Arghh..arini hari ke-6 aku batuk-batuk.
Gatai tekak dan sore serak.
Tak larat maakkk.
Last Friday, kazen aku nikah kat Sabak.
Tapi aku tak join sebab keje. Aku join malam je, time majlis berinai.
Gerak pas maghrib dari Sg. Buloh dan sampai kat umah pengantin pempuan lebey kurang kul 9.30.
Fuhh...challenging gila sebab sepanjang jalan tu ujan lebat yang amat!
Jalan pon golap lak tu. Bahaya gila.
Walopun bukan aku yang drive, tapi sebagai co-pilot aku kene alert gak. Kang tak pasai-pasai masuk parit.
Orait, kitorang sampai ngam-ngam time orang tengah tahlil.
Takpe, tak payah masuk dalam. Kite tetamu, duk kat khemah luar jek. Heh.
Senang nak cedok makanan biler tahlil dah setel. Haha.
Dah abih tahlil, makan...amek-amek gamba lak.
Lepas amek-amek gamba, majlis berinai take turn.
Totally it was my 1st time experience with majlis berinai ni. Seronok tengok!
Alhamdulillah akhirnya majlis selesai dengan jayanya.
Balik homestay yang namenye memang best ~Hay Resort, rilek-rilek jap pastu tido.
Esok paginya, we ols breakfast kat bilik Pak Long & Mak Long (parents pengantin). Tq pengantin sebab belanje nasik lemak yang sangat sodap! Slurrrpppp!
Kol 12 kitorang cek-out untuk berarak lak.
Selamat Pengantin Baru, kazen!
Sampai umah pengantin pempuan, terus makan dengan lahapnye sebab lapo. Hewhewhew.
Abih makan, solat zohor dulu, then baru chow ke Sg Buloh.
Aku recommend korang stay kat Hay Resort ni if-if korang rase blur nak stay mane time ade kenduri kendara kat Sabak or area seumpamanya, korang leh la melencong ke sini ^_^
Ok, masuk-masuk je, trus hall 1.
Belok kanan, hall 2.
(Jerit-jerit sebab ade 2 halls. Haha)
Ni bilik satu katil besorrrr.
Ni plak bilik 1 katil besor..1 katil kecik.
Overall ade 4 bilik kalau korang request untuk famili.
Kalau bukan untuk famili, akan jadik 1 hall dan 2 bilik saje. Coz owner akan close pintu yang kat tengah-tengah tu.
Ok, SETIAP BILIK ade ni...TV, BILIK AIR, ALMARI, MEJA SOLEK & ECON!
Juga disediakan tuala & sejadah.
Sangat ok kann.
View dari depan.
Almost lengkap!
Cume dapor je takde. Tapi bukannya nak masak-masak sangat kan. Kalau setakat nak rebus megi tu, korang leh mintak air panas yang ade kat cafe homestay ni kot.
Actually, this is Resort which i prefer to call it homestay sebab die memang best sebagai homestay.
Setakat nak tido je kan, ape de masalah.
Tata Sabak!