Showing posts with label hari raya. Show all posts
Showing posts with label hari raya. Show all posts

Jul 13, 2018

Raya 2018

Today is the last day of Syawal.
Baru nak upload gamba raya. Ok lah tuh kan.
Better late than never. Gitewww. Mihihiihihih..
Park je gamba raya 2018 sini, nanti cucu cicit boleh baca dan tengok blog nanny ya.
Ahahaha...

Sesi bergambar dalam rumah dulu pepagi 1 Syawal.

Tahun ni beraya Temerloh dulu belah parents i. Bila turn balik Temerloh, semua adik-beradik balik sini. Kalau kata balik umah mertua, maka semua balik belah sana. Mak i kata, kalau sorang takde, biar semua takde. Mak i yang cakap ya. Hihi. So, kami takde la rasa serba salah sangat. Biar kemeriahan bila semua ada. Gituuu kekdahnya. Tahun ni tahun terakhir adik bongsu aku beraya sebagai bujang trang tang tang. Tahun depan dah kene bergilir ye dik. Jangan gaduh-gaduh ok.

Lepas tu bergambar kat luar rumah pulak.
Nampak Wafa tengah menangis? Sebab?
Sebab dia terjatuh. Lari punya lari, tersembam muka kat bucu pasu.
Beristighfar lah ibu pepagi raya.
Kami 4 beradik saja.
From left: No.2, No.3, aku sulung, si bongsu.

Atuk dan Wanma bersama cucu-cucu.
8 orang. Yang ke-9 is on da wayyyyy. Yeay!


SELAMAT HARI RAYA everyone!

Jul 22, 2015

Raya ke3 balik Temerloh

Plan nak balik Temerloh kul 9 pagi (kekonon). Pung pang pung pang...kul 10 lebih baru gerak dari Pasir Puteh. Dah lambat kaaannnn...haaaa ngadap la jem! Huihhhh. Patut dari PP ke Temerloh 5 jam je. Ni dah terlebih-lebih sampai 7 jam. Wafa awal-awal masuk kete dah lelap. 

Sampai Temerloh dalam kul 5 lebih gitu. Ehh..ade sedare masa datang beraya lah. Salam-salam terus tuju meja makan! Ahahaha. Lapa punye pasai. Memang tak stop makan kat mana-mana pun. Gara-gara nak kejor masa. Lauk sedap pulak tu. Bertambah-tambah la i makan.

Pagi esoknya (isnin) my mom buat nasi lemak. Sedapnyeeee. Nikmat sungguh. Aritu ramai jugak orang yang beraya. Sedara mara of coz. Petang tu, kitorang plak pegi beraya. Puas duk layan orang kat umah, kita pun nak dilayan juga. Sebelum pegi beraya, acara berposing dulu. Wajib!

my beloved family.
dari kiri (belakang): adik, adik ipar & anak buah, husben, aku, adik & anak buah, adik ipar dan Wafa (tetiba Wafa nak dukung daddy pulak)
dari kiri (depan): adik, my mom & my dad :)

Nak amik gambo ni pun dah huru hara. 

Settle amik gambo, bergerak ke rumah Pakngah. Ramai rupanya sedara mara lain dah sampai kat sana. Menu simple kami Mihun goreng dan nasi impit kuah kacang.

tak semua ada.
amik jer mana yang sempat join. hehe.
cari Wafa. sape jumpa memang terer :p

Next destination rumah arwah nenek. Walopun nenek dah takda, tapi anak-anaknya ada yang jaga rumah tu. Kakak-kakak ayah aku. Memandangkan dah malam, terus je dinner situ. Lauk pulak simple, memang sedaplah makan reramai. Ayam goreng, sup sayur, gulai telor itik dan ikan masin. Nyummmehhh! No more ketupat, lemang and so on. Haha. Tekak kepingin nasik putih dan lauk pauk puler.

Abih dah kot cerita raya aku. Ringkas sangat raya aku tahun ni. Plus aku nak balik KL esok paginye sesudah subuh. Entry balik KL aku ade citer sebelum ni. Boleh scroll balik eh. Kejapppp sangat duk Temerloh. Hukkk. Kbai!

Jul 21, 2015

Keje..keje!!

Okeh....raya ke5 dah ade kat ofis. Kosong lagi ofis ni.
Ade la 3 orang termasuk aku.

Nak buat ape nih?? Huhu. Still raya mood laaa. hukkk. Lagu raya penuh kat radio. Uwaaa. Adik-adik aku semua kat kampung lagi. Diorang cuti for the whole week. Gila syiok!! Aku? Pepagi tadi gerak dari Temerloh ke ofis. Huwahhh..gigih sangat nehh. Alhamdulillah, jalan tak jem. Smooth jer. Sebab? Aku gerak kul 6.20 pagi. Target nak sampai ofis sebelum 8.30. Sampai kul 7.35.  

Wafa aku letak mana?
Hangkuttt sekali ke ofis. Babysitter belom abih bercuti. Nak wat camne. Terpaksa lah. Dia dapat kawan baru. Kakak cleaner. Baikkk je duk sebelah borak-borak walaupun kakak-kakak tu tak paham. 

Zasss masuk citer raya. Tahun ni turn raya kat kelate. Mak mertua aku buat nasi dagang for main menu. Gulai ikan dan ayam for lauk nasi dagang. Lain-lain juadah nasi impit + kuah kacang, lemang, ketupat, rendang dan satay goreng. Aku ni kalau makan nasi dagang, jarang sentuh gulai ayam. Aku prefer gulai ikan. Nyummehh!!

Sori, tahun ni takde pics untuk tatapan sebab aku bizi sangat. Ecewahhh. Btol ye...tak tipu. Ape tak...sebab aku dan mil saje yang ade kat rumah. Mana nak cara dapor, Wafa, preggy lagi. Puasa pulakkk..adeyhh. Tah bila nak snap pic. Sampai satu tahap aku rasa letihhhh yang amat tapi tak sampai hati nak tinggalkan mil kat dapor sensorang. Inikan pulak nak klik klik pegang kamera hp. Ahahaa. Kalau kat rumah sendiri bolehlah buat perangai tu. Wakakaa.

Taktau la kenapa tahun ni macam full sangat sampai tak terambik gambo 1 famili. So, takde la gambo famili besor. Ade gambo kitorang jer lah.

pinky! hihi. (paksa laki pakai pink sebab aku dah berkenan kat jubah pink + ijau tu)
jubah sedondon aku dan Wafa aku beli online kat ig. Pehtu aku matchingkan je tudung aku dengan baju husben. 

outdoor photo-shoot konon-konon. 

aku nih memang sukaaaa la sangat kalau beroutdoor shoot ni. impian nak jadi model, tapi tak cukup ketinggian. so, kite shoot sendiri-sendiri jer lah.

Raya 1 kitorang tunggu orang datang rumah.
Raya 2 kitorang plak gi jalan umah orang. 
Raya 3 pagi dah balik Temerloh. Nanti aku story perihal raya kat temerloh pulak ye. Next entry :)

Aug 15, 2014

Raya 2014 - Raya kedua

Hoihhh....disebabkan kebizian raya pertama, raya ke2 baru berkesempatan nak bersalaman sesama famili. 
Mak aku cakap, next raya sebelum pi solat...wajib bersalaman dulu. Kalau tak, jadi macam raya pertama. Apepun tak sempat.
Pengalaman mendewasakan kate orang. Hihi.


mom & dad. so sweet!
raya ke2, maka kami bersalaman takde baju raya. 
spoil sungguh. 

us....the siblings
tema baju: suka-suka hati.
ehh..raya pertama aku paling comei. raya ke2 pon sama.
Ahahaha. 

mom, dad & the menantusssss
^_^

Raya ke2 mak pak semua dah tema suka-suka hati.
Tapi anak-anak tetap sedondon.
Shahzad takmo pakai same. Katenya dah besor. Nak pilih baju sendiri. 
From left: Shahzad, Firas, Shariff & Wafa.

so comelsss!

Feb 14, 2014

Baju raya

Ni baru bulan Februari.
Tapi my mom dah pi tempah baju raya untuk we ols.
Every year memang tema sama. 1 color.
Punye la semangat dia ngan adik aku (yang tengah pantang skang ni kat kampung) pi beli kain dan tempah sekaligus.
Our tailor is chinese lady. Memang cun die buat.
Susah nak carik chinese tailor yang akan betol-betol buat baju ikot macam yang kite nak. 
Tapi si Ah Ngan ni ..memang cantek laa die punye jahitan.
Kira dah macam family tailor la. Sinang. 
Ukuran sume dah ade kat Ah Ngan. So, cakap je nak design camna...kurung moden ka..kebaya ka...dress ka...pepandaila die nak adjust cemana tu nanti.


Tapi tempahan ni just untuk baju mak aku dan anak-anak perempuannye saje.

Untuk suaminye, anak lelakinye, menantunye dan cucunye, beli siap je nanti. Tapi still same color.
Sebab so far menantu dan cucu semuanya lelaki.
Cuma untuk baby aku je aku suh reserve kain skit, balance dari kain kitorang tu. Boy ke..girl ke...guna je kain lebihan tu.
Ape-ape nanti, tak payah pi bli kain dah. 
Time tu baby pon kecik lagi. Dalam 4 bulan gitu.
Nak gakkk bertema kan si kecik nih. Nanti suh je mak aku jahitkan. Heeee.

Setelah berdiskusi ^_^ tema raya 2014 kitorang will be Emerald Green! :)





Nice sangat.
So, tengok jer la camna kesudahan baju aku tu nanti.
Hopefully menepati laaa citarasa dan jiwarasa aku nih.


^_^

Sep 12, 2013

Last punye citer Raya

Ok. Raya dah abih. Tapi nak citer jugak.
Memandangkan blog aku kali ni tak banyak mengisahkan perihal raya, aku nak publish jugak yang ni. 


Last Sabtu, neighborhood aku ade wat makan-makan raya.

Ni memang grand punye event. Cukup 2 tahun, mostly kitorang dah kenal antara satu sama lain. Meriah la cikit kan. Compared sebelum ni kalau ade event macam ni, memasing duk tegor sekali lalu je..sengih-sengih pastu buat hal sendiri.


Every time ade event macam ni, each rumah kena la donate ckit kan kalau nak makan. Kalau tak bayar tapi datang makan melulu, ape kes plak kan?



Jom skodeng hasil donation ^_^



Kambing/ayam bakar, lemang & rendang buatan para suami, grill kentang, tu apa ke nama yang cucuk-cucuk tu ...?

Sate, kuih muih sedap.

Ni antara hasil potluck dari para bini yang sempat di snap.

Tak syiok arr kalau setakat acara makan-makan je. Ye dak?

Acara bakor mercun sambil mentekedarah.


Acara potong kek. Yang baju biru tu, tok ketua kami.
Tak sempat nak merasa kek sebab perot teramat se'eh time tu.
Nak tapau takot tak melahap lak. Bazir je.

Next --> acara karoke. 
Nampak tu...sape yang tengah duk layan jiwang tu? Haa...ciap ade cameraman n video hokeh.
Meh close up jap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MR HUSBEN.
Kaki die ni. Kaki karoke. Aku? Kaki sorak je.
See? Semangat! Bravolah abe.
Ade yang puji sore die sedap. Haaa..layankan aje.
Dah ade video record tu, leh la anto ke MIG ke...Warner Music ke..KRU pon cara gak. Kalo rejected, kite gi Rabbani.

Some of para-para ibu dan bini.
Aku...cam biasa tukang snap.

Tamat lah sudah kisah raya tahun ni.

Ni aktiviti esoknye:

Semua duk berkumpul tengah-tengah lorong tengok balik video yang dah direkod semalam. Aku tak larat nak layan sampai abih. Kol 11 lebih aku blah. Yang lain-lain masih tegarrrrr menahan mata.

Jumpa raya tahun depan!

^_^

Aug 16, 2013

Raya 2013

Tahun ni turn raya kat Kelate. 'White Sand' gitu. Sila terjemah sendiri.
Tema raya, dark grey. 
Haruslah bertema. Baru terasa bahang raya. 

Raya di Kelate:


Beli baju siap je. Takde mase nak tempah-tempah. Huhu.
Shawl dari Ruzaini Rozlan. Shawl dia sangat gojes! Kain lembut dan corak die pon sangat cantik.

Pagi-pagi lepas Subuh husben i dah terpacak nak berbbq.
Bab-bab bbq, kasi la kat dia. Kompemmm menjadik. 
Senang i.

Raya di Kuantan - Raya ke3:
Tahun ni tak sempat pon nak amik gmbo raya sesama famili.
Rasenye tahun ni raya paling bizi sekali. Tak kira belah Kelate or Kuantan.

Husben sedang berbbq.
Partner in crime: biras.

Ayam yang dah selamat diperap dengan resipi husben sendiri.
Nyammmm. Mudah keje i.


4 orang belah kanan...adek badek haku.
Aku sulung & paling comey ^_^

Sepupu sepapat..mak pak sedare datang beraya.

Silalah korang bergelimpangan di mana sahaja.


^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...