Aug 28, 2012

'Dengan basikal aku menjelajah'

Ape kaitan tajok di atas dengan diriku?
Jom gi sini.
Adore his stories very muchhh! 
When i read them....feeling like BESTNYE!!!!!!!
By the time aku duk layan citer die, aku rase macam aku ade same dalam journey die...scweettt* toinggg!

Kalau korang nak tau nape aku adore sangat kat link tu...korang usha link tu okkk.
Sangat berbaloi membacenye.
Citer die sangat best and all the pics sangatlah gojes! 
Dan paling hebakkk, sume gmbo tu die snap sendirik.

Link tu introduced by one of my opismate.
So, thanks to him.
Now, almost everyday aku jenguk link die kot-kot ade latest entry.
Kalau tak sempat bace, aku tengok gambo je dulu. Huehue.

Go Hariz.
Bring Malaysia to the top!

Aug 17, 2012

Projek kuih

Pagi-pagi dah berkampung kat dapor sama my mom.

Act, stok kueh dah ade. Mak aku dah wat.
Tapi saje je nak tambah sebab kalo ade lebey, leh tapau bawak balik ke KL.
Macam taun lepas, bli kueh punye la banyakkkk sampai leh repeat taun ni. 
So, taun ni aku maleh nak bli daa. 
Sekali upenye incik hubby dah borong berbalang-balang. Aku dah ciap susun kat ujung kabinet sebelum balek Kuantan ari tu.
Die ni memang, kalau die rase die teringin..die bli jek. 

Arini wat kueh yang paling simple, paling sedap, paling senang, paling cool dan paling layannn :)


ececece..nak jugak kene nampak tangan tu kaaaann. haha.


Sarang semut ciap!


Cornflakes madu ciap!

Mak aku wat kek kukus horlick. Sedap!
1st time buat...1st time rase. Not bad.
Sok projek dendeng lak! Tak sabarrr.

Mode: tengah tunggu Shahzad balik ni.

-----------------------------------------------------------------------------------
...Malam ni trawekh terakhir...
 “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawikh sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.”

Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah S.A.W mengerjakan sembahyang tarawikh di masjid, kemudian ramai sahabat yang mengikutinya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Esok paginya Rasulullah berkata kepada mereka: “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

Aug 16, 2012

Maaf Zahir & Batin

Aku rase arini jalan dah start jem.
Petang kang lepas opis hour, aku direct trus balik Kuantan.
Ni kat opis aku ni dah tinggal bape kerat jek.
Esok lagi laaaa...komfem sape-sape yang dok kat opis sok memang dah takdek feel nak ngadap files, papers...


Kosong...kosong....kosong....

Buat member-member yang jaga opis esok, aku ucapkan Selamat Hari Raya.
Maap Zahir Batin kat korang sume.

 

*Aku tak sure sempat ke tak aku apdet blog time raya neh.
Have a safe journey okk.
Jangan lupe bace doa naik kenderaan.

Aug 13, 2012

JJCM: Gulam Mee, Kota Damansara

Kalau makan kul 1 pagi, tu kira supper ke sahur eh? Aku rase supper la kot.
Semalam, baekkk punya hubby ajak aku gi supper kat Gulam Mee.



Joe pon ade. Our opismate. So, kitorang bertige je.

Terkebil-kebil mate aku sambil angguk pala.
Ikot kangg, aku yang ngantok.
Tak ikot kangggg, takot Mr Apai bawak kete sambil tido.
So, better ikot. Kalu ngantok, aku landing je atas meje.

Sampai-sampai sane, Joe dah ciap-ciap order kue-tiow sup.
Husben order nasik sama sup. [ewaah wah wah..tadi dah makan nasik, ni makan nasik lagikkkk...]
Aku order megi sama teh ais je.
Borak borak punye borak, tak sedor hokeh dah kul 3 ari ahad.
Eh..aku tak ngantok plak.
Maunye takk...sambil irup teh ais...sambil nengok skrin tibi besor.
Skrin betoi-betoi depan muke.


Aku nak recommend Gulam Mee kat korang.

Sila order sup sebab sup die sangat power lagi kaw-kaw!
Kat sini, die buat style stall-stall.

Ni la supnye.
Ni sup camporrr hubby
Marveles!


Ok, selain sup yang power, mi goreng mamak sama char kue teow pon power! Aku dah penah try. Sebab tu aku cakap power.

Sumber asli dari Gulam Mee, meh aku listkan menu die:
  • mi goreng/mi kuah/mi kari/mi rojak/mi udang/mi bandung/mi sup          
  • pasemborrrrr
  • sup ayam/sup daging/sup perut
  • sup tulang (set)/sup ayam (set)/sup daging (set)/sup perut (set) - yang set ni, ade nasik, sup, telor dadar dan sambal. Leh gak nak request sambal lebey.
  • bihun sup/bihun sup tulang/bihun sup camporrr
  • laksa
  • char kue teow
  • kue teow goreng/kue teow sup/kue teow sup tulang/kue teow sup campor
  • nasi goreng biasa/nasi goreng ayam/nasi goreng udang/nasi goreng daging/nasi goreng cina/nasi goreng kampung
  • nasi ayam
  • nasi lemak biasa/nasi lemak ayam berempah
Drinks? Macam-macam ado.Korang order je, insyaAllah ade.
Untuk menyenangkan korang, aku bagi alamat skali:


B13A-G, Bistari De'Kota

Jalan Teknologi 3/9
Kota Damansara
47810 PJ, Selangor.

Klu: Kota Damansara
Kalau tak jumpe Gulam Mee, leh la gune talian hayat tanye orang tepi jalan.
Kompem diorang tau.


Pegi tau ...

Aug 10, 2012

Olimpik 2012

Dalam kemeriahan olimpik 2012 di mana rakyat jelata Malaysia duk tunggu-tunggu pingat emas dari Chong Wei, pingat perak yang diperolehi. 
Acara badminton je yang dicanang-canang boleh bawak pulang pingat emas. Aku rasa CW tertekan kat situ dah.
Mane takkk..sume harapan kat bahu die sorang.
'i stress ok...sebab nak dapatkan emas untuk Mesia' -- ok...aku reka je ^_^


Tapi yang aku tak paham, CW dah main habis-habisan dahhhh...ade lagi orang kutok die main tak best.

Korang nak best mcm mana lagi?
Cer korang yang kutok tu main lak. Tengok skitttt...


Biler Azizulhasni kecundang time final [tahniahhh..ke-6 terbaik dunia!], rakyat jelata tak berapa taruh harapan kat atlit lain. 

Tak siapa kecoh yang Pandelela masih berpeluang merebut pingat.
Mungkin bukan sandaran..tapi anything can happen di saat-saat akhir. Kan??

Pandalela Rinong Sumbang Gangsa Buat Negara

Tahniah Pandelela! You are top 3 in 10m platform.
To Malaysian athletes, salute u ols!
C u on 2016 Olympic yea [agak-agak CW larat lagi tak nak kejar shuttle-kok?]

Aug 9, 2012

Tabiat

Tadi time rest kol 1.30 aku pi jalan-jalan ngan member opis.
Tau je la...pempuan kannn. Kalu tak posa berjalan. Posa pon berjalan gak.
Nak-nak plak opis aku nunnnnnn dekat sunggoh ngan jalan TAR.
[Panehnyeee arini]

Tengah syiokk menapak, bedebuppppppp!
Seketul box jatoh dari langit btol-btol sebelah kitorang.
Ni manusia mana yang main campak-campak box dari atas neh???

Kat situ ade flat. Tinggi bertingkat-tingkat.
Rupa flat tu dah macam nak kene roboh pon ade. So, aku bajet ni mesti mat-mat bangla main lempar-lempar. Cian bangla slalu jadi mangsa gosip.
Maybe niatnye nak campak box tu dalam tempat sampah yang kaler ijau tu.
Tapi tersasarrrrr..lalu bedebukkk sebelah kitorang.
Mujur box kosong.
Kalau berisi dan tertepek atas kepala kitorang??
Mahal harga kepala ni brooo.

Memang dah jadi tabiat orang sini...nak bende mudah jek.
Buang sampah, main campak-campak.
Nak parking, main masuk asal muat. Tak kiranya tu parking untuk orang kurang mampu ke hape. 
Nak kejar mase, main langgar traffic lite. Kalau eksiden, tuju kat orang lain yang tak bersalah. Tak malu.
Ok. Cukuplah contoh-contoh di atas.

Idop Malaysia! 

JJCM Ramadhan -- 3 in 1 post

1) Last Khamis aku, husben dan member-member opis gi bukak posa kat Royale Chulan Hotel.
Ni 1st buffet aku dalam Ramadhan ni.
Food die ok. Not bad. Ade kambengg golekkk feveret husben.
Aku tak hambek nasik. Kalo hamek, cepat kenyang. 
Kalo dah kenyang, takleh makan yang lain. Rogiiiii...
Aku hambek selain nasik...like pizza, satay, roti john, lauk pauk dan lain-lain.
Tu pon dah macam nak pecah perot. Kalau aku hambek nasik?!


Time ni dah kol 7. Orang berpusu-pusu menyerbu.


Ni suapan pertama aku hambek. Pumpkin soup. Sedap!

Teh tarik best!

Ni aku paling suka! Pais jenahak. Nyamm!



*gmbo tak berapa nak best. Huhu.

2) Esoknye, aku ngan husben balik kelate. Aku suke kelik kelate time bulan posa, sebab food die sangat heaven. Ari tu bukak posa kat umah je.
The next day husben ngan adek-badek die plan bukak posa kat luar. Kitorang gi Sri Chiangmai Restaurant, Kota Bharu.
Oh oh ..sini best! Not buffet style. Dia dah siap hidang kat meje memasing. So, diorang bajet lauk ikot berapa orang 1 meje & menu atas pilihan sendiri.
*Recommended!

1 meje, 7 laukssss. 

Tomyam ala Chiang Mai.

Ayam masak lemonnnnn. Heaven!

Siakap!

Daging black-pepper

Butter prawn

Lagi 2 lauksss tak sempat nak snap.
Kerabu mangga sama sotong goreng telor masin.

3) Last buffet aku pegi setakat ni is Ciken Hartz, Sunway. Ni aku pegi ngan husben mase balik ke KL dari kelate kelmarin. Penat nak masak, so...trus zassss ke sane. Booking seat dolu, then jalan-jalan. 


Around 7.15, q for food. Mak aihhh..panjang pulakkkk.






Boleh tahan laaaa foods die.
Cume spagheti die tawar ckit. Takdok berase sangat.
Disebabkan aku hamek banyak, kene la abihkan. Sebab sayang pulakkk nak tinggai macam tu aje. Bazir.
Sape-sapa yang suke ciken, memang disarankan gi sini. Kalau tamau gi kfc, gi sini je. Makan je la banyak mane pon ayam yang korang suke. Hiihi.

Aug 1, 2012

Dapat dah S3

Wargghhhhhhh! Tak aci...tak aci.
Aku yang mengidam S3, husben yang rembat dulu.
Ni kalau aku preggy ni, memang aku cekau dah.
Dapat tumpang pon jadi lerr.


Last week aku dan husben sangat gigih menapak ke Celcom roadshow kat Low Yat untuk dapatkan Samsung S3 dengan harga promosi serendah M888!! Sempena pelancaran Celcom-Samsung Galaxy S3 katenyee. Wow! 

Terkesima japp. 
Sapa nak kasi harge serendah tu oihh?! Tq Celcom!
So, hanye 10 orang lucky customer jek will be able to walk away with S3 dengan harge segilerrr ini! Hahh..Bape banyak tanda seruan aku daaa. Wow!! Silalah leleh ye sume. Haha.

Mamat mc petang tu.
Event start kol 3 ptg.

Crowd yang sedang ternanti-nanti event.
Tu baru depan aku.
Belakang aku, full. Tinggal tak snap jek lagi.

Derang kasik 2 tasks to solve.
1st task, promoter suh log-in pebenda tah.
Aku tak fokus sangat sebab suare orang sebelah aku lagi kuat bertempikan dari mamat yang pegang mic tu.
Hubby gagal di situ. 5 winners already in list for the 1st task.
2nd task lak die suh snap gambo customer sama banner yang ade written 'celcom' kat belakang. Ape lagi, aku la tukang yang hamek gambonye.
Dengan berkat kelembutan tangan aku menyenap gambo, Mr Apai berjaya sampai ke garisan penamat dengan jayanya. Hehe.
Alhamdulillah! 
Aku macam nak terloncat kegumbiraan, mujur cepat sedar yang aku masih dikhalayak ramai.

Mr Apai sedang meng'submit' task nye kepada penganjur.
Tengok tu...punye la berderettt.
Ciap ade yang angkat-angkat tangan.
Incik, ni bukan main cekgu-cekgu yee.
Seronok btoi aku nengok orang berebut-rebut. Hihi.
Ape lagi...snap!

Akhirnya Samsung S3 menjadi milik Mr Apai dengan gahnya.

Officially owned by Mr hubby!
Tahniah banggg.
Isi borang, jangan tak isi. Kang melepasss.
Jangan lupa kasi bini abang ni pinjam.

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...