Showing posts with label hari raya 2015. Show all posts
Showing posts with label hari raya 2015. Show all posts

Jul 22, 2015

Raya ke3 balik Temerloh

Plan nak balik Temerloh kul 9 pagi (kekonon). Pung pang pung pang...kul 10 lebih baru gerak dari Pasir Puteh. Dah lambat kaaannnn...haaaa ngadap la jem! Huihhhh. Patut dari PP ke Temerloh 5 jam je. Ni dah terlebih-lebih sampai 7 jam. Wafa awal-awal masuk kete dah lelap. 

Sampai Temerloh dalam kul 5 lebih gitu. Ehh..ade sedare masa datang beraya lah. Salam-salam terus tuju meja makan! Ahahaha. Lapa punye pasai. Memang tak stop makan kat mana-mana pun. Gara-gara nak kejor masa. Lauk sedap pulak tu. Bertambah-tambah la i makan.

Pagi esoknya (isnin) my mom buat nasi lemak. Sedapnyeeee. Nikmat sungguh. Aritu ramai jugak orang yang beraya. Sedara mara of coz. Petang tu, kitorang plak pegi beraya. Puas duk layan orang kat umah, kita pun nak dilayan juga. Sebelum pegi beraya, acara berposing dulu. Wajib!

my beloved family.
dari kiri (belakang): adik, adik ipar & anak buah, husben, aku, adik & anak buah, adik ipar dan Wafa (tetiba Wafa nak dukung daddy pulak)
dari kiri (depan): adik, my mom & my dad :)

Nak amik gambo ni pun dah huru hara. 

Settle amik gambo, bergerak ke rumah Pakngah. Ramai rupanya sedara mara lain dah sampai kat sana. Menu simple kami Mihun goreng dan nasi impit kuah kacang.

tak semua ada.
amik jer mana yang sempat join. hehe.
cari Wafa. sape jumpa memang terer :p

Next destination rumah arwah nenek. Walopun nenek dah takda, tapi anak-anaknya ada yang jaga rumah tu. Kakak-kakak ayah aku. Memandangkan dah malam, terus je dinner situ. Lauk pulak simple, memang sedaplah makan reramai. Ayam goreng, sup sayur, gulai telor itik dan ikan masin. Nyummmehhh! No more ketupat, lemang and so on. Haha. Tekak kepingin nasik putih dan lauk pauk puler.

Abih dah kot cerita raya aku. Ringkas sangat raya aku tahun ni. Plus aku nak balik KL esok paginye sesudah subuh. Entry balik KL aku ade citer sebelum ni. Boleh scroll balik eh. Kejapppp sangat duk Temerloh. Hukkk. Kbai!

Jul 21, 2015

Keje..keje!!

Okeh....raya ke5 dah ade kat ofis. Kosong lagi ofis ni.
Ade la 3 orang termasuk aku.

Nak buat ape nih?? Huhu. Still raya mood laaa. hukkk. Lagu raya penuh kat radio. Uwaaa. Adik-adik aku semua kat kampung lagi. Diorang cuti for the whole week. Gila syiok!! Aku? Pepagi tadi gerak dari Temerloh ke ofis. Huwahhh..gigih sangat nehh. Alhamdulillah, jalan tak jem. Smooth jer. Sebab? Aku gerak kul 6.20 pagi. Target nak sampai ofis sebelum 8.30. Sampai kul 7.35.  

Wafa aku letak mana?
Hangkuttt sekali ke ofis. Babysitter belom abih bercuti. Nak wat camne. Terpaksa lah. Dia dapat kawan baru. Kakak cleaner. Baikkk je duk sebelah borak-borak walaupun kakak-kakak tu tak paham. 

Zasss masuk citer raya. Tahun ni turn raya kat kelate. Mak mertua aku buat nasi dagang for main menu. Gulai ikan dan ayam for lauk nasi dagang. Lain-lain juadah nasi impit + kuah kacang, lemang, ketupat, rendang dan satay goreng. Aku ni kalau makan nasi dagang, jarang sentuh gulai ayam. Aku prefer gulai ikan. Nyummehh!!

Sori, tahun ni takde pics untuk tatapan sebab aku bizi sangat. Ecewahhh. Btol ye...tak tipu. Ape tak...sebab aku dan mil saje yang ade kat rumah. Mana nak cara dapor, Wafa, preggy lagi. Puasa pulakkk..adeyhh. Tah bila nak snap pic. Sampai satu tahap aku rasa letihhhh yang amat tapi tak sampai hati nak tinggalkan mil kat dapor sensorang. Inikan pulak nak klik klik pegang kamera hp. Ahahaa. Kalau kat rumah sendiri bolehlah buat perangai tu. Wakakaa.

Taktau la kenapa tahun ni macam full sangat sampai tak terambik gambo 1 famili. So, takde la gambo famili besor. Ade gambo kitorang jer lah.

pinky! hihi. (paksa laki pakai pink sebab aku dah berkenan kat jubah pink + ijau tu)
jubah sedondon aku dan Wafa aku beli online kat ig. Pehtu aku matchingkan je tudung aku dengan baju husben. 

outdoor photo-shoot konon-konon. 

aku nih memang sukaaaa la sangat kalau beroutdoor shoot ni. impian nak jadi model, tapi tak cukup ketinggian. so, kite shoot sendiri-sendiri jer lah.

Raya 1 kitorang tunggu orang datang rumah.
Raya 2 kitorang plak gi jalan umah orang. 
Raya 3 pagi dah balik Temerloh. Nanti aku story perihal raya kat temerloh pulak ye. Next entry :)

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...