Mar 9, 2016
WW: Wafa dah 2 tahun
Mar 2, 2016
Roti John cheese sekiloooo
Sebelum ni kebab leleh. Ni pasal roti john meleleh lak. Hehe. Tapi nama komersial dia 'roti john cheese sekilo' haaa hamekk...sekilo cheese kau letak.
Asalnya tak plan pun. Tetibe husben menyuarakan hasrat nak pekena roti john lepas balik dari Banting aritu. Viral punya pasal kan. Sekarang ni apa-apa je yang viral, mesti rase nak coba. So, aku call adik aku yang duk Shah Alam nuu cakap nak singgah umah dia. Coz kedai roti john ni sebelah je dengan rumah dia. Tepi Aeon Big. Aku pun apa lagi, hangguk je lah kan, sebab aku sememangnya cheese lover! :p
Maka husben dan birasnya pun pi la beratur kat kedai. Dalam kul 5.30 gitu diorang beratur. Kul bape roti john sampai rumah? 2 jam selepas itu. Pheww! Tepuk dada makkk, nakkkkk.
saje je kasi pic senget-senget :p
bila rotate pic ni..jadi x lawo. so bior je la gitu.
banyak tak cheese pada amatan korang?
setelah dikerat-kerat dan ditransfer ke dalam pinggan.
Bagi aku, rasa dia sama je macam roti john lain tapi cheese memang extra lah.
Nak rasa? Pi lah Shah Alam.
Cari je kedai nasi ayam Tam Seksyen 23, situlah tempatnya. Kbai.
Mar 1, 2016
Jalan-jalan cari Kerepek House
Aku baru tau ade kedai kerepek yang femes kat Banting. Sabtu aritu gi Banting sebab ade wedding. Kalau idak, rasanya memang tak jejak la Banting tu. So, lepas makan-makan lauk kenduri yang marveles itu, kitorang gi cari kedai kerepek. Husben penah datang sini tapi dah lupa jalan.
Last-last jumpa jugak kedai.
KEREPEK HOUSE.
masuk-masuk je, budak kecik tu dah berlari-lari sakan. Haihh.
macam-macam jenis kerepek n keropok!
lupa nak snap hasil tangkapan kami.
haaa...ni kerepek berkilo-kilo.
Self-service :)
memang sesuai untuk peniaga-peniaga tegar.
aritu ramai betol yang menjinjit plastik besor kiri kanan.
Alamat:
LOT 1454, JALAN CEMPEDAK
OFF JALAN BESAR, SUNGAI LANG
KANCHONG DARAT
42700 BANTING
SELANGOR
TEL: 03-31813076
Subscribe to:
Posts (Atom)