May 27, 2015

Saje nak bagi terliur



Victoria Sandwich Cake!
Santapan tea time semalam lepas farewell lunch.
Walawehhhhhh....sedapppp sangatttt!!

Baii.

May 26, 2015

Farewell

Makan!! Tu yang penting.
Ade farewell, ade lah makan. Haha. Arini tema farewell is Nasik Arab. All the way from Shah Alam. My boss memang suka order nasik arab situ. Memang sedap.
Untuk yang diraikan, selamat berjaya di tempat baru ya. Dia ni ditukarkan ke branch di Alor Setar. Wish u all the best!
Gigih opismate aku ni.

tadaa! hasil gigih tadi. 
hadiah untuk yang diraikan.
1 set barangan lelaki. wallet & belt. dalam kotak kecik kat tepi tu, pen.

khas untukmu, Muhaimin.


nasik arab.
alahhaiii...sedap sangat nihhh! ^_^

orang lain dengar bos berucap, kami sibok berselpie. 

Apepun, good luck kepada yang diraikan.
Semoga berbahagia di sana.

Sesapa yang nak merasa nasi arab shah alam yang sedap ni, boleh terus usha sini:

NASI ARAB D'CAFE
Alamat: Lot 3, Kompleks Anjung 7, Jalan Zikron B 7/B, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia
No fon:03-55112464

May 25, 2015

Pencuri masuk rumah

Bukan rumah aku tapi rumah parents aku kat Temerloh. 

Kejadian berlaku taktau bila sebab parents aku takde kat rumah time tu. Dia tau-tau kan owner takde kat rumah. Aku syak diorang dah aim nii. Parents aku pegi Putrajaya last Sunday. Balik temerloh Rabu. Sampai je rumah, lain macam rasa. Rupanya tv, laptop dan seketul henfon hilang! Terus repot polis malam tu jugak.

Mak aku cakap, dah nampak kesan orang try nak masuk kat grill depan. Tapi tak dapat masuk. Nak tau diorang masuk ikot mana? Bilik aku!! Diorang keluar ikot mana lak? Sah-sah ikot pintu sebab nak hangkut tv besor tu. Kalau ikot tingkap bilik aku, komfem tak muat.

Kebetulan pulak, makcik aku yang duk sebelah takde kat rumah time tu. Kebetulan sangat. Memang nak kena lokapkan haje pencurik ni. Potong tangan!

Ayah aku terkilan sangat sebab laptop hilang. Dalam tu ada semua research pasal pokok tin. Memandangkan sekarang parents aku tengah giat bisnes pokok tin, semua info tu sangat sangat sangat penting!! SEGALAnya dalam laptop tu. Tak pulak ayah aku save kat memane. Lepas ni memang kene buat back up.

Semalam parents aku dah pasang grill kat semua tingkap bilik kitorang. Hopefully pak polis dapat tangkap pencurik itu. Tak baik nak syak sesapa, tapi aku nak syak jugak. Kemungkinan orang kampung juger. 

Baiii.

May 13, 2015

Makin lasak


Anak dara makin energetic!
Alhamdulillah. Kalau duduk diam tak aktif-aktif kita pulak yang risau kan.
Die nak main, bagi lah main. Nak melasak? Silakan lah.

Semalam mase aku amik Wafa dari rumah babysitter, aku tanya babysitter 'Dhia mana? Tak datang ke arini?'
Dhia ni salah sorang baby yang babysitter jaga. Sebaya Wafa. Tapi beza 6 bulan muda dari Wafa. Biasanya kalau aku amik Wafa, Dhia ni ada lagi. Maknya memang amik lambat.

BS: Dhia gi check up arini.
Aku: Kenapa? Demam?
BS: Tak. Mak Dhia bawak Dhia gi fisio.

Berkerut dahi aku sebab aku taktau pulak Dhia ni ulang alik ke fisio. Dah 2 bulan. Meaning sejak Dhia berumur 6 bulan. Now Dhia 8 bulan.

Aku: Kenapa Dhia pegi fisio?
BS: Kepala Dhia teleng-teleng. Pastu Dhia dah 8 bulan, satu ape pun tak boleh buat lagi. Die boleh gulingkan badan dia je.

Petang nanti masa amik Wafa, aku nak tanya babysitter pasal check up Dhia semalam.
Nak tanya mak nye, takot sensitif pulak.

May 6, 2015

Resepi mudah: Bread Lasagna a.k.a lasagna roti

Lately memang ngidam ala-ala western gini.
Buat lasagna tapi guna roti. 
Sesuai untuk dinner kot aku rasa.

Bahan-bahan:
- bawang putih untuk tumis
- daging cincang
- cendawan dalam tin (hiris)
- hotdog (hiris)
- cheese slice
- telor
- susu cair (1 tin)
- sos cili & tomato
- oregano/lada sulah/blackpepper
- roti gardenia
- option yang aku tak masukkan: tomato buah, lada benggala dan apa sahaja yang korang rase nak taruk.


1) tumis bawang putih. masukkan hirisan cendawan dan hotdog. 
2) sementara tunggu hirisan cendawan dan hotdog tadi masak, bancuh telor dan susu cair dalam 1 bekas untuk dicelupkan dengan roti.
3) bila kuah tadi dah masak, taruk sos cili, sos tomato, serbuk oregano, lada sulah dan blackpepper. if rasa dah sedap, tutup api.
4) celupkan roti dengan bancuhan telor dan susu cair. then susun dalam loyang. aku guna loyang 4 segi. sebab tu roti aku digulung-gulungkan. hehe.

letakkan kuah atas roti yang di celup tadi. penuhkan.

lapik dengan cheese slice.
sebenarnya kan, cheese slice aku tak cukup. tengok-tengok tinggal berapa keping je. so aku letak 3 slices je untuk lapisan pertama.
lepas tu letak lagi kuah. lapis lagi dengan cheese slice. lapisan kedua ni pon aku letak 3 slices jugak. huhu. cacat cikit presentation aritu. aku buat 2 lapisan je. atas sekali haruslah cheese ye. kalau takmo letak cheese slice, tabur mozarella pon sedap!

Ok, dah boleh bakar.
Aku bakar pada suhu 170'c selama 1/2 jam.

ting!!! siap!
lupa nak snap pic lepas keluar dari oven.
Sebab dah terliur sangat.

Selamat mencuba! :)

May 5, 2015

Cuti 4 hari

Asalnya aku ngan husben takde plan pun nak ke mana-mana.
Memang rasa nak duduk rumah jer. Jumaat tu memang fully kat rumah.
Huihhh...tengok apa budak kecik ni buattttt? Sepahkan pampers. Licin dah pampers dalam pack tu. Bila kita kemas, ngamuk. Haa...main lah puas-puas.


Esoknya Sabtu, husben ajak balik Temerloh. Ngidam nasi arab Temerloh katanyaaaa ^_^
Gerak balik dalam kul 5 lebih gitu. Otw tu, tayar plak bocor. Gigih carik kedai tayar kat Sri Gombak. Tampal dulu. Then jalan. Sampai Temerloh Maghrib. Alhamdulillah.


Aktiviti Wafa pagi Ahad. Main kejar-kejar dengan Kiki & Kaka. Ada sekor lagi tapi penakut. Sepanjang aku balik Temerloh ni, yang sekor tu memang tak keluar dari tempat persembunyian.

Ok, tengahari tu plan nak makan nasi Arab.
Aku pon dah terliur sebab teringat nasi Arab yang mak aku tempah mase event family gathering aritu.
Sekali adik aku si Imi watsap dia otw balik dan dah siap-siap tapau Nasik KakWok untuk kitorang. Alahhaiii...melepas. Kempunan pulak. Kesian hubby. Takpelah bang, next time lah ye.

Petang tu kitorang buat rombongan cik Bibah ke Waterpark Temerloh. Haa...jangankan Gambang, Temerloh pon dah ade waterpark okk.


cecah-cecah kaki dalam air dulu.
Wafa kata 'test duluu'

ok..dah berani cikit.
boleh masuk pool dah.

happy me! :)

fee masuk RM3 (untuk yang masuk kolam)
yang tak masuk kolam RM1 sajee.
jangan main tipu ya. sebab tag kat tangan tu kaler lain-lain. careful with peronda pool! hehh.
yang masuk pool kaler kuning. yang tak masuk pool kaler biru. budak-budak kaler merah.

Malam tu mak aku bawak gi dinner kat gerai Tomyam kelapa. 1st time merasa. Tomyam itu di dalam kelapa ya. Bole makan isi kelapa sekali dengan kuah tomyam. Wahhh..best best! Bole repeat kedai ni. Nama apa..aku tak ingat dah. 

Ok..tu je aktiviti aku cuti 4 hari ni.
Yang masih bercuti, selamat bercuti! :)
Yang dah bekerja, moh la keje kuat-kuat. Huhu.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...