Aug 26, 2015

Geng Wafa punya besday :)

Million thanks to kak nana atas jemputan. Bukan main meriah majlisnya dengan budak-budak. Kawasan kitorang tu kejiranan baru. So, mostly residentnya muda belia belaka dan anak-anak masih kecik. Masih dalam fasa riuh, kecoh, cengeng..hehheh.

Dalam orang sebuk duk makan dengan tenangnya, aku duk kejor Wafa sana sini. Takleh dibiar budak ni. Tau-tau die daki tangga umah orang tu. Tau-tau ke dapor peginyaaaa. Tau-tau dah kat luar dengan tak berselipar. Kasi can abah Wafa makan dulu. 


Meriah! =)
Tiap ceruk rumah penuh dengan guests.
Atas tangga je takde yang berani. Hehe.



geng mak-mak a.k.a geng gosip rukun tetangga :p

geng bapak-bapak lepak luar

ni jerr sempat snap. overall memang mabelesss. semua sedap. dari sekecik-kecik kuih raya sampai main menu die, nasik + lauk pauk. 

cobaan mencopet smarties.
belon-belon atas tangga tu, dia ni laaa yang cabut. dan banyak juga kepala-kepala dan pipi bebudak kat situ yang jadi mangsa tamparan wanita Wafa. Ahahahaha.

yeay!! besday girl with mommy :)

HAPPY BIRTHDAY, IRIS MARISSA.
Semoga menjadi anak kebanggaan ibu & ayah. Menjadi adik kebanggaan abam. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu. mmuahh ciked ~ untie ja, uncle apai & Wafa.

Aug 19, 2015

Lebih aktif

Abih dah Syawal tahun ni.
Ok, dah boleh pikir tema baju untuk Syawal tahun depan. Muahaha.

Aku dah asingkan baju-baju kecik Wafa yang boleh dipakai dek adik dia. Tak banyak mana pun sebab mostly baju Wafa dulu kaler pink. So, aku ingat nak ambik je baju-baju anak sedara aku yang boy tu. Sambil-sambil tu beli la mana yang berkenan. 

La ni dah masuk 7 bulan.
Masa Wafa dulu, kandungan masuk 5 bulan aku dah ready kan barang-barang. Sebab 1st kan. Gelabah sikit. Cuak pun yer. Sekarang tidak lagi. Ahahaha. Sebab dah tau ape yang perlu dan tak perlu.

Pregnant kali ni lain sikit. Adik Wafa aktif terlebih-lebih. Kuat menendang dan bergerak dan berpusing dan berlari dan menumbuk. Huhu. Awak main bola eh dalam perut ibu? Penangan boy kot ehh...takpelah, asalkan baby sihat dan sempurna. InsyaAllah. Dan Wafa pulakkk makin banyak hal sekarang ni. Amboii..dah tau nak ade adik yerr..

mode: tak sabar nak tengok adik Wafa. Huhuhuu.

Aug 6, 2015

Dah nampak jantina baby

Yeay!!
Dah boleh beli baju, dah boleh pikir nama adik Wafa :)
Doc cakap 99% confirm! Confirm boy. Alhamdulillah. Alhamdulillah. InsyaAllah, doakan yer moga boy sehingga lahirnya ke dunia ini.

Last Monday, 1st time aku gi check up kat ukmsc. This time, decide nak deliver situ pulak. Mase Wafa aritu, deliver kat Tropicana Medical Centre (TMC). Kota Damansara nuu. Dekat sikit lah dengan rumah. Tapi ongkosnyaaaa boleh tepuk dahi. Takpe, kite try gomen pulak. 

Ok, tak sabar kott nak shoping barang baby boy. Now dah 26 minggu. Mana-mana baju Wafa yang unisex dulu, bolehlah dipakaikan kat adik baby pulak. Dulu, 1st baby memang kene beli semua. Kali ni barang-barang lama boleh guna lagi dan still elok.

Next month ade expo baby kat midvalley. Rase nak skodeng jugak lah. Heee.

Doakan saye yer moga selamat semuanya :)




Jul 27, 2015

Wedding @ Cafe Al-Ghufran on 9th Syawal

9 Syawal, Sabtu aritu.
Husben ajak pi wedding member se-MRSM dulu. Lokasi: Cafe Masjid Al-Ghufran, TTDI. Dekat jer dengan rumah. Memandangkan esoknye cuti, aku ok aje. Kitorang gerak lepas Maghrib.

Cafe Masjid Al-Ghufran. Cantik kan? 

Suasana dalam cafe. Tak sempat nak snap meja lauk pauk dan part lain dalam cafe ni sebab duk layan Wafa yang merengekkkkk sebab tak tido siangnya. Foods not bad. 

Unik. Ni plain water. Rugi plak tak bawak lari balik umah aritu. Cantikk laaaa mende alah ni.

Wafa jumpa retis :)
Rykarl ni anak member husben. Lama dah aku tau, tapi ni baru 1st time jumpa face to face. Macam mana korang nampak dia dalam tv, macam tu la kat luar. Petah bercakap! 


Yang depan skali ni...pengantin. Kasual sangat penampilan diorang. So simple. Yang laki tu member husben. Terselit jua Rykarl di situ. Belakang Rykarl tu la ayah dia.

SEMOGA BERBAHAGIA, u olls! :) TAHNIAH.

Jul 22, 2015

Raya ke3 balik Temerloh

Plan nak balik Temerloh kul 9 pagi (kekonon). Pung pang pung pang...kul 10 lebih baru gerak dari Pasir Puteh. Dah lambat kaaannnn...haaaa ngadap la jem! Huihhhh. Patut dari PP ke Temerloh 5 jam je. Ni dah terlebih-lebih sampai 7 jam. Wafa awal-awal masuk kete dah lelap. 

Sampai Temerloh dalam kul 5 lebih gitu. Ehh..ade sedare masa datang beraya lah. Salam-salam terus tuju meja makan! Ahahaha. Lapa punye pasai. Memang tak stop makan kat mana-mana pun. Gara-gara nak kejor masa. Lauk sedap pulak tu. Bertambah-tambah la i makan.

Pagi esoknya (isnin) my mom buat nasi lemak. Sedapnyeeee. Nikmat sungguh. Aritu ramai jugak orang yang beraya. Sedara mara of coz. Petang tu, kitorang plak pegi beraya. Puas duk layan orang kat umah, kita pun nak dilayan juga. Sebelum pegi beraya, acara berposing dulu. Wajib!

my beloved family.
dari kiri (belakang): adik, adik ipar & anak buah, husben, aku, adik & anak buah, adik ipar dan Wafa (tetiba Wafa nak dukung daddy pulak)
dari kiri (depan): adik, my mom & my dad :)

Nak amik gambo ni pun dah huru hara. 

Settle amik gambo, bergerak ke rumah Pakngah. Ramai rupanya sedara mara lain dah sampai kat sana. Menu simple kami Mihun goreng dan nasi impit kuah kacang.

tak semua ada.
amik jer mana yang sempat join. hehe.
cari Wafa. sape jumpa memang terer :p

Next destination rumah arwah nenek. Walopun nenek dah takda, tapi anak-anaknya ada yang jaga rumah tu. Kakak-kakak ayah aku. Memandangkan dah malam, terus je dinner situ. Lauk pulak simple, memang sedaplah makan reramai. Ayam goreng, sup sayur, gulai telor itik dan ikan masin. Nyummmehhh! No more ketupat, lemang and so on. Haha. Tekak kepingin nasik putih dan lauk pauk puler.

Abih dah kot cerita raya aku. Ringkas sangat raya aku tahun ni. Plus aku nak balik KL esok paginye sesudah subuh. Entry balik KL aku ade citer sebelum ni. Boleh scroll balik eh. Kejapppp sangat duk Temerloh. Hukkk. Kbai!

Jul 21, 2015

Keje..keje!!

Okeh....raya ke5 dah ade kat ofis. Kosong lagi ofis ni.
Ade la 3 orang termasuk aku.

Nak buat ape nih?? Huhu. Still raya mood laaa. hukkk. Lagu raya penuh kat radio. Uwaaa. Adik-adik aku semua kat kampung lagi. Diorang cuti for the whole week. Gila syiok!! Aku? Pepagi tadi gerak dari Temerloh ke ofis. Huwahhh..gigih sangat nehh. Alhamdulillah, jalan tak jem. Smooth jer. Sebab? Aku gerak kul 6.20 pagi. Target nak sampai ofis sebelum 8.30. Sampai kul 7.35.  

Wafa aku letak mana?
Hangkuttt sekali ke ofis. Babysitter belom abih bercuti. Nak wat camne. Terpaksa lah. Dia dapat kawan baru. Kakak cleaner. Baikkk je duk sebelah borak-borak walaupun kakak-kakak tu tak paham. 

Zasss masuk citer raya. Tahun ni turn raya kat kelate. Mak mertua aku buat nasi dagang for main menu. Gulai ikan dan ayam for lauk nasi dagang. Lain-lain juadah nasi impit + kuah kacang, lemang, ketupat, rendang dan satay goreng. Aku ni kalau makan nasi dagang, jarang sentuh gulai ayam. Aku prefer gulai ikan. Nyummehh!!

Sori, tahun ni takde pics untuk tatapan sebab aku bizi sangat. Ecewahhh. Btol ye...tak tipu. Ape tak...sebab aku dan mil saje yang ade kat rumah. Mana nak cara dapor, Wafa, preggy lagi. Puasa pulakkk..adeyhh. Tah bila nak snap pic. Sampai satu tahap aku rasa letihhhh yang amat tapi tak sampai hati nak tinggalkan mil kat dapor sensorang. Inikan pulak nak klik klik pegang kamera hp. Ahahaa. Kalau kat rumah sendiri bolehlah buat perangai tu. Wakakaa.

Taktau la kenapa tahun ni macam full sangat sampai tak terambik gambo 1 famili. So, takde la gambo famili besor. Ade gambo kitorang jer lah.

pinky! hihi. (paksa laki pakai pink sebab aku dah berkenan kat jubah pink + ijau tu)
jubah sedondon aku dan Wafa aku beli online kat ig. Pehtu aku matchingkan je tudung aku dengan baju husben. 

outdoor photo-shoot konon-konon. 

aku nih memang sukaaaa la sangat kalau beroutdoor shoot ni. impian nak jadi model, tapi tak cukup ketinggian. so, kite shoot sendiri-sendiri jer lah.

Raya 1 kitorang tunggu orang datang rumah.
Raya 2 kitorang plak gi jalan umah orang. 
Raya 3 pagi dah balik Temerloh. Nanti aku story perihal raya kat temerloh pulak ye. Next entry :)

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...