Dec 18, 2014

Safety first

Last post aritu aku dah share pasal marabahaya di jalan raya.
Ni nak sambung cikit lagi.
Arini aku ternampak lagi 2 orang kakak duk main henfon atas moto.
Aku rase nak bertegur sapa jeee. Hihh.
Ntah kenapa aku geram betol tengok gejala macam ni.
Santai sungguh.

Bahaya #3
Dah lah main henfon atas moto kan, takdek safety wear plak tuh.
Berbaju kurung & sandal/kasut biasa sahaje.
Aku?
Siap dengan jaket, kasut motor, sarung tangan dan mask. Helmet yang ade penutup. Bukan helmet kura-kura.
Tu semua prepared by husben. Hihi.
Bukan nak show off ye. Tapi KESELAMATAN itu penting.
Mula-mula aku naik moto ni, memang seriau ya. Dah memacam imagine. Tapi, itu je lah transport yang memudahkan kitorang gi keje, redho saje. 

Helmet
Memang diorang ni pakai helmet, tapi bile dah main henfon tu...cermin helmet dinaikkan ke atas. Sebab senang nak tengok skrin henfon. Tujuan cermin helmet ni kan kakk...supaya kita tak terkena serpihan-serpihan batu ker...habuk-habuk jalan tu ke muka kita. Sakit kak oii kalau terkena batu tu bila kelajuan motor selari dengan kelajuan batu yang menghentam muka kita. Ehh? Ade ke macam tu? Haha. Dah macam cekgu sains.

Jaket/Sweater
Kalau akak-akak takmo pakai jaket, pakai sweater pon ok. Tujuan sweater/jaket ni supaya tudung or rambut-rambut akak tak melayang-layang dek angin. Bile tudung or rambut melayang, mesti kite berusaha nak membetulkan ia, bukan? Skema plak ayat. Dalam masa yang sama, badan kite bergerak-gerak. Konfem suami akak-akak sound sebab susah nak bawak motor. Bahaya tu.

Kasut
Kasut bertutup ok lagi.
Elakkan sandal or selipar or kasut yang terbukak kat depan. Same jugak fungsinye ngan helmet tadi, takot terkena batu yang melayang. Pastu, kalau kene air pon sakit tau. Ingat tak sakit ke? Cer cuba.
Lagi satu, kalau ditakdirkan terjatuh motor la kan..nauzubillah...idaklah kaki tu terseret ke jalan. ewww..sakitnyaaaaa.

Peace no war bebeh!

Ingat pesan cik bedah ni.

Dec 16, 2014

Nasihat cikit ...

Tiap-tiap ari aku merempit ke ofis.
So, macam terdetik kat hati ni plak nak share sumthing pasal marabahaya di jalan raya. uhuhu.
Ape idaknye, boleh kate everyday (ecceh omputih)...aku duk perati gelagat driver, rider, passenger & pembonceng. 

Bahaya #1
Pagi tadi...actually ragam ni boleh kate 3-4 kali seminggu aku perasan.
Ok..pagi tadi nampak kakak ke makcik ker....duk main henfon atas moto.
Ohhoiiii...siap parking baekkk punya henfon tu kat belakang laki. Ahaha. Aduhaiiii Malaysian.

Suami akak punye la fokus tengok jalanraya takmo bagi eksiden. Tapi akak rilekkk layan henfon macam nak suh eksiden jer lagaknya.
Aku macam sakit hati ckit tengok gelagat gini. Konfim-konfirm layan henfon start kluar rumah tadi kan. Tak kose lah kan nak keluarkan henfon dari dalam beg di saat motor tengah bergerak laju kat hiway. Haaa...tu dia panjang aku bagi point. 

Kelakar laaa. Tah ape yang excited sangat sampai atas moto pon khusyuk. Kot ye pun penting, tak bole ke suruh laki akak stop kejap kat tepi jalan. Bukan nak kate aku baik sangat yer. Tapi aku takde la buat perangai bahaya gini. 

Bahaya #2
Kak..sayang sangat ke henbeg tu sampai takmo masukkan dalam box? Akak sayangkan henbeg ke nyawa?? Haaa...tu dia.
Masalah betol.

Elok jer terhayun-hayun henbeg tu kene angin. Akak ingat Malaysia ni selamat ke daripada peragut? Tak kakk...tidakkkkk...
Sekali peragut tarik itu henbegggggg, ngan akak-akak skali terhumban.
Kot ye box tu tak bole guna (positip thinking) peluk la rapat-rapat. Letak beg tu kat depan badan. BUKAN TEPI. Dah aku pulak yang risau tengok ragam orang. 
Ni kalau husben i nampak aku duk hayun beg atas moto, memang kene dah. Kene bebel. Pasal security on road, husben i memang tiptop. *puji skit. InsyaAllah nanti-nanti aku share lagi yer.

So, please kepada para pembonceng especially bini-bini/awek-awek/mak-mak/makcik-makcik sekalian, ingat eh. Ingat pesanku. Cehh. Toksah la nak tayang sangat beg Chanel u ols tuh. 

Safe drive.
Safe ride.

Dec 9, 2014

Nenek Ka kawen! :)

3 minggu lepas je baru aku tau yang makcik aku sorang ni nak kawen.
Amvoiii sangat. Senyap senyap je.
Act, she's my mom's kazen. Pangkat makcik la kan.
So, last Sunday majlisnya. Kat Temerloh.
Die buat kecik-kecik jer. Just family members and best frens.
We ols semua balik nak meraikan sebab rasenya ni laaaaa last makcik yang belom kawen. 
Dapat plak suami omputih. Lagi aku harus balik. Ngahahaha.


akad nikah kol 10.
'aku terima nikahnya' heee.
lepas je lafaz tu, semua orang tepuk tangan. haha. 
sekali lafaz. Good Safwan. Good :)
So, lepas ni my child kene panggil u Tok Wan la kan.

congrats Fika. Dia tak bagi aku panggil die 'makcik'.
Vogue sangat la tu?? Haha.
tapi die suh our child panggil die as 'Nek Ka'.
terus hilang diva kauuuu :)



Lauk-lauk kampung. 
Kuih-kuih kampung.
Jangan taktau, si Safwan ni makan jering. Aww.

Me & Wafa.
Time ni dah hilang segala headband, stokin bagai.
Panas oiii.

Aunt Fika, semoga berbahagia.
CONGRATS!



Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...