Nov 21, 2013

Arghhh cramp!

Malam tadi cramp lagi.
Sakit...tapi aku takde la teriak duk panggil husben.
Kesian pulak kat die tengah baeekk punya layan mimpi kan. Kesian ke?? Wakaka. Sebenarnye malas nak kejut die.
Dalam sakit-sakit tu, aku cuba luruskan kaki sendiri. Pastu duk eksesais tapak kaki sendiri jugak.
Alas kaki dengan bantal, kasi tinggi sikit untuk lancarkan peredaran darah.
Memang lepas tu akan ok. Sebab it will takes few minutes je. Tapi bangun pagi nanti sisa-sisa sakit tu terasa lagi. Nak buat macam mana kan.
Normal untuk kami-kami yang pregnant ni.
Kekadang sampai balik ofis pon terasa lagi. Tahan jer la sampai hilang. Sambil tu jeling-jeling laa laki kat sebelah dengan harapan die urut betis kite ^_^

Kebiasaannya, cramp ni berlaku kat betis. Tak pernah la pulak aku cramp kat peha atau lutut. Heh. Taktau la pulak kalau ade yang penah rase kan.
Tapi memang sangat-sangat spoil ooooo tetibe terjaga dari tido pehtu rase bisa kat betis. 

Meh kak ton nak bagi tips yang simple untuk elakkan cramp. Hewhew. Semoga bermanfaat.
  • minom air masak banyak-banyak di siang hari (sejak peknan, aku banyak minom air. Tapi sejak peknen larr.....siyes! Sebelum tu...?! Errrr....)
  • pakai stokin dan seluar panjang time tido (dah start pakai stokin sejak 1st serangan cramp aritu. Pheww..)
  • elakkan duduk dengan kaki bersilang dalam jangka waktu yang lama (huk alohhh...ni antare kerjaan feveret aku kat opis nih...)
  • mandi dengan air suam sebelum masok tido
Mane input yang aku dapat, aku amalkan jek. Korang leh la gugel pasal kekurangan nutrien, kalsium dan potasium bagai ni.

Yang aku tau melalui pengalaman dan pembacaan tertentu, cramp ni berlaku dek keletihan otot. For example, pregnant ladies alami cramp sebab die menampung kandungan yang sarat. Same goes to yang kuat bersukan dan berlari, memang akan selalu cramp sebab otot kaki sokmo letih. (...patutlaaa dulu aku selalu cramp. Dulu taktau pun kenapa. Nak gugel pon tak reti)

*penah skali aku cramp time swimming. Ecewahh..term tak leh blah. Puittttt. Padahal selam, angkat pala, selam, angkat pala je.

Nov 18, 2013

Event: Bowling 2013

Semalam ofis aku ade buat tournament boling.
Lokasi: Wangsa Walk, Wangsa Maju.
Tahun ni aku jadik tukang sokong je arrr. Nak mampusssss main boling ngan perot memboyot ini? *mari sokong Mr Apai ^_^

Oleh kerna tak dapat main, eloklah kiranye kite berposing dulu dengan piala pusingan neh sebelum staff datang berduyun-duyun.

Eh ehh...macam tak memboyot haje?
Mana perot tak nampak? ngeee..

Husben selaku pengarah event ni harussslaahhh tersangat bizi dan nampak bizi.
Memang dari stat planning mende alah ni..hidop die sangat tak tenteram lagi tenang mahupun kat umah. Grrrr!



Woot woot...! Ade org beli kasut baru semata-mata nak main boling ni!
Sukatiiiii..janji kluor duit dari poket die sendiri.

Event start dengan ucapan, doa & tayangan video tribute to Arwah Syah. Aku ade publish entri pasal arwah ni sebelum ni. Even piala boling tahun ni pon dinamakan sempena nama arwah sebab arwah adelah di antara orang yang paling banyak menabur jasa dalam kebanyakan event sukan di ofis termasok boling.

Perasmian dek pengerusi jawatankuasa kelab sukan

Antara staff-staff yang hadir memeriahkan acara tahunan ni termasok staff dari cawangan utara, timur dan selatan! Bravo guys.

Video tribute to arwah Syah :(

Ok, tutup citer sedey.
Lepas tayangan video, baru acara start.
15 minit untuk panaskan badan kat lane memasing.
Abih 15 minit, baru acara betol-betol start. Mula-mula jer derang ni sorak bagai nak rak. Hewhew.
Masok frame ke2 dan ke3, suare ke mane...sorak tah mane. Haha.
Pastu riuh balik tang nak akhir frame ke3. 
Overall, event sangat lancar. Alhamdulillah, takde sebarang kesulitan atau masalah lane yang kritikal time acara berlangsung. Good job husben and the committees^_^

Lebey kurang dalam kul 2 gitu kot baru habih.
Husben aku tengok dah tak keruan nak main. Mane nak main, mane nak pantau event ok ke takk...kejap-kejap jenguk ke meja pendaftaran. Ok, tak menang tak pe bang. U did a very wonderful and great job! 
'wahai kasut baru...dikau tolong menangkan husben i next time okkkk'


Piala pusingan. Nampak tak replika boling yang comel-comel itu?

Comel kann?? ^_^
Hitam itu menawan.

Risau gakkk kot-kot event semalam habih lambat sebab arini keje.
Biasenye event gini dibuat ari Sabtu.
Tapi dek kerna jadual wangsa walk ni tersangatlah full nye ngan tournaments lain, maka semalam je yang free sehingga ujung tahun. Lagi satu reason kenapa kelab sukan pilih wangsa walk sebab event ni tak pernah lagi dibuat kat sini. 
Overall, event tamat jam 3 lebeh cenggitu.

Acara penutup
Sume muke cam puas ati. Rite guys? ^_^

Juara bertahan!
Tak pernah goyah walau ade muka-muka baru. Wahh gituuu.
Tunggu ye...tunggu aku main tahun depan. Hahaha. *tak payah nak bajet terer sangat okk* :p

Komiti-komiti yang terlibat.
Syabas!
Jumpa di kejohanan boling tahun depan :)

Nov 13, 2013

Baby, syok ke tendang-tendang tu?

Memandangkan ni kehamilan aku yang pertama, aku memang tak tahu menahu cemana rase baby tendang dalam perot. 
Best ke? Sakit ke? Geli ke?
Seawal minggu ke-17 cenggitu aku dah start rasa sumthing.
Tapi aku tak terpikir langsung itu reaksi baby.
So, ignore jek.
Takde pon rase teruja ke hape ke.

On week 20th, gi wat check up.
Tengah-tengah scan tu, doctor tanye 'haa..baby tendang ye?'
Aku macam blurrrr. Baby tendang??
'Ohhhhhh......gitu ke baby tendang?? Memang macam tu la yang selama ni aku rasa' dalam ati je. 
Aku pun hangguk bile doc cakap gitu. Bajet macam dah tau sangat. Haha. Sebab macam dah tak terkata apa.
Ok..time tuh baru rasa gumbira bila dapat rasa macam orang lain rasa. 

Now dah masuk 22 minggu lebih kurang.
Petang dan malam memang aktif duk menendang dan meregang je kejenye.
Dalam kes tendang menendang ni, takde jumlah tertentu yang perlu dirasa. Meh baca ni:

Anda mungkin tidak dinasihatkan supaya menyimpan rekod jumlah atau carta tendangan seperti yang pernah diamalkan sebelum ini. Carta seperti ini tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mempunyai masalah ataupun tidak. Mudah untuk anda terlupa untuk mengisinya. Akibatnya, ia memberi keputusan yang tidak tepat dan membuatkan anda bimbang tanpa sebab. Sebaliknya anda digalakkan memahami corak pergerakan bayi semasa anda jaga. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga yang berlainan, lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, hubungilah doktor anda dengan segera. Sumber: babycenter.

Kesimpulannya, teruskan memantau pergerakan baby dan cepat-cepat jumpa doc kalau tetibe rasa pergerakan baby berbeza daripada biasa.

^_^

Nov 11, 2013

Birthday Party kecik-kecik je

Sabtu lepas Yuda buat birthday party untuk Shahzad.
Just untuk family dan kawan rapat die je.
So, party start kul 3 petang cenggitu.
Dari kul 11 aku dah terpacak kat umah die sebab nak tolong prepare food dan arrange ape yang patut.
Semua home-made. 1 je tempah. Karipap makcik yang sodap.



Yeay..ni peneman mama ja kat dapur.
Alolololo. 
'tdoo lagi baekk...'

Oleh kerna majlis start kol 3, maka kite buat tema heavy hi-tea.
Karipap tu laaa yang sedap! Isi banyak. Besar pulak tu. 
Makcik tak kedekut.

Garlic bread, mushroom soup & sosej roll adelah hasil tangan aku.
Sosej roll tu tak cunnnn sebab guna roti murah. Haha. Roti die pecah-pecah bile nak gulung tu.
So, lepas ni kite guna gardenia ajer lah. Kalo tuk makan sendiri-sendiri, bole la kot guna roti 1.70 sen tu.

Macam simple jee...macam niceee jee...^_^



Ada nampak itu huruf 'a' sudah tunggang langgang?
Yaa...itu koje Shahzad.



Taktau ape motif Shahzad malu-malu pastu menyorok belakang mummy die.
Camera shy maybe?? Oh oh. Camna nak jadi model cilik ni Shahzad? 

Sampai maghrib still ade tetamu. 
Lepas tu, tinggal kami-kami je family member. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Shahzad, mama ja pospon hadiah ye. Hihi.

Amvoii...amvoii...penat layan tetamu ye memasing.


Food banyak lagi sebab ramai jugak yang tak jadi datang last-last minit walopun awalnye dah konfem. Ade hal maybe.
So, bole la i tapau bawak balik umah. Yehaa!!

HAPPY BIRTHDAY DEAR SHAHZAD!
Moga menjadi anak yang Soleh dan berbakti kepada keluarga.
I love u.

Nov 6, 2013

Anniversary ke34 + birthday ke2

Hepi Anni to my parents yang ke34!
Hepi birthday to my mucuk-mucuk Shahzad yang ke2!
Same date on 04/11/2013.


Tahun ni punye celebration buat makan-makan kat umah je.

So, we ols decided nak celebrate kat umah baru adik aku si Imi. Haruslaaahhh kite selerakkan malah menyepahkan rumah baru kan. Haha.
No beli-beli. Sume home-made. 
Mak Pak duk tengok tv yeee. Biar anak-anak pempuan yang masak. 
Kahkah...bukan senang nak tengok sume 3 orang anak pempuan ni sekaligus duk kat dapor. 
Rasenye kalau mak aku sorang masak untuk 1 famili pon tak kecoh. Ni 3 orang skali duk dalam dapor macam nak wat kenduri. Haruuuu. Wakaka.
Agak surprise la jugak bile mak aku tatau yang kitorang nak masak. Spesel tau Ma :) Nampak sangat 3-3 jarang masok dapor sekali bile balik kampung. Agagagaga.

Hasil kecoh mengkecoh kat dapor.
Haaa..nampak macam diorang kelahapan kan. Maknenye, sedap la tu.
Menu: kerabu kaki ayam, daging kunyit, sotong kari, bawal 3 rase, telor bungkus, ikan kerisi goreng, sayur campor, terung masak cili & keropok ikan. Actually, keropok ikan tu aku tatau la nama sebenarnye die apo. Die macam ikan masin tapi tak masin. Asalnye dari Sarawak tu.

Mari potong kek!!
Muke Shahzad sangat girang. Nampak? Nampak?
Love u olsss!! ~ ^_^

Geram seyhh tengok mulot die.
'ini kekkk aku yang punyaaaaa'

Jom jilat pisau kek.
Pehhh. Pantas tauu.
Tak nyempat-nyempat nak hulur sudu.
Abih potong terus jilat. Aduhh nak oiii...ini perangai komfem ikot mummy ko.

Tak sempat nak warning kakak kedai kek, die dah tulih dulu.
Kan dah tak muat nak tulih 'happy birthday'.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...