Feb 21, 2013

JJCM: Megi Ketam Alemy, Pasir Putih

Lama tak update.
Kalau cuti lama dan kesibukan melanda, memang beginilah nasib blog ini.
CNY ari tu, aku ngan husben balik kelate. 8 jam. Standard. Tu pun stop-stop.
Seb baek kitorang balik awal. Sebab the next day jalan sangat jem!! Phewww!
Biasaaaaaaa...olang cina laya...olang melayu balik kampung. Tapi bile olang melayu laya, olang cina takdak pun balik kampung berduyun-duyun. Haha.


Bila dah sampai kelate ni, aku tak melepaskan peluang untuk menjengah megi ketam!

Episod jalan-jalan cari makan kali ni, kitorang akan membawa u ols menjengah kedai Megi Ketam Alemy, Cherang Ruku..


Nyamm...!!
Rupa ketam setelah transform menjadi megi ketam!
Kedai ni guna ketam nipah. 
Isi die best. Nak-nak plak megi ni dicampor dengan udang ^_^
So, sweet-sweet gitu.

Rupa ketam setelah dirabak-rabak oleh aku.
Untuk pengetahuan korang, aku ni memang jenis tak reti nak makan ketam.
So, part-part yang senang je aku kopek-kopek.
Part lain aku tinggalkan kat husben. Haha. Cth: kaki ketam.

Sapa-sapa yang dah agak terliur tu, bolehlah merancang untuk mencari megi ketam dalam masa terdekat!

Feb 4, 2013

JJCM: Burger Bakar Abg Burn, Ampang

Sapa lom rasa beger bakor abang Burn?
Silalah rasa.
Memang lama dah aku dengar pasal abang Burn ni.
Jumaat lepas baru tercapai hajat. Aku gi kat Ampang.
Ni stall beger bakar ke-2 yang aku penah rasa other than beger bakar kaw-kaw Wangsa Maju yang pernah aku citer sebelum ni.


Kalau nak suruh aku vote, aku vote beger bakar abang Burn.

Kenapa?


1) Rasa lebih ummph. Tu pendapat aku la. Lain orang lain citarasa. Cheese!



2) Beratur tak panjang untuk order. Sekejap je beger dah sampai kat meja. Tapi aku tengok orang tak putus-putus jugak. (beger bakar kaw-kaw beratur nak sampai sejam untuk place order. Tu pun kalau nak sampai sejam. Kalau ramai orang, berjam-jam lah gamaknya).



3) Lokasi lebih selesa sebab located kat food court. More privacy. (beger kaw-kaw terpaksa share meja dengan orang lain coz terlalu ramai orang. Pastu kita belum habis makan..orang dah tunggu kat sebelah sebab nak 'chop' tempat tu. So, no privacy nak melahap beger yang besor itu. Terpaksa buat muka cun sambil jilat sos kat tepi roti. Haiskk).



4) Suasana happening. Sebab bukan ade stall beger je kat situ. Ade stall nasi-nasi, western, sate dll. Kalau lepas makan beger tapi tak kenyang lagi, leh order food lain yang ade kat situ :) Boleh tengok ragam orang. huu. (beger bakar kaw-kaw ...ko tengok aku..aku tengok ko. Bila pandang sebelah, orang dah pegang kerusi nak 'chop' tempat. Spoil).



5) Agak clean & tenang coz located jauh dari jalan besar. (beger kaw-kaw located betul-betul tepi jalan..kereta lalu lalang dengan bunyi dan asap yang memberangsangkan).



6) Kemudahan banyak. Ade parking kereta & surau berdekatan. Kalau agak-agak takmo balik umah lagi, korang leh zassss ke cinema yang located beberapa tapak je dari lokasi beger. Heee. (susah nak spot parking kat beger kaw-kaw. Ari tu pegi kene pusing 2-3 kali baru dapat).


Jom lelehkan air liur anda dengan beger bakar 3 hari lepas punye!



Nyammmm...:)
Opp..Oopp...tahan air liur tuh...

# Ok, korang leh refer kat official web abang Burn ni for more details.
Tata. Selamat mencuba!

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...