. air teh o. Nyummmmehh!!
Best sangat makan reramai gini. 

Semalam aku balik lepas buka posa ngan parents aku. Sampai rumah lebih kurang kul 10.45 gitu la. Ni lauk yang my mom masak. 


Saje kasi zoom. Ahahah.
Patin masak lemak tempoyak
Patin bakar tempoyak
Ikan kerai goreng
Timun + sambal belacan
Nyammmmmmmmmmm.

Jun 26, 2015

Puasa kopi

Dulu aku peminat tegar nescafe dan kopi. Tapi lepas kene migrain dan sakit kepala yang teruk, aku stop terus.

Maksud dulu tu, mase aku kecik-kecik. Pagi petang siang malam aku request nescafe kat mak. Tapi start nak masuk sekolah menengah, aku dah stop sampai lah 2 tahun lepas. Kenapa 2 tahun lepas? Aku citer sat lagi. Haaaa..berapa tahun tuh aku tak sentuh. Lebih kurang 20 tahun. Tapi dalam masa 20 tahun tu, aku ade gak curi-curi minom few times. Terus flat!! omg. Terpaksa meneruskan pantang kopi dan nescafe.

Ok, kenapa aku cakap aku pantang kopi setakat 2 tahun lepas? 2013 masa tu kan.
Sebab masa mengandungkan Wafa, aku kepingin sangat nak minum kopi. So, dengan perasaan yang berat (sebab takot kene migrain kann...aku telan la jugak. Ahahaha). Ehh?? Ok jerrrrr. Minom lagi. Ehhh ok lagi laa.....lalu aku meneruskan misi meminom kopi. Sampai la ni dah jadi rutin tiap pagi. Hehe. Cuma masa preggy time Wafa aku tak amalkan minom kopi ni. Sekali sekali je. 

Tapi now aku preggy lagi. So, terpaksa juger puasakan diri dari minom kopi sebelum puasa aritu. Kali ni aku elakkan kopi sangat-sangat sebab hb aku rendah. Dah bawah level normal. Sebenarnya bukan sebab kopi sahaja ya, perlulah jugak makan makanan yang kaya zat besi. Untuk itu, korang boleh google k ^_^

Tetiba semalam kan, teringin kopi masa berbuka! Uwaa...teringat kopi susu yang sedap itu. Actually, boleh minom, tapi at least 2 jam sebelum atau selepas kita makan nasi. Tapi aku sedaya upaya untuk elak minom. Syabas betti!!

Macam biasa, aku masak 2 lauk je semalam. Hihi. 

bawal putih goreng saje.
hmmm...teringat bawal power kat Kota Damansara nuuu.

sambal sotong

Bahan-bahan:
sotong, bawang merah/putih/halia (kisar), bawang besar, blended cili, garam, gula, air asam jawa, air.

Cara-cara:
kisar segala bawang dan halia cikit. tumis.
bila dah naik bau, masukkan blended cili. biar sampai pecah minyak.
bubuh gula. 
masukkanlah sotong. kacau rata. biar kejap.
boleh la taruk garam, air asam jawa dan air ckit kalau nak banyak kuah.
last skali campak bawang besar. SIAP! Err..tak nampak kan bawang besar dalam sambal aku tu. heh..sebab aku tak letak. Tak perasan bawang besar dah kehabisan stok semalam.

Petang ni taktau nak masak apa. Sotong, ikan, daging ada dalam peti tu. Selamat berpuasa semua! :)

Jun 24, 2015

Baju raya? Belom ada

Tahun ni beli last minit.
Ntah la sebab apa. Tunggu bonus kot. Heheh. Beli jer la yang readymade. Senang.
Setakat arini, aku ade la jugak usha-usha online shop yang jual baju raya ni. Lawa-lawa semuanya. Dah mula rambang mata. Haih.

Bila dah ade anak ni, kene jadi seorang yang pemilih dan cerewet, especially bila tiba raya-raya gini. Tak boleh tuang duit jer macam dulu-dulu. Apa nak, semua beli. Amvoiii sangat.
Tengoklah, ujung minggu ni or next week baru aku shoping baju raya untuk diri sendiri, husben dan Wafa.

Semalam berbuka masak 2 lauk. Jadilah kan. 2 orang je pun nak makan.


Sayur campor
(brokoli, cendawan, fish cake, fish ball, lada merah, bebawang, sos tiram)
Tumis semuanya. 2 hari dah aku masak sayur gini. 

Sotong butter

Bahan-bahan untuk goreng sotong:
Sotong, tepung gandum, serbuk kari, telur

Cara-cara:
Celupkan sotong yang dihiris ke dalam tepung gandum, serbuk kari dan telur.
Gorengkan dalam minyak yang panas
Bila dah kekuningan gold, ketepikan dulu.

Bahan-bahan untuk kuah:
3-4 sudu butter, sikit cili padi, 4 batang daun kari, 1/2-1 tin susu cair, 1 cheese slice, 1-2 sudu tepung gandum, garam.

Cara-cara:
Bila kuali dah panas, letak butter dalam 3-4 sudu. Aku suka taruk banyak-banyak sebab suka rasa butter dalam sotong tu.
Lepas tu taruk cili padi dan daun kari. Kacau sebati.
Terus masukkan susu cair dan cheese slice. Kalau banyak sotongnya, letak la 1 tin susu cair tu.
Bila kuah dah agak mendidih, bubuh garam sikit.
Kalau nak kuah pekat, boleh la tambah tepung gandum dalam 1 sudu. Biar kuah cair masa dalam kuali takpe. Sebab bila menyejuk, kuah tu akan jadi likat.

Selamat berpuasa hari ke7! :)

Jun 23, 2015

Tomato rice. Eccehhh....

Memang mengadap makanan jer la dalam blog kalau bulan puasa ni.

Buat nasi tomato untuk berbuka puasa hari ke3 aritu. Bukan request sesapa, tapi tekak teringin nak makan. Maka mak buyung ni pun memasak lah dengan hati yang gumbira. Ngee...bolehlah amik resipi untuk buat berbuka nanti ya. Resipi ni untuk 2 orang.


NASI
Bahan-bahan:
1/2 cawan susu cair, 2 biji buah tomato, sos tomato, minyak untuk tumis, garam, air, bawang putih, bawang merah, halia, 3 beradik rempah.

Cara-cara:
Basuh beras (2 put besar) dan biarkan dalam rice cooker.
Tumis bawang, halia dan 3 beradik rempah.
Masukkan susu cair, sos tomato, buah tomato, garam dan air sikit.
Bila dah mendidih, curahkan ke dalam rice cooker yang ada beras tadi. Taruk daun pandan. Tunggulah sampai nasik masak.



AYAM MASAK MERAH
Bahan-bahan:
Ayam (of courseeeee)
Bawang besar, bawang putih, halia, cili - semua dikisar.
Sos tomato, buah tomato, minyak untuk tumis, garam, gula, serai, 

Cara-cara:
Ayam digaulkan dengan garam dan kunyit. Goreng jangan garing. Bila dah masak, ketepikan dulu.
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar (bawang besar, bawang putih, cili dan halia).
Masukkan ayam yang digoreng, sos tomato, bawang besar yang dihiris, garam dan gula. Balik-balikkan. SIAP!



JELATAH/ACAR TIMUN
Bahan-bahan:
1 biji timun (potong 4), 1/2 lobak merah, 1 labu bawang besar, sikit bawang merah, cili padi, cili merah, cili hijau, cuka, garam, gula.

Cara-cara:
Satukan timun, lobak, bebawang, dan semua cecili :)
Taruk cuka masakan. Gaulkan. Bubuh gula dan garam. Gaulkan lagi sampai sebati. SIAP!

Alhamdulillah.. :)

Roti john tu pun aku buat.

Tipu jer!
Selamat Berpuasa hari ke6 ^_^

Jun 19, 2015

Terlajak

Bulan-bulan puasa ni, kalau letak tajuk macam kat atas, macam dah tau-tau kan terlajak ape.
Pagi tadi terlajak tido. Kunci jam kul 4.30 pagi. Bangun sahur kul 5.20 pagi. Baru hari ke2 puasa dah terlajak. Berat sungguh mu ninggg jija. Kesian Wafa sebab aku terpaksa salahkan dia. Ahaha...ni semua gara-gara Wafa bangun kul 1-3 pagi. Uwaaaa. 

Takpelah nak, janji kamu tido nyenyak time kami bersahur. Dalam kelam kelibut tu, sempat la husben panaskan nasik semalam, aku panaskan lauk semalam. Panaskan 1 lauk je. 1 lauk lagi telan sejuk-sejuk. Hukk.

*1st day puasa, berbuka dengan kerutuk daging dan telur bungkus. Kerutuk tu request dari husben. Gigih aku berperang kat dapur semalam. Dah la lambat sampai umah. Lintang pukang jugak memasak semalam.

plannya nak masak ayam sekali. tapi tak sempat sebab siap 2 lauk ni pun dah kul 7. nanti-nanti aku bagi resipi kerutuk daging ni.

Selamat berpuasa hari ke-2.

*pssstt...bazar masjid jamek dah on. ingat nak pi usha tengahari ni. Hehe. ^_^


Jun 18, 2015

Ramadhan dulu-dulu

Tetiba nak mengimbau.

Tahun lepas punya puasa, Wafa baru 4 bulan. Takde satu hari pun dia tak bangun sahur skali ngan kitorang. Join sokmo. 5.30 pagi jer, celik mata.  Bukan takat celik mata je, pakej ngan merengek sekali. Abis sahur, aku tidokan Wafa dulu, then terus bersiap nak pi keje.

Kalau time puasa ngan mak ayah suatu masa dulu, Allah haii...punyalah seronok! Sebab bangun-bangun je dah ade lauk atas meja. Hehe. Walopun simple sesangat, tapi berselera betol. Air tangan mak memang best. Kadang-kadang kalau rajin, aku bangun la pepagi tolong ape yang patut. Selalunya aku la tukang buat air teh o. Itu memang wajib masa sahur. 

Awal-awal kawen plak, aku memang blur tak tau nak masak apa masa sahur dan berbuka walopun segala buku resipi ade depan mata. Dulu, aku memang tak reti masak tapi husben tak komplen pon. Berani laaaaa. Ahahaha. Alah..die pon paham kot. Telan je la ape yang ade depan mata ye bang. Waktu tu, agaknya tak sampai ati nak tegor. Hihi.

Tapi now after 8 tahun kawen, genap 8 tahun bulan Oktober ni, aku dah reti la masak. Walopun tak terer tahap pro dan chef-chef terkemuka gitu..masakan ku boleh lah diterima husben. Tu yang penting. Mana yang tertawar, termasin, termanis, terpahit, dia sound direct je. Dulu-dulu takot aku kecik ati. Sekarang ni tidak lagiiiii...

**1st day puasa arini. sahur dengan ayam goreng, ikan masin & daging masak lemak malam tadi. sahur tadi tak lalu makan daging. now ter'imagine' plak. 

Selamat berpuasa semua ^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...