Jul 18, 2018

end of journey. almost!

It's 37++ weeks now! 

Mannnn... feeling anxious to be honest! Although this is my third experience and my third cesarean! Oh yes. Semua anak-anak i keluar ikut tingkap. Bukan pintu tak terbuka tapi ada sebab-sebab yang i tak boleh bersalin normal and have to go through czer process. Bagi yang tak tahu, its called elective cesarean. Pembedahan yang dirancang. On 23/7/2018 ni, i kene check in on the day nak operate tu. Check in pagi, bedah petang. Disebabkan doctor i ada operation lain sebelum tu, so i have to q.

Masa anak pertama dulu, ada juga yang tanya i ehh kenapa operate?? Anak first dah operate? Sayang laaa....

Ehhh...you taktau apa-apa, jangan nak membawang sangat. Masa tu takde lagi word BAWANG ni, so i guna word tu sekarang lah. Heh! Wahai cik adik, ada sebabnya ya kenapa i czer. Takyah nak kecoh sangat. I sengih je la time tu. Orang macam ni, kalau kita explain seploh muka surat dan seploh hari pun, ada je jawapan dia. 

Well well, nervous tetap nervous, takut dan gumbira. I’m at the point where I really want my baby out sebab i dah rasa sakit-sakit sekarang ni. Sabar ya baby. 23/7/2018 nanti baru doctor keluarkan awak. Sikittt je lagi. Ahhhhhh at the same time, I’m like OH MY GODDDDD I’m going to have a third child. How meh ada 3 orang anak? Dan semuanya masih kecik-kecik lagi. Yang sulung Wafa tu tadika pun belum. Awuuuuu.

So, sebelum i bersalin ni, i dah booking tadika Wafa for next year. Kasi setel semua dulu. Walaupun pengetua kata banner untuk pendaftaran baru akan naik on August, tapi i insist nak book awal takot nanti takda masa kelam kelibut dengan baby baru atau by the time i habis pantang, tempat dah full. Boleh je nak suruh hubby setel tapi i nak jugak dengar apa yang pengetua tu cakap depan-depan. Apa-apa hal book dulu lah. Masa pi jumpa pengetua tu, tanya-tanyalah apa yang patut like yuran, aktiviti, pakej and so on. Bila puas hati dan i tengok suasana tadika pun memberangsangkan, dan masa i sampai tu, budak-budak tengah nyanyi lagu Omar & Hana. Eh kiut lah. Maka terus lah bayar deposit. Setel! Lega dah part tu. Wahhhhh dah besar dah anak dara tu, nak sekolah dah.

Ok, sindrom mak-mak kembali.

Alrite guys, doakan semoga semuanya selamat ya. Bersua kembali lepas i dapat baby. Tak lama dah. 4-5 hari je lagi. Advantage bagi yang cesarean. Dah tau bila nak dapat baby. Heheheh..



Ok bye.

Jul 13, 2018

Raya 2018

Today is the last day of Syawal.
Baru nak upload gamba raya. Ok lah tuh kan.
Better late than never. Gitewww. Mihihiihihih..
Park je gamba raya 2018 sini, nanti cucu cicit boleh baca dan tengok blog nanny ya.
Ahahaha...

Sesi bergambar dalam rumah dulu pepagi 1 Syawal.

Tahun ni beraya Temerloh dulu belah parents i. Bila turn balik Temerloh, semua adik-beradik balik sini. Kalau kata balik umah mertua, maka semua balik belah sana. Mak i kata, kalau sorang takde, biar semua takde. Mak i yang cakap ya. Hihi. So, kami takde la rasa serba salah sangat. Biar kemeriahan bila semua ada. Gituuu kekdahnya. Tahun ni tahun terakhir adik bongsu aku beraya sebagai bujang trang tang tang. Tahun depan dah kene bergilir ye dik. Jangan gaduh-gaduh ok.

Lepas tu bergambar kat luar rumah pulak.
Nampak Wafa tengah menangis? Sebab?
Sebab dia terjatuh. Lari punya lari, tersembam muka kat bucu pasu.
Beristighfar lah ibu pepagi raya.
Kami 4 beradik saja.
From left: No.2, No.3, aku sulung, si bongsu.

Atuk dan Wanma bersama cucu-cucu.
8 orang. Yang ke-9 is on da wayyyyy. Yeay!


SELAMAT HARI RAYA everyone!

Jun 8, 2018

boy or girl?

Since i dah tau jantina baby ni, kena lah buat persiapan dengan lancarnya. Tapi kasi habis raya dulu la. Pening i nak kene pikir beli baju raya lagi, baju budak-budak, baju bapak budak biar dia yang beli...muahahaha. Pastu pikir nak beli kuih raya laa, baju raya ke2, raya ke3...apa ole-ole nak bawak balik kampung, apa hadiah nak bagi kat mak, berapa duit raya nak bagi anak buah, berapa banyak baju nak sumbat masuk dalam beg, such and such. Haihh serabut.

So, balik je ke KL nanti terus kene pikir barang baby pulak. Lepas abih pikir barang baby, pantang pulak 2 bulan. Lepas tu kene pikir lagi baju untuk kawin adik bongsu i bulan 11 ni. Haruslah melaram sakan sebab last wedding dalam adik-beradik ni. Hehe. Tak abih-abih pikir kan. Uwaaaaa...sempat ke idok ni??


Anyway, this third  pregnancy is completely different than my previous with Wafa & Nuh. Wafa was all western food. Kejap-kejap nak fish n chips la..spageti la..meatball la..mushroom soup la...and so on. Kira dah macam anak mat saleh celup ni. 

Nuh was urmmm....oh yea....i tak suka ayam time ni. Tak suka sayur. Tak suka ape lagi tah, tak ingat dah. 

But this one no specific food yang i kata suka makan atau tak. I ate everything as i remembered. Kira macam main belasah je lah. Semua boleh masuk. Hehe...so u guys rasa baby i boy ke girl? Mehehehe.

Well, i rasa i sama macam mak-mak lain juga. With first pregnancy, it was all being fascinated with baby books, baby's website and all that kind of stuff. Yea..mommies know lah kan. Second time round, all the books and related website are gone! I’ve just been so busy running after Wafa because she's still small at that time. Umur Wafa baru je 11 bulan, Nuh dah ada dalam perut i (alasan kan?) And this third round, hmmmm..hehehe... i kene tengok dan baca balik sikit-sikit pasal baby to get some info yang i dah lupa, walaupun beza Nuh dan baby ni pun tak berapa nak jauh sangat :) Hihihi.

Selamat berpuasa everyone. 



Bye.


Jun 1, 2018

final trimester

Woww ...it has finally reached my third trimester guys! Dan i dah tau jantina baby. Yeay!

And they say that my belly is like a woman who is 4 months pregnant. Hehe. Well, for a 7 months pregnant lady, berat i hanya 43kg. Ok la kan. Compared sebelum preggy, berat i 40kg. Hehe.
This pregnancy, Alhamdulillah tetap takde alahan. Cuma kerap selsema dan demam. But its okay now. Just..yea you know, always peeing. Tengah-tengah malam lagilah menjadi -jadi simptom ni. Tapi i dah biasa bangun 3-4 kali tetiap malam. Nuh WAJIB bangun nangis-nangis mintak susu. Dah jadi rutin. Mamai mamai i buat susu taw. Dah la kena bangun banyak kali, change his diapers also 3-4 kali jugak sebab lepas tiap kali minom i have to check his diapers and seluar sekali. Boleh kata bocor sokmo. Banyak kencing ini budak. Ni dah puasa pulak. Harap i bertabah lah bangun banyak kali plus bangun sahur selama sebulan ni.
To be HONEST, this final trimester is quite challenging for me. Terlalu menguji kesabaran i especially bila dengan anak-anak. Asyik rasa nak marah kaw-kaw kalau anak buat salah sikit. Lepas tu i kesian. Marah lagi, kesian balik. Cepat-cepat i teringat yang diorang tak selamanya kecik buat perangai gini. Saje la tu nak mintak attention. Nanti dah besar sikit dah tak menagih perhatian kita dah. Time tu baru rasa sebak. *cries a river* So layan je lah sambil bebel-bebel cakap sensorang. Muahaha. 


May Allah ease everything for me and my family till the end of this third pregnancy journey.



Bye.

May 7, 2018

#majorthrowback - my little bro's engagement

My little brother is not so little anymore.

Sudah bertunang. Macam tak percaya lahh. Rasa budak kecik lagi. Hehe. Tapi just nice lah umor dah 27 tahun. 10 tahun beza dengan i. 

Yes, he is the youngest and the ONLY son in the family. Dah la bongsu. Laki pulak tu. Setelah berderet 3 orang kakaksss kat atas. Nasib baik tough. Haha. So, you guys can imagine lah kan how was the preparation for the occasion? Kasi lah can, semua hantaran sponsored by mom and kakaksss. Adik bayar homestay sahaja ok? Mehehehe.

Maka berarak lah kami ke Dungun pada 24 Mac 2018 untuk majlis merisik + tunang ni. Buat 2 majlis sekaligus, senang. Nasib baiklahhh Dungun je dik. Kalau jejauh Sabah Sarawak oversea ka...fenat laaaa hakak nak bawak perut boyot ni ke hulu hilir. 


Homestay kitorang betul-betul depan laut. 
Bukak pintu, terus nampak ayerr...aman damai gitu.
Kampung Sura Tengah rasanya nama tempat ni. 

Rombongan cik Bibah baru nak gerak.
Ok, i tau..i paling sulung dan i lah yang paling pendek. Nampak nauuu katik di situ.

Us
Tak sempat nak snap pic ngan laki memasing. Sampai mak i pun dah lupa ya nak jemput laki dia bergambo sama.

Sengih dik, jangan tak sengih. 
I have to call him 'adik' lagi, coz dah biasa. Sori dik.
Nampak gaya sampai adik kawen la Long panggil u adik. U okay kan dik? Kikikiii...

TAHNIAH for both of you, Rasyid & Ateerah.
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah.
Kami doakan yang terbaik untuk adik bongsu kami dan bakal adik ipar kami.
#novemberweddingisonitsway
#bolehmelaramsebabdahtakboyot



Bye.

Apr 27, 2018

Happy Birthday mom & dad


*latest pic of them. Looks good huh.

So mom & dad turn 64 today!
They are not in Malaysia rite now. Kemahennn ...pi dating naaaa. Jauh pulak tu.
Mostly every year, we’d bring them out to celebrate this unique occasion. Why unique? Coz my mom and my dad were born in a same day! Twins! hehe. Cuma my mom lahir pagi. My dad petang.

Tiada lebih yang kami minta, semoga ma & pa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan walau di mana kalian berada. Alhamdulillah, masih bahagia dan sihat tubuh badan :)

So you guys will be home this Monday. Kejap je 2 minggu berlalu.

Hmm..wondering what you brought back for us. Muahahaha...


Bye.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...