Dec 9, 2014

Nenek Ka kawen! :)

3 minggu lepas je baru aku tau yang makcik aku sorang ni nak kawen.
Amvoiii sangat. Senyap senyap je.
Act, she's my mom's kazen. Pangkat makcik la kan.
So, last Sunday majlisnya. Kat Temerloh.
Die buat kecik-kecik jer. Just family members and best frens.
We ols semua balik nak meraikan sebab rasenya ni laaaaa last makcik yang belom kawen. 
Dapat plak suami omputih. Lagi aku harus balik. Ngahahaha.


akad nikah kol 10.
'aku terima nikahnya' heee.
lepas je lafaz tu, semua orang tepuk tangan. haha. 
sekali lafaz. Good Safwan. Good :)
So, lepas ni my child kene panggil u Tok Wan la kan.

congrats Fika. Dia tak bagi aku panggil die 'makcik'.
Vogue sangat la tu?? Haha.
tapi die suh our child panggil die as 'Nek Ka'.
terus hilang diva kauuuu :)



Lauk-lauk kampung. 
Kuih-kuih kampung.
Jangan taktau, si Safwan ni makan jering. Aww.

Me & Wafa.
Time ni dah hilang segala headband, stokin bagai.
Panas oiii.

Aunt Fika, semoga berbahagia.
CONGRATS!



Nov 4, 2014

Mission Possible: pokok tin

Sekarang ni mak aku tengah excited duk carik anak pokok Tin.
Die nak tanam kat laman rumah Temerloh nuu. Pastu bile dah expert pasal pokok tin ni, die kate nak bisnes. 

Aku baru tau kat Malaysia ni rupanya banyak orang jual pokok tin. Ladang tin pon ado. Punye lah jauh mak aku carik sampai Bangi nuu...alih-alih kat Sg buloh pon ade. Dekat pulak tu ngan umah aku.
So, Sabtu lepas kitorang gi cari ladang tin tu. Husben tak ikot sebab die ade futsal. Takmau duk umah sensorang, makanya aku hangkut Wafa gi tengok ladang tin skali. Mak aku ni, die punye madness terhadap pokok memang tahap takleh dihalang dah. Menjadi je kalau die tanam pokok. Kalau aku? Ngeee...

Sampai je kat ladang tu, terserlah sungguh kegumbiraan mak aku.
First time aku tengok pokok tin.

ooo...macam ni ghupenye pokok tin :)


tengok..tengok...punye semangat mak aku. 
tangan tu takleh duk diam. Tengok ayah aku, cool as usual. hahaha.
yang baju cekelat tu lah owner ladang ni. 

wafa cayangg....janganlah dok korek brooch ibu tuuu.
tu..tengok tuu...poookokk tiinnnnn.

hasil.
barisan belakang, dalam kotak dan dalam polybag adelah pokok tin.
yg dalam plastik putih dan kuning pokok bunga.
keesokannya, parents aku balik Temerloh dengan hasil yang memberangsangkan.

^_^


Oct 29, 2014

Entry santai

Wafa dah nak masuk 8 bulan next week. Wee.
Sungguh pantas masa berlalu. *cliche sangat.

5 bulan - meniarap.
6 bulan - menarik / mengesot :)
7 bulan - dah nampak putih-putih kat gusi. Gigi lah kann!!
7 bulan - duk ngangkat montot. nak merangkak le tuuuu.
8 bulan - ???

Sronok sungguh tengok anak membesar depan mata dengan skill-skill diorang. Cuma sekarang ni Wafa sokmo benorrr bangun 1/3 pagi. Aiyaa.
Kekadang bangun main kol 1-3 pagi. 
Kekadang kol 4-5 pagi.
Ade 1 ari tu, dak kecik ni bangun ajak main kol 3 pagi, straight terus sampai kol 6 pagi. Ape cer?? Ahaha. Alahhhaaii. Trus laaa bersiap nak pi koje. 
Rilekkkk je main sensorang. Kalau aku terlelap, tau tau dah jauh peginye.

Setakat hari ni, aku tak risau langsung kat babysitter yang jaga Wafa.
Aku tengok famili diorang pon sayangkan Wafa sampai anak babysitter boleh tanya aku kalau boleh die nak amik Wafa terus. Ahaha. 
Mane boleh...Wafa anak auntie. Ngeee.
Maunye tak, ibunya jaga Wafa dari umor 3 bulan. Mau tak sayang dok? Alhamdulillah, moga mereka menjaga Wafa dengan baik sampai Wafa dah tak stay sana dah. 

Haihh...banyak benor draf post yang aku tak publish.
Nak publish rase macam dah basi.
Tak publish, rase sayang je waktu dan tenaga aku duk taip memanjang.
Delete jer lah. Heh.

Ok. Dah delete.
Takde la rasa sakit ati sangat duk tengok unpublished posts tu. Hewhew. 

Selamat Hari Rabu u olls :)

Oct 21, 2014

Lost World & Konvo

Hi. Lame tak berblog.
Jom sambung. Huhu.

Semalam anniversary aku & incik husben!
Tahun ni punye anniversary sangat sangat bermakna sebab ada Wafa. Anniversary ke 7 dan Wafa 7 bulan ini bulan! :)
Love you both!
Tq Allah.

.................................................................................................................

Kelmarin adik bongsu aku konvo.
So, kami satu famili wat rombongan cik bibah (sempena nama mak aku) ke UTP Seri Iskandar. 
Dalam kul 10.30 pagi ari Jumaat, aku gerak dari Sg.Buloh. Dalam kol 12.30 gitu kot sampai Tambun. Check in dulu kat Hotel Lost World.
Sementara ayah aku dan Mr Apai pi solat Jumaat.. aku ngan mak aku duk rilek kat dalam bilik. Orang yang berkonvo dah gerak sehari sebelum sebab nak amik jubah.


hotel die ok.
servis pon ok. fridge je takde.
ape de hal..bukan nak guna sangat pon fridge tu.

Sementara nak tunggu adik-adik aku yang lain sampai, kitorang usha keliling dulu. Mujur Wafa tak buat hal sangat. Die rengek time nak tido je. 

hye lost world! here we are! :)
empty. orang tak ramai lagi. ari pon redup.
abih usha keliling, pi jenjalan kat ipoh sat. 
taktau arr ape yang best kat sini. last-last pekena teh tarik jer. 
jadi la...nak buang masa je. ahahaha. 

Nak dekat maghrib baru adik-adik bertuah ku sampai.
Program malam start kul 8.30. Ade fire show kat hot spring & spa.
Sampai je sana, show pon dah nak abih.
Tengok je la ape yang sempat. 

fire show.
ni je sempat snap sambil dukung Wafa. 
kat atas anjung nuuu ade orang main muzik sambil joget-joget.
time ni la Wafa tido sambil nanges nanges. fuuuuuu.

Esoknye lepas breakfast, dalam kul 11.30 gitu...acara utama bermula. Hehe. Mandi manda!
Mak aihhhhhh...ghamaiii sungguh manusia. Ok, aku dah expect. Panaihhh pulak tu. Masuk-masuk je, terus carik port. Adeyyyy. Full oiii. Dengan family day nya...rombongan skolah...rombongan tadika pon ado?? Advance btoi tadika sekarang.
Dah takdek port sangat kann, port dalam air pon jadi ler.


nice jugekk dalam air ni. sojukkk jer.
tu ghope Wafa baru bangun tido. 
sedor-sedor je gelabah tengok orang ramai sangat.
'aku kat mana ni?' hakhakkk. Kesian dak kecik.

dalam pic ni tak nampak full.
tapi realitinyeee...padat sangat oii oii.

Al-kisahhhhhhhh...tak lame lepas tu, hujannn pulokkkk.
Tak sempat nak tengok menatang yang ada kat situ. 
Tak sempat nak skodeng jauh-jauh.
Mencicit sume larik cari tempat berteduh. Heh.
Elok lahh...aku pon dah fenattt. Lapo plak tu. Baik pi makan.

Esoknya pagi-pagi lagi adik aku dah ke UTP. 
Mak ayah aku pon gerak pagi sebab nak kene masuk dewan.
Kami kami yang tak kene masuk dewan ni, kul 12 baru gerak. Hihi.

congrats si bongsu yang galah!! :)
op kos aku si sulung yang comey. Heh.
see..memasing duk hangkut 'handbag'

abih dah anak-anak ma & pa yang study.
taktau la kot ade yang nak sambung study plak lepas ni.
tu lain citer.
kbai. jom balik.
^_^

Aug 15, 2014

Raya 2014 - Raya kedua

Hoihhh....disebabkan kebizian raya pertama, raya ke2 baru berkesempatan nak bersalaman sesama famili. 
Mak aku cakap, next raya sebelum pi solat...wajib bersalaman dulu. Kalau tak, jadi macam raya pertama. Apepun tak sempat.
Pengalaman mendewasakan kate orang. Hihi.


mom & dad. so sweet!
raya ke2, maka kami bersalaman takde baju raya. 
spoil sungguh. 

us....the siblings
tema baju: suka-suka hati.
ehh..raya pertama aku paling comei. raya ke2 pon sama.
Ahahaha. 

mom, dad & the menantusssss
^_^

Raya ke2 mak pak semua dah tema suka-suka hati.
Tapi anak-anak tetap sedondon.
Shahzad takmo pakai same. Katenya dah besor. Nak pilih baju sendiri. 
From left: Shahzad, Firas, Shariff & Wafa.

so comelsss!

Wafa buat ape tuuuuuu haa???


nilaikan.
tafsirkan.
bincangkan.
ok baii ..!!

Aug 14, 2014

Raya 2014 - Raya pertama

Syukurr Alhamdulillah, tahun ni dapat merayakan Aidilfitri pertama dengan Wafa walopun baju raya Wafa ntah ke mana peginya. Uhuk!!

Lepas jer solat raya, berduyun-duyun orang datang beraya kat umah. Ni 1st time beraya kat Temerloh, jadinye tak dapat bajet kuantiti orang yang beraya sebab beraya kat kampung ni lain cikit. Dulu kat Kuantan sedara mare sahabat handai terdekat je yang datang. Kali ni, plus orang kampung. Resident baru lah katekan. Hihi. Rase macam baru balik dari oversea lagaknya. Huahua.

Pagi raya, my mom buat nasi tomato dan laksa penang.
Tahun ni, sume anak pempuan my mom duk pegang henbeg (baby). So, tak bole nak hulur tangan sangat. Tolong mana yang mampu je. Cian my mom. Anak-anak plak asik nak menempek kat kite. Kekadang kalau pass ke dedi memasing, merengek. Camno? 

Lebih kurang dalam kul 10 gitu, kitorang lari jap pi studio photoshoot.
Cam lipas kudung gayanya sebab mak aku cakap, ade orang masjid nak datang umah tapi taktau kul bape. Ape lagiii...dah macam kartun sumenya sebab nak cepat. Ahahaha.


Hasil photoshoot.

Pic ni baru siap beberapa ari yang lepas.
Lambat gila. Ayah aku cakap, next raya pi kedai lain.


Shahzad tu dah macam anak aku. Hehe.
Bila tanya, nak duduk mana?
'nak duduk sebelah atuk'
ololololoololloo ....
oh ye...sapa paling comei lote? Ohh mestilah aku. kohkohh!!

Dah petang baru free nak amik gambo memasing. 
Punye la bizi sampai takde mase nak bergambo 1 famili. 
Dah peloh satu badan ni..tapi dalam gamba nampak fresh gitu. Hewhew.
Tak sempat langsung nak snap food dan tetamu yang datang. 

ready made peplum. menggantikan baju aku yang hilang tu.
mujur ala-ala sama kaler dengan Mr Apai.

keluarga besar kami belah my mom.
la ni kat umah pakngah. 
semua ada kecuali famili paklong dan pokcu.
ni pon tak semua ada..tah mana budak-budak kecik n bujang-bujang yang lain.


peace! 

Aug 12, 2014

Insiden dekat-dekat nak raya

Dah lah baju raya aku tak jumpa sebelum raya tu.
Baju raya Wafa pulakkk yang tak sampai-sampai ke tangan aku. Aku dah tempah sebelum posa hokeyyyy!
Geram ni tak habih lagi. Rase nak tonyoh-tonyoh muka orang tu.
Nak ikot tema punye pasal kann...maka jalan terbaik adelah tempah. Aku tempah online sebab susah nak jumpa baju kurung plain dak kecik umor 3-6 bulan kaler emerald green ni kat kedai.
Plan baekkk punyaaaaa....orang tu cakap siap 2 minggu lepas anto kat tailor. Aku pon ok jer lah. Sebab aku tengok testimoni orang yang tempah ngan die ni memang bagus. Semua cust die puji. Lagipon die nih memang bisnes-bisnes punye orang. Jadi, tahap keyakinan aku terhadap die tinggi lah. No doubt lah kate omputih.
Kriteria baju semua dah dipersetujui. Kaler emerald green. Size 3-6 bulan. Design kurung plain. Date jangka siap 2 minggu sebelum raya. Bank in! Next, tunggu je siap.

Lepas 2 minggu, aku folo up.
'Oh...saye lupa nak pos lah. Sebab banyak sangat order. Nanti minggu ni saya pos'
Ok fine. Kalau poslaju, still sempat sampai sebelum raya. 

Aku folo up lagi.
'Ya Allah, lupa lagi nak pos item awak. Ahad ni saya pos'
Lupa lagi????!

'Cepat ckit awak. Khamis ni saya dah balik kampung. Nanti tak sempat sampai'
Pada hal aku balik Jumaat. Khamis tu aku keje lagi. 

Folo up laaaaaagiii...
'Dah pos??'
'Awak..saya dah pos'
Die bagi no tracking. Die pos Ahad sebab die kat Kelantan.
Ok..aku tak cek track no kat pos lagi sebab paham die baru pos. Kot tak masuk dalam sistem lagi. Bagi masa...bagi masa.

Selasa. Patut item dah sampai kat tangan aku.
Info yang aku dapat servis poslaju akan stop pada Rabu sempena raya aritu.
So, kalau pos Ahad, servis adelah macam biasa dan suppose dah sampai kat aku.

'Awak...item blom sampai ni'
'Ok...nanti saya cek kat pos'

Fineeeeee. Sabar.

Khamis.
'Awak....awak pos ke tak item saya?? Petang ni dah balik kampong. Saya dah cek kat track no poslaju, tapi record not found. Kalau btol dah pos, mesti ade rekod'
'Ade jugak kes kalau kite dah pos tapi takdek dalam rekod'

Errrr ...ade ke kes macam tu?
Takpe..aku tunggu sampai petang.

'Awak..item dah sampai ke?'
'Takde. Kesiannnnnyeeeee kat baby saya takde baju raya'
'Sori awakk. Awak...bagi la no akaun awak. Saya return duit'
'Ok'
'Lepas ni kalau item tu sampai, saya bagi free jer lah. Memang salah saya. Saya lambat pos item awak'
Grrr!!!!!!!

Aku bagi je no akaun. Malas banyak cakap. Esoknya Jumaat aku tunggu lagi dengan harapan yang menggunung. Tiada. Memang dah tak sampai la ni. Wondering...btoi ke tak die anta order aku ni kat tailor die. Betoi ke tak die pos item aku ni??!

Kalau btoi die pos...kenapa sampai SEKARANG belom sampai lagi???? Tracking no takde rekod...jadi aku syak die tak pos!! Maybe tak anta order! Ahhhhhh...ape-ape lah!! Malas dah pikir. Sehari sebelum raya aku terpaksa menapak carik baju Wafa. Kesiannnn Wafa. Uwaaaa. Dapat lah gown kaler ijau walo lari tema ckit. Janji ijau. Sampai hati orang tu buat kat aku macam tu. Festime raya ngan Wafa ni baiiiiii!!! Ko dah buat tak senonoh ngan aku. 


Selamat Hari Raya u olls

Oh yee...baju raya aku yang asal dah jumpa balik. Macam tau-tau kan, tetibe bajuku memunculkan diri. 
Lokasi kemunculan: di bawah timbunan kain buruk kat umah adik aku di Shah Alam. Bawah kain buruk yee ...cissss sungguh.

Jul 31, 2014

Back to ofis

Selamat Hari Raye!


1..2..3..4 orang je ade kat ofis arini..termasok aku.

Ohoiii...pi la cuti lagik.
Bakpe datang ofis??!


Aku gerak dari Temerloh pagi tadi..straight ke ofis.

Tinggalkan Wafa kat mak dan ayah aku sebab babysitter cuti lagi.
Harap-harap die ok la...huhu.
Kejap-kejap aku call mak aku. Kesian gak kat mak kalau-kalau die meragam.


Adoihhh...taktau kenapa since pagi aku rase macam ni.

Fenin pala, sakit perot...nak muntah. Adoii adoii!!
Tak sedap badan je rase ni. Uwaaa..tak best sungguh macam ni.
Ingat nak berjimba-jimba kat ofis time orang takde ni. Skali melepek aje kat meja ni. Haaa..tu laa...niat tu tak baik.
Sedap je aku tido tadi. Ingatkan lepas tido ok dah.
Rupanya tak kurang jugak. Still rase macam pagi tadi...
Arrrr..nak muntahhhhhh ....angin ke ni??


Ok lahh baii.

Nak melepek lagi.
Siyes tak larat.
Later aku story mory pasal raye.

Jul 25, 2014

Jumaat. 27 Ramadhan

Last day shopping sebelum balik kampung petang ni. 
Ade hati lagi nak shopping kan. 
Haruslahhhh kalau barang blom complete. Ade la few items lagi yang aku nak sambar.

Barang nak balik kampong lom setel jugak.
Ingat nak hangkut je trus beg bawak masuk dalam kete, ambik Wafa dan blah. Tapi baju-baju masik berselerakan dalam bilik tu.
Pagi tadi duk pilih-pilih baju mana nak bawak...skali Wafa bangun tak tido-tido pulakkkkkk.
Hai lahh anak..kul 4 die bangun nak main. Drag sampai sahur. Kol 6 baru tido. Ibu sempat pack ckit je barang, die dah bangun balik sampai laaaaaaaaa kul 7. Uhuhu.
Phew...phew...mencabar. Nyesal tak pack barang awal-awal. hehe. Nyesal kemudian tiada bergunaaaa.
Petang ni balik umah, pack barang dulu baru ambik Wafa.

Ade insiden pulak berlaku nak dekat-dekat raya ni.
Dugaaaannnn.
Tapi takpe...aku tunggu sampai petang ni. Kalau takde jugak, aku post kat sini. Geram nih...geram!!
Diharapkan orang yang berkenaan bertanggungjawablah. 

Yang sedih & keciwa sangat,
Aku.

Jul 18, 2014

MH17 pula...

Media, blogs, fb, twitter...semua tengah hangat bercerita pasal MH17 yang dikatakan terhempas. Ade yang kate ditembak. Mana satu sumber sahih, kite tunggu jer.

Mende-mende gini tak boleh nak buat spekulasi dan andaian ikut suka. Kesian kat famili mangsa kalau cerite sensitif macam ni diputarbelit. 
Allah...Allah...sedih sungguh aku baca kisah tragik ni.
Kisah MH370 belum habis disiasat, timbul pula kisah MH17. Kepada ahli keluarga mangsa, hanya doa yang dapat diiringi. Takziah.

Oh ye, kapten MH17 tu jiran sebelah umah boss aku.
Boss aku tak datang ni. Pi jenguk famili kapten tu.
Moga mereka semua tabah atas dugaan ni.

Aku takmo komen panjang-panjang.
Sebak ni..nak raya.
Debor jer rase nak tau angkara sapa.
Moga ade hikmahnye pemergian mereka dalam bulan Ramadhan dan hari yang mulia ni. Al-fatihah untuk mereka yang beragama Islam.
Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Amin.

Jul 17, 2014

Wafa balik Pasir Putih

Last week kelik klate, kampong husben.
1st time Wafa balik sini. 
Aku suka buka posa kat klate sebabbbb kuih muih die. Hihi. Sedap.
Paling ku suka kuih akok.

Wafa tetibe leh niarap ari Ahad tu. Ahahaha...suka..suka..suka!!
Ohoooo...cari port klate yer nak niarap. Ibu dah save the date '13 Julai: 1st day Wafa niarap' Ngeee...
Cuma tangan tu je tersepit lagi. Marah-marah nak lepaskan tangan. Kiut..kiut...kiut!
Tapi kann..lepas-lepas tu Wafa dah macam malas nak niarap. Hamvoiiii...dah terer niarap sekali, dah takmo buat dah ye. Biaseeeeee niii .....biaseeeeee die ni ....

go go go Wafa! ... ^_^

Petang tu we ols berbuka posa kat luar.
Arabic cuisine. Adik ipar aku punye arrangement ni.
Sangat ok food die. Ape ke nama die... A.M Tarbush kott.
Nasik ok...lauk ok..dessert ok.
Yang tak ok tempat die. Sempit sangat. Nak sumbat punye pasal kot. Katenye banyak tempahan. Tu yang main rodok je kerusi meja bagai sampai nak lalu pon bersentuh montot segala. Aiyaa.

nasik warna warni ...heh.
lauk die hayam...kambeng...

kebab tu yang best!

ni ape tah nama dieee...macam roti pita ni.
dalam die ade isi ayam dan salad.
lagi ade pasta...cakes...salad buah....kuih muih.


Esoknye we ols pegi jenjalan rantau panjang.
Tapi tak turun pon sebab panas sangat. Aku malas nak usung Wafa tengah-tengah panas ni. Kang demam susah.
Rupanya Rantau Panjang terbakar yerrr. Aku taktau punnnn lahhaiiii.
Kedai yang tengah-tengah tu abih sume licin kene jilat dek api. Tinggal rangka kayu jek. 
Heran gak..kedai-kedai tu move ke mana. So..kitorang buat car tour nak cari kat mana derang pindah. 
Ohh...ade...ade. Terkebelakang ckit. Kalau shoping time gini memang best woooo. Orang tak ramai langsung sebab ari koje. Kompem tak berlaga siku dan plastik. Kitorang je yang cuti. 
Petang tu buka posa kat umah jer. Sebelum gi Rantau Panjang tu, kitorang dah tapau ayam percik dulu. Ayam percik Kak Jah ni memey femes. 
Hmm...sedap..sedap. Gud bai ayam percik Yati. Welcome ayam percik Kak Jah to the family. hahaha.

muka fenatttt baru balik dari kampong.
Wafa so goooood girl dalam kete. 
mmuuahhxx!

^_^

Jul 2, 2014

First time posa ade baby

Alhamdulillah, diberi peluang untuk merasai nikmat Ramadhan sekali lagi.
Mujur start posa aritu, Ahad. Takde la terkejar-kejar sangat kan walo Wafa bangun skali. Kelmarin, semalam ngan hari ni huru hara ckit. Dengan Wafa bangun...nak siap-siap barang pi keje, barang Wafa gi babysitter lagi. Aku komfemmmm Wafa akan join sahur jugak selama sebulan berposa ni.
Dak kecik ni mane bleh dengar bunyi ckit.
Kalau aku duk sebuk kat dapor tu, kletung kletanggg bunyik kuali bagai...korang agak-agak die bole tido ke?
Never n never. haha.
Jadinye, wajib laaa aku kejutkan abah Wafa untuk tengok-tengokkan Wafa sementara aku prepare sahur.

Pagi semalam aku hangkut Wafa skali duk kat meja makan. 
Hahh...merengek sangat kann..meh sahur skali. hewhew.
Seb baek duk diam. Kol 5 orang bangun, time tu laaa die bukak mata.
Haih..cam tau-tau kan. 
Besenye lepas sahur, aku tidokan Wafa balik. Pastu straight je die lelap sampai nak pi anta ke babysitter.
Time nak angkat die tu, memang die akan bukak mate lah. Pantanggggg usik sikit. Bulat mate terus. 

Apepun, Ramadhan kali ni memang mencabar dengan adanya budak kecik nih. 
Raya kali ni juga makin meriah dengan kehadiran Wafa dan sepupu-sepupunye yang baru juger. Hihi. Dan amat-amat bermakna sangat sebab tahun ni 1st time beraya ade anak dan tahun ni turn beraya sebelah aku.
Beselah...orang baru ade anak ni kan...memang naik sheikh lah nak carik baju budak kecik ni haa. 

Baju Wafa aku dah tempah online. Sebab susah sangat nak cari baju kurung baby kaler emerald green tu kat kedai. 
Ye, tema aku tahun ni will be emerald green. 
Aku ade wat post pasal tema raya ni dulu.
Tapi kann..tapi kann....ade insiden berlaku yang menyebabkan aku tak dapat nak melaran dengan baju yang aku dah tempah. 
Plan asal, kaler hok pempuan sume sama. Sedondon!
Nampaknya aku sorang jer la nanti yang pakai kaler tak dondon ngan diorang sume. Aku terpaksa beli baju ready made! Kenapa??
Sebabbb...sebabbb...sob sobbb...sobbbb!!!
Baju aku hilang secara misteri ntah ke mana. Ponat aihhh pikir mana baju tu. Ngan mak ..adik-adik aku skali duk punggah barang kat umah nuu cari baju aku.
Elokkk je amik dari tailor, mak aku simpan dalam lemari. Katanye lah.
Elokkkk je nak bagi baju tu kat aku, mak aku cakap hilang! 
Dah cari tapi tak jumpa-jumpa. Abih sume segala bagai barang dan ceruk umah dijenguk. Takdek!
Sampai laaaaaaaaaaaaaa....saat nak pindah umah tu. Ponnnnn tak jumpa. 
Suppose, kalau pindah umah mesti sume barang dialih kan. 
Mana yang perlu di pack, dibuang, diasing. Tapi my baju tetapppp tak jumpa hokeh. Bukankah misteri namanya tu? Ahahaha. 
Takpelah, ade yang minat ngan baju aku tu agaknye.

Maka, terpaksalah aku mengusha baju lain...yang komfem-komfem tak sama kaler ngan mak dan adik-adik aku. Susah la nak cari yang btol-btol sama. Sedeh!  
Sebab kain baju tu, kitorang potong skali. Hmm. Takdok rezeki aku nak melaram sedondon. Whut to do.

Ok lah..selamat berposa & berbuka!
Menu ape u olls petang ni? ^_^

Jun 25, 2014

Dari Kuantan - Bandar Patin

Sejak-sejak parents aku dah pindah Temerloh ni, lajuuu je diorang ulang alik Temerloh-KL. Sedangkan duk Kuantan dulu pun sokmo turun ke KL, inikan puler Temerloh. Walopun Temerloh tak sehavoc Kuantan, tapi dekat la kitorang adek-badek nak balik. Heeee. Dan dekat juger parents aku nak jenguk cucu sokmo.

Sebab musabab pindah Temerloh is ayah aku baru je pencen bulan 4 aritu, jadinye...marilah pulang ke kampungggg.
Ye, parents aku pure Temerloh. Aku je yang tak katam loghat Temerloh sebab ai membesar di key el walo lahir kat Pahang. Hehe.

Actually, rumah yang parents aku buat kat Temerloh tu dah 2 tahun siap. Sebelum ni kan, had pencen 58 tahun. Pastu anjak ke 60 tahun. Tu lah makanya ayah aku terpaksa sambung lagi 2 tahun dan membiarkan rumah yang dah siap tu selama 2 tahun tak diduduki. Tapi parents aku balik la tetiap minggu jenguk rumah. Lagipun sebelah umah tu, umah makcik aku (adik mak aku), so kalau parents aku tak balik, makcik aku dan anak-anak die la yang tolong tengok-tengokkan.

So, after this no more Kuantan.
Welkam home to Bandar Ikan Patin!! =)
Korang mai arr jenjalan ke Temerloh pekena ikan patin best.
Korang takkan jumpa masakan ikan patin yang very the best kat tempat lain.
Ni aku nak share some places yang korang bole pegi untuk pekena patin best kalau datang Temerloh:

1) Restoren S.Z Rahmah
Menjilat jari! Tu je aku leh cakap kalau korang pekena patin kat sini. Marveles. Takmo banyak cakap..pi je sini. Aku pinjam gambo gugel jer. 


kedai die bese-bese je tepi jalan.
kalau dari KL, kene masuk bandor Temerloh dulu then hala ke Maran. 
kedai die belah kiri sebelah stesen minyak BHP.
kalau korang jumpa spital Temerloh belah kanan, maknenye korang dah terlepas. Oh yee...korang kene datang awal tau. Dalam kol 3 petang tu, besenye dah licin dah. Untuk tidak menghampakan perasaan sendiri, kul 12 tu korang kene stenbai kat kedai dah. Hihi. Hebat ohh penangan patin. 
jangan korang komplen mahal ye ....sebab masakan die memang best and its PATIN u ols! patin memang mahai maaaa ...

2) Gerai Makan Pak Usop
ni pic gugel gak..heh.


kedai ni terletak betol-betol tepi sungai.
memang makcik aku cakap, orang panggil kedai ni 'kedai patin tepi sungai'
ini kedai arrr...memang femes bangat. Untong ohh pak usop bukak kedai patin ni kat tepi sungai. sambil hirup kuah tempoyak, sambil nengok sungai. 

3) Go Bang Maju Patin Tempoyak
ini pon pic gugel juge. hewhew.


Tag line die...'anda order, kami masak'. Maknenye, masakan tu panas-panas sampai kat korang. Marveles kann?? Lokasi ni pun satu jalan dengan S.Z Rahmah tadi. Cumanya, kalau dari Bandar Temerloh, akan jumpa Go Bang ni dulu. Then baru akan jumpa S.Z Rahmah. Dua-dua belah kiri. Untuk yang tak familiar ngan kawasan ni, mata tu kene laa melilau la ckit ek...kang tak pasal-pasal terlepas. Tu...ciap ade no tepon lagi. Pi cepat tepon!

Tempat-tempat ni memang selalu full. Nak-nak weekend. Lokasi-lokasi kedai makan patin tempoyak yang aku mention kat sini adelah yang terfemes. Yang terkenal. Yang tersohor. Yang termahsyur. Haha. HARUS lahhhhh korang melabuhkan punggung ke kedai-kedai ini sebelum waktu makan yang sebenar yea kalau taknak air liur tu menjejeh dengan lajunye.

Selamat berpatin! :)

^_^

Jun 18, 2014

Jom..reramai aktifkan kad ATM dengan akaun TH

Weehee....Wafa dah ade akaun Tabung Haji (TH).
Baru je bukak bulan lepas.
Kene bukak cepat-cepat sebab takot terguna duit tu. Huhu. Aku kumpul duit yang orang bagi, then depositkan dalam akaun Wafa. Alhamdulillah, semuanya rezeki Wafa. 
Lepas ni aku nak aktifkan kad ATM Maybank aku ke akaun TH Wafa sebagai pihak ketiga. Senang aku nak masukkan duit untuk dia. Idak lerr aku kene pegi ke TH sokmo untuk depositkan duit.

Tapi aku takmo link kan kad ATM ke akaun TH aku. Kang lajuuuu jer duit tu mengalir nanti. Ahahaha.
Biarlah kene menapak ckit asalkan akaun TH aku selamat dari diceroboh slalu dek tuan punye akaun. hewhew.

Ingat yer, kene bawak buku TH skali mase nak aktifkan kad ATM tu. Sebab nak kene masukkan no akaun dan no siri buku. Kot hafal no sekalipun, mesti korang nak dabel cek kan. Bawak je..tak berat pun.

Sebenarnya banyak lagi kemudahan untuk akses TH melalui kad ATM ni. Kat ATM, kita boleh buat semakan baki in real time, keluarkan wang, pindahan wang dan daftar Haji. Melalui CDM pulak, kita boleh deposit ke akaun TH, deposit ke akaun pihak ketiga TH, buat semakan baki dan daftar Haji. 

Ade caj RM1 ye untuk pengeluaran duit, deposit tunai dan transfer duit. Yang FREE hanya untuk semakan baki, register haji dan register kad ATM untuk link ke TH. Selain Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat pon ade gak servis ni. So, sesape yang ade salah satu or salah dua dari bank-bank tu, boley ler cepat-cepat register untuk kemudahan korang jugak.

Dunia dah canggih sekarang ni oii.
Semua dihujung jari sahaja. So, takde la alasan takdek mase nak daftar haji la....takde mase nak transfer duit la. Tak silap aku aritu, turn aku pegi haji tahun 2054. Nampak sangat dah lambat register haji kan. Ahahaha. InsyaAllahhh jika masih bernafas di dunia ini. Tapi kalau dapat turn lagi cepat lagi bagusssss....amin amin.

^_^

Post Saya Yang Lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...