May 23, 2014

Aqiqah with EZ Qurban

First time guna servis EZ Qurban ni.
Recommended.

Dengan EZQ ni, memang easy lah. Murah pulak tu.
Bayar je dan selebihnya diuruskan oleh EZQ.
Tak payah nak pikir-pikir dah bile nak buat, nak jemput sapa, berapa ramai jemputan, makanan ape nak sediakan, tentatif majlis macam mana.

Dalam last post, aku ade mention kan yang perlaksanaan aqiqah Wafa dibuat pada hari ke-7. So, pada majlis penamaan dan cukur Wafa tu lah aqiqah Wafa dibuat. 
Alhamdulillah, kitorang dapat laksanakan sebaik-baik 3 perkara pada hari ke-7 iaitu aqiqah, cukur dan memberi nama. 
Untuk aqiqah ni, RM550 je untuk sekor kambing. So, itulah bayaran keseluruhan bagi bahagian Wafa. Harga tu dah termasuk kos jamuan skali. 
Murah kan? ^_^
Plus, kita bole request nak buat hari ke-7, ke-14 atau ke-21.

Oh ye..aqiqah ni EZQ hanya menggunakan kambing sahaja ye. 
Untuk bayaran, u olss bole bank in atau walk in ke ofis EZQ ni kat Batu Caves. 
Lepas bayar, korang akan dapat resit dan sijil penyertaan aqiqah yang disahkan. Tapi bukan on the spot. Dalam tempoh 2 minggu gitu, korang akan dapat.
Untuk info, perlaksanaan aqiqah atau qurban ni akan dibuat di negara-negara Islam miskin yang memerlukan dan serba kekurangan like Kemboja, Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Myanmar, Filipina dan Thailand. Dan negara yang tepilih untuk perlaksanaan aqiqah Wafa ni ialah Kemboja ^_^
Dah la murah dan senang, dapat menggembirakan hati orang yang memerlukan pulak tu. 

More Info: Aqiqah boleh dibuat sebaik-baik sehingga sebelum anak itu baligh ye. Tapi kalau dah baligh dan blom beraqiqah, kene jugak buat ok. If mak ayah tak mampu atau dah meninggal, kita sendiri boleh aqiqahkan untuk diri kita. No problemo. Allahuakbar! Senang kan Islam ni.

Sila jangan abaikan aqiqah ini ya sebab hukumnya sunat muakkad. Rugi wooo kalau kite tak buat dan pandang remeh je perkara ni. Jom rebut barakah dari aqiqah ni.

Klik sini untuk info lanjut & contact EZQ.

Maksud hadis Rasulullah SAW:
"Barang siapa yang dikurniakan seorang anak, lalu ia menyukai untuk mengaqiqahinya, maka hendaklah ia melakukannya"

May 15, 2014

Hari ke-7

Kite flashback kisah 2 bulan yang lalu ok. Hehe.

............................................................................................................
Dari baby dalam perot lagi, aku ngan abah Wafa dah niat nak buat sekaligus akikah & majlis penamaan dan cukur pada hari ke7 Wafa lahir. 
Kebetulan pulak hari ke7 tu Wafa baru keluar wad sebab jaundis. 
Dan kebetulan jugak hari ke7 tu adik aku buat akikah untuk anak die kat Shah Alam. So, aku tumpang sekali untuk buat majlis penamaan dan cukur Wafa.

Alhamdulillah majlis akikah anak sedara aku, Muhammad Firas berjalan dengan lancar.

Tuan punye majlis, Firas.

Bonda & Ayah tuan majlis.

Selesai majlis Firas, majlis Wafa take over. Haha. Main take over take over pulak. Janji jalannn.

Wafa sebelum cukur. 
Lebat rambutnye. Hitam.

Majlis penamaan bermula. Mak aku pangku Wafa.
Yang lelaki tu, kazen aku. Dia la tukang baca doa kalau ade event sebegini dalam family. Dia la imamnya. Dia la leadernya. Tq so much couz! :) 


Basahkan rambut dulu ye nak..
nanti senang nak cukur.


Botak sudaaaa..
Terima kasih kat opah yang tolong cukurkan rambut. 

Setel cukur, kite cuci kepala.

Wafa berwajah baru di hari ke7 :)

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan jayanya.
Siap pakai gown. Khelasssss kau Wafa.
Tq to Yuda sebab bagi gown yang cantekkk ini.

Nanti aku citer pasal akikah Wafa pulak yer.

^_^


May 12, 2014

WZ nama diberi

WAFA ZULAIKHA

Yer...itu nama baby gegirl ku ^_^ 

Jangan tanye kenapa aku suka uruf ujung-ujung.
Aku takde jawapan.
Memang aku suka uruf cam W Z Q U. So far tak penah lagi aku jumpa ngan nama baby start with X. Kalau ade, konfirm uruf tu masuk dalam list aku. Heh.


Biodata ckit ~



DOB: 03.03.2014

POB: Tropicana Medical Centre
Berat lahir: 2.71kg (now dah 4.4kg - 2 bulan++)

Aku start keje 05.05.14 aritu.
Patut start 2 Mei tapi memandangkan tu ari jumaat, so aku amik cuti lah. Dah alang-alang kan.
Kejappppp je cuti 2 bulan. Mak aku citer orang dolu-dolu cuti bersalin 45 ari jer yerr?? Mesti tak terasa cuti langsung. Syukur lah aku dapat cuti 2 bulan. Hukhuk.


Introducing .... baby Wafa :)



ni baru2 jengok donia


latest edition! semalam.

^_^

May 9, 2014

I'm back!

Hololololooo...tuan punye belog berpantang 2 bulan, belog punnn ikot sama sakan berpantang yerrr!

Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang bayi gegurl yang sihat pada 03/03/14 yang lalu. I'm a mommy now after 6 years waiting! Will turn 7 years this October. *happy sangat* Syukur.

Okehh...nak start berblog balik.
Tapi kene curik-curik masa. Baru masuk ofis, keje berlambak nak setelkan. Hmm...berlambakkkk lah sangat kannnn.

Macam banyak jerrr nak berciter ni.
Ok, kite citer satu-satu yer. Today juz entri mukaddimah setelah 2 bulan menyepi. Hihi.

Daa..babai.
Jumpa lepas ni.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...