Jul 13, 2018

Raya 2018

Today is the last day of Syawal.
Baru nak upload gamba raya. Ok lah tuh kan.
Better late than never. Gitewww. Mihihiihihih..
Park je gamba raya 2018 sini, nanti cucu cicit boleh baca dan tengok blog nanny ya.
Ahahaha...

Sesi bergambar dalam rumah dulu pepagi 1 Syawal.

Tahun ni beraya Temerloh dulu belah parents i. Bila turn balik Temerloh, semua adik-beradik balik sini. Kalau kata balik umah mertua, maka semua balik belah sana. Mak i kata, kalau sorang takde, biar semua takde. Mak i yang cakap ya. Hihi. So, kami takde la rasa serba salah sangat. Biar kemeriahan bila semua ada. Gituuu kekdahnya. Tahun ni tahun terakhir adik bongsu aku beraya sebagai bujang trang tang tang. Tahun depan dah kene bergilir ye dik. Jangan gaduh-gaduh ok.

Lepas tu bergambar kat luar rumah pulak.
Nampak Wafa tengah menangis? Sebab?
Sebab dia terjatuh. Lari punya lari, tersembam muka kat bucu pasu.
Beristighfar lah ibu pepagi raya.
Kami 4 beradik saja.
From left: No.2, No.3, aku sulung, si bongsu.

Atuk dan Wanma bersama cucu-cucu.
8 orang. Yang ke-9 is on da wayyyyy. Yeay!


SELAMAT HARI RAYA everyone!

Jun 8, 2018

boy or girl?

Since i dah tau jantina baby ni, kena lah buat persiapan dengan lancarnya. Tapi kasi habis raya dulu la. Pening i nak kene pikir beli baju raya lagi, baju budak-budak, baju bapak budak biar dia yang beli...muahahaha. Pastu pikir nak beli kuih raya laa, baju raya ke2, raya ke3...apa ole-ole nak bawak balik kampung, apa hadiah nak bagi kat mak, berapa duit raya nak bagi anak buah, berapa banyak baju nak sumbat masuk dalam beg, such and such. Haihh serabut.

So, balik je ke KL nanti terus kene pikir barang baby pulak. Lepas abih pikir barang baby, pantang pulak 2 bulan. Lepas tu kene pikir lagi baju untuk kawin adik bongsu i bulan 11 ni. Haruslah melaram sakan sebab last wedding dalam adik-beradik ni. Hehe. Tak abih-abih pikir kan. Uwaaaaa...sempat ke idok ni??


Anyway, this third  pregnancy is completely different than my previous with Wafa & Nuh. Wafa was all western food. Kejap-kejap nak fish n chips la..spageti la..meatball la..mushroom soup la...and so on. Kira dah macam anak mat saleh celup ni. 

Nuh was urmmm....oh yea....i tak suka ayam time ni. Tak suka sayur. Tak suka ape lagi tah, tak ingat dah. 

But this one no specific food yang i kata suka makan atau tak. I ate everything as i remembered. Kira macam main belasah je lah. Semua boleh masuk. Hehe...so u guys rasa baby i boy ke girl? Mehehehe.

Well, i rasa i sama macam mak-mak lain juga. With first pregnancy, it was all being fascinated with baby books, baby's website and all that kinda stuff. Yea..mommies know lah kan. Baby no.2 konon-konon dah terer so takde la buat revision pasal baby. Kehkeh. Lagipun jarak Wafa dan Nuh tak lama sangat. Kira macam fresh lagi aaa. But this third round, hmmmm rasanya macam kene tengok dan baca balik sikit-sikit pasal baby to get some info yang i dah lupa, walaupun beza Nuh dan baby ni pun taklah berapa nak jauh punnnn :) Hihihi.

Selamat berpuasa everyone. 



Bye.


Jun 1, 2018

final trimester

Woww ...it has finally reached my third trimester guys! Dan i dah tau jantina baby. Yeay!

And they say that my belly is like a woman who is 4 months pregnant. Hehe. Well, for a 7 months pregnant lady, berat i hanya 43kg. Ok la kan. Compared sebelum preggy, berat i 40kg. Hehe.
This pregnancy, Alhamdulillah tetap takde alahan. Cuma kerap selsema dan demam. But its okay now. Just..yea you know, always peeing. Tengah-tengah malam lagilah menjadi -jadi simptom ni. Tapi i dah biasa bangun 3-4 kali tetiap malam. Nuh WAJIB bangun nangis-nangis mintak susu. Dah jadi rutin. Mamai mamai i buat susu taw. Dah la kena bangun banyak kali, change his diapers also 3-4 kali jugak sebab lepas tiap kali minom i have to check his diapers and seluar sekali. Boleh kata bocor sokmo. Banyak kencing ini budak. Ni dah puasa pulak. Harap i bertabah lah bangun banyak kali plus bangun sahur selama sebulan ni.
To be HONEST, this final trimester is quite challenging for me. Terlalu menguji kesabaran i especially bila dengan anak-anak. Asyik rasa nak marah kaw-kaw kalau anak buat salah sikit. Lepas tu i kesian. Marah lagi, kesian balik. Cepat-cepat i teringat yang diorang tak selamanya kecik buat perangai gini. Saje la tu nak mintak attention. Nanti dah besar sikit dah tak menagih perhatian kita dah. Time tu baru rasa sebak. *cries a river* So layan je lah sambil bebel-bebel cakap sensorang. Muahaha. 


May Allah ease everything for me and my family till the end of this third pregnancy journey.



Bye.

May 7, 2018

#majorthrowback - my little bro's engagement

My little brother is not so little anymore.

Sudah bertunang. Macam tak percaya lahh. Rasa budak kecik lagi. Hehe. Tapi just nice lah umor dah 27 tahun. 10 tahun beza dengan i. 

Yes, he is the youngest and the ONLY son in the family. Dah la bongsu. Laki pulak tu. Setelah berderet 3 orang kakaksss kat atas. Nasib baik tough. Haha. So, you guys can imagine lah kan how was the preparation for the occasion? Kasi lah can, semua hantaran sponsored by mom and kakaksss. Adik bayar homestay sahaja ok? Mehehehe.

Maka berarak lah kami ke Dungun pada 24 Mac 2018 untuk majlis merisik + tunang ni. Buat 2 majlis sekaligus, senang. Nasib baiklahhh Dungun je dik. Kalau jejauh Sabah Sarawak oversea ka...fenat laaaa hakak nak bawak perut boyot ni ke hulu hilir. 


Homestay kitorang betul-betul depan laut. 
Bukak pintu, terus nampak ayerr...aman damai gitu.
Kampung Sura Tengah rasanya nama tempat ni. 

Rombongan cik Bibah baru nak gerak.
Ok, i tau..i paling sulung dan i lah yang paling pendek. Nampak nauuu katik di situ.

Us
Tak sempat nak snap pic ngan laki memasing. Sampai mak i pun dah lupa ya nak jemput laki dia bergambo sama.

Sengih dik, jangan tak sengih. 
I have to call him 'adik' lagi, coz dah biasa. Sori dik.
Nampak gaya sampai adik kawen la Long panggil u adik. U okay kan dik? Kikikiii...

TAHNIAH for both of you, Rasyid & Ateerah.
Semoga kekal hingga ke jinjang pelamin. InsyaAllah.
Kami doakan yang terbaik untuk adik bongsu kami dan bakal adik ipar kami.
#novemberweddingisonitsway
#bolehmelaramsebabdahtakboyot



Bye.

Apr 27, 2018

Happy Birthday mom & dad


*latest pic of them. Looks good huh.

So mom & dad turn 64 today!
They are not in Malaysia rite now. Kemahennn ...pi dating naaaa. Jauh pulak tu.
Mostly every year, we’d bring them out to celebrate this unique occasion. Why unique? Coz my mom and my dad were born in a same day! Twins! hehe. Cuma my mom lahir pagi. My dad petang.

Tiada lebih yang kami minta, semoga ma & pa dikurniakan kesihatan yang baik dan dipermudahkan semua urusan walau di mana kalian berada. Alhamdulillah, masih bahagia dan sihat tubuh badan :)

So you guys will be home this Monday. Kejap je 2 minggu berlalu.

Hmm..wondering what you brought back for us. Muahahaha...


Bye.

Mar 8, 2018

Wafa dah 4 tahun @ 03/03/2018




OMG!! It has been FOUR years?? Ececece ...buat-buat terkejut ya. 
Yes, tahun ni Wafa request nak kek PONY. Ok la, abah dan ibu tunaikan. Sebab tahun ni baru kenal PONY. Hihihi.

#throwback5daysago aku buat makan-makan sikit sempena birthday Wafa. Tak jemput ramai pun. Mostly family. Lepas tu wasap-wasap 3-4 orang jiran aje. Punyalah excited si Wafa, bangun tido je dah tanya bila nak pakai baju cantik. Jenuh nak cari alasan tak bagi dia pakai baju awai-awai. Dia cakap OK, tapi 5 minit lepas tu tanya lagi bila nak pakai. Pening dah ibu nak cari alasan, lastly ibu buat derk je. Haha. Sibukkan diri nak kemas rumah, deco-deco dan masak (ini tipu) bahahaha.

Macam biasa, i order kek kat #bijul. Sila usha ig dia @reedowen_bijul untuk tempahan :) Cantikk kan kek dia? Dan sedap! Every year, it is a MUST to order a cake with him. Never missed since Wafa 2 tahun. Same with Nuh since dia 2 tahun jugak. Adik i pun dah jadi peng'order' tegar dia. Heheh.

Tu diaaaa....sang pengacau dah tiba. Hahaha.
Kakak nak potong kek, dia sibuk nak cabut patung poney tu. Haih.
Kakak nak tiup lilin, dia pun sibuk ngesot ke tepi kek nak tiup sama.
Tu mulot tengah acah-acah nak tiup gayanya.

Ok tak deco tu? DIY aje.
Tapi i duduk kat tepi je tengok abah wafa pasang semua. LOL.
tepi sikit..
kanan sikit..
senget...eh senget laa...tengah sikit..
haa...jadi mandor kejap.
Beli je semua kat 1 kedai. Sonang citer kan.

Buah-buahan petik je dari laman sendiri. TIPU. Beli kat kedai.
Mihun order. Sedap! Tak tipu!!
Creampuff nutella nyummehhhh!! Order kat ig @moonsweetgarden. 
Sate beli kat Meru. 
Mak i bawak nasik lemak, originally from Temerloh. Heh. Thanks Ma. Sedap sangat sambal ma. Semua orang puji. Diorang kata Ja masak sambal sedap. Bahahaha. tapi lepas tu terus tersedar, ehh bukan i la yang masak.

Happy Birthday, Wafa sayang.
Rupanya lepas majlis habis, Wafa dah request tema kek untuk tahun depan. 

PJ MASKS.

Errkk laa, tahun depan ntah orang ingat lagi ke tak si PJ MASK semua tu.
Adeiii..

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...