Jun 20, 2012

Si bawang

Korang makan bawang??
Aku? Tak makan.
KECUALI bawang tu dah lunyai dalam masakan. Haha.
Tapi husben makan..so semua lauk yang aku masak kene taruk bawang.
Masalahnye aku ade penyakit takleh potong bawang lame-lame.
Cepat jek kuar air mate.
Same la ngan korang kann.
Jangan nak geleng-geleng kapla.

Aku ingat lagik, ade someone bgtau aku...'bile dah besor nanti, ilang la'
Rupenye sampai dah jadik bini orang pon still nangeh-nangeh kat dapor ngadap bawang.
Baru 2-3 bijik, air mata dah start kuar. haha.
Rilek jap...tarik napasssss....hembussss.....potong bawang balik.
Siat 3-4 bijik [kali ni banyak ckit] ...rilek lagi....sampai bile nak abih daa..

Pastu aku terbace satu info ni..
Bawang juga seperti tumbuh-tumbuhan lain, terbina dari sel-sel. Sel-sel itu terbahagi kepada 2 bahagian yang dipisahkan oleh 1 membran. Membran tersebut mengandungi satu enzim yang membantu proses-proses kimia yang terdapat dalam badan anda. Sebahagian lain membran itu mengandungi molekul-molekul yang mengandungi sulfur.Bila anda memotong bawang, kandungan bahagian-bahagian tersebut akan bercampur dan menyebabkan tindak balas kimia. Tindak balas ini menghasilkan molekul-molekul seperti ethylsufine yang boleh membuatkan mata anda berair. 


Korang paham?
Sila explain kat aku.
Espesheli yang kaler kuning tuh.


So, aku try some ways nak prevent mende alah ni melarat.
Patut dari dulu aku kene try sebab nak tau efektif ke tak.
Tapi dah kawen ni baru terkial-kial nak try.
Sebab dulu tak slalu masak. Skang kene masak selalu. Haha.

Ok, mule-mule aku try petua orang-orang evergreen...which is cucok bawang kat ujung pisau. Kunun-kunun aura bawang tak terkeluar kat ujung mata pisau tu.
Tak berjaya.

Then aku try this....rendam bawang sebelum kupas. Rendam ngan kulit2-kulit skali. Pastu amek satu-satu untuk kupas dan potong. Ok, hok nih buleh tahan la. Kurang ckit nangis. Tapi masih ala-ala nak berair gituu. 

Cara ke3 ni aku blom try. 
Simpan bawang dalam fridge selama 1 malam.
Pastu esoknya time nak guna, kuarkan then potong macam biasa.
Orang kate, komfem tak nangis.

Ok, esok nak try.

No comments:

Post a Comment

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...