Jun 18, 2014

Jom..reramai aktifkan kad ATM dengan akaun TH

Weehee....Wafa dah ade akaun Tabung Haji (TH).
Baru je bukak bulan lepas.
Kene bukak cepat-cepat sebab takot terguna duit tu. Huhu. Aku kumpul duit yang orang bagi, then depositkan dalam akaun Wafa. Alhamdulillah, semuanya rezeki Wafa. 
Lepas ni aku nak aktifkan kad ATM Maybank aku ke akaun TH Wafa sebagai pihak ketiga. Senang aku nak masukkan duit untuk dia. Idak lerr aku kene pegi ke TH sokmo untuk depositkan duit.

Tapi aku takmo link kan kad ATM ke akaun TH aku. Kang lajuuuu jer duit tu mengalir nanti. Ahahaha.
Biarlah kene menapak ckit asalkan akaun TH aku selamat dari diceroboh slalu dek tuan punye akaun. hewhew.

Ingat yer, kene bawak buku TH skali mase nak aktifkan kad ATM tu. Sebab nak kene masukkan no akaun dan no siri buku. Kot hafal no sekalipun, mesti korang nak dabel cek kan. Bawak je..tak berat pun.

Sebenarnya banyak lagi kemudahan untuk akses TH melalui kad ATM ni. Kat ATM, kita boleh buat semakan baki in real time, keluarkan wang, pindahan wang dan daftar Haji. Melalui CDM pulak, kita boleh deposit ke akaun TH, deposit ke akaun pihak ketiga TH, buat semakan baki dan daftar Haji. 

Ade caj RM1 ye untuk pengeluaran duit, deposit tunai dan transfer duit. Yang FREE hanya untuk semakan baki, register haji dan register kad ATM untuk link ke TH. Selain Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat pon ade gak servis ni. So, sesape yang ade salah satu or salah dua dari bank-bank tu, boley ler cepat-cepat register untuk kemudahan korang jugak.

Dunia dah canggih sekarang ni oii.
Semua dihujung jari sahaja. So, takde la alasan takdek mase nak daftar haji la....takde mase nak transfer duit la. Tak silap aku aritu, turn aku pegi haji tahun 2054. Nampak sangat dah lambat register haji kan. Ahahaha. InsyaAllahhh jika masih bernafas di dunia ini. Tapi kalau dapat turn lagi cepat lagi bagusssss....amin amin.

^_^

1 comment:

  1. Bagus dengan TH ni.. tak rugi pun menyimpan.. Jom Aktifkan kat atm TH.. Bila dah aktif tu jangan la pg keluarkan pula

    ReplyDelete

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...