Aug 15, 2013

Kembalinya seorang sahabat kepada PenciptaNya

Selamat Hari Raya to all bloggers & readers.

Sori u olls...raya ni memang takde masa nak update blog disebabkan kekangan masa, alat meng'update' blog dan line internet yang sangat 'bagus' kat kampung.

Hari ni raya ke-8. Aku baru je masok ofis.
Nanti-nanti aku citer pasal raya yee.
Sebab hati ini masih terasa dengan pemergian seorang sahabat ofis pada raya ke-2 yang lalu. Arwah sangat-sangat dikenali oleh semua staff ofis termasuk di semua cawangan pelusuk negeri.

Tahun ni aku beraya kat Kelate. Kampung husben. 1st raya memang tunggu orang datang rumah. Pendek kate, tak ke mana. 2nd raya baru berjalan ke rumah saudara mara. 

Lebih kurang lepas asar gitu, husben dapat panggilan tentang pemergian arwah yang boleh dikatakan amat rapat dengan dia. He was driving time tu nak gi beraya. Tetibe husben jerit terkejut lalu dengan tak sengaja menyagatkan body kereta kat divider tepi jalan. Agak calar balar juga. Calar kereta takpe...berita pemergian arwah lebih menjadi titik fokus kami. Aku agak terkedu. Husben takleh kate apa. Sebab aku tau, pemergian arwah akan memberi kesan yang mendalam pada semua staff di ofis. 

Yang lebih sebak apabila arwah baru sahaja menimang cahaya mata pertama tak sampai sebulan. Baru few weeks je. Ya Allah. Semoga balu arwah dapat menghadapi ujian dan dugaan ini dengan tabah dan kuat.

Tak boleh nak citer panjang-panjang kat sini sebab takot ade yang menitis nanti. Dan ade juga hati yang perlu dijaga. Bersemadilah dengan tenang wahai sahabat.

Al-Fatihah untuk arwah. (Kalau ade antara rakan-rakan ofis yang membaca entri ini, anda tahu ia didedikasikan untuk siapa)

3 comments:

  1. AlFatihah, semoga Arwah Syah tenang disana.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah.. Semoga arwah ditempatkan di kalangan org yg beriman... :(

    ReplyDelete
  3. “Ya Allah,ampuni,sayangi,selamatkan dan maafkanlah ia.serta muliakanlah tempat tinggalnya,luaskanlah kuburnya,mandikanlah ia dengan air sejuk dan ais dan sucikanlah ia dari dosa-dosa sebagaimana Engkau memutihkan baju dari kotoran,gantikanlah rumahnya dgn tempat tinggal yg lebih baik dan berilah ia ganti keluarga dan isteri yang lebih baik daripada keluarga yg ditinggalkannya serta masukkanlah ia ke dalam syurga dan jauhikan ia dari azab kubur atau azab neraka”

    ReplyDelete

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...