Dah lah baju raya aku tak jumpa sebelum raya tu.
Baju raya Wafa pulakkk yang tak sampai-sampai ke tangan aku. Aku dah tempah sebelum posa hokeyyyy!
Geram ni tak habih lagi. Rase nak tonyoh-tonyoh muka orang tu.
Nak ikot tema punye pasal kann...maka jalan terbaik adelah tempah. Aku tempah online sebab susah nak jumpa baju kurung plain dak kecik umor 3-6 bulan kaler emerald green ni kat kedai.
Plan baekkk punyaaaaa....orang tu cakap siap 2 minggu lepas anto kat tailor. Aku pon ok jer lah. Sebab aku tengok testimoni orang yang tempah ngan die ni memang bagus. Semua cust die puji. Lagipon die nih memang bisnes-bisnes punye orang. Jadi, tahap keyakinan aku terhadap die tinggi lah. No doubt lah kate omputih.
Kriteria baju semua dah dipersetujui. Kaler emerald green. Size 3-6 bulan. Design kurung plain. Date jangka siap 2 minggu sebelum raya. Bank in! Next, tunggu je siap.
Lepas 2 minggu, aku folo up.
'Oh...saye lupa nak pos lah. Sebab banyak sangat order. Nanti minggu ni saya pos'
Ok fine. Kalau poslaju, still sempat sampai sebelum raya.
Aku folo up lagi.
'Ya Allah, lupa lagi nak pos item awak. Ahad ni saya pos'
Lupa lagi????!
'Cepat ckit awak. Khamis ni saya dah balik kampung. Nanti tak sempat sampai'
Pada hal aku balik Jumaat. Khamis tu aku keje lagi.
Folo up laaaaaagiii...
'Dah pos??'
'Awak..saya dah pos'
Die bagi no tracking. Die pos Ahad sebab die kat Kelantan.
Ok..aku tak cek track no kat pos lagi sebab paham die baru pos. Kot tak masuk dalam sistem lagi. Bagi masa...bagi masa.
Selasa. Patut item dah sampai kat tangan aku.
Info yang aku dapat servis poslaju akan stop pada Rabu sempena raya aritu.
So, kalau pos Ahad, servis adelah macam biasa dan suppose dah sampai kat aku.
'Awak...item blom sampai ni'
'Ok...nanti saya cek kat pos'
Fineeeeee. Sabar.
Khamis.
'Awak....awak pos ke tak item saya?? Petang ni dah balik kampong. Saya dah cek kat track no poslaju, tapi record not found. Kalau btol dah pos, mesti ade rekod'
'Ade jugak kes kalau kite dah pos tapi takdek dalam rekod'
Errrr ...ade ke kes macam tu?
Takpe..aku tunggu sampai petang.
'Awak..item dah sampai ke?'
'Takde. Kesiannnnnyeeeee kat baby saya takde baju raya'
'Sori awakk. Awak...bagi la no akaun awak. Saya return duit'
'Ok'
'Lepas ni kalau item tu sampai, saya bagi free jer lah. Memang salah saya. Saya lambat pos item awak'
Grrr!!!!!!!
Aku bagi je no akaun. Malas banyak cakap. Esoknya Jumaat aku tunggu lagi dengan harapan yang menggunung. Tiada. Memang dah tak sampai la ni. Wondering...btoi ke tak die anta order aku ni kat tailor die. Betoi ke tak die pos item aku ni??!
Kalau btoi die pos...kenapa sampai SEKARANG belom sampai lagi???? Tracking no takde rekod...jadi aku syak die tak pos!! Maybe tak anta order! Ahhhhhh...ape-ape lah!! Malas dah pikir. Sehari sebelum raya aku terpaksa menapak carik baju Wafa. Kesiannnn Wafa. Uwaaaa. Dapat lah gown kaler ijau walo lari tema ckit. Janji ijau. Sampai hati orang tu buat kat aku macam tu. Festime raya ngan Wafa ni baiiiiii!!! Ko dah buat tak senonoh ngan aku.
Selamat Hari Raya u olls
Oh yee...baju raya aku yang asal dah jumpa balik. Macam tau-tau kan, tetibe bajuku memunculkan diri.
Lokasi kemunculan: di bawah timbunan kain buruk kat umah adik aku di Shah Alam. Bawah kain buruk yee ...cissss sungguh.
La..kesiannya Wafa...
ReplyDelete