Aug 1, 2012

Dapat dah S3

Wargghhhhhhh! Tak aci...tak aci.
Aku yang mengidam S3, husben yang rembat dulu.
Ni kalau aku preggy ni, memang aku cekau dah.
Dapat tumpang pon jadi lerr.


Last week aku dan husben sangat gigih menapak ke Celcom roadshow kat Low Yat untuk dapatkan Samsung S3 dengan harga promosi serendah M888!! Sempena pelancaran Celcom-Samsung Galaxy S3 katenyee. Wow! 

Terkesima japp. 
Sapa nak kasi harge serendah tu oihh?! Tq Celcom!
So, hanye 10 orang lucky customer jek will be able to walk away with S3 dengan harge segilerrr ini! Hahh..Bape banyak tanda seruan aku daaa. Wow!! Silalah leleh ye sume. Haha.

Mamat mc petang tu.
Event start kol 3 ptg.

Crowd yang sedang ternanti-nanti event.
Tu baru depan aku.
Belakang aku, full. Tinggal tak snap jek lagi.

Derang kasik 2 tasks to solve.
1st task, promoter suh log-in pebenda tah.
Aku tak fokus sangat sebab suare orang sebelah aku lagi kuat bertempikan dari mamat yang pegang mic tu.
Hubby gagal di situ. 5 winners already in list for the 1st task.
2nd task lak die suh snap gambo customer sama banner yang ade written 'celcom' kat belakang. Ape lagi, aku la tukang yang hamek gambonye.
Dengan berkat kelembutan tangan aku menyenap gambo, Mr Apai berjaya sampai ke garisan penamat dengan jayanya. Hehe.
Alhamdulillah! 
Aku macam nak terloncat kegumbiraan, mujur cepat sedar yang aku masih dikhalayak ramai.

Mr Apai sedang meng'submit' task nye kepada penganjur.
Tengok tu...punye la berderettt.
Ciap ade yang angkat-angkat tangan.
Incik, ni bukan main cekgu-cekgu yee.
Seronok btoi aku nengok orang berebut-rebut. Hihi.
Ape lagi...snap!

Akhirnya Samsung S3 menjadi milik Mr Apai dengan gahnya.

Officially owned by Mr hubby!
Tahniah banggg.
Isi borang, jangan tak isi. Kang melepasss.
Jangan lupa kasi bini abang ni pinjam.

Jul 27, 2012

Buffet Ramadhan 2012

Buffet time posa ni memang best. Sebab:
1) bermacam jenis makanan ade.
2) berbuka ramai-ramai. Syiok.
3) pas berbuka, chit-chat plak ngan kengkawan [tapi jangan lupe solat ok]


Tak sah kalau tak ngabihkan duit kat buffet walopun posa korang sah.

Few times in a month aku rase ok lagi.
Tapi kalau dah 3-4 kali seminggu duk usha buffet, memang selayaknye orang itu adelah orang berduit a.k.a orang kaya.
Sebab setau aku, harge buffet ni mesti RM30 ke atas sorang. Tak tau la kalau tahun 2012 ni ade buffet yang harge die RM30 ke bawah. Jom skodeng jap:


1) Ni restoren gabungan idea 2 orang bff - Rubiah Suparman & Habsah Hassan 





Harga:

RM50 nett - dewasa
RM25 nett - kanak-kanak



Kepada yang berminat untuk membuat tempahan: 03-77284886


------------------------------------------------------------------------------------------------


2) 'Selera Desa' by UITM Shah Alam Hotel

Harga:

RM45 nett untuk dewasa
RM19 nett untuk kanak-kanak

Untuk tempahan: 03-55162069/75/76/78



 
----------------------------------------------------------------------------------------------

3)  Ni salah satu lokasi destinasi bajet Buffet Ramadhan dengan harga serendah RM35.90. 



Harga:
RM35.90 nett untuk dewasa
RM17.50 nett untuk kanak-kanak

Untuk tempahan: 
Yayasan Restu,
Komplek Taman Seni Islam Malaysia
No 2A Persiaran Damai, Seksyen 10,
40100 Shah Alam, Selangor
No Tel: 03-55109001/2/3
Atau : 016 355 8451 / 016 355 8457 


--------------------------------------------------------------------------------



4) Puri Pujangga, UKM. 






Harga:
RM45 nett untuk dewasa
off 50% untuk kanak-kanak

Sebarang pertanyaan atau tempahan:03-89213361/3362



---------------------------------------------------------------------



5) Restoren dejavu. Ok, dah macam citer dejavu di Kinabalu. Untuk member-member ofis aku yang giler citer dejavu tu, korang leh la gi sini ek. Ekekek.






Harga:


RMRM35++ setiap orang

Sebarang tempahan: 03-42532101

--------------------------------------------------------------------

6) Restoren Songket. Makanan ala-ala kampung. Wow! Cambest! =)



Harga:
RM68++ untuk dewasa
RM34++ untuk kanak-kanak (3-11 tahun)

Untuk tempahan:
Songket Restaurant
No. 29, Jalan Yap Kwan Seng

50450 Kuala Lumpur
No. tel: 03-21613331

----------------------------------------------------------------------

7) Kafe D'Manggis, Kuang. Yurppp....juge destinasi berbuka yang bajet murah sesuai untuk family.


--------------------------------------------------------------------------------

8) Dewan Perdana Felda. Tahun lepas aku gi sini. Whoahhhh...! banyaknye makanan. Rase nak stay lelame kasi abih sume. Time tu makan ringan-ringan dolu, solat...pastu sambunggggg. Heaven! 


---------------------------------------------------------------------------------------------

9) Istana Bambu! Memang terase macam duduk dalam taman puteri buloh betong gituuu..


---------------------------------------------------------------------------------

10) Lagi...dan lagiiii.....=)



Harga:
RM49 net untuk dewasa
RM35 nett untuk kanak-kanak
RM44 untuk OKU & warga emas


Sumber: busuk.org/apemenuhariini.blogspot.com/putri-roh.blogspot.com

Jul 26, 2012

Eksiden

Otw gi opis tadi, ade eksiden berlaku kat simpang Kuang nuu.
Heran gak..pe hal jem giler kat situ. Sebab aku rase tetiap pagi aku gi keje, area tu takde la sepadat macam pagi tadi.
Aku pon teleng-telengkan pala aku nak tengok.
Sebuah kete Wira [tak silap aku] eksiden ngan motor.
Aku tergamam gak sebab tayar depan motor tu boleh tercabut dari body motor dan melekattt kat kete.
So, aku bajet ni memang dahsatt punye eksiden.
Pastu aku ternampak mamat motor serba hitam terbaring kat tepi jalan.

Sebelah kete Wira lak, aku agak tu sume passenger yang terlibat.
Ade 2-3 dewasa dan seorang baby kecik yang aku rase umor die dalam setahun gitu.

Tetibe aku terbayang kalau mende macam tu terjadi kat aku ngan husben.
Ya Allah, Kau jauhkanlah kami dari perkara seperti itu.
Lindungilah perjalanan kami pergi dan pulang. Amin.

Kepada insan-insan yang merempit tu, silalah berhati-hati di jalan raya.
Kalau takot jem, kluar lah umah awal-awal so that korang tak perlu rushing.
Dan kepada yang bawak kete pon kene beringat hokey.
Jangan ingat korang bawak menatang besor, korang leh main push-push rider motor ni.
Yang motor ni kecik, depa leh cilok-cilok. Korang jangan nak cilok-cilok gak.
Kang ade yang tercilok bawah badan lori.

Jul 25, 2012

Puasa ke-5

1st day ber-blog di bulan Ramadhan.
Selamat Berpuasa semua!
Alhamdulillah dah hari ke-5 kita berpuasa. Syukur diberi nikmat untuk merasai Ramadhan lagi tahun ni.

1st Ramadhan ari tu, buka posa kat Kuantan.
2nd Ramadhan, bukak posa atas jalan sebab mase tu otw balik ke Sg. Buloh dari Kuantan. Seb baek my Mommy ade tapaukan lauk dan laksa. So, singgah bazar beli lauk tambahan jek.
3rd Ramadhan, KFC! Haha. Haa..hok nih adelah atas permintaan husben. Katenya dah tak tahan sangat nak makan KFC.
4th Ramadhan, home-made dishes. Tak beli langsung. Jimat. Bagus!
Arini? Home-made juge.

Meh aku listkan senarai bazar Ramadhan yang aku penah pegi jek:
  • Tapak pasar malam Paya Jaras
  • Tapak Downtown Danau Kota, Setapak
  • Taman Melawati
  • Wangsa Maju, Seksyen 1
  • Taman Tun Dr. Ismail
  • Jalan TAR
  • Pantai Dalam
  • Greenwood (sebelah Shell)
  • Kampung Baru (depan Masjid & Hospital Kpg Baru)
  • Shah Alam (sek. 13, 2, 7, 18, 19, 20, 24) - aku rase byk lagi, tapi seksyen ni je yg aku familiar.
  • Pandan Indah (kat padang MPAJ)
  • Ampang Waterfront
  • Kpg Batu Muda
  • Taman Dato' Senu
  • Taman Sri Gombak (dekat roundabout atas bukit)
  • Tapak pasar malam Seksyen 16, Bangi
Ok, tu je yg aku leh terpikir skang.
Lain-lain bazar, korang leh search kat intenet yek. Tak larat nak perah otak dah.

Tiap-tiap kali Ramadhan, soklan ni mesti timbul:
'cik kak, bulan posa ni...masak ke tunjuk-tunjuk je?'
Korang yang laki-laki ni tak bosan eh tanye soklan yang same tetiap tahun?
U ols memey la tak bosan kot, tapi aku yang meluat.

Tahun depan tanye soklan lain lak.

Jul 18, 2012

Migrain

Dari kecik aku ngidap migrain.
Takleh kene panas ckit.
Takleh makan coklat bebanyak.
Takleh minum milo lebey-lebey.
Nanti kompemmmm...kompem rebah.

Macam-macam rawatan dah aku buat since aku diagnosed with migrain.
Dah besar, baru aku paham yang migrain ni takde specific ubat.
Cume kene careful jek.
Tapi keje aku yang duk ngadap pc dalam opis ber-econ 8 jam ni pon leh kene tau.

Aku penah wat homeopathy once.
Tak berapa nak ingat cemane rawatan die.
Yang aku leh recall..ade banyak salur-salur wayar duk tertepek kat kepala aku. Pastu ade satu machine yang akan kuar die punye result hasil dari tepekan wayar-wayar tersebut.
Abih buat mende alah tu, doc kasi aku pil.
But, the result still same. Migrain masih wujud dan aku masih berjuang sehingga kini untuk tahan sakit. Urghh!

Aku jugak penah wat brain-scan..kot-kot ade tumor.
Pon tak ingat kat spital mana. haha.
Dah la migrain, banyak makan semut pulakkk tu.

Gini la rupe mesin scan tu.

Takot oiii.
Slowly jek stretcher tu bergerak bawak aku masok dalam space bulatan tu.
Terkebil-kebil bijik mate aku tengok keliling.
Part stretcher tu stop....ahh sudahhh...ape pulak ni.
Rupenye mende alah tu tengah scan otak aku. zzztttttttttttttttttttt.
Sayup-sayup jek aku dengar doc-doc kat situ teriak suh aku bertenang.
Haha..diorang boleh nampak aku gelabah ke weiii kat dalam tu? Kahkah.
Ok..Ok..bertenang...bertenang.
Tah berape lame aku kat dalam tu pon aku tak ingat.
Kuar-kuar jek, aku rase pucat semacam. Takot ngan result.
Tapi, Alhamdulillah..result sangat ok. Takde tumor.
Dan doc sahkan memang aku hidap migrain yang agak terok waktu tu.

Guys, kalau rasa sakit kepala sampai muntah-muntah dan rasa nak hantuk pala kat dinding, means your migrain sangat-sangat perlu diberikan perhatian.
Cara aku..senang je. Basuh kepala ngan air dan terus tido.
In couple hours, its gone. Really.
Waktu tu, segala mala ubat dah tak guna dah.

Sesekali kita kene try cara tradisional pulak.
So, aku jumpa Ustaz Lokman..kat Bukit Antarabangsa.
Kot-kot la kan ade 'pendatang tak diundang' yang menghuni tubuh kite. Sebab tu kita sakit.
Alhamdulillah jugak...takde ape-ape. Maknanye, aku bebas dari sebarang gangguan dan penyakit bahaya seperti tumor. Syukur!
Ok, kasi try sama ini cara. Sama-sama kita cuba.


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)

3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)

4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)

5. Baca Surah An-Nas (1kali)

6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)

7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.  


*for migrainer, kene minum air suam banyak-banyak.
Maybe sebelum ni aku sangat jarang berjinak-jinak sama air suam. Selalu kene bebel ngan husben. Sebab tu migrain slalu hinggap.
Minum pon acah tak acah jek.
Now on aku baru nak start minum air suam banyak-banyak.

InsyaAllah.

Jul 17, 2012

Tak reti bahasa

Sapa pegi keje merempit?
Aku!


Bukan aku la yang rempitkan motor tu.
Op kos la husben i.
Tapi sebagai orang yang duduk di seat belakang, tahap kehanginan idak ler setinggi orang yang pegang handle motor. Hehe.

Penah tengok kejadian seperti ini?

Gambo ihsan dari uncle google.

Sang kereta sedang melalui laluan kecemasan yang selalu digunakan oleh mat-mat motor a.k.a rempit macam kami.
Kami lalu situ untuk keselamatan kami. Tapi u ols lalu situ sebab nak potong keta lain kan? Nak kasi laju. Takmau beratuq panjang-panjang.

Oitt..kerajaan dah buat jalan untuk kereta kat tengah-tengah tu, yang korang gi lalu kat situ lagi pe hal ar??

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...