May 30, 2013

JJCM: Aroma Ikan Bakar, Jeram

1-2 hari ni asik jjcm je kejenye.
Takpe..tu namenye explore.
Kelmarin duk melantak ikan bawal goreng, malam tadi lak gi menyantap ikan bakor kat Jeram, Kuala Selangor.


Balik je dari keje semalam, terus zassss ke Jeram. Kalau datang lepas Maghrib, alamatnya memang berebut tempat la jawabnye.

Dalam kul 7 gitu sampai lerr Jeram.



Cantik kan. Betol-betol tepi laut u ollls.
Ni sebenarnye niat husben nak bawak mok datang sini memandangkan pagi ni mok dah nak balik kelate. Tercapai gak hasrat kan.
Kitorang gi weekdays sebab kalau weekend memang full house! 

Ok, jom pilih seafood.
Segar-segar!




Aktiviti pilih-pilih lauk, kasi kat husben.
The expert one! ^_^

Gambo kat atas ni adelah hasil pancingan kami. 
1 Kerapu, 3 sutungss & 3 ketamss.
Agak-agaknye banyak tak untuk 3 orang? Hmmm.
Nahhh...sila lihat harga kalau nak berkira-kira dulu sebelum datang sini.


Belum sempat food sampai, Maghrib dah masok.
Makanya bersolatlah dulu. See, kan senang kalau macam ni. Sebelum maghrib dah order food ciap-ciap. Lepas solat boleh terus makan. Orang pon tak ramai lagi time ni. Tak perlu risau pasal surau. Komfem ade punyaa..:)

Abih-abih je solat, semua mende ni dah ade atas meja!
Kerapu bakor & ketam masak cili padi

Sutung masak pedas & sutung celup tepung

Nyam nyam nyam nyam nyammmmmm.
Semua sedap! Tapi malangnye untuk ketam, aku mampu kuis-kuis isi je la. Nak kopek tak reti. Makanya hirup kuah je lebey. Hawhaww.
Rugi bawak aku makan ketam ni. 
Kalau nak aku makan ketam, tolong kopekkan isi plizzzz.

Dalam kul 8.30 tu...kira dah setel makan.
Total semua RM131. Macam mahai jek sebab ketam tu rsenya takde la besor sangat. Sotong pon husben pilih yang sedang-sedang. Bukan yang size giant.
Agaknye sebab dah masok JJCM TV3 kot. Tu yang harga naik tu.
Tapi naseb baek sume sedap! Kalau u olls pegi sini, order ketam masak cili. Marveles!! ^_^

Ok babai Jeram.

Aroma Ikan Bakar
Jalan Jati, Pantai Jeram
45800 Jeram
Kuala Selangor


May 29, 2013

JJCM: Nasi Bawal Power, Sunway Damansara

Gigih tau dok cari kedai makan Bawal Power malam tadi.
Naseb baeekk dekat jek ngan rumah.
Asyik dengar orang cakap-cakap jek kan. Sesekali nak try gak.
Dengarnye kedai ni memang originate from Penang.
Nak juge tau ape yang powernye Bawal Power nih?


Sampai-sampai jek terus dapat port baekk punya.
Mujur tak ramai orang. Agaknya time tu dah kul 10 kot.
Haha..kantoi. Lambat gila dinner. Patut laaaa perot husben tak surut-surut. 
Kedai die kat dalam Selera Central..ala-ala food court gitu. Banyak kedai makan lain lagi selain Bawal ni rupenye. Aku agakkan, kedai Bawal ni stand alone. Tapi takpe, kalau datang beramei-ramei, bole buat pilihan lain kalau taknak makan Bawal ni. Suasana die lebeh kurang macam ni la:


Haa kannn...macam-macam pilihan adooo.
Beger Abang Burn pon ade tapi gerai die kat depan sekali.

Selain set Bawal, ade set ikan keli, set sotong dan set ayam.
Oleh kerna aku datang sini disebabkan nama 'Bawal' tu sendiri, maka aku order set Bawal. Tapi set bawal ade 2 jenis. Bawal dan bawal jr. Yang 'bawal' tu, die bagi sekor bawal besor. Yang 'bawal jr' tu plak, ade 3 ekor bawal kecik. 
Husben order set ikan keli. 
Tapi harga semua set sama. RM10. 
Lupa laa nak snap gambo setiap set. Excited sangat time food dah sampai tu. Tak sabar-sabar nak ngappp. Maklumlah, dah kul 10 lebih kottt...perot menyanyi sudaaaa.
Ni je yang sempat.

Nasik dah kene kosek baru teringat nak snap gambo. Haha.
Blasah laa. Tu yang comot tak tentu hala.

Semua set sampai macam ni. Ikan bawal/keli goreng panas-panas (sedapnye weh!) served dengan nasik putih, sambal belacan, plain gulai penang, kicap manis, kicap cili + bawang dan ulam-ulam. Simple sangat! Tapi feeling habihhh!
Mula-mula aku tengok nasik tu...'banyaknyeeee die nih taruk nasik!' sekali dah makan, rasa macam nak mintak tambah sepinggan lagi. Haha. Takpela, lain kali plak wa datang kedai lu orang. ^_^

Ni aku tepek gambo original set punyaaaa dari blog original Bawal Power.


Padahal, bole je kan goreng bawal sendiri kat umah. Tapi kalau laki ko mintak gulai penang sebijik macam kat Bawal Power?? Makanya, terus la ajak beliau ke Bawal Power ye.

Overall, boleh repeat ni :)

Selera Central,
Central Park, Sunway Damansara,
Kota Damansara, PJ

May 13, 2013

Spa @ DF Nusantara

Ni aktiviti Sabtu lepas.
Sesi memanjakan diri.

Tadaa! Pintu masok spa.
Naseb baekkk mak ade geng yang gilakan spa. Kak Na jiran depan umah. Hihi. 
Dah jumpa yang dekat ni, bole la kot nak repeat ^_^



Kitorang amik pakej promo. 
So, aliran duit boleh dikurangkan di situ. Hihi.
The promo package include herbal drink, sauna (1/2 jam), body scrub, bath spa, jacuzzi & body massage. Overall 2 jam lebey.  
Ringan kejap rase badan.
Untuk keseluruhan pakej & info, u olls bolehlah tengok sini.

Herbal drink sebelum aktiviti sauna. 
Teguk dengan lahapnye. Sekali halia daaaa. Terpaksa habihkan :'( *aku nih kalau bab halia-halia ni memang hancusss laaa*


Next time, cari pakej lain la plak. 
Advised, sebelum datang, elok la buat appoinment dulu.
Kang kalau main terjah je, takot dah full book. Sia-sia je datang.

Oh ye...nak jadi member, RM50 for whole life!
Dapat diskaun tiap kali datang. Yeay!
Tapi aku usha Kak Na je la dulu yang isi form. Nanti nak pinjam kad, bole kak?? Ekekekeke.

Kak Na khusyuk tulih-tulih info dalam member's form.
Antara specialty jadi member is dapat FREE facial on birthday.
Patut laaaa laju je cik Milah sorang ni isi form. Sebab next month birthday die. Hewhewhew! 

May 9, 2013

JJCM: Restoran Anje - Nasi Beriani Gam Johor, Bangi

Hola..
Ingat ari tu nak update pasal hari mengundi.
Tapi lepas tengok macam-macam post pasal GE tu kat FB, Insta dll..rase macam muak pulak.
Post sikit...condemn.
Bagi personal view sikit...condemn.
Update lagi...di banned nye orang tu. Sangat tak harmoni lah u olls.
Ok, takmo update ape-ape pasal GE kat sini, nanti kene comdemn. Haha.


Tatap food kat bawah ni lagi best.



Nasi Beriani Ayam Goreng Kampung, aku yang punyaaaa.
Sedap! Sedap!

Nasi Beriani Kambengggg. Mmmbeeeekkkkkkk.
Husben yang punyaaaa.

Time aku pegi ni, customer dah tak ramai. Sebab dah jauh tersasar dari waktu lunch yang sebenar. Jadi, boleh makan dengan selesanyaaa. 

Kat bawah ni aku pinjam gambar dari uncle google jap.
Ni baru betol-betol meriah! Bratuqqqq.

 



Mai ler cuba.

Anje Beriani Gam johor
Perniagaan Zulkefli Buang
N0. 15-gf, Jln 15/1c
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...