Mar 1, 2016

Jalan-jalan cari Kerepek House

Aku baru tau ade kedai kerepek yang femes kat Banting. Sabtu aritu gi Banting sebab ade wedding. Kalau idak, rasanya memang tak jejak la Banting tu. So, lepas makan-makan lauk kenduri yang marveles itu, kitorang gi cari kedai kerepek. Husben penah datang sini tapi dah lupa jalan.

Last-last jumpa jugak kedai.
KEREPEK HOUSE.



masuk-masuk je, budak kecik tu dah berlari-lari sakan. Haihh.




macam-macam jenis kerepek n keropok!
lupa nak snap hasil tangkapan kami. 


haaa...ni kerepek berkilo-kilo.
Self-service :)
memang sesuai untuk peniaga-peniaga tegar. 
aritu ramai betol yang menjinjit plastik besor kiri kanan. 

Alamat:
LOT 1454, JALAN CEMPEDAK
OFF JALAN BESAR, SUNGAI LANG
KANCHONG DARAT
42700 BANTING
SELANGOR
TEL: 03-31813076

Feb 19, 2016

Kebab Leleh

Nama penuh Kebab Sultan. 
Gah sungguh nama, se gah kebabnye laa. Tak nyesal beli.

Semalam otw balik ke umah dari ofis, tetibe husben melencongkan motornya ke Kg. Melayu Sg. Buloh. Aku bajet lakiku mengidam nasik manggey kat warung kita. Terpusing-pusing kepala tengok keliling. Aku tanya nak cari apa? Dia jawab kebab! Ok, aku pun panjangkan kepala cari gerai yang dimaksudkan. Tah kenapa mengidam sangat kebab. Tu kat pasar malam pun boleh beli.

'tengok belah kiri...' 
Okk..belah kiri. 
'haa...tu ape tu? ape tu?' excited benor aihh nampak orang jinjit plastik merah tu.
'haa...dah jumpa!'

'Ramainyaa orang. kebab apo ni?'
'Ni la kebab sultan. Orang heboh pasal kebab ni. Jom try'
Konfem dia usha group fb Sg Buloh ni. Bagus gak ade grup tu. Banyak info dan tempat makan yang diorang reveal.

kebab ayam

kebab daging

Amacam?? :)

Gerai dia selorong dengan Warung Kita.
Selamat mencari dan menjamu kebab.
Kbai.

Jan 13, 2016

Happy Birthday to me, Sista & Firas!

9 Januari 2016.
Genap umor aku 35 tahun. Alhamdulillah. Pantas benarrrr masa berlalu. 5 tahun lagi genap 40 tahun. Wakakaka..jauh ke depan minah ni memikir. 

5 Januari 2016, birthday adik aku si Imi. Genap umurnya 33 tahun. Dan 7 Januari 2016, genap umur Firas (anak Imi) 2 tahun. Maka, marilah celebrate bersama-sama. Asalnya plan nak sambut birthday Firas. Tapi alang-alang sama bulan kan, sekali jalan. Event dibuat kat umah Imi di Shah Alam.

Birthday boy, Firas bersama-sama bonda, ayah dan Nuha :)

aku la ni yang tudung hitam sambil pangku Nuh. Budak kecik ni kann..memang pantanggg diletak. Nangis terus. Maka ke mana-mana budak kecik ni diusung. Tengok tu, pegang pun nangis lagi. Haha. 

see...orang lain makan, aku still pangku Nuh. Heh. Jomlah layan gambar.




ada spageti, nasik lemak, tart2, pulut, nugget, mihun, ubi, sira keledek, teh tarik, air oren, koktel :)
semua sedap. mavelesss.

Ni semua baby-baby yang berpantang secara berjemaah kat umah mak aku aritu. hihi. cute. semua sebaya. Nuh sorang jee yang nangis. ni letak bawah pun sebab nak bergambo. ok..jom bagi dia senyap.  

sumbat puting. done!

Jan 7, 2016

NW nama si baby boy

Minggu ni masih huru dan hara nak pegi keje sebab si kecik suka bangun pagi-pagi. Mujur bila nak bersiap, dia molek je tido. Kata orang, masih cuba menyesuaikan diri dengan pertambahan ahli baru :) Ngeee...

NUH WAJDI.
Tu nama baby. Wafa & Nuh. Pendek-pendek je bagi nama untuk dipanggil. Senang. Alhamdulillah, dah sepasang. Ni aku selit skit biodata baby. Hihi.
Tarikh lahir: 21/10/2015
Tempat lahir: HUKM, Cheras
Berat: 2.45kg. Kecik dari Wafa. Wafa dulu 2.7kg.
Iras sapa: Bapaknye kot. Heheh. Aku yang mengandungkan, bapak yang dapat nama. Wakakaka. Alhamdulillah, muka sesapa pun...semoga Nuh menjadi anak yang Soleh kelak. InsyaAllah.

Jan 4, 2016

Kembali selepas 2 bulan :)

Hi hi semua.
SELAMAT TAHUN BARU 2016!
Saya kembali ke dunia penulisan.
Pehh..gah sangat bunyinya tu.

4 Januari, hari pertama aku masuk ofis due to maternity leave.
Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21/10/2015 yang lalu. Sehari selepas anniversary kami laki bini. Kakak Wafa dah dapat adik. Yeay! Dah sepasang. Syukur sangat-sangat.

Macam banyak je nak cerita ni.
Nanti k. Ni nak amik semangat bekerja jap.

Adios!

Oct 20, 2015

Anniversary :)

HAPPY ANNIVERSARY, INCIK HUSBEN!
20/10/2007 - 20/10/2015
Genap 8 tahun. Alhamdulillah.

I tak pandai ayat bunga-bunga ni. Ngeeeee.
Apepun ...

Semoga ikatan perkahwinan ini akan sentiasa kekal, bahagia dan harmoni ditemani anak-anak terchentaaa :) muuahhh ciked!

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...