Jan 13, 2016

Happy Birthday to me, Sista & Firas!

9 Januari 2016.
Genap umor aku 35 tahun. Alhamdulillah. Pantas benarrrr masa berlalu. 5 tahun lagi genap 40 tahun. Wakakaka..jauh ke depan minah ni memikir. 

5 Januari 2016, birthday adik aku si Imi. Genap umurnya 33 tahun. Dan 7 Januari 2016, genap umur Firas (anak Imi) 2 tahun. Maka, marilah celebrate bersama-sama. Asalnya plan nak sambut birthday Firas. Tapi alang-alang sama bulan kan, sekali jalan. Event dibuat kat umah Imi di Shah Alam.

Birthday boy, Firas bersama-sama bonda, ayah dan Nuha :)

aku la ni yang tudung hitam sambil pangku Nuh. Budak kecik ni kann..memang pantanggg diletak. Nangis terus. Maka ke mana-mana budak kecik ni diusung. Tengok tu, pegang pun nangis lagi. Haha. 

see...orang lain makan, aku still pangku Nuh. Heh. Jomlah layan gambar.




ada spageti, nasik lemak, tart2, pulut, nugget, mihun, ubi, sira keledek, teh tarik, air oren, koktel :)
semua sedap. mavelesss.

Ni semua baby-baby yang berpantang secara berjemaah kat umah mak aku aritu. hihi. cute. semua sebaya. Nuh sorang jee yang nangis. ni letak bawah pun sebab nak bergambo. ok..jom bagi dia senyap.  

sumbat puting. done!

Jan 7, 2016

NW nama si baby boy

Minggu ni masih huru dan hara nak pegi keje sebab si kecik suka bangun pagi-pagi. Mujur bila nak bersiap, dia molek je tido. Kata orang, masih cuba menyesuaikan diri dengan pertambahan ahli baru :) Ngeee...

NUH WAJDI.
Tu nama baby. Wafa & Nuh. Pendek-pendek je bagi nama untuk dipanggil. Senang. Alhamdulillah, dah sepasang. Ni aku selit skit biodata baby. Hihi.
Tarikh lahir: 21/10/2015
Tempat lahir: HUKM, Cheras
Berat: 2.45kg. Kecik dari Wafa. Wafa dulu 2.7kg.
Iras sapa: Bapaknye kot. Heheh. Aku yang mengandungkan, bapak yang dapat nama. Wakakaka. Alhamdulillah, muka sesapa pun...semoga Nuh menjadi anak yang Soleh kelak. InsyaAllah.

Jan 4, 2016

Kembali selepas 2 bulan :)

Hi hi semua.
SELAMAT TAHUN BARU 2016!
Saya kembali ke dunia penulisan.
Pehh..gah sangat bunyinya tu.

4 Januari, hari pertama aku masuk ofis due to maternity leave.
Alhamdulillah, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 21/10/2015 yang lalu. Sehari selepas anniversary kami laki bini. Kakak Wafa dah dapat adik. Yeay! Dah sepasang. Syukur sangat-sangat.

Macam banyak je nak cerita ni.
Nanti k. Ni nak amik semangat bekerja jap.

Adios!

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...