Jumaat lepas balik Temerloh. Ada kenduri. Sonok oiii sonok! Boleh imagine dah even belom sampai kampung. Dah rase macam balik raya.
Event #1
Start pepagi Jumaat dengan majlis akikah dulu. Aku tak sempat nak join sebab gerak lambat. Ade la beberapa ekor lembu dan kambing yang tumbang. Around 12.30 baru aku sampai. Terus tuju tempat makan. Haha. Uiii perot memang tengah lapaaaa...lauk-pauk kampung lak tu...aduyaiii...tak tahan. Melahap dulu lah.
Abis lunch, semua famili get ready untuk majlis malamnya dan esoknye.
cucuk, jangan tak cucuk. Husben memang suka keje-keje gini.
perap!
^_^
Event #2
Tahlil, bacaan Yassin, mesyuarat koperasi famili & bbq malam tu. Ada selingan untuk mereka yang menyambut hari lahir pada bulan Mei & Jun.
as usual, paklong jadi mc malam tu. ni baru lepas solat Isyak berjemaah dan baca Yaasin.
yeayy..kek untuk mereka yang lahir bulan Mei, Jun & sambutan anniversary sekali. tertera nama husben di situ. walopun kek sangat simple, tapi rase diaa.....mak aiiii...memang sedap! ummpph!
dinner!
Event #3
Pepagi esoknya (Sabtu) ready untuk majlis pertunangan cousin aku. Ikot schedule, majlis harus start kul 10. Tapi pengantin tak siap lagi, rombongan laki dah sampai. Aii...tak sabar-sabar ke dik? hehehehe.....
majlis sedang berlangsung
tengok laaaaa...budak kecik tuuuu. memang nanges dan rengek jeeee aritu. takmau renggang langsung dari aku. nak ngendeng tiap masa. anyway, tahniah Aja! :) 1 step closer to became a wife.
Aku pakaikan Wafa baju putih. Haa memang masak laaaa nak sental kotoran degil. Bila masa tah dia pi spot cek henbeg aku, amik lipstik dan calit calit calit kat bibir dan baju dia. Lantakk...takde baju lawa lain dah aku nak pakaikan. Haha.
Event #4
Kul 1 pada hari yang sama, lepas majlis tunang Aja, ada majlis kahwin cousin aku yang lain plak berlangsung. Belah pempuan dah setel sebulan lepas. Ni belah kitorang plak.
Tahniah Ijat! ^_^
Hepi for you couz. Semoga berkekalan :)
Meriah sungguh 2 hari ni. Seronok sebab asik makan makan makan makan makan.
No comments:
Post a Comment