Jan 23, 2013

Kakak kedai vs Kami

Balik je dari opis malam tadi..terus gi dinner.
Perot dah lapa sangat..so decide makan kat area-area rumah je.
Malas nak pikir makan jauh-jauh sebab dah malam sangat.
Kedai tu memang dah jadi antara feveret kitorang, tapi kes malam tadi buat kitorang nak banned je kedai tu.

Situasi 1:
Husben: bagi sotong masak masam manis
Pempuan tu: takdok.
Husben: ni ade dalam menu ni?
Pempuan tu: jangan ikot menu tu..menu lamo.

?????!!
(Dah tau lama, apesal tak tukar oii?) *sigh.



Situasi 2:

Pempuan tu: minum air gapo?
Husben: Air suam
Aku: Suam jugak


*makanan dah sampai pon, air suam tak sampai-sampai. Air suam je kot??. 

Ok, fine..sabar lagi.
Dah nak makan ni...still takde air lagi.
Pastu aku nampak abang kedai perasan yang air belum sampai ke meja kitorang. Terus die tanye pempuan tu kitorang minum apa.


"air suamm...air suam duo" pempuan tu jawab.



Abang kedai datang kat meja kitorang say sorry sebab PEMPUAN TU TAK TULIS DALAM ORDER yang kitorang mintak air suam.

Husben dah hangin..terus abang kedai kene sound 'air suam toksir ata sini ko?' 
Tapi naseb baik abang kedai cool. Cayalah abang kedai. Senyum Sokmo.
Pempuan tu takde pun nak datang kat kitorang dan say sorry. Bajet die betul.

Ok, lauk memang best. Delicious kate omputih.
Licin.


Situasi 3:

Husben: Berapa semua?
Pempuan tu (lagii??) dia lah amik order, die lah cashier: RM17
Husben: Kenapa mahal sangat??? Lauk ni dalam menu RM4.50, tapi kenapa awak kira RM5.50?
Pempuan tu: Tu harga lamo. Abang tak boleh ikut sangat harga dalam tu.


Wah!!

Ni dah kira menipu customer.


Ko buat hal dengan husben i ye?



'lepas ni jangan datang sini dah. Mengarut.'



Ok bang!

Jan 18, 2013

Cuti-cuti Gold Coast

Memandangkan 9hb ari tu birthday aku dan seperti yang telah dirancang, on that day aku sama husben bercuti-cuti Mesia. 
Actually, planning ni dah lame. Memang plan untuk celebrate birthday aku dan kitorang ambik pakej birthday. Ade diskaun. Yeay!
Paling penting, ni merupakan hadiah daripada husben for me. <*_*>

Actually, booked dari last year lagi. heuheu. So, cuti 2 hari rilexkan body, lapangkan minda, longgarkan urat bagai ~~~ 

Honeymoon berdua ntah kali ke berapa.
Lokasi cuti kali ni..memang jauhhh oiiii ... Gold Coast, Morib! ^_^



View from our room.
Very nice...betol-betol ngadap theme park. Lagi 'nice' ade free show boleh tengok amoi-amoi mandi pakai bra and white t-shirt jarang kat sini. Pehh.


The moment aku masok, check bilik air dulu.
Eh eh ade jakuzi. Boleh la kalau nak mandi berjemaah dalam tu.
Berjemaah sekadar 2 orang cukup la.
Ciap boleh cak-cak kat tingkap tuh haa..terus nampak katil.

Not bad huh? :)

Kitorang ni memang dah lama tak jumpa pool. So, lepas check-in sume..terus terjun pool. Mula-mula segan mati tak mahu. Pastu aku tengok husben yang lebih-lebih. Hehe.
Tak lama dalam pool. Sebab nak ready for dinner lak.
Walaupun dinner start kul 7, tapi we ols turun after maghrib. Senang kalau nak stay lama-lama. Tak perlu rushing.
Bila sampai kat pintu masuk cafe tu, husben tunjuk coupon dan bagitau lady yang jaga pintu tu yang we ols guna pakej birthday.

lady: 'oh..happy birthday' (....sambil selak-selak kertas yang ade kat tepi lady tu and gave me some gifts from GC)
me: 'thank youu!' (glowing-glowing muka i). 

Aku dapat ni dari Gold Coast management!

1) Appreciation cert :)
2) Cake (pink box)
3) Pink bear! :)

Oh my..ni la satu-satunya hadiah PINK yang pernah aku terima.
Terima Kasih Gold Coast! 

Jan 17, 2013

Urut-urut di PUSAS

Rasanya dah ramai kot di luar sana yang tau pasal PUSAS ni.
I've juz discovered it akhir tahun lepas. 
Orang kata, kat sini bagus! So, nak try.


Asalnya, my aunt yang introduced Pusas ni to my uncle yang mengalami stroke.(ape punye ayat ni)

But now lepas banyak kali my uncle jumpa Iwan (nama tukang urut), die dah boleh berjalan sikit-sikit guna tongkat dan boleh bercakap walaupun ade slang.(tak payah jumpa doctor!)
Dan bila aku tengok progress my uncle thru rekod buku pesakit (which is setiap patient akan dapat buku kecik ni), aku macam kagum. 
Aku tak kate Iwan ni ada kuasa menyembuhkan...tetapi dia dikurniakan kelebihan melalui cara ini. Alhamdulillah.


Ok, tinggalkan pasal my uncle. Citer pasal aku pulak.



1st time aku pegi, parents aku ikot sekali.

Nak gak merasa urutan yang digembar-gemburkan ini.


Step 1:

Proses start bile die tekan jari jejari kaki aku...terus die ckp 'coklat tak boleh makan. Migrain'.
(Wah?? aku tak cakap pon aku ade migrain) Kagum di situ.

Lepas die picit-picit jari jejari, dia akan tekan tapak kaki pulak. Time ni aku menggeliat dah. Ooii sakit oii. Haha. Aku taktau la die tekan uraf saraf mende. Yang pasti rasa nak melompat je dari kerusi tempat die urut tu.
Dalam masa die urut tu...ade la die beritahu kita few penyakit yang kita hadapi. So, kite leh tau on da spot.
See...tak payah jumpa doctor.
Contohnya, aku ada masalah angin dan peranakan tanpa aku bagitau die yang aku ada masalah yang sama. Its true!
Overall process dalam few minutes je..tak sempat nak tido pon. 
That's why kalau korang datang segerombolan, masuk bilik sekali je. Tak payah tunggu lepas sorang, sorang masuk. 
Coz dia tak amek masa yang lama untuk proses urut tu.
Korang akan rasa santai je..sebab si Iwan ni pun selamba habis.


Step 2:

Dah abih urut, Iwan akan bagi kite buku kecik (like i said before) yang mana kat dalam tu ade pelbagai jenis penyakit manusia dan makanan yang kene pantang.
Iwan akan highlightkan penyakit apa yang kita ada.
So, every time kite pegi Pusas, kita boleh tau progress diri kita. Samada Iwan akan highlight penyakit yang sama ATAU tidak. Kalau die dah tak highlight tu...maknanya penyakit tu dah berkurang atau dah takda. 
Ok? So far excited tak? 


Step 3:

Dah abih urut dan amik buku kecik, bole la start membayor. 
Tak mahal pun. 1st time pegi RM25 je. Maybe sebab die caj buku tu la kot.
Then next appointment dah jadi RM14. Murah kan? 
Setakat ni aku baru pegi 2 kali je. Tapi setiap kali aku pegi tu...orang yang datang tak pernah surut.

Actually, kaedah rawatan ni tertumpu kat tapak kaki je sebab kat situ pusat tumpuan saraf untuk diagnose penyakit.
Untuk pengetahuan korang jugak, walaupun die bukan seorang doktor, tapi doktor-doktor pakar akan panggil die sebagai rujukan sesuatu penyakit bagi pesakit kat hospital diorang. Hebat. 
Mula-mula susah gak aku nak percaya. Betul ke doktor pon refer kat Iwan ni?
Tapi bila aku masok bilik Iwan ni, ada seketul whiteboard tergantung kat belakang die dan kat situ tertulis appointment antara doktor pakar dan Iwan.

Alhamdulillah, setakat ni...aku follow pantang larang yang Iwan gariskan.
Terpaksa laaa tenung je makanan feveret atas meja kalau itu yang dipantangkan. Haha. 
Korang nak tau tak...the most feveret vege yang aku paling suka adelah the most no.1 & 2 dalam list pantang larang Iwan. Huh.
Which are kacang panjang & terung. *nanges* sob sob.
Paling aku kagum ngan diri aku (ecehh)...aku dah tak minum air berais dan air gas for about 1 month lepas jumpa Iwan ari tu....damn...i'm good!
Semuanya pantang larang punya pasal.
Lepas ni nak jumpa Iwan lagi nak tau progress.


Abih dah citer.

Rasa nak pegi tak? Okla, aku tak reti nak suspenskan citer...korang pegi je la. 
Scan ur self dulu. Then kalau rasa tak ok, tak payah la pegi.
Sebab Iwan ni boleh diagnos korang tak kira la korang sakit apa pun..ATAU korang rasa korang takdek penyakit langsung.


Alamat:

No. 51C, Jalan F
Kampung Pandan Dalam
55100 Ampang.
Tel:017-3289840/013-3132943
Waktu rawatan: Sabtu-Khamis (10am-12pm, 3pm-6pm, 9pm-11pm). Selasa dan Jumaat cuti.


Klu: Masuk mrr2, sampai jumpa kedai perabot cempaka (opposite Tesco Ampang), korang belok kiri. Terus boleh nampak tempat urut belah kiri (warna kuning).


PUSAS: Pusat Urutan Saraf Abdullah Salleh


'Walaupun begitu, kita manusia hanya mampu merancang dan berusaha, dan Allah SWT yang menentukan segalanya'

Jan 3, 2013

2013

Post pertama in 2013!
Hepi 2013 semua.


Seperti tahun-tahun sebelum, takde sebarang aktiviti menjelang malam tahun baru pun ari tu. 

Tapi seumor idop aku, sekali jek aku celebrate new year ni.
Tak ingat dah bila. Anak dara lagi time tuh.
Kat KLCC. Memang skali tu je la. Tobat dah.
Penuh! Padat! Sendat!
Jam tak kol 12 pon lagiii...aku dah blah. Haha.
Takmo berebut-rebut bila balik naik tren nanti. At least, penah la gak merasa kan cemane suasana nak sambut new year tu..walopun tak sempat nak tengok fireworks bagai. hihi.
Dah tua-tua ni, kita celebrate kat umah je la. ^_^


Oh oh..cakap pasal tua ni, in 6 days umurku akan meningkat setahun lagik!

Awalnye tua. Hohh.



Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...