Jan 22, 2014

32 minggu dahhhhh

Kelmarin i olss gi cekap.
Dah 32 weeks upenye. Cepatnyeeee masa. 
Rasenye baru je scan aritu..6 weeks. 
Minggu ke 32, berat aku 44.8..compared to 2 weeks before 44.7
Ape?? 100gm je naekk?? 
Orang lain naik berkilo-kilo kott. 
Ade yang naik sampai 20kg. Tengok orang la kan.
Ni aku berat asal pon 39kg.


Doc tanye i olss...tak makan ke? hukhuk.

Husben pi tambah garam gula bagai....amvoi..amvoi....'die makan ckit dah kenyang, doctor' amvoiii sangat-sangat.
Bukan taknak makan, tapi perot dah sendat.
Jadi, aku ambik pendekatan untuk makan sikit-sikit tapi kerap.
Hehh...dah nak meletup baru nak pendekatan-pendekatan yerr.


Last scan, berat baby 1.8kg. 

Ok la...doc cakap.
Kalau tengok pada fizikal aku...ok lah sangat.
Tapi kalau tengok pada jumlah bulan, memang orang takkan percaye.
Mase scan tu, kepala baby duk bawah.
Tangan kat muka, tak kasi tengok. Doc tekan-tekan kat bahagian tangan, tapi taknak kalih jugak.
Baby kate surprise. Sebab comel sangat ^_^


Apepun, harap-harap senanglah untuk aku deliver nanti. Amin.

Doakan aku yerr.
Jantina baby? jeng jeng jeng! 

La ni tengah usha-usha barang ape lagi yang takdek tuk baby.
Jumaat ni expo baby kat Midvalley. Aku rase last expo la kot aku pegi sebelum aku deliver ni. 
Alhamdulillah, so far aku masih gagah untuk berjalan. Rase macam nak berlari pon boley ni.
Wakaka.

Jan 9, 2014

Makin tua


Nak pi celebrate malam ni tapi lom pikir nak pi mana. Haha sangat.
Aku posa nih. Kompem napsu nak makan kang membuak-buak. So, baik aku pikir port baek punyaaaaaaa. 
^_^

Jan 8, 2014

JJCM: D'King Mee Udang Banjir, Meru

Dah tengok baby baru semalam. 

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Kejadian JJCM ni berlaku sebelum adik aku si Imi bersalin.

Patut laaaa beriyer benor duk ngajak makan kat sini, rupenye macam dah tau-tau je nak meletup next 3 days. Haha.
So, last Sabtu kami 1 famili berkumpul sempena besday Imi on 5 Jan dan besday aku in advance which will be celebrated on 9 Jan. 
And op kossss baby Imi lahir semalam on 7 Jan 2014! Next event, leh celebrate our birthday together-gether laaah.

Kitorang gi sini ...



Napkin ado..botol susu ado..gaviscon pon adooo atas meja?!

Tunggu order sampai.
Shahzad tetapppp mengendeng kat Ayah Cu die.
Tah hape disok sek sok sekkan tu.
Sementara tunggu order sampai, bole lah amik bubur free! Malam ni bubur kacang. 

Mee udenggg wajib la order. 
Recommended! Mesti cuba! Must try! Mee tu dah kene ceroboh. Beberapa ekor udang telah dicuri. Tapi rase memang ummph.

Ketam masak ala Pattani ^_^

Ape ke nama ni ekk. Ikan masak Warisan tak silap.
Taktau tang mana warisannye. Warisan turun temurun kot.

Tomyam. Agak kurang menyengat.
Imi cakap, sebab ramai orang. Time die pegi sebelum ni memang merveles gila dan time tu tak ramai orang.
Barangkali faktor kepadatan manusia menyebabkan tomyam ni kurang rasa malam tu. So, tukang masak buat ala kadar.

Sotong tepung. 


Orang lain dah abih makan.
Tapi 2 orang ni gigih meneruskan misi.
Kasi licin...kasi licin..heheh..

Ok. Not bad la bagi yang suka men'try tempat makan baru.
Kalau nak coba-coba, silakan.

Jalan Persiaran Klang Sentral 2
Klang Sentral
Meru, Klang.
(dekat jeee ngan Stesen Bas Sani Express)

Kaver perot selagi boleyhh.
Me & Izz Shariff

^_^

Jan 7, 2014

Baby 7 Januari

Entri ringkas.


Alhamdulillah, aku dapat anak buah ke-3 ini hariii.

Kalau baby tunggu lagi 2 hari, same laaaa besday kite, wahai baby ^_^
Takpe, kite celebrate sekali. Sebab mummy kamu pon baru je celebrate besday die 5 Januari lepas.
Again, its a boy! So far, atuk & wan ma ade 3 cucu hero.
Tunggu my baby pulak k. Jeng jeng jeng!

To baby yang belum ada nama, welcome to the world, welcome to the family.
Tak sabar nak pi jumpa kamu.
^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...