Nov 13, 2013

Baby, syok ke tendang-tendang tu?

Memandangkan ni kehamilan aku yang pertama, aku memang tak tahu menahu cemana rase baby tendang dalam perot. 
Best ke? Sakit ke? Geli ke?
Seawal minggu ke-17 cenggitu aku dah start rasa sumthing.
Tapi aku tak terpikir langsung itu reaksi baby.
So, ignore jek.
Takde pon rase teruja ke hape ke.

On week 20th, gi wat check up.
Tengah-tengah scan tu, doctor tanye 'haa..baby tendang ye?'
Aku macam blurrrr. Baby tendang??
'Ohhhhhh......gitu ke baby tendang?? Memang macam tu la yang selama ni aku rasa' dalam ati je. 
Aku pun hangguk bile doc cakap gitu. Bajet macam dah tau sangat. Haha. Sebab macam dah tak terkata apa.
Ok..time tuh baru rasa gumbira bila dapat rasa macam orang lain rasa. 

Now dah masuk 22 minggu lebih kurang.
Petang dan malam memang aktif duk menendang dan meregang je kejenye.
Dalam kes tendang menendang ni, takde jumlah tertentu yang perlu dirasa. Meh baca ni:

Anda mungkin tidak dinasihatkan supaya menyimpan rekod jumlah atau carta tendangan seperti yang pernah diamalkan sebelum ini. Carta seperti ini tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mempunyai masalah ataupun tidak. Mudah untuk anda terlupa untuk mengisinya. Akibatnya, ia memberi keputusan yang tidak tepat dan membuatkan anda bimbang tanpa sebab. Sebaliknya anda digalakkan memahami corak pergerakan bayi semasa anda jaga. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga yang berlainan, lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, hubungilah doktor anda dengan segera. Sumber: babycenter.

Kesimpulannya, teruskan memantau pergerakan baby dan cepat-cepat jumpa doc kalau tetibe rasa pergerakan baby berbeza daripada biasa.

^_^

1 comment:

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...