Dec 5, 2013

Kuantan banjir teruk!

Ya, sangat teruk.

Tapi Alhamdulillah umah parents aku tak seteruk macam sesetengah tempat lain yang terpaksa berpindah. Kesian sangat bila dengar citer ade mangsa banjir yang tak cukup makan, tak cukup tido dek ade anak kecik dan terganggu segala emosi sebab terpaksa stay di bawah satu bumbung. Bersabarlah.

Pakcik dan makcik aku adelah antara mangsa banjir. Bukan je tahun ni, tapi tiap-tiap tahun kalau banjir berlaku. One of the worse place hit by flood which is Sg. Isap, antara perumahan yang berada di lingkungan kawasan rendah.

Bila amaran dikeluarkan untuk berpindah, pakcik makcik aku tak sempat nak kemas apa-apa dan hanya sehelai sepinggang ke rumah parents aku. Sedih sangat! Biarlah. Barang-barang rumah boleh dicari lagi kalau rosak. Janji pakcik makcik aku selamat dan ok. Kucing-kucing comellll diorang pun tertinggal kat sane. Ape laaaa naseb kucing-kucing tu. isk isk!

 Pic atas ni adelah kawasan umah pakcik makcik aku kat Sg. Isap nuu.
Boleh nampak umah die dari atas ni.


Semoga Allah melindungi mereka semua.

Nov 21, 2013

Arghhh cramp!

Malam tadi cramp lagi.
Sakit...tapi aku takde la teriak duk panggil husben.
Kesian pulak kat die tengah baeekk punya layan mimpi kan. Kesian ke?? Wakaka. Sebenarnye malas nak kejut die.
Dalam sakit-sakit tu, aku cuba luruskan kaki sendiri. Pastu duk eksesais tapak kaki sendiri jugak.
Alas kaki dengan bantal, kasi tinggi sikit untuk lancarkan peredaran darah.
Memang lepas tu akan ok. Sebab it will takes few minutes je. Tapi bangun pagi nanti sisa-sisa sakit tu terasa lagi. Nak buat macam mana kan.
Normal untuk kami-kami yang pregnant ni.
Kekadang sampai balik ofis pon terasa lagi. Tahan jer la sampai hilang. Sambil tu jeling-jeling laa laki kat sebelah dengan harapan die urut betis kite ^_^

Kebiasaannya, cramp ni berlaku kat betis. Tak pernah la pulak aku cramp kat peha atau lutut. Heh. Taktau la pulak kalau ade yang penah rase kan.
Tapi memang sangat-sangat spoil ooooo tetibe terjaga dari tido pehtu rase bisa kat betis. 

Meh kak ton nak bagi tips yang simple untuk elakkan cramp. Hewhew. Semoga bermanfaat.
  • minom air masak banyak-banyak di siang hari (sejak peknan, aku banyak minom air. Tapi sejak peknen larr.....siyes! Sebelum tu...?! Errrr....)
  • pakai stokin dan seluar panjang time tido (dah start pakai stokin sejak 1st serangan cramp aritu. Pheww..)
  • elakkan duduk dengan kaki bersilang dalam jangka waktu yang lama (huk alohhh...ni antare kerjaan feveret aku kat opis nih...)
  • mandi dengan air suam sebelum masok tido
Mane input yang aku dapat, aku amalkan jek. Korang leh la gugel pasal kekurangan nutrien, kalsium dan potasium bagai ni.

Yang aku tau melalui pengalaman dan pembacaan tertentu, cramp ni berlaku dek keletihan otot. For example, pregnant ladies alami cramp sebab die menampung kandungan yang sarat. Same goes to yang kuat bersukan dan berlari, memang akan selalu cramp sebab otot kaki sokmo letih. (...patutlaaa dulu aku selalu cramp. Dulu taktau pun kenapa. Nak gugel pon tak reti)

*penah skali aku cramp time swimming. Ecewahh..term tak leh blah. Puittttt. Padahal selam, angkat pala, selam, angkat pala je.

Nov 18, 2013

Event: Bowling 2013

Semalam ofis aku ade buat tournament boling.
Lokasi: Wangsa Walk, Wangsa Maju.
Tahun ni aku jadik tukang sokong je arrr. Nak mampusssss main boling ngan perot memboyot ini? *mari sokong Mr Apai ^_^

Oleh kerna tak dapat main, eloklah kiranye kite berposing dulu dengan piala pusingan neh sebelum staff datang berduyun-duyun.

Eh ehh...macam tak memboyot haje?
Mana perot tak nampak? ngeee..

Husben selaku pengarah event ni harussslaahhh tersangat bizi dan nampak bizi.
Memang dari stat planning mende alah ni..hidop die sangat tak tenteram lagi tenang mahupun kat umah. Grrrr!



Woot woot...! Ade org beli kasut baru semata-mata nak main boling ni!
Sukatiiiii..janji kluor duit dari poket die sendiri.

Event start dengan ucapan, doa & tayangan video tribute to Arwah Syah. Aku ade publish entri pasal arwah ni sebelum ni. Even piala boling tahun ni pon dinamakan sempena nama arwah sebab arwah adelah di antara orang yang paling banyak menabur jasa dalam kebanyakan event sukan di ofis termasok boling.

Perasmian dek pengerusi jawatankuasa kelab sukan

Antara staff-staff yang hadir memeriahkan acara tahunan ni termasok staff dari cawangan utara, timur dan selatan! Bravo guys.

Video tribute to arwah Syah :(

Ok, tutup citer sedey.
Lepas tayangan video, baru acara start.
15 minit untuk panaskan badan kat lane memasing.
Abih 15 minit, baru acara betol-betol start. Mula-mula jer derang ni sorak bagai nak rak. Hewhew.
Masok frame ke2 dan ke3, suare ke mane...sorak tah mane. Haha.
Pastu riuh balik tang nak akhir frame ke3. 
Overall, event sangat lancar. Alhamdulillah, takde sebarang kesulitan atau masalah lane yang kritikal time acara berlangsung. Good job husben and the committees^_^

Lebey kurang dalam kul 2 gitu kot baru habih.
Husben aku tengok dah tak keruan nak main. Mane nak main, mane nak pantau event ok ke takk...kejap-kejap jenguk ke meja pendaftaran. Ok, tak menang tak pe bang. U did a very wonderful and great job! 
'wahai kasut baru...dikau tolong menangkan husben i next time okkkk'


Piala pusingan. Nampak tak replika boling yang comel-comel itu?

Comel kann?? ^_^
Hitam itu menawan.

Risau gakkk kot-kot event semalam habih lambat sebab arini keje.
Biasenye event gini dibuat ari Sabtu.
Tapi dek kerna jadual wangsa walk ni tersangatlah full nye ngan tournaments lain, maka semalam je yang free sehingga ujung tahun. Lagi satu reason kenapa kelab sukan pilih wangsa walk sebab event ni tak pernah lagi dibuat kat sini. 
Overall, event tamat jam 3 lebeh cenggitu.

Acara penutup
Sume muke cam puas ati. Rite guys? ^_^

Juara bertahan!
Tak pernah goyah walau ade muka-muka baru. Wahh gituuu.
Tunggu ye...tunggu aku main tahun depan. Hahaha. *tak payah nak bajet terer sangat okk* :p

Komiti-komiti yang terlibat.
Syabas!
Jumpa di kejohanan boling tahun depan :)

Nov 13, 2013

Baby, syok ke tendang-tendang tu?

Memandangkan ni kehamilan aku yang pertama, aku memang tak tahu menahu cemana rase baby tendang dalam perot. 
Best ke? Sakit ke? Geli ke?
Seawal minggu ke-17 cenggitu aku dah start rasa sumthing.
Tapi aku tak terpikir langsung itu reaksi baby.
So, ignore jek.
Takde pon rase teruja ke hape ke.

On week 20th, gi wat check up.
Tengah-tengah scan tu, doctor tanye 'haa..baby tendang ye?'
Aku macam blurrrr. Baby tendang??
'Ohhhhhh......gitu ke baby tendang?? Memang macam tu la yang selama ni aku rasa' dalam ati je. 
Aku pun hangguk bile doc cakap gitu. Bajet macam dah tau sangat. Haha. Sebab macam dah tak terkata apa.
Ok..time tuh baru rasa gumbira bila dapat rasa macam orang lain rasa. 

Now dah masuk 22 minggu lebih kurang.
Petang dan malam memang aktif duk menendang dan meregang je kejenye.
Dalam kes tendang menendang ni, takde jumlah tertentu yang perlu dirasa. Meh baca ni:

Anda mungkin tidak dinasihatkan supaya menyimpan rekod jumlah atau carta tendangan seperti yang pernah diamalkan sebelum ini. Carta seperti ini tidak dapat memberitahu dengan tepat samada bayi anda mempunyai masalah ataupun tidak. Mudah untuk anda terlupa untuk mengisinya. Akibatnya, ia memberi keputusan yang tidak tepat dan membuatkan anda bimbang tanpa sebab. Sebaliknya anda digalakkan memahami corak pergerakan bayi semasa anda jaga. Semakin lanjut kehamilan anda, semakin mudah untuk anda mengenal pasti corak pergerakan bayi. Setiap bayi mempunyai corak tidur dan jaga yang berlainan, lambat laun anda dapat mengenal pasti apa yang normal bagi bayi anda. Jika anda mengesan sebarang ketaknormalan pada coraknya, hubungilah doktor anda dengan segera. Sumber: babycenter.

Kesimpulannya, teruskan memantau pergerakan baby dan cepat-cepat jumpa doc kalau tetibe rasa pergerakan baby berbeza daripada biasa.

^_^

Nov 11, 2013

Birthday Party kecik-kecik je

Sabtu lepas Yuda buat birthday party untuk Shahzad.
Just untuk family dan kawan rapat die je.
So, party start kul 3 petang cenggitu.
Dari kul 11 aku dah terpacak kat umah die sebab nak tolong prepare food dan arrange ape yang patut.
Semua home-made. 1 je tempah. Karipap makcik yang sodap.



Yeay..ni peneman mama ja kat dapur.
Alolololo. 
'tdoo lagi baekk...'

Oleh kerna majlis start kol 3, maka kite buat tema heavy hi-tea.
Karipap tu laaa yang sedap! Isi banyak. Besar pulak tu. 
Makcik tak kedekut.

Garlic bread, mushroom soup & sosej roll adelah hasil tangan aku.
Sosej roll tu tak cunnnn sebab guna roti murah. Haha. Roti die pecah-pecah bile nak gulung tu.
So, lepas ni kite guna gardenia ajer lah. Kalo tuk makan sendiri-sendiri, bole la kot guna roti 1.70 sen tu.

Macam simple jee...macam niceee jee...^_^



Ada nampak itu huruf 'a' sudah tunggang langgang?
Yaa...itu koje Shahzad.



Taktau ape motif Shahzad malu-malu pastu menyorok belakang mummy die.
Camera shy maybe?? Oh oh. Camna nak jadi model cilik ni Shahzad? 

Sampai maghrib still ade tetamu. 
Lepas tu, tinggal kami-kami je family member. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Shahzad, mama ja pospon hadiah ye. Hihi.

Amvoii...amvoii...penat layan tetamu ye memasing.


Food banyak lagi sebab ramai jugak yang tak jadi datang last-last minit walopun awalnye dah konfem. Ade hal maybe.
So, bole la i tapau bawak balik umah. Yehaa!!

HAPPY BIRTHDAY DEAR SHAHZAD!
Moga menjadi anak yang Soleh dan berbakti kepada keluarga.
I love u.

Nov 6, 2013

Anniversary ke34 + birthday ke2

Hepi Anni to my parents yang ke34!
Hepi birthday to my mucuk-mucuk Shahzad yang ke2!
Same date on 04/11/2013.


Tahun ni punye celebration buat makan-makan kat umah je.

So, we ols decided nak celebrate kat umah baru adik aku si Imi. Haruslaaahhh kite selerakkan malah menyepahkan rumah baru kan. Haha.
No beli-beli. Sume home-made. 
Mak Pak duk tengok tv yeee. Biar anak-anak pempuan yang masak. 
Kahkah...bukan senang nak tengok sume 3 orang anak pempuan ni sekaligus duk kat dapor. 
Rasenye kalau mak aku sorang masak untuk 1 famili pon tak kecoh. Ni 3 orang skali duk dalam dapor macam nak wat kenduri. Haruuuu. Wakaka.
Agak surprise la jugak bile mak aku tatau yang kitorang nak masak. Spesel tau Ma :) Nampak sangat 3-3 jarang masok dapor sekali bile balik kampung. Agagagaga.

Hasil kecoh mengkecoh kat dapor.
Haaa..nampak macam diorang kelahapan kan. Maknenye, sedap la tu.
Menu: kerabu kaki ayam, daging kunyit, sotong kari, bawal 3 rase, telor bungkus, ikan kerisi goreng, sayur campor, terung masak cili & keropok ikan. Actually, keropok ikan tu aku tatau la nama sebenarnye die apo. Die macam ikan masin tapi tak masin. Asalnye dari Sarawak tu.

Mari potong kek!!
Muke Shahzad sangat girang. Nampak? Nampak?
Love u olsss!! ~ ^_^

Geram seyhh tengok mulot die.
'ini kekkk aku yang punyaaaaa'

Jom jilat pisau kek.
Pehhh. Pantas tauu.
Tak nyempat-nyempat nak hulur sudu.
Abih potong terus jilat. Aduhh nak oiii...ini perangai komfem ikot mummy ko.

Tak sempat nak warning kakak kedai kek, die dah tulih dulu.
Kan dah tak muat nak tulih 'happy birthday'.

Oct 31, 2013

Shahzad & little Shariff

Now anak buah aku dah menginjak ke 2 orang. Hoh menginjak gitu.
Word millennium sangaattt.
Pastu nanti kuar lagi sorang bulan 1..then turn aku pulak. So far 3 boys termasok yang bulan 1 tu nanti. Aku je scan-scan lom nampak lagi.
Esok check-up. Hopefully dah bole tau gender ^_^


Balik raya Haji ari tu, dapat la jumpa budak 2 orang ni kat Kuantan sebab adik aku still berpantang kat sane. Tahun ni semua balik Kuantan so, meriah la. 

Ari tu aku dah janji nak expose gamba baby baru in the family kaaan.
*tp entri pasal baby tu dah terdelete. Cemana tah leh jadi gitu aku pon taktau. sob sob*


Ni baby besaqqq. Shahzad.
Rupa abang-abang sangat tau. Haha.
Kepada sapa-sapa yang nak jadikan budak ini model cilik, sila kontek saye. ngehngeh!

Izz Shariff yang bambam.

Pic latest yang adik aku si Yuda anta.
Miss them oredi.

Shahzad dah geng ngan Acu die.
Balik ari tu, tak berenggang langsung dari Acu. Berkepittttt manjang.
Daddy mummy Atok Wan Ma sume tak pandang dah. Acu juge dicarik.


Sebelum balik Raya Haji ari tu, aku ade tempah surprise gifts untuk budak 2 orang tu.
So, gifts tu sampai ngam-ngam sehari sebelum Raye Haji. Isnin.
Thanks to lime like shop yang provide the pillows.
Sangat puas hati.


Kat kedai online tu, kite boleh request nak design, color dan font macam mana. Sebut je, diorang akan buat ikot sebijik-sebijik macam apa yang kite nak. Kalau takde idea, dia akan bagi some examples untuk kita refer. 
Untuk dak 2 orang tu, aku buat simple je. Takde la nampak serabut sangat. Korang nak tulis nama suami/tunang/boifren korang kat situ pon boley. 
Kut berkenan, bole la korang jenguk link yang aku bagi tu yek.

Chow ^_^

Oct 25, 2013

JJCM: Restoren Two One Grill, Kuang

Jjcm kali ni nak bawak korang sume tinjau restoren western kat Kuang. 
Tetibe TERjumpa pulak western kat sini. Hihi.
Apelagi...try! ^_^
Aku ngan husben kan memang suka mencoba-coba ni.
Tak coba, tak tau. Kalu tak tau, takleh nak war-warkan.
Ni kejadian malam tadi.


Kedai die ala-ala Ayob's cafe. Suram-suram romantik gituu.

Kalau lalu tepi restoren ni, memang tak cam sangat sebab die macam terlindung ckit. Kene jegilkan mata nak tengok mane lokasi die.
Tapi siyes, aku tertarik sungguh ngan deco restoren ni. 

Ni aku snap time duduk.
Sebab dah sedap duduk. Hihh!
Kami amik sudut meja ala-ala jopun tuh haa....yang bersila kat bawah.
Last-last husben mengeluh sebab kaki kebas.
Hohh...lenkali kite makan kat meja biasa jek. Toksah gatai-gatai nak duk meje ala-ala jopun lak.


Ni pun aku snap time duduk gak. Haha.
Punye la malasss nak bangun.

Name je kedai western/grill.
Tapi ade menu lain tau.
Oleh kerna aku puase semalam, maka aku amik set ikan bakar.
Set die ade nasi + ikan kembung/pari/sutung + sayur kailan + air sirap. RM8. Not bad huh.
Aku pilih kembung. Hoyehh..kailan die sodap.

Ye, ni hakmilik aku.
Sume sedap. Ikan sedap. Kailan sodap.

Mix grill hakmilik husben.
Macam biaseeeeeee....sebab ade khambenggg la die pilih menu ni.
Kalau takdek menu ni, komfem-komfem die pilih Nasi Lamb. Khambengggg jugakkk.
Aku kate sedap. Husben kate Ok. 


Kami jugak pilih mushroom soup + garlic bread & ciken wing.
Ciken wing goreng tepung hokey. 
Garlic bread die sedap. Aku tak sempat nak tanye ape isi dalam bread tu selain garlic.
Kalau aku tanye, agak-agak diorang nak bagitau ke? heh.

Kalau korang taknak menu-menu utama, korang leh pilih menu nih haa.
Pon boleyyy ^_^ Nyam-nyamm-nyamm.

Ade sudut bacaan sementara korang bosan tunggu food sampai.
Siap ade bangku ngadap akuarium.
Santai sangat.

Sampai kat kaunter nak bayar, kakak cashier cakap:
'kalau adik nak datang lagi, booking dulu pon takpe. Sebab sekarang ni ramai orang datang. Cepat je full'
'Kenapa ramai kak?'
'Sebab baru masuk jjcm tv3 dik. Tuh haa' (sambil tunjuk souvenir jjcm tv3)
JJCM dated 13.06.2013. Baru lagi.

Lorhhh...tidak ku perasan.
Memang tepat betol pilihan dinner semalam. Hihhhhh.

Mau coba?
Sila ke sini:


Tu ade alamat dan no fon sekali hokey.
Kalau nak datang dalam masa terdekat, better call dulu kot.
Sebab tengah 'hot' skang kan.

Chow ^_^

Oct 20, 2013

Entri anniversary dan official pengumuman tentang ............


Arini 20 Oktober 2013, genap 6 tahun usia perkahwinan aku ngan husben. 
Wahhhhh..kejap je dah 6 tahun.
Tak lama nanti 10 tahun..pastu 20 tahun...InsyaAllah. Semoga kekal hingga bebiler. 
Dannnnnnnnnnn...sempena anni tahun ni, kami dikurniakan satu berita yang sangatlah menggumbirakan which is i'm pregnant my 1st child! Yeay! Alhamdulillah. Now dah 4 bulan lebih. Hopefully selamat hingga ke akhir.
Well..tu jer official announce nak buat. Hihi. 

So, semalam gi selebret makan-makan kat luar. 
Takdela gi hotel ke...tepi pantai kee...atas bumbung ke..heh. Carik western jek kat Kota Damansara. KD is our feveret spot untuk carik tempat makan best. Ni first time nih kitorang gi sini. Ayob's Cafe.
1st trial, tak mengecewakan.


*maap....pic sangat kureng memuaskan. Grrrr!. Nak henpon baru kot. Lalalalalala.

Tempat die sangat unik.
Memang macam terase duduk dalam rumah sendiri. And yess.....memang rumah pon. Diubahsuai jadik kedai makan. Ciap bole bersila sambil tengok tv. 





Tell me sumthing unik pasal meja ni. Tengok betol-betol..hihi.
Korang nampak tak??
Haha. Mesin jahit tuh.

Another deco part dalam kedai tu.
Klasik sangat.
Lain-lain part tak sempat nak snap.
*same jugak....pic tak best*

Tapi menu die same macam kedai western lain.
Macam biasa, aku tak penah ubah selera aku selain fish n chips. Hihi.
Ntah, macam susah je nak makan mende lain.
Tekak ikan.

Starter.
Leh kuis-kuis roti dulu sebelum main dish sampai.
Tapi aku tak makan sebab takot kenyang nak abihkan fish chips nanti. Hihi. 

Aku yang punyaaa...

Lamb chop husben yang punyaaaa...
Yang sorang nih memang tekak khambengggg tak kira la kat mane pon.
Campak je die kat mana, kambeng jugak di cari. ^_^

Overall, bole try lagi next time.
That next time nak duk kat meja mesih jahit tadi tu.

For those yang nak mencuba...leh usha address ni.

AYOB'S Cafe
No. 52, Jalan Nuri 7/22
Seksyen 7, Kota Damansara

Selamat mencuba!
^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...