Jun 11, 2014

Besday Guy. Lets selebret!

Semalam besday husben.
Besday guy request nak makan best-best kat luar. Aku ok jer...plus aku puasa, why not kaann...^_^ (ade orang nak banjer...hangguk sajerr)
So, we decided nak gi Manhattan Fish Market kat Setia City Mall. Takde la selebret grand-grand pun. Makan-makan jer memandangkan weekdays kan. 
Lepas amik Wafa kat babysitter, terus siap-siap. Dalam kol 9 jugak laaa kitorang sampai sane. 

Hmmm...juling juling dah mate aku nih tengok menu.
Satu hari tak makan kan. Itu nak...ini nakk..itu nakk...
Last-last adik waiter suggest kat kitorang promo menu with Watson Card.
Normal price RM89.90. Promo punye rege RM59.90. Waahh best juger nih!
TAPI....kene tunjuk kad Watson dulu yer kengkawan.
Ingat akak takdek kad Watson yeeeee adik?..maka dengan bangge aku keluarkan kad Watson yang aku baru buat bulan lepas. Haha.
Adik waiter hangguk-hangguk jer.

Aku: nahhh kad watson.
Adik waiter: ok.
Aku: tunjuk je ke?
Adik waiter: haah tunjuk je..(sambil sinyummm)

gini yer rupa kad tu.
u olss cepat cepat buat. banyak baucer dapat! :)

Weee!! Ati manyak sinang.
Lupa nak snap pic food. Sebab tangan sebelah pegang Wafa. Husben i lak segan-segan nak amik pic. Huuu. Besday guy malu pulerrr di hari lahirnye.

kehkeh! ni saje yang mampu disnap.
adoiyaii....tak semenggah rupenye.
aku lupa ingatan nama set ni tapi it comes with promo watson ni la.
ade sup yang marveles! i likeee.
ni aku snap dengan tangan sebelah je ni. tangan se lagi duk pangku Wafa yang ketiduran.

Wafa sebelum tido. 
muka ngantok. hihi.
mau taknye, duk seret die kluar malam-malam waktu tido die.

Anyway, HEPI BESDAY my Mr Hubby! 
Tq sebab belanje dinner. 
Tq to me sebab dapatkan harge promo. Hahaha! ^_^
Tq to kad Watson!

Jun 6, 2014

Jaundis

Mostly babies akan kene jaundis sebaik diorang lahir. Kan?
Chances nak kena lagi banyak dari yang tak kene. Ye dak?
Wafa antara baby yang kena. Risiko memang agak tinggi sebab aku nih jenis darah O. 
So, as new mom, waktu-waktu tersebut adelah antara waktu yang menguji fizikal dan mental aku bile kene ulang alik dari rumah dan spital. Dengan penat, tak cukup tido...tambah plak rase bisa kesan czer ade lagi.

Banyak lah tips yang aku dapat dari sedare mare, member-member dan tak lupa juge dari uncle gugel pasal cara-cara nak hilangkan kuning ni. Aku tau, ramai yang kat luar sana yang kurengggg percaya ngan amalan-amalan ni. Ramai yang kate masih dalam kajian dan sebagainya. Ramai yang kate tak nampak kaitannya...tak nampak motifnya...tak logik. Tak ape, yang tak nak cuba tu tak payah buat. Baca sahaja ye. Ape salahnye kite usaha. 

1) Minum air anggur hitam yang diperah. At least 3 bijik sehari. Pagi, petang dan malam. Jangan ambik isi die. Picit buah tu ngan jari biar keluar air-air die. Kalau riso tersuap baby dengan isi anggur, tapis ngan penapis teh. Then bagi baby minom ok. 

Korang akan tengok betapa baby sangat sukaaaaaaa minom air tu. Hihihi. Comey sangat sebab die sedut-sedut air anggur tu bersungguh-sungguh. Bila tak bagi, nangis. Tak boleh laaa nakkkk oii. Korang jangan bagi banyak sangat yer. Sebab air anggur ni bisa untuk perut baby. Sekadar untuk bagi die rase dan niat lah untuk hilangkan kuning.

Ade skali aku gi kkia Kuantan untuk folo up Wafa, ade sorang kakak ni dah 10 hari ulang alik klinik. Aku tanya progress anak die camna. Die cakap dah makin turun. So aku tanye ape petua die. Once die bagitau, terperanjat gak la aku. Yes...die bagi air anggur hitam tapi...tetapiii....die bagi 10 bijik setiap jam. Allah! Kakkk...tak sakit perut ke anak tu kak?? Kesiannnnye baby. Lepas akak tu keluar dari bilik nurse, aku tanye lagi progress. Dia cakap naik banyak pulak! Errrrr.....Wallahua'lam. 



2) Minum susu kambing. Satu-satunye susu kambing yang sesuai untuk bayi bawah 6 bulan ialah jenis dari Karihome. Bukan dari kari yer. Memang name die cenggitu. Harga dalam RM49 gitu. Memang orang cakap susu kambing tak elok sebab takot bayi panas, tapi yang ni memang formulated untuk bayi bawah 6 bulan. 

Gini packaging die. Tengok yang aku highlight tu. 
UNTUK BAYI 0-6 BULAN/FOR INFANTS 0-6 MONTHS
Jadi, boleh lah bagi tanpa was was.
Aku try jugak mase Wafa jaundis ari tu.
Yang penting, takde efek bahaya.

3) Air sengseh. Aku cuba jugerrrr. Kite cuba segala macam bende yang ade. Air ubat cina nih aku mandikan Wafa mase die nak masuk 4 minggu. Yer..dah nak dekat sebulan, Wafa masih kuning. Doc dah sahkan Wafa ngidap prolonged jaundis. Tapi Alhamdulillah, tidak selama member aku yang anaknye kene kuning selama 6 bulan! 

Dalam 1 pek, ade 6 pcs. Aku tak ingat la brand apa. So, mandikan baby korang sehari sekali saje yer selama 6 hari. Rendam 1pc dalam air suam. Air tu akan bertukar kaler kuning. Uikk...OOooOOooOoo...gitu rupanya kaler air tu. Baru ku tau. Sebab tetibe aku teringat ade orang cakap, baby kalau kene kuning, tak boleh dekat dengan bende-bende berwarna kuning. Haha. Yang tu logik ke ekk?? 

Air tu macam kurang efek. Sebab kuning Wafa masih turun naik turun naik lepas mandikan dengan air tu. Takpe, macam yang aku cakap tadi la...kite cuba segala yang termampu sebab taktau mana satu yang jadi. Kalau jadi, Alhamdulillah. Kalau tak jadi, nak buat macam mana. Mungkin terkesan kat baby lain, tapi tidak kat baby kite. Kaann. 

4) Air tebu hitam. Ok..ni 1st time aku dengar ni. Petua dari ibu mertuaku. Tapi aku tak usaha cara ni. Sebab malas nak cari tebu hitam kat Kuantan nuuu. Heee. To mommies yang rase nak cuba, boleh jer cuba. Amik ruas tebu then rebus. Airnye bagi baby minom. Bagi sekerap yang boleh. Selain untuk redakan kuning baby, setahu aku air tebu hitam ni ade lah penawar untuk orang yang sakit jantung dan panas dalam. Wallahua'alam.


Batangnye kaler hitam. Beza ngan tebu yang biase tu.
Tu pasal panggil tebu hitam.

5) Of courseeee....sebaik-baik penawar untuk jaundis ialah susu ibu. Di samping kite menyusukan baby, tak salah untuk kita cuba tips-tips di atas. 

Selamat berjaya mommies! ^_^

May 23, 2014

Aqiqah with EZ Qurban

First time guna servis EZ Qurban ni.
Recommended.

Dengan EZQ ni, memang easy lah. Murah pulak tu.
Bayar je dan selebihnya diuruskan oleh EZQ.
Tak payah nak pikir-pikir dah bile nak buat, nak jemput sapa, berapa ramai jemputan, makanan ape nak sediakan, tentatif majlis macam mana.

Dalam last post, aku ade mention kan yang perlaksanaan aqiqah Wafa dibuat pada hari ke-7. So, pada majlis penamaan dan cukur Wafa tu lah aqiqah Wafa dibuat. 
Alhamdulillah, kitorang dapat laksanakan sebaik-baik 3 perkara pada hari ke-7 iaitu aqiqah, cukur dan memberi nama. 
Untuk aqiqah ni, RM550 je untuk sekor kambing. So, itulah bayaran keseluruhan bagi bahagian Wafa. Harga tu dah termasuk kos jamuan skali. 
Murah kan? ^_^
Plus, kita bole request nak buat hari ke-7, ke-14 atau ke-21.

Oh ye..aqiqah ni EZQ hanya menggunakan kambing sahaja ye. 
Untuk bayaran, u olss bole bank in atau walk in ke ofis EZQ ni kat Batu Caves. 
Lepas bayar, korang akan dapat resit dan sijil penyertaan aqiqah yang disahkan. Tapi bukan on the spot. Dalam tempoh 2 minggu gitu, korang akan dapat.
Untuk info, perlaksanaan aqiqah atau qurban ni akan dibuat di negara-negara Islam miskin yang memerlukan dan serba kekurangan like Kemboja, Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Myanmar, Filipina dan Thailand. Dan negara yang tepilih untuk perlaksanaan aqiqah Wafa ni ialah Kemboja ^_^
Dah la murah dan senang, dapat menggembirakan hati orang yang memerlukan pulak tu. 

More Info: Aqiqah boleh dibuat sebaik-baik sehingga sebelum anak itu baligh ye. Tapi kalau dah baligh dan blom beraqiqah, kene jugak buat ok. If mak ayah tak mampu atau dah meninggal, kita sendiri boleh aqiqahkan untuk diri kita. No problemo. Allahuakbar! Senang kan Islam ni.

Sila jangan abaikan aqiqah ini ya sebab hukumnya sunat muakkad. Rugi wooo kalau kite tak buat dan pandang remeh je perkara ni. Jom rebut barakah dari aqiqah ni.

Klik sini untuk info lanjut & contact EZQ.

Maksud hadis Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia menyukai untuk mengaqiqahinya, maka hendaklah ia melakukannya"

May 15, 2014

Hari ke-7

Kite flashback kisah 2 bulan yang lalu ok. Hehe.

............................................................................................................
Dari baby dalam perot lagi, aku ngan abah Wafa dah niat nak buat sekaligus akikah & majlis penamaan dan cukur pada hari ke7 Wafa lahir. 
Kebetulan pulak hari ke7 tu Wafa baru keluar wad sebab jaundis. 
Dan kebetulan jugak hari ke7 tu adik aku buat akikah untuk anak die kat Shah Alam. So, aku tumpang sekali untuk buat majlis penamaan dan cukur Wafa.

Alhamdulillah majlis akikah anak sedara aku, Muhammad Firas berjalan dengan lancar.

Tuan punye majlis, Firas.

Bonda & Ayah tuan majlis.

Selesai majlis Firas, majlis Wafa take over. Haha. Main take over take over pulak. Janji jalannn.

Wafa sebelum cukur. 
Lebat rambutnye. Hitam.

Majlis penamaan bermula. Mak aku pangku Wafa.
Yang lelaki tu, kazen aku. Dia la tukang baca doa kalau ade event sebegini dalam family. Dia la imamnya. Dia la leadernya. Tq so much couz! :) 


Basahkan rambut dulu ye nak..
nanti senang nak cukur.


Botak sudaaaa..
Terima kasih kat opah yang tolong cukurkan rambut. 

Setel cukur, kite cuci kepala.

Wafa berwajah baru di hari ke7 :)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya.
Siap pakai gown. Khelasssss kau Wafa.
Tq to Yuda sebab bagi gown yang cantekkk ini.

Nanti aku citer pasal akikah Wafa pulak yer.

^_^


May 12, 2014

WZ nama diberi

WAFA ZULAIKHA

Yer...itu nama baby gegirl ku ^_^ 

Jangan tanye kenapa aku suka uruf ujung-ujung.
Aku takde jawapan.
Memang aku suka uruf cam W Z Q U. So far tak penah lagi aku jumpa ngan nama baby start with X. Kalau ade, konfirm uruf tu masuk dalam list aku. Heh.


Biodata ckit ~



DOB: 03.03.2014

POB: Tropicana Medical Centre
Berat lahir: 2.71kg (now dah 4.4kg - 2 bulan++)

Aku start keje 05.05.14 aritu.
Patut start 2 Mei tapi memandangkan tu ari jumaat, so aku amik cuti lah. Dah alang-alang kan.
Kejappppp je cuti 2 bulan. Mak aku citer orang dolu-dolu cuti bersalin 45 ari jer yerr?? Mesti tak terasa cuti langsung. Syukur lah aku dapat cuti 2 bulan. Hukhuk.


Introducing .... baby Wafa :)



ni baru2 jengok donia


latest edition! semalam.

^_^

May 9, 2014

I'm back!

Hololololooo...tuan punye belog berpantang 2 bulan, belog punnn ikot sama sakan berpantang yerrr!

Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang bayi gegurl yang sihat pada 03/03/14 yang lalu. I'm a mommy now after 6 years waiting! Will turn 7 years this October. *happy sangat* Syukur.

Okehh...nak start berblog balik.
Tapi kene curik-curik masa. Baru masuk ofis, keje berlambak nak setelkan. Hmm...berlambakkkk lah sangat kannnn.

Macam banyak jerrr nak berciter ni.
Ok, kite citer satu-satu yer. Today juz entri mukaddimah setelah 2 bulan menyepi. Hihi.

Daa..babai.
Jumpa lepas ni.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...