May 6, 2015

Resepi mudah: Bread Lasagna a.k.a lasagna roti

Lately memang ngidam ala-ala western gini.
Buat lasagna tapi guna roti. 
Sesuai untuk dinner kot aku rasa.

Bahan-bahan:
- bawang putih untuk tumis
- daging cincang
- cendawan dalam tin (hiris)
- hotdog (hiris)
- cheese slice
- telor
- susu cair (1 tin)
- sos cili & tomato
- oregano/lada sulah/blackpepper
- roti gardenia
- option yang aku tak masukkan: tomato buah, lada benggala dan apa sahaja yang korang rase nak taruk.


1) tumis bawang putih. masukkan hirisan cendawan dan hotdog. 
2) sementara tunggu hirisan cendawan dan hotdog tadi masak, bancuh telor dan susu cair dalam 1 bekas untuk dicelupkan dengan roti.
3) bila kuah tadi dah masak, taruk sos cili, sos tomato, serbuk oregano, lada sulah dan blackpepper. if rasa dah sedap, tutup api.
4) celupkan roti dengan bancuhan telor dan susu cair. then susun dalam loyang. aku guna loyang 4 segi. sebab tu roti aku digulung-gulungkan. hehe.

letakkan kuah atas roti yang di celup tadi. penuhkan.

lapik dengan cheese slice.
sebenarnya kan, cheese slice aku tak cukup. tengok-tengok tinggal berapa keping je. so aku letak 3 slices je untuk lapisan pertama.
lepas tu letak lagi kuah. lapis lagi dengan cheese slice. lapisan kedua ni pon aku letak 3 slices jugak. huhu. cacat cikit presentation aritu. aku buat 2 lapisan je. atas sekali haruslah cheese ye. kalau takmo letak cheese slice, tabur mozarella pon sedap!

Ok, dah boleh bakar.
Aku bakar pada suhu 170'c selama 1/2 jam.

ting!!! siap!
lupa nak snap pic lepas keluar dari oven.
Sebab dah terliur sangat.

Selamat mencuba! :)

6 comments:

  1. Memang tak sempat la nak amik gambar masa keluar oven.. yang jadi pembaca ni pun terliur2 dlm office hahahahaa.. :D btw thanks share ..

    ReplyDelete
  2. wah sedapnya lasagna :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap ni! cewahh
      nak beli slice lasagna tu mahal..kite guna roti je...insyaAllah ala-ala je rase die...hihihi.

      Delete
  3. Ngidam?jeng.jeng.jeng.

    ReplyDelete

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...