Mar 20, 2012

Istimewanya Dian Natrah

Kubur Dian masih merah.
Perginya seorang anak kecil berumur 1 tahun 4 bulan kerana tumor.
Siapa dia?

Ibu arwah merupakan rakan baikku mase skolah menengah dulu.
Alhamdulillah, sempat jugak aku jenguk arwah Dian mase kat HKL baru-baru ni.
Rakanku sangat tabah.
Pasrah dan sedia menerima ape jugak kemungkinan yg akan berlaku.
Akhirnya pada tanggal 16.03.2012 yg juga jatuh pada hari Jumaat, Dian meninggalkan ibunya, papanya dan keluarganya yang lain untuk menemui penciptanya yang Agung.
Lahirnya Dian pada hari Jumaat, dan perginya juga pada hari yang sama.
MasyaAllah.

Sesungguhnya anak kecil itu sedia menunggumu, Diana.
Aku tau, Diana amat-amat bangga menjadi ibu kepada seorang penghuni Syurga. 

Mase aku datang jenguk Dian, keadannya nampak sihat tetapi di dalam, hanya Allah yang tahu.
Dian asyik merengek dan tak mau berjauhan dengan mak nya.
Seakan die tau masanya tak lama di dunia ni.

Takpe Dian, tempat mu di sana adalah yang terbaik sebagai hambaNya.

Buat Diana & suami,
Kuatkan semangat dan aku tau kau memang kuat.
Banyakkan bersabar kerana sesungguhnya Allah itu Maha Pemberi Rezeki. InsyaAllah.

Aku tak sanggup nak paste gambar Dian kat sini.
Tapi aku takkan lupa raut wajah Dian yang sangat comel & mulus.

~Dian in memory.
Al-Fatihah.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...