Oct 20, 2013

Entri anniversary dan official pengumuman tentang ............


Arini 20 Oktober 2013, genap 6 tahun usia perkahwinan aku ngan husben. 
Wahhhhh..kejap je dah 6 tahun.
Tak lama nanti 10 tahun..pastu 20 tahun...InsyaAllah. Semoga kekal hingga bebiler. 
Dannnnnnnnnnn...sempena anni tahun ni, kami dikurniakan satu berita yang sangatlah menggumbirakan which is i'm pregnant my 1st child! Yeay! Alhamdulillah. Now dah 4 bulan lebih. Hopefully selamat hingga ke akhir.
Well..tu jer official announce nak buat. Hihi. 

So, semalam gi selebret makan-makan kat luar. 
Takdela gi hotel ke...tepi pantai kee...atas bumbung ke..heh. Carik western jek kat Kota Damansara. KD is our feveret spot untuk carik tempat makan best. Ni first time nih kitorang gi sini. Ayob's Cafe.
1st trial, tak mengecewakan.


*maap....pic sangat kureng memuaskan. Grrrr!. Nak henpon baru kot. Lalalalalala.

Tempat die sangat unik.
Memang macam terase duduk dalam rumah sendiri. And yess.....memang rumah pon. Diubahsuai jadik kedai makan. Ciap bole bersila sambil tengok tv. 





Tell me sumthing unik pasal meja ni. Tengok betol-betol..hihi.
Korang nampak tak??
Haha. Mesin jahit tuh.

Another deco part dalam kedai tu.
Klasik sangat.
Lain-lain part tak sempat nak snap.
*same jugak....pic tak best*

Tapi menu die same macam kedai western lain.
Macam biasa, aku tak penah ubah selera aku selain fish n chips. Hihi.
Ntah, macam susah je nak makan mende lain.
Tekak ikan.

Starter.
Leh kuis-kuis roti dulu sebelum main dish sampai.
Tapi aku tak makan sebab takot kenyang nak abihkan fish chips nanti. Hihi. 

Aku yang punyaaa...

Lamb chop husben yang punyaaaa...
Yang sorang nih memang tekak khambengggg tak kira la kat mane pon.
Campak je die kat mana, kambeng jugak di cari. ^_^

Overall, bole try lagi next time.
That next time nak duk kat meja mesih jahit tadi tu.

For those yang nak mencuba...leh usha address ni.

AYOB'S Cafe
No. 52, Jalan Nuri 7/22
Seksyen 7, Kota Damansara

Selamat mencuba!
^_^

Sep 23, 2013

DIY: Dobi

Sebab utama kene dobi kat kedai:
1) mesin basuh dah nak weng (brand apa yang baguih ehh? kene beli baru ni)
2) kalau balik kampung/ada event luar, sakit mate tengok berlonggok-longgok baju tak basuh. Takmo basuh 2 kali kat mesin sendiri punye pasal, marilah mendobi di kedai dobi.


Asalnye aku taktau pon kewujudan kedai dobi Papa ni. Pehtu jiran aku duk forward gambo kedai dobi ni. Maka tertarik la juge. Senang keje i. Memang first time ritu ala-ala blur jugak sebab selama ni memang terlampau rajin sangat basuh kat umah. Tu yang sampai mesin dah nak weng tu. Meh nak ajar step by step.



Step 1:

Masukkan je duit kertas dalam lobang yang disediakan untuk ditransfer menjadi coin 50sen baru.



Step 2:
Masuk je coin tu dalam lobang yang disediakan kat mesin basuh tu. Nak basuh dengan air sejok, RM6.50. Nak warm, RM7.50. Nak air panas pon ade, RM8.50. (model: Mr Apai). Tapi tu price untuk 14kg punye. Yang 10kg punye kurang ckit la rege nye yee.


Ni la ghoper baju bajan yang sedang dibasuh dalam mesin. Nampak level baju yang kaler biru tu? Tapi kitorang belasah melangkaui level tu. Punyela melampau kan. ^_^

Step 3:
Punggah lerrr baju-baju korang yang dah siap dibasuh tu.

Yeaa..tu dia Mr Apai sedang men'transfer' baju bajan ke dalam bakul setelah baju siap dibasuh. Aku rilek je duduk kat bangku yang disediakan kat dalam kedai dobi tu. Keje aku dok perati je. Heh. 

Step 4:
Keringkan baju dalam dryer.


Ok. Masuk pula duit ke dalam dryer. Ade jugak customer yang datang bawak baju yang dah siap dibasuh dari rumah, pastu dry kan kat kedai dobi.
Dah masok duit, tunggu la baju bajan tersebut kering. Normally, 25 minit. Nak dekat 1/2 jam hokey. So, melangok je la kat situ sampai sume setel.

Step 5:
Dah cukup masa, sila hangkut baju korang dari dryer ke dalam bakul.

Tadaaaa! Dah setel. Mari pulang!

^_^

Sep 12, 2013

Last punye citer Raya

Ok. Raya dah abih. Tapi nak citer jugak.
Memandangkan blog aku kali ni tak banyak mengisahkan perihal raya, aku nak publish jugak yang ni. 


Last Sabtu, neighborhood aku ade wat makan-makan raya.

Ni memang grand punye event. Cukup 2 tahun, mostly kitorang dah kenal antara satu sama lain. Meriah la cikit kan. Compared sebelum ni kalau ade event macam ni, memasing duk tegor sekali lalu je..sengih-sengih pastu buat hal sendiri.


Every time ade event macam ni, each rumah kena la donate ckit kan kalau nak makan. Kalau tak bayar tapi datang makan melulu, ape kes plak kan?



Jom skodeng hasil donation ^_^



Kambing/ayam bakar, lemang & rendang buatan para suami, grill kentang, tu apa ke nama yang cucuk-cucuk tu ...?

Sate, kuih muih sedap.

Ni antara hasil potluck dari para bini yang sempat di snap.

Tak syiok arr kalau setakat acara makan-makan je. Ye dak?

Acara bakor mercun sambil mentekedarah.


Acara potong kek. Yang baju biru tu, tok ketua kami.
Tak sempat nak merasa kek sebab perot teramat se'eh time tu.
Nak tapau takot tak melahap lak. Bazir je.

Next --> acara karoke. 
Nampak tu...sape yang tengah duk layan jiwang tu? Haa...ciap ade cameraman n video hokeh.
Meh close up jap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

MR HUSBEN.
Kaki die ni. Kaki karoke. Aku? Kaki sorak je.
See? Semangat! Bravolah abe.
Ade yang puji sore die sedap. Haaa..layankan aje.
Dah ade video record tu, leh la anto ke MIG ke...Warner Music ke..KRU pon cara gak. Kalo rejected, kite gi Rabbani.

Some of para-para ibu dan bini.
Aku...cam biasa tukang snap.

Tamat lah sudah kisah raya tahun ni.

Ni aktiviti esoknye:

Semua duk berkumpul tengah-tengah lorong tengok balik video yang dah direkod semalam. Aku tak larat nak layan sampai abih. Kol 11 lebih aku blah. Yang lain-lain masih tegarrrrr menahan mata.

Jumpa raya tahun depan!

^_^

Aug 27, 2013

Iklan: Rumah tepi pantai untuk dijual

Wuhuuu!! Sekadar mengwar-warkan.
Rumah banglo 2 tingkat tepi pantai untuk dijual!
Lot kedua dari pantai ^_^

Lokasi: Balok, Pahang (tepi pantai Balok)
Bilik tidor: 6
Bilik air: 5
Keluasan: 5400 sqft
Jenis: Freehold
Harga: 500k

Pandangan depan. 

Nampak pantai tuh? Bery-bery niceeee haa :p

Pandangan sisi lak.





Untuk keterangan lanjut, u olls bole refer kat sini.
Bole contact/WhatsApp Encik Ahmad Kamil bin Noh (013-9809802)
But he prefers WhatsApp. Will be replied asap!

Aug 16, 2013

Raya 2013

Tahun ni turn raya kat Kelate. 'White Sand' gitu. Sila terjemah sendiri.
Tema raya, dark grey. 
Haruslah bertema. Baru terasa bahang raya. 

Raya di Kelate:


Beli baju siap je. Takde mase nak tempah-tempah. Huhu.
Shawl dari Ruzaini Rozlan. Shawl dia sangat gojes! Kain lembut dan corak die pon sangat cantik.

Pagi-pagi lepas Subuh husben i dah terpacak nak berbbq.
Bab-bab bbq, kasi la kat dia. Kompemmm menjadik. 
Senang i.

Raya di Kuantan - Raya ke3:
Tahun ni tak sempat pon nak amik gmbo raya sesama famili.
Rasenye tahun ni raya paling bizi sekali. Tak kira belah Kelate or Kuantan.

Husben sedang berbbq.
Partner in crime: biras.

Ayam yang dah selamat diperap dengan resipi husben sendiri.
Nyammmm. Mudah keje i.


4 orang belah kanan...adek badek haku.
Aku sulung & paling comey ^_^

Sepupu sepapat..mak pak sedare datang beraya.

Silalah korang bergelimpangan di mana sahaja.


^_^

Aug 15, 2013

Kembalinya seorang sahabat kepada PenciptaNya

Selamat Hari Raya to all bloggers & readers.

Sori u olls...raya ni memang takde masa nak update blog disebabkan kekangan masa, alat meng'update' blog dan line internet yang sangat 'bagus' kat kampung.

Hari ni raya ke-8. Aku baru je masok ofis.
Nanti-nanti aku citer pasal raya yee.
Sebab hati ini masih terasa dengan pemergian seorang sahabat ofis pada raya ke-2 yang lalu. Arwah sangat-sangat dikenali oleh semua staff ofis termasuk di semua cawangan pelusuk negeri.

Tahun ni aku beraya kat Kelate. Kampung husben. 1st raya memang tunggu orang datang rumah. Pendek kate, tak ke mana. 2nd raya baru berjalan ke rumah saudara mara. 

Lebih kurang lepas asar gitu, husben dapat panggilan tentang pemergian arwah yang boleh dikatakan amat rapat dengan dia. He was driving time tu nak gi beraya. Tetibe husben jerit terkejut lalu dengan tak sengaja menyagatkan body kereta kat divider tepi jalan. Agak calar balar juga. Calar kereta takpe...berita pemergian arwah lebih menjadi titik fokus kami. Aku agak terkedu. Husben takleh kate apa. Sebab aku tau, pemergian arwah akan memberi kesan yang mendalam pada semua staff di ofis. 

Yang lebih sebak apabila arwah baru sahaja menimang cahaya mata pertama tak sampai sebulan. Baru few weeks je. Ya Allah. Semoga balu arwah dapat menghadapi ujian dan dugaan ini dengan tabah dan kuat.

Tak boleh nak citer panjang-panjang kat sini sebab takot ade yang menitis nanti. Dan ade juga hati yang perlu dijaga. Bersemadilah dengan tenang wahai sahabat.

Al-Fatihah untuk arwah. (Kalau ade antara rakan-rakan ofis yang membaca entri ini, anda tahu ia didedikasikan untuk siapa)

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...