Jun 28, 2013

Be careful plzzzz

Semalam otw balik ke rumah dari ofis, terserempak dengan eksiden. Lokasi, lepas simpang masok ke Kuang.
Aku tinjaukan kepala nak tengok kejadian sebenar. Ade sorang mamat terbaring tengah jalan. Helmet masih melekat kat kepala.
Tak sure die eksiden dengan apa. 


Bile motor kitorang dah sampai betol-betol depan mamat tu, baru clear.

Hopefully mamat tu ok sehingga ambulans sampai. 

Rase nak kasi nasehat.

Ni nasehat ikhlas dari pembonceng rempit (aku la tuuu):

  • jangan bawak laju kat selekoh sebab kite taktau apa yang menanti kat depan..gituuuuu.
  • jangan bawak laju time jalan licin dek ujan. No no no!
  • make sure semua lampu motor dalam keadaan sihat walafiat especially merempit waktu malam.
  • kalau lampu tak ok/tak sempat repair/tunggu gaji baru nak gi wokshop, maka pakailah jaket yang kaler ijau striking tu untuk rider yang selalu balik malam.
  • JANGAN main henfon! No sms. No pikap call. No call out. Yang ni selalu aku nampak. Tau-tau je, motor brader depan terhuyung-hayang. Ingatkan tayar problem ke hape. Rupenye khusyuk texting msg! Kalau lu nak eksiden, eksiden sorang-sorang. Jangan libatkan wa.
Sekian.

Jun 20, 2013

Iklan: Siapa nak sewa rumah?

Untuk yang sedang mencarik-carik rumah sewa area Shah Alam, ni offer baek punya untuk u olls.







Pangsapuri di Bukit Bandaraya, Shah Alam.
Dekat-dekat ngan Bukit Cerakah dah.
Harga: RM1100 (nego).
Keluasan: 950 sqft.
Kemudahan seperti yang tertera dalam gambar sahaja.
So, kalau berkenan bolehlah hubungi Cik Afida (012-3851858) untuk keterangan lanjut ya.
Nampak tu....CIK lagi ok. Sambil-sambil carik rumah boleh lah carik jodoh. Hewhew...! 

Rumah cantik. Kawasan pon baru. 

Jun 14, 2013

Kurus tapi gemuk

Kalau aku gi timbang berat, semua tak caya berat aku 40kg je. Max 41.5kg. 
Nak-nak plak bile pegi klinik or hospital. 'ringannyaaaa!' Sengih je laa.
Ade sekali tu aku gi klinik mana tah tak ingat. 'Puan, ringan betol ni. Tak makan ke? Kalau macam ni, bukan timbang berat namanya tapi timbang ringan' sengih lagi. Ibu jari ni rase kebasssss je nak tonyoh kat mulut nurse tu. 

Orang kate, aku nih gemuk kat dalam. Berisiko gemuk dengan cepat sebab lemak-lemak sekalian berkumpul dalam badan. Tunggu masa je. Bile kita rasa kite susah nak gemuk, maka kite makan selagi bole. Normally, spesis macam aku ni suka makan secara bedal je like unhealthy food yang berlemak dan high glucose. Sebab kite rase kite ni takkan gemuk sampai bila-bila.

Logically, kite nampak orang kurus lebih sihat sebab pergerakan diorang lebih aktif. Betol tak? Macam aku, tengok macam sihattt je. Loncat sana loncat sini. Hyper semacam je hari-hari. Tapi korang tau takkkkk tahap kolestrol aku LEBIH TINGGI berbanding husben! Bukan tinggi sikit tapi tinggi banyak. Husben nampak jeeee maaaacam gemuk tapi kolestrol die rendah tau. Hehh.


Actually, aku makan banyak. Pagi makan nasik. Lunch of kosss makan nasik jugak. Malam? Kadang-kadang makan nasik. Tapi tetapppp makan. So, aku memenuhi ruang setiap waktu makan. Walaupun begitu, aku underweight. 


Ini adelah health status aku yang latest dated 12/06/13.
Sila lihat BMI aku. Jauh lagi nak cecah normal.
Tapi aku rasa ni disebabkan oleh baka. Keturunan.
Tak caya? Ni bukti.

Aku kiri sekali. Paling kecik dan comel walopun aku sulung (biasanye memang macam tu. Yang sulung akan ketinggalan dari segi ketinggian). Yang pempuan kat belakang semua adik aku.
Yang duk depan adik laki dan parents aku.
So, what say u olls? Aku bakal gemuk atau takkan gemuk disebabkan baka?
^_^

Jun 11, 2013

Bruxism

Pebende laaaaaa tajuk post hari nih.
Haa..ni nak habaq mai. Tu istilah saintifik. Istilah tradisionalnya tabiat mengetap gigi waktu tidur. 
Malam tadi tidorku terganggu dek bruxism seseorang. 
Seseorang tu sapa? Komfem korang sume tau. Hahaha! Amat menjengkelkan pabila tengah sedap-sedap tido, ade bunyik gigi plakkk. Tak seram. Tapi spoil.

Memang dah lama aku nak cari pasal si bruxism nih.
Ni antara info yang aku dapat.

Bruxism - Pergeseran tanpa kawalan samada geseran ke depan dan belakang atau ke kiri dan ke kanan. Normally dak bruxism ni datang ngan ketapan. Ketakkk...ketakkk..ketakkkk....gitula lebey kurang bunyi die. Macam kunyah something. Rasa macam nak katup je mulut die malam tadi. haha. Tapi disebabkan mengantok mengatasi segalanya, maka aku sound lembut je (lembut ke?). Aku sergah kang, takot ade yang berkawad atas katil. Individu yang ade simpton gini dipanggil bruxers. Tak pasal-pasal la husben ade gelaran baru. Helo Mr Bruxers!

Lagiii...kunyahan si bruxers nih boleh mencecah 6 kali ganda lebih dari kekuatan kunyahan biasa. omg!! It can happen dalam 40 minit start dari 1 jam pertama waktu tidor. 40 minit?? Pengsan! Kalau aku tak sound tuh, memang genap-genap 40 minit laa? You stole my bedtime, bebeh! 

Kesan buruk kepada si bruxers:
1) Dalam jangka panjang, gigi menjadi haus atau sumbing. Sebab gigi pecah di bahagian hujung
2) Sakit kat bahagian rahang
3) Sakit kepala yang teruk

Camna nak atasi bruxism:
Takdek rawatan khusus tapi mende alah ni boleh dikawal. Takpela, asalkan bole kawal kira jadi la. Antara pengawalan tersebut:
1) Menguruskan tekanan perasaan. Rupenye antara faktor terjadinya bruxism disebabkan stress. (hohh...stress rupenye husben i ni..)
2) Kurangkan pengambilan minuman berkafein (hah!! Sahh! Pengambilan kafein adelah faktor utama husben i)
3) Mandi air suam
4) Minum susu suam
5) Regangkan otot sebelum tidor
6) Pakai mouthguard seperti yang dipakai dek pemain-pemain sukan lasak tu. Leh kurangkan kesan bruxism.
Besides, the best treatment is jumpa doctor la. Diorang lebey arif ape punca dalaman gigi dan mulut kita.

Ni haa mouthguard.


            






Berapa haa harga mende alah ni?

Korang leh cekidaut kat sini untuk info lanjut.

Jun 10, 2013

JJCM: Ramal Food Junction, Bangi

Aku bet ramai yang dah pegi sini.
Tapi buat yang tak penah pegi, i bring to youuuuuu....the Ramal Food Junction! Ni style stall-stall. So, banyak choice. Aku pun 1st time gi sini. Manusia?? MasyaAllah ramainyaaaa. Orang ciap tunggu turn nak duduk. 


Ni Sabtu lepas punye kejadian. Parents aku datang so kitorang decide nak gi sini for dinner. Ok tak ok, jom kite usha.




Nampak? See? 
Tu ade abang baju putih yang pegang anak kecik baju merah duk tunggu turn meja. 

Yang baju itam tangan duk masok poket tu, adik ipar aku.
Tengah bratuq sate Willy. Orang kate sedap! Dah masok jjcm tv3. Waaaaaajib rasa. 

Sate Willy.
Nampak menarik kan? Harussss..sebab rasanya pon menarik.

Mee udengggg.
Yang ni sedap! Slurrpp!

Char kuew teow kerang? Hmmm...
Hmmm...hmmm...hmmmm.
Agak kurang.
Ok, satu lagi menu tak sempat nak snap. Beger Abang Burn (laagiii??)
Tapi beger sini memang TAK BOLEH LAWAN yang jajahan Ampang punye.
So far aku penah rasa 3 beger jajahan Abang Burn -- Ampang, Seksyen 13 Shah Alam & Ramal Food Junction. Ampang still the best! Sory Abang Burn, yang Ramal punye jajahan agak kureng. Tatau la kenapa.

Ok, sekian jjcm kali ni. Bye Ramal.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...