Dalam last post dah cakap nak bagi resipi. Haa..ni resipi nya. Lepas ni boley laa masak untuk buka posa :)
Bahan-bahan: (aku tak specific kan tau berapa banyak gram/sudu/ulas kene letak, sebab aku main campak-campak dan agak-agak jer...eheheh....)
Daging (sebab makan 2 orang je kan..so daging pun ciput jer...cukup lah untuk buka skali ngan sahur)
Bawang merah
Bawang putih
Halia sikit
3 beradik rempah (kayu manis, bunga lawang & buah pelaga). Ari tu aku taruk bunga lawang dan kayu manis je sebab tu je yang ada)
Rempah kerutuk
Kerisik
Santan
Gula Melaka
Garam, Gula
Asam keping
Cara buat:
1/2 bawang dan halia dihiris, 1/2 lagi diblend. Yang diblend tu, campur dengan rempah kerutuk. Sebatikan.
Tumis bawang, halia (yang dihiris) dan 3 beradik rempah tadi. Bila dah ade aromaaaa, masukkan rempah kerutuk yang dicampur dengan blended bawang, halia tadi.
Then, masukkan daging dan sikit air. Kacau sampai nampak kering, keluar minyak dan daging empuk. Jangan ko kunyah plakkk daging tu sebab nak tau empuk ke idak...kang tertelan. Ahaha. Agak-agak lah yer.
Masuk santan. Kacau dengan api perlahan. Biar lama takpe. Baru ummphh!! Lepas tu, barulah masukkan kerisik, garam, gula, gula melaka dan asam keping. SIAP!!
Bulan puasa ni, takleh rase. So, agak-agak nampak macam dah sedap tu, boleh lah angkat. hehe.
Selamat Mencuba ya.
Memang sedap kerutuk ni.
Mmg pakat x jadiklahbi buat klu x ltk brp brp kilo beg santan gula garam bagai.... Rempah kerutuk nak dpt mana?
ReplyDeleteahahah...i memang main agak-agak je kak oiiii..i tak reti nak ikot2 sukatan sangat ni. hehe. rempah kerutuk i biasa beli kat kelate jer. kat kl ni taktau la kat mana ada. kedai runcit maybe?? :p btw, ade i rempahnye. mau kah? helo2 je la ye... :)
Delete