Dec 18, 2014

Safety first

Last post aritu aku dah share pasal marabahaya di jalan raya.
Ni nak sambung cikit lagi.
Arini aku ternampak lagi 2 orang kakak duk main henfon atas moto.
Aku rase nak bertegur sapa jeee. Hihh.
Ntah kenapa aku geram betol tengok gejala macam ni.
Santai sungguh.

Bahaya #3
Dah lah main henfon atas moto kan, takdek safety wear plak tuh.
Berbaju kurung & sandal/kasut biasa sahaje.
Aku?
Siap dengan jaket, kasut motor, sarung tangan dan mask. Helmet yang ade penutup. Bukan helmet kura-kura.
Tu semua prepared by husben. Hihi.
Bukan nak show off ye. Tapi KESELAMATAN itu penting.
Mula-mula aku naik moto ni, memang seriau ya. Dah memacam imagine. Tapi, itu je lah transport yang memudahkan kitorang gi keje, redho saje. 

Helmet
Memang diorang ni pakai helmet, tapi bile dah main henfon tu...cermin helmet dinaikkan ke atas. Sebab senang nak tengok skrin henfon. Tujuan cermin helmet ni kan kakk...supaya kita tak terkena serpihan-serpihan batu ker...habuk-habuk jalan tu ke muka kita. Sakit kak oii kalau terkena batu tu bila kelajuan motor selari dengan kelajuan batu yang menghentam muka kita. Ehh? Ade ke macam tu? Haha. Dah macam cekgu sains.

Jaket/Sweater
Kalau akak-akak takmo pakai jaket, pakai sweater pon ok. Tujuan sweater/jaket ni supaya tudung or rambut-rambut akak tak melayang-layang dek angin. Bile tudung or rambut melayang, mesti kite berusaha nak membetulkan ia, bukan? Skema plak ayat. Dalam masa yang sama, badan kite bergerak-gerak. Konfem suami akak-akak sound sebab susah nak bawak motor. Bahaya tu.

Kasut
Kasut bertutup ok lagi.
Elakkan sandal or selipar or kasut yang terbukak kat depan. Same jugak fungsinye ngan helmet tadi, takot terkena batu yang melayang. Pastu, kalau kene air pon sakit tau. Ingat tak sakit ke? Cer cuba.
Lagi satu, kalau ditakdirkan terjatuh motor la kan..nauzubillah...idaklah kaki tu terseret ke jalan. ewww..sakitnyaaaaa.

Peace no war bebeh!

Ingat pesan cik bedah ni.

Dec 16, 2014

Nasihat cikit ...

Tiap-tiap ari aku merempit ke ofis.
So, macam terdetik kat hati ni plak nak share sumthing pasal marabahaya di jalan raya. uhuhu.
Ape idaknye, boleh kate everyday (ecceh omputih)...aku duk perati gelagat driver, rider, passenger & pembonceng. 

Bahaya #1
Pagi tadi...actually ragam ni boleh kate 3-4 kali seminggu aku perasan.
Ok..pagi tadi nampak kakak ke makcik ker....duk main henfon atas moto.
Ohhoiiii...siap parking baekkk punya henfon tu kat belakang laki. Ahaha. Aduhaiiii Malaysian.

Suami akak punye la fokus tengok jalanraya takmo bagi eksiden. Tapi akak rilekkk layan henfon macam nak suh eksiden jer lagaknya.
Aku macam sakit hati ckit tengok gelagat gini. Konfim-konfirm layan henfon start kluar rumah tadi kan. Tak kose lah kan nak keluarkan henfon dari dalam beg di saat motor tengah bergerak laju kat hiway. Haaa...tu dia panjang aku bagi point. 

Kelakar laaa. Tah ape yang excited sangat sampai atas moto pon khusyuk. Kot ye pun penting, tak bole ke suruh laki akak stop kejap kat tepi jalan. Bukan nak kate aku baik sangat yer. Tapi aku takde la buat perangai bahaya gini. 

Bahaya #2
Kak..sayang sangat ke henbeg tu sampai takmo masukkan dalam box? Akak sayangkan henbeg ke nyawa?? Haaa...tu dia.
Masalah betol.

Elok jer terhayun-hayun henbeg tu kene angin. Akak ingat Malaysia ni selamat ke daripada peragut? Tak kakk...tidakkkkk...
Sekali peragut tarik itu henbegggggg, ngan akak-akak skali terhumban.
Kot ye box tu tak bole guna (positip thinking) peluk la rapat-rapat. Letak beg tu kat depan badan. BUKAN TEPI. Dah aku pulak yang risau tengok ragam orang. 
Ni kalau husben i nampak aku duk hayun beg atas moto, memang kene dah. Kene bebel. Pasal security on road, husben i memang tiptop. *puji skit. InsyaAllah nanti-nanti aku share lagi yer.

So, please kepada para pembonceng especially bini-bini/awek-awek/mak-mak/makcik-makcik sekalian, ingat eh. Ingat pesanku. Cehh. Toksah la nak tayang sangat beg Chanel u ols tuh. 

Safe drive.
Safe ride.

Dec 9, 2014

Nenek Ka kawen! :)

3 minggu lepas je baru aku tau yang makcik aku sorang ni nak kawen.
Amvoiii sangat. Senyap senyap je.
Act, she's my mom's kazen. Pangkat makcik la kan.
So, last Sunday majlisnya. Kat Temerloh.
Die buat kecik-kecik jer. Just family members and best frens.
We ols semua balik nak meraikan sebab rasenya ni laaaaa last makcik yang belom kawen. 
Dapat plak suami omputih. Lagi aku harus balik. Ngahahaha.


akad nikah kol 10.
'aku terima nikahnya' heee.
lepas je lafaz tu, semua orang tepuk tangan. haha. 
sekali lafaz. Good Safwan. Good :)
So, lepas ni my child kene panggil u Tok Wan la kan.

congrats Fika. Dia tak bagi aku panggil die 'makcik'.
Vogue sangat la tu?? Haha.
tapi die suh our child panggil die as 'Nek Ka'.
terus hilang diva kauuuu :)



Lauk-lauk kampung. 
Kuih-kuih kampung.
Jangan taktau, si Safwan ni makan jering. Aww.

Me & Wafa.
Time ni dah hilang segala headband, stokin bagai.
Panas oiii.

Aunt Fika, semoga berbahagia.
CONGRATS!



Nov 4, 2014

Mission Possible: pokok tin

Sekarang ni mak aku tengah excited duk carik anak pokok Tin.
Die nak tanam kat laman rumah Temerloh nuu. Pastu bile dah expert pasal pokok tin ni, die kate nak bisnes. 

Aku baru tau kat Malaysia ni rupanya banyak orang jual pokok tin. Ladang tin pon ado. Punye lah jauh mak aku carik sampai Bangi nuu...alih-alih kat Sg buloh pon ade. Dekat pulak tu ngan umah aku.
So, Sabtu lepas kitorang gi cari ladang tin tu. Husben tak ikot sebab die ade futsal. Takmau duk umah sensorang, makanya aku hangkut Wafa gi tengok ladang tin skali. Mak aku ni, die punye madness terhadap pokok memang tahap takleh dihalang dah. Menjadi je kalau die tanam pokok. Kalau aku? Ngeee...

Sampai je kat ladang tu, terserlah sungguh kegumbiraan mak aku.
First time aku tengok pokok tin.

ooo...macam ni ghupenye pokok tin :)


tengok..tengok...punye semangat mak aku. 
tangan tu takleh duk diam. Tengok ayah aku, cool as usual. hahaha.
yang baju cekelat tu lah owner ladang ni. 

wafa cayangg....janganlah dok korek brooch ibu tuuu.
tu..tengok tuu...poookokk tiinnnnn.

hasil.
barisan belakang, dalam kotak dan dalam polybag adelah pokok tin.
yg dalam plastik putih dan kuning pokok bunga.
keesokannya, parents aku balik Temerloh dengan hasil yang memberangsangkan.

^_^


Oct 29, 2014

Entry santai

Wafa dah nak masuk 8 bulan next week. Wee.
Sungguh pantas masa berlalu. *cliche sangat.

5 bulan - meniarap.
6 bulan - menarik / mengesot :)
7 bulan - dah nampak putih-putih kat gusi. Gigi lah kann!!
7 bulan - duk ngangkat montot. nak merangkak le tuuuu.
8 bulan - ???

Sronok sungguh tengok anak membesar depan mata dengan skill-skill diorang. Cuma sekarang ni Wafa sokmo benorrr bangun 1/3 pagi. Aiyaa.
Kekadang bangun main kol 1-3 pagi. 
Kekadang kol 4-5 pagi.
Ade 1 ari tu, dak kecik ni bangun ajak main kol 3 pagi, straight terus sampai kol 6 pagi. Ape cer?? Ahaha. Alahhhaaii. Trus laaa bersiap nak pi koje. 
Rilekkkk je main sensorang. Kalau aku terlelap, tau tau dah jauh peginye.

Setakat hari ni, aku tak risau langsung kat babysitter yang jaga Wafa.
Aku tengok famili diorang pon sayangkan Wafa sampai anak babysitter boleh tanya aku kalau boleh die nak amik Wafa terus. Ahaha. 
Mane boleh...Wafa anak auntie. Ngeee.
Maunye tak, ibunya jaga Wafa dari umor 3 bulan. Mau tak sayang dok? Alhamdulillah, moga mereka menjaga Wafa dengan baik sampai Wafa dah tak stay sana dah. 

Haihh...banyak benor draf post yang aku tak publish.
Nak publish rase macam dah basi.
Tak publish, rase sayang je waktu dan tenaga aku duk taip memanjang.
Delete jer lah. Heh.

Ok. Dah delete.
Takde la rasa sakit ati sangat duk tengok unpublished posts tu. Hewhew. 

Selamat Hari Rabu u olls :)

Oct 21, 2014

Lost World & Konvo

Hi. Lame tak berblog.
Jom sambung. Huhu.

Semalam anniversary aku & incik husben!
Tahun ni punye anniversary sangat sangat bermakna sebab ada Wafa. Anniversary ke 7 dan Wafa 7 bulan ini bulan! :)
Love you both!
Tq Allah.

.................................................................................................................

Kelmarin adik bongsu aku konvo.
So, kami satu famili wat rombongan cik bibah (sempena nama mak aku) ke UTP Seri Iskandar. 
Dalam kul 10.30 pagi ari Jumaat, aku gerak dari Sg.Buloh. Dalam kol 12.30 gitu kot sampai Tambun. Check in dulu kat Hotel Lost World.
Sementara ayah aku dan Mr Apai pi solat Jumaat.. aku ngan mak aku duk rilek kat dalam bilik. Orang yang berkonvo dah gerak sehari sebelum sebab nak amik jubah.


hotel die ok.
servis pon ok. fridge je takde.
ape de hal..bukan nak guna sangat pon fridge tu.

Sementara nak tunggu adik-adik aku yang lain sampai, kitorang usha keliling dulu. Mujur Wafa tak buat hal sangat. Die rengek time nak tido je. 

hye lost world! here we are! :)
empty. orang tak ramai lagi. ari pon redup.
abih usha keliling, pi jenjalan kat ipoh sat. 
taktau arr ape yang best kat sini. last-last pekena teh tarik jer. 
jadi la...nak buang masa je. ahahaha. 

Nak dekat maghrib baru adik-adik bertuah ku sampai.
Program malam start kul 8.30. Ade fire show kat hot spring & spa.
Sampai je sana, show pon dah nak abih.
Tengok je la ape yang sempat. 

fire show.
ni je sempat snap sambil dukung Wafa. 
kat atas anjung nuuu ade orang main muzik sambil joget-joget.
time ni la Wafa tido sambil nanges nanges. fuuuuuu.

Esoknye lepas breakfast, dalam kul 11.30 gitu...acara utama bermula. Hehe. Mandi manda!
Mak aihhhhhh...ghamaiii sungguh manusia. Ok, aku dah expect. Panaihhh pulak tu. Masuk-masuk je, terus carik port. Adeyyyy. Full oiii. Dengan family day nya...rombongan skolah...rombongan tadika pon ado?? Advance btoi tadika sekarang.
Dah takdek port sangat kann, port dalam air pon jadi ler.


nice jugekk dalam air ni. sojukkk jer.
tu ghope Wafa baru bangun tido. 
sedor-sedor je gelabah tengok orang ramai sangat.
'aku kat mana ni?' hakhakkk. Kesian dak kecik.

dalam pic ni tak nampak full.
tapi realitinyeee...padat sangat oii oii.

Al-kisahhhhhhhh...tak lame lepas tu, hujannn pulokkkk.
Tak sempat nak tengok menatang yang ada kat situ. 
Tak sempat nak skodeng jauh-jauh.
Mencicit sume larik cari tempat berteduh. Heh.
Elok lahh...aku pon dah fenattt. Lapo plak tu. Baik pi makan.

Esoknya pagi-pagi lagi adik aku dah ke UTP. 
Mak ayah aku pon gerak pagi sebab nak kene masuk dewan.
Kami kami yang tak kene masuk dewan ni, kul 12 baru gerak. Hihi.

congrats si bongsu yang galah!! :)
op kos aku si sulung yang comey. Heh.
see..memasing duk hangkut 'handbag'

abih dah anak-anak ma & pa yang study.
taktau la kot ade yang nak sambung study plak lepas ni.
tu lain citer.
kbai. jom balik.
^_^

Aug 15, 2014

Raya 2014 - Raya kedua

Hoihhh....disebabkan kebizian raya pertama, raya ke2 baru berkesempatan nak bersalaman sesama famili. 
Mak aku cakap, next raya sebelum pi solat...wajib bersalaman dulu. Kalau tak, jadi macam raya pertama. Apepun tak sempat.
Pengalaman mendewasakan kate orang. Hihi.


mom & dad. so sweet!
raya ke2, maka kami bersalaman takde baju raya. 
spoil sungguh. 

us....the siblings
tema baju: suka-suka hati.
ehh..raya pertama aku paling comei. raya ke2 pon sama.
Ahahaha. 

mom, dad & the menantusssss
^_^

Raya ke2 mak pak semua dah tema suka-suka hati.
Tapi anak-anak tetap sedondon.
Shahzad takmo pakai same. Katenya dah besor. Nak pilih baju sendiri. 
From left: Shahzad, Firas, Shariff & Wafa.

so comelsss!

Wafa buat ape tuuuuuu haa???


nilaikan.
tafsirkan.
bincangkan.
ok baii ..!!

Aug 14, 2014

Raya 2014 - Raya pertama

Syukurr Alhamdulillah, tahun ni dapat merayakan Aidilfitri pertama dengan Wafa walopun baju raya Wafa ntah ke mana peginya. Uhuk!!

Lepas jer solat raya, berduyun-duyun orang datang beraya kat umah. Ni 1st time beraya kat Temerloh, jadinye tak dapat bajet kuantiti orang yang beraya sebab beraya kat kampung ni lain cikit. Dulu kat Kuantan sedara mare sahabat handai terdekat je yang datang. Kali ni, plus orang kampung. Resident baru lah katekan. Hihi. Rase macam baru balik dari oversea lagaknya. Huahua.

Pagi raya, my mom buat nasi tomato dan laksa penang.
Tahun ni, sume anak pempuan my mom duk pegang henbeg (baby). So, tak bole nak hulur tangan sangat. Tolong mana yang mampu je. Cian my mom. Anak-anak plak asik nak menempek kat kite. Kekadang kalau pass ke dedi memasing, merengek. Camno? 

Lebih kurang dalam kul 10 gitu, kitorang lari jap pi studio photoshoot.
Cam lipas kudung gayanya sebab mak aku cakap, ade orang masjid nak datang umah tapi taktau kul bape. Ape lagiii...dah macam kartun sumenya sebab nak cepat. Ahahaha.


Hasil photoshoot.

Pic ni baru siap beberapa ari yang lepas.
Lambat gila. Ayah aku cakap, next raya pi kedai lain.


Shahzad tu dah macam anak aku. Hehe.
Bila tanya, nak duduk mana?
'nak duduk sebelah atuk'
ololololoololloo ....
oh ye...sapa paling comei lote? Ohh mestilah aku. kohkohh!!

Dah petang baru free nak amik gambo memasing. 
Punye la bizi sampai takde mase nak bergambo 1 famili. 
Dah peloh satu badan ni..tapi dalam gamba nampak fresh gitu. Hewhew.
Tak sempat langsung nak snap food dan tetamu yang datang. 

ready made peplum. menggantikan baju aku yang hilang tu.
mujur ala-ala sama kaler dengan Mr Apai.

keluarga besar kami belah my mom.
la ni kat umah pakngah. 
semua ada kecuali famili paklong dan pokcu.
ni pon tak semua ada..tah mana budak-budak kecik n bujang-bujang yang lain.


peace! 

Aug 12, 2014

Insiden dekat-dekat nak raya

Dah lah baju raya aku tak jumpa sebelum raya tu.
Baju raya Wafa pulakkk yang tak sampai-sampai ke tangan aku. Aku dah tempah sebelum posa hokeyyyy!
Geram ni tak habih lagi. Rase nak tonyoh-tonyoh muka orang tu.
Nak ikot tema punye pasal kann...maka jalan terbaik adelah tempah. Aku tempah online sebab susah nak jumpa baju kurung plain dak kecik umor 3-6 bulan kaler emerald green ni kat kedai.
Plan baekkk punyaaaaa....orang tu cakap siap 2 minggu lepas anto kat tailor. Aku pon ok jer lah. Sebab aku tengok testimoni orang yang tempah ngan die ni memang bagus. Semua cust die puji. Lagipon die nih memang bisnes-bisnes punye orang. Jadi, tahap keyakinan aku terhadap die tinggi lah. No doubt lah kate omputih.
Kriteria baju semua dah dipersetujui. Kaler emerald green. Size 3-6 bulan. Design kurung plain. Date jangka siap 2 minggu sebelum raya. Bank in! Next, tunggu je siap.

Lepas 2 minggu, aku folo up.
'Oh...saye lupa nak pos lah. Sebab banyak sangat order. Nanti minggu ni saya pos'
Ok fine. Kalau poslaju, still sempat sampai sebelum raya. 

Aku folo up lagi.
'Ya Allah, lupa lagi nak pos item awak. Ahad ni saya pos'
Lupa lagi????!

'Cepat ckit awak. Khamis ni saya dah balik kampung. Nanti tak sempat sampai'
Pada hal aku balik Jumaat. Khamis tu aku keje lagi. 

Folo up laaaaaagiii...
'Dah pos??'
'Awak..saya dah pos'
Die bagi no tracking. Die pos Ahad sebab die kat Kelantan.
Ok..aku tak cek track no kat pos lagi sebab paham die baru pos. Kot tak masuk dalam sistem lagi. Bagi masa...bagi masa.

Selasa. Patut item dah sampai kat tangan aku.
Info yang aku dapat servis poslaju akan stop pada Rabu sempena raya aritu.
So, kalau pos Ahad, servis adelah macam biasa dan suppose dah sampai kat aku.

'Awak...item blom sampai ni'
'Ok...nanti saya cek kat pos'

Fineeeeee. Sabar.

Khamis.
'Awak....awak pos ke tak item saya?? Petang ni dah balik kampong. Saya dah cek kat track no poslaju, tapi record not found. Kalau btol dah pos, mesti ade rekod'
'Ade jugak kes kalau kite dah pos tapi takdek dalam rekod'

Errrr ...ade ke kes macam tu?
Takpe..aku tunggu sampai petang.

'Awak..item dah sampai ke?'
'Takde. Kesiannnnnyeeeee kat baby saya takde baju raya'
'Sori awakk. Awak...bagi la no akaun awak. Saya return duit'
'Ok'
'Lepas ni kalau item tu sampai, saya bagi free jer lah. Memang salah saya. Saya lambat pos item awak'
Grrr!!!!!!!

Aku bagi je no akaun. Malas banyak cakap. Esoknya Jumaat aku tunggu lagi dengan harapan yang menggunung. Tiada. Memang dah tak sampai la ni. Wondering...btoi ke tak die anta order aku ni kat tailor die. Betoi ke tak die pos item aku ni??!

Kalau btoi die pos...kenapa sampai SEKARANG belom sampai lagi???? Tracking no takde rekod...jadi aku syak die tak pos!! Maybe tak anta order! Ahhhhhh...ape-ape lah!! Malas dah pikir. Sehari sebelum raya aku terpaksa menapak carik baju Wafa. Kesiannnn Wafa. Uwaaaa. Dapat lah gown kaler ijau walo lari tema ckit. Janji ijau. Sampai hati orang tu buat kat aku macam tu. Festime raya ngan Wafa ni baiiiiii!!! Ko dah buat tak senonoh ngan aku. 


Selamat Hari Raya u olls

Oh yee...baju raya aku yang asal dah jumpa balik. Macam tau-tau kan, tetibe bajuku memunculkan diri. 
Lokasi kemunculan: di bawah timbunan kain buruk kat umah adik aku di Shah Alam. Bawah kain buruk yee ...cissss sungguh.

Jul 31, 2014

Back to ofis

Selamat Hari Raye!


1..2..3..4 orang je ade kat ofis arini..termasok aku.

Ohoiii...pi la cuti lagik.
Bakpe datang ofis??!


Aku gerak dari Temerloh pagi tadi..straight ke ofis.

Tinggalkan Wafa kat mak dan ayah aku sebab babysitter cuti lagi.
Harap-harap die ok la...huhu.
Kejap-kejap aku call mak aku. Kesian gak kat mak kalau-kalau die meragam.


Adoihhh...taktau kenapa since pagi aku rase macam ni.

Fenin pala, sakit perot...nak muntah. Adoii adoii!!
Tak sedap badan je rase ni. Uwaaa..tak best sungguh macam ni.
Ingat nak berjimba-jimba kat ofis time orang takde ni. Skali melepek aje kat meja ni. Haaa..tu laa...niat tu tak baik.
Sedap je aku tido tadi. Ingatkan lepas tido ok dah.
Rupanya tak kurang jugak. Still rase macam pagi tadi...
Arrrr..nak muntahhhhhh ....angin ke ni??


Ok lahh baii.

Nak melepek lagi.
Siyes tak larat.
Later aku story mory pasal raye.

Jul 25, 2014

Jumaat. 27 Ramadhan

Last day shopping sebelum balik kampung petang ni. 
Ade hati lagi nak shopping kan. 
Haruslahhhh kalau barang blom complete. Ade la few items lagi yang aku nak sambar.

Barang nak balik kampong lom setel jugak.
Ingat nak hangkut je trus beg bawak masuk dalam kete, ambik Wafa dan blah. Tapi baju-baju masik berselerakan dalam bilik tu.
Pagi tadi duk pilih-pilih baju mana nak bawak...skali Wafa bangun tak tido-tido pulakkkkkk.
Hai lahh anak..kul 4 die bangun nak main. Drag sampai sahur. Kol 6 baru tido. Ibu sempat pack ckit je barang, die dah bangun balik sampai laaaaaaaaa kul 7. Uhuhu.
Phew...phew...mencabar. Nyesal tak pack barang awal-awal. hehe. Nyesal kemudian tiada bergunaaaa.
Petang ni balik umah, pack barang dulu baru ambik Wafa.

Ade insiden pulak berlaku nak dekat-dekat raya ni.
Dugaaaannnn.
Tapi takpe...aku tunggu sampai petang ni. Kalau takde jugak, aku post kat sini. Geram nih...geram!!
Diharapkan orang yang berkenaan bertanggungjawablah. 

Yang sedih & keciwa sangat,
Aku.

Jul 23, 2014

Aku punye tempat shopping raya

Mak aihhh..berduyun-duyun manusia kat jalan masjid india dan jalan tar sempena nak raya ni.
Tak payah lah nak buat terkejut sangat ye. Macam tak biase pulakkk.
Ape taknyee...bukan org KL dan Selangor pon datang shopping sini. Mau tak sumbat??
Aku? Ofis aku memang kat sini je. Pi kat tingkap, dah nampak masjid india kat bawah. 

Jakel Jalan Masjid India:
Full house!
Nak-nak time die buat hepi hour. Hnnssssfff...berebut-rebut duk capai baju nak harge murah.
Dia announce dulu nak buat hepi hour. Pastu die suh kite pilih baju. Dalam few minutes, die announce. Dah pilih baju, silalah bayar. After 10 minutes, no more hepi hour. Udah bayar, baru bole tukar size dan kaler. Bijak kan? Hewhew. So, korang tak payah pening kepala nak pilih size dan kaler time die announce tu. Korang grab je mane yang tercapai dek tangan. 
Every year jakel buat macam ni. One way to attract customer. Ok..good. Tapi jakel ni keluarkan baju yang sama design dalam kuantiti yang banyak. So, peluang untuk kite sedondon dengan orang lain adelah sangat tinggi. 
Btw, kat jakel korang bole dapat banyak pilihan jugak. Dari baju melayu, sampin, baju kurung, peplum, jubah dan baju budak-budak. Cumanya nasihat aku, sebelum korang grab, bayar dan bawak balik umah, check dulu item yang korang amik tu. Coz dari pengalaman aku, some item dah tercemar.
I mean, ade jahitan tak kemas. Manik tertanggal. Kesan kotoran. Benang tertetas. Benang tercarik. Ok? 
Alaa...korang bole habihkan mase berejam duk belek baju, takkan nak belek kecacatan kat baju sekejap pon tak bleh kann..kan. Kang korang jugak yang nak pakai baju tu.

Bazar Jalan Masjid India:
Korang tau tak bazar masjid india dan jalan tar ni bukak sampai sahur?
Taktau nak tdo ke korang korang yang bershoping ni? Huhu. Orang yang menjual dah sah-sah tak tido sebab keje diorang memang meniaga. Sampai kul bape pun diorang bukak kedai, esoknye diorang bole berdengkur.
Aku tak pernah lagi la pi jalan tar dan masjid india kul 3-4 pagi. Dapat harga murah ke eh? 
Setau aku, esoknye nak raye baru harge turun kaw kaw punye.
Bak kate orang jakel, harge junam ke bumi. Hihi..
Bagi aku, kedai-kedai kat jalan tar dan masjid india ni sameee je tetiap tahun. Situlah port kuih, situlah port baju, situlah jugak port tudung dan shawl segala. 
Harga? Selama dalam pemerhatian aku, harga kat bazar agak murah sedikit dari biase. Ade jugaklah yang standard. 

Bile ade bazar dan jakel pulak buat harga junam ke bumi, kedai-kedai lain turut dapat tempias gak.
Harussss turun harge juger.
Jadi, kepada korang korang yang masih belum cukup kelengkapan rayanya, meh arr datang jalan masjid india dan jalan tar.
Komfem tak keciwa. Sebab harga memang junam.

Sogo:
Selain jakel, bazar jalan masjid india dan jalan tar, sogo pun jadi sasaran gak. 
Sale sale sale!!!
Aku shopping baju Wafa kat Sogo last week.
Alahhhaiiiii comellll to the max baju baby ni!!! Geram.
Rase nak beli sepasang setiap brand. Gituuuuuu ....
Bawak-bawak la tengok poket tu ye. Uhuhu. Budak tu baru 4-5 bulan kau dah meroyan tengok baju. Hoh. 

Semua House:
Kat sini pon ade pilihan gak. Ade satu kedai Gene Martino kat tingkat bawah. Baju-baju die memang cun jugak.
Kedai ni ade jual set famili. Bapak, ibu dan anak-anak.
So, kalau u olss memang nak tema sedondon, leh gi sini. InsyaAllah ade kaler dan size yang korang nak.

Tu adelah antara port femes untuk shoping raya.
Oleh kerna ofis aku beberapa tapak je dari Masjid India, maka aku tak menyoping kat tempat lain. 
Advantage gak untuk aku. Tak payah bersesak-sesak ari sabtu dan ahad. Sebab ari Jumaat memang rest lama. So, time tu laa aku spend time untuk cuci mata dan menerbangkan duit. Huhu.

Selamat bershoping! 

Jul 18, 2014

MH17 pula...

Media, blogs, fb, twitter...semua tengah hangat bercerita pasal MH17 yang dikatakan terhempas. Ade yang kate ditembak. Mana satu sumber sahih, kite tunggu jer.

Mende-mende gini tak boleh nak buat spekulasi dan andaian ikut suka. Kesian kat famili mangsa kalau cerite sensitif macam ni diputarbelit. 
Allah...Allah...sedih sungguh aku baca kisah tragik ni.
Kisah MH370 belum habis disiasat, timbul pula kisah MH17. Kepada ahli keluarga mangsa, hanya doa yang dapat diiringi. Takziah.

Oh ye, kapten MH17 tu jiran sebelah umah boss aku.
Boss aku tak datang ni. Pi jenguk famili kapten tu.
Moga mereka semua tabah atas dugaan ni.

Aku takmo komen panjang-panjang.
Sebak ni..nak raya.
Debor jer rase nak tau angkara sapa.
Moga ade hikmahnye pemergian mereka dalam bulan Ramadhan dan hari yang mulia ni. Al-fatihah untuk mereka yang beragama Islam.
Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Amin.

Jul 17, 2014

Wafa balik Pasir Putih

Last week kelik klate, kampong husben.
1st time Wafa balik sini. 
Aku suka buka posa kat klate sebabbbb kuih muih die. Hihi. Sedap.
Paling ku suka kuih akok.

Wafa tetibe leh niarap ari Ahad tu. Ahahaha...suka..suka..suka!!
Ohoooo...cari port klate yer nak niarap. Ibu dah save the date '13 Julai: 1st day Wafa niarap' Ngeee...
Cuma tangan tu je tersepit lagi. Marah-marah nak lepaskan tangan. Kiut..kiut...kiut!
Tapi kann..lepas-lepas tu Wafa dah macam malas nak niarap. Hamvoiiii...dah terer niarap sekali, dah takmo buat dah ye. Biaseeeeee niii .....biaseeeeee die ni ....

go go go Wafa! ... ^_^

Petang tu we ols berbuka posa kat luar.
Arabic cuisine. Adik ipar aku punye arrangement ni.
Sangat ok food die. Ape ke nama die... A.M Tarbush kott.
Nasik ok...lauk ok..dessert ok.
Yang tak ok tempat die. Sempit sangat. Nak sumbat punye pasal kot. Katenye banyak tempahan. Tu yang main rodok je kerusi meja bagai sampai nak lalu pon bersentuh montot segala. Aiyaa.

nasik warna warni ...heh.
lauk die hayam...kambeng...

kebab tu yang best!

ni ape tah nama dieee...macam roti pita ni.
dalam die ade isi ayam dan salad.
lagi ade pasta...cakes...salad buah....kuih muih.


Esoknye we ols pegi jenjalan rantau panjang.
Tapi tak turun pon sebab panas sangat. Aku malas nak usung Wafa tengah-tengah panas ni. Kang demam susah.
Rupanya Rantau Panjang terbakar yerrr. Aku taktau punnnn lahhaiiii.
Kedai yang tengah-tengah tu abih sume licin kene jilat dek api. Tinggal rangka kayu jek. 
Heran gak..kedai-kedai tu move ke mana. So..kitorang buat car tour nak cari kat mana derang pindah. 
Ohh...ade...ade. Terkebelakang ckit. Kalau shoping time gini memang best woooo. Orang tak ramai langsung sebab ari koje. Kompem tak berlaga siku dan plastik. Kitorang je yang cuti. 
Petang tu buka posa kat umah jer. Sebelum gi Rantau Panjang tu, kitorang dah tapau ayam percik dulu. Ayam percik Kak Jah ni memey femes. 
Hmm...sedap..sedap. Gud bai ayam percik Yati. Welcome ayam percik Kak Jah to the family. hahaha.

muka fenatttt baru balik dari kampong.
Wafa so goooood girl dalam kete. 
mmuuahhxx!

^_^

Jul 11, 2014

A gift from Pru :)

Tetibe semalam aku dapat parcel thru gedex.
Eh ehh...ape ni?? Aku rase aku takde online shop pon dalam mase terdekat ni. Ehehe..macam slalu jerr wat koje online ni kan. Ahaha.
Belek punye belek, nampak word Prudential kat sticker parcel tu.
Oh okkk...dari Pru. Tapi...apakah?


Ok, marilah bukak parcel.
Aku pegang-pegang dulu...konon-konon nak teka ape die.
Besar. Berkotak. Hmmm...
Jeng jeng jeng ....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Comelssssss!
Thank You Prudential :) :)
Thank You my wonderful agent!
Dapat sampul raya lagi.

Ni hint suh aku sign up untuk baby ke? Ahahaha.
Aku akan sign up jugak nanti tapi bukan sekarang. Soon. Ehehh.
Siap ade tulih 'PRUDENTIAL'. Aku pakaikan kat rumah ajer lah eh? Ngeee.

^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...